Friday, July 1, 2022

Sihat

 Aku selalu doa pada Allah, bagi aku nikmat sihat yang berpanjangan atas asbab aku menjaga anak-anak 24/7. Kalau boleh pilih waktu ajal, aku memang minta dan nak sangat nyawa aku jangan Allah ambil dulu sebelum mereka besar dan benar-benar faham rasa kehilangan. Juga kalau boleh biarlah aku pergi ketika mereka sudah mampu berdikari untuk terus kan hidup tanpa mengharapkan sesiapa. Bila aku kata tanpa mengharapkan sesiapa means tanpa menyusahkan sesiapa. Tapi aku tak boleh buat kerja Tuhan. Cuma aku manusia biasa yang mampu berdoa dan berharap pada Dia. Cuma Dia.

Aku sendiri tak suka bayangkan macam mana keadaan anak-anak kalau aku tak ada tiba-tiba. Bayangkan kalau hari-hari dia dah tau dan dah set in mind siapa yang akan mereka nampak di pintu sekolah , yang akan ambil mereka tapi macam mana kalau satu hari bukan aku yang datang jumpa dan ambil mereka... tapi mereka yang datang jumpa dan peluk aku yang kaku. 

Hidup mereka dari awal bangun tidur dan sehingga masuk tidur semula semua dengan aku. Aku hanya mampu berdoa dan serahkan semua pada Allah. Masa aku drive kereta sorang-sorang aku selalu doa Allah bagi lah aku yang terbaik kalau boleh hold dulu ajal aku. Bukan hari ini. Bukan ketika anak-anak ku masih terlalu kecil. Sebab hanya aku segalanya dimata mereka sekarang.

Dan aku tau, perjalanan hidup aku ini sedikit ceria kerana ada mereka. Aku mudah move on dengan apa yang terjadi. Satu adalah sebab perjalanan lalu mengajar aku banyak perkara dan menjadikan siapa aku hari ini. Juga cerita lalu dah buat hati aku cukup kuat untuk hadapi semua ni. Kedua, adalah sebab adanya mereka dalam hidup aku. Pagi sampai malam masa aku terlalu padat  sampai tak ada ruang untuk aku duduk bersedih terlalu lama dan sampai dah tak ada ruang untuk aku berfikir apa yang tidak perlu. Masa terlalu cepat. Hari-hari aku pon berlalu terlalu cepat. Dan aku terpaksa move on dengan sangat cepat. Terima kasih Allah banyak uji aku. Kau sediakan aku dengan hati yang cukup kuat hari ini untuk terus melangkah menjaga amanah yang kau beri.

Cuma, aku tau kadang-kadang aku bukan seorang ibu yang baik. Sebab aku bukan perfect. tapi aku dah cuba yang terbaik. cuma ada masa aku juga ada rasa penat, sedih, dan marah. Aku bukan ibu dari buku teks yang segalanya serba serbi sempurna. aku tau aku banyak kekurangan. 

Tapi aku dah cuba buat yang terbaik. Mereka buat aku kuat untuk hari ini dan akan datang. Aku juga tak dapat bayangkan bagaimana diri aku jika suatu hari tanpa mereka. 

Semuanya kerja Tuhan. Kita hanya boleh cuba buat yang terbaik dan menikmati hidup ini. Tapi jangan lupa, hidup ini sebenarnya tiada apa yang perlu kita kejar melainkan amal dan pahala untuk bentangkan depan Dia di sana nanti. 

Terima kasih untuk segala ujian.

Terima kasih untuk kekuatan yang masih berbaki.