Assalamualaikum .
Seperti yang telah dijanjikan di dalam entry PART 1 , selepas check - in hotel dan lunch dekat Rajawali Restaurant maka tibalah masa yang ditunggu - tunggu untuk outdoor activities yang mencabar iaitu Treasure Hunt !
Treasure Hunt ini dilakukan disekitar hotel sahaja tetapi mahu semput juga aku dibuatnya . Naik bukit turun bukit , lari sana lari sini dan sebelum aktiviti ini bermula kitaorang dibahagikan kepada tiga kumpulan dan aku kumpulan yang ketiga plus aku lah ketua kumpulan tiga . This is RANDOM sebab aku orang ketiga daripada belakang yang berdiri dalam barisan makanya aku pun dipilih untuk jadi ketua .
Dan yang paling menarik walaupun kumpulan aku kumpulan yang terakhir dilepaskan di garisan permulaan , sebab kitaorang tak berapa nak teror main sudoku tetapi semangat berpasukan kitaorang sangat hebat ! Semua semangat nak menang walaupun hadiah tidak disediakan : ) Outdoor activities yang paling aku gemari for sure Treasure Hunt so bila first aktiviti pun dah Treasure Hunt maka tahap excited aku pun mendidih macam minyak panas lah dude !
Terdapat enam orang ahli kumpulan dalam setiap kumpulan . Kumpulan aku terdiri daripada empat orang blogger iaitu aku , CikLilyPutih , MiraCikCit dan Tony manakala Darren daripada Nuffnang dan Lin pula daripada Resort World Genting . Kumpulan aku kumpulan yang paling happening dan paling bersemangat nak habiskan Treasure Hunt secepat yang mungkin . Hee : )
See the picture bro . Kitaorang boleh relax - relax bagai sebab kitaorang dah menang so kena tunggu kumpulan lain habiskan tugasan mereka . Menarik bukan ? Bermula dipetak yang terakhir , tamat dipetak yang pertama . Woott - woottt , you guys really AWESOME ! Di mana pula dinner yang akan aku nikmati ? Haa , kena tunggu dan baca untuk next part lah pula ya ! !
6 comments:
yayyy haha. semangat sampai sekrg tak habis.
Itu la pasalnya. Semangat dia lain macam sikit. Hehe.
Best kan abseiling?! haha
2D1N at Awana Genting with Bloggers - Day 2: A Day with Leeches
Yup! Best gila abseiling. Dan tak gayat langsung pun. Haha.
cilok gambo ye
Tak cilok ambil je Kak Lily. Hee :)
Post a Comment