Sunday, April 22, 2012

untuk dia

nanti saya akan siapkan kotak sedih untuk kamu,
bila kamu sedih, kamu tiada tempat mahu luahkan,
kamu tulis dan isi kotak sedih itu dengan luahan kamu,
esok apabila kamu sedih lagi,
kamu datang dan masuk kan tulisan yang seterusnya,

kamu menangislah malam ini,
sudah lama kamu tahankan airmata milik kamu itu,
menangislah,
lepaskan apa yang terguris,
lepaskan apa yang menghiris,
menangislah....aku tidak halang kamu.

untuk kamu,
mesti kuat untuk diri kamu sendiri,
mesti gembira untuk diri kamu sendiri,
mesti berikan perhatian untuk diri kamu sendiri...

kamu larilah jauh,
ambil sedikit ruang,
tiada siapa akan faham apa yang kamu rasa,
akan aku bawa kamu ke satu tempat tinggi,
jerit lepaskan sedih luka jiwa kamu.

='(

Saturday, April 21, 2012

tulisan dia : 14 July 2010

Ini sekadar entry dari "cerita lama esoksemalam" yang di-post kan balik dekat sini..entry yang pernah aku tulis pada tarikh 14 July 2010...aku cuma nak baca balik perjalanan hidup lalu, apa yang dirasa, dan apa yang telah dinasihatkan untuk diri sendiri...... stay strong.

lama dah tak menulis...tapi selalu je monolog dalam hati...bercakap dengan diri...pesan dan pujuk hati..kawal perasaan..letak emosi pada tempat yang betul....hari-hari tak pernah nak rasa bosan pujuk hati.....walaupun kadang-kadang rasa macam dah tak selalu  menulis...tapi rasa nak bercerita,rasa nak berkongsi dan meluahkan pada seseorang tu rasa macam nakkk sangat...terlalu banyak perkara yang berlaku lately..terlalu banyak yang aku belajar...yang aku lalui......sampai tak tercerita....haritu rasa homesick sangat...homesick gila yang menggila sampai "termenangis"...alah bukan sengaja..termenangis aje la....tak pe..im ok je..ape pon mesti senyum.sebab bila kita senyum...kita akan nampak bahagia...tak ada masalah....at least...bila kita senyum,kita tak buat orang sekeliling kita juga rasa seperti apa yang terbuku dalam hati kita...kan kan??


kadang-kadang aku rasa aku tak dapat apa yang aku nak..apa yang aku idamkan rasa macam semua tak jadi kenyataan....rasa macam kenapa orang lain dapat aku tak dapat..rasa kenapa aku tak bertuah macam dia ataupon dia..pernah ke rasa macam tu?pernah?erm...tapi tanpa aku sedar,sebenarnya rezeki Allah tu meluas...apa yang kita dapat dah sangat baik jika bandingkan dengan nasib orang yang lebih teruk.pandanglah orang dibawah kita saat kita rasa down dan putus asa,supaya kita belajar bersyukur.....tidak semestinya pada saat kita kalah tu,terhapus segala kemenagan di saat seterusnya....Allah hilangkan sesutau yang kita rasa berharga dan buat kita menangis terduduk....tapi Dia bagi kita sesutau yang lain.....yang seolah-olah nampak macam tak ada apa...tapi itulah sebenarnya permulaan perjalanan kita untuk mengejar "apa makna sebenar kehidupan kita..."...

Friday, April 20, 2012

masih cemburu

entry yang agak random jugak ni..hehe



yep, i love those pictures...
 or maybe jealous is the best word to describe what i feel when looking at your pictures?
hukhukhukkkkkkkkkkkkkk......

gambar lari-lari sesuka hati..
2.4km in less than 30 minutes.....awesome! 

Thursday, April 19, 2012

ruang bernafas tenang

masa berlalu dengan begitu pantas..
semua nya seakan terkejar-kejar, bagai tiada ruang untuk bernafas..

letih, lesu, merungut, dan kadangkala timbul rasa tiada apa yang benar,
membawa kami jauh dari rasa tidak bersyukur itu,
kesihan kudrat kami, tetapi lebih kasihan pada usaha sia-sia mereka,
kadangkala lucu, kadangkala rasa begitu simpati,
mereka seakan buta,
mereka cakap kosong,
mereka berpura seakan tahu segalanya,
hakikat sebenar, mereka tiada apa, mungkin?

itu mungkin persepsi kami,
mengapa mungkin?
kerana mereka angkuh, lalu menolak kami jauh.

pandang ke hadapan,
mencari apa sebenarnya yang dicari,
menuju ke arah satu persoalan apa sebenanrnya yang dituju,
adakah saat ini semua nya sedang berjenaka,
tiada akal waras yang sebenar benarnya,
letih, sempit rasanya, berikan sedikit ruang untuk bernafas lega.

tapi masih tiada,
tetap berada pada tahap lama,
bukan semua orang ada kuasa,
percayalah ini semua tak kan kemana,
berikan sedikit nafas, jangan kau kaut semuanya.

Saturday, April 7, 2012

i saw you!

entry ni macam random sangat-sangat. sejak aku dah tak menulis blog macam dulu iaitu dengan kadar terus yang konsisten and persis (haha merapu)...so aku lagi suke taip mende random dan ntah apa-apa di tengah-tengah waktu aku tengah buat asaimen.

wehu! duit allowance 3 bulan tu dah masok! (ok random sangat ni).
sekarang baru aku faham kenapa mereka seringkali keluar kan ayat bewarna purple di bawah:

"opsyen ape?'
"em kat sini opsyen KPLI"
"bestla KPLI allowance mashukkk".

rasanya aku tak pernah pon rasa mashuukk mahupun kusyuk duduk dalam program KPLI yang boleh dikira agak terpaksa kene pergi ni..erk? program ni busy yang macam tahap dewa punya busy..yang macam kerja tu melebihi kadar tenaga dan masa yang kau ada...perumpamaan paling mudah adalah macam kau nak sumbat gajah dalam beg plastik giant.... memang la beg plastik tu tulis giant...tapi memang tak munasabah la kan kau nak sumbat gajah dalam tu... so macam tu la keadaan kami sekarang ni.... eh eh rase macam hebat pulak aku suruh orang bayangkan situasi kami dengan menyediakan satu perumpaan gajah dan plastik giant kan?

Ok mari ber-random bersama lagi... semalam aku baru je balik dari camping yang wajib untuk kami..camping 4 hari 3 malam telah menjadikan kami layak untuk join group 10 budak hitam...ini adalah kerana program tu dah berjaya menghitmakan kami..tahniah kepada semua yang berjaya menghitam kan diri... em camping tu bagi aku tak mencabar mane kot... just biasa-biasa je...sumenye ok je la... kelemahan program cam biasa telah kami isi dalam borang refleksi program..lepas tu kami harap la borang tu jangan lah awak semua buat bungkus nasik lemak pula..sila perbaiki kelemahan tersebut....

ohhhh..yang ni plak gambar kawan-kawan aku kat auckland pergi easter show...ah boring la nak komen gambar ni..hakhakk..tak tak..sebenarnye gua jeles sama lu orang maaaa...huuukkk... ok tak nak komen dah gambar ni...

just nak cakap.. i saw you! take care! =)