Assalamualaikum .
Menaip dengan kadar kelajuan sepantas Bugatti Veyron sebab lepas ni nak naik Genting Highlands untuk Press Conference Genting International Magic Festival . So untuk trip Awana Genting Highlands tempoh hari , sebelum kitaorang pulang ke Kuala Lumpur kitaorang singgah di Ladang Strawberry dan Ladang Sayur .
Sebelum ni , aku memang tak tahu tentang kewujudan Ladang Strawberry di Genting Highlands . Di dalam Ladang Strawberry ini juga terdapat tempat menjual cendawan , teh , cenderahati dan sebagainya . Dan yang paling menarik masuk adalah percuma dan dapat menjimatkan tenaga korang untuk berjalan sebab dia diletakkan di suatu kawasan yang sama .
Selepas penat pusing kawasan Ladang Strawberry kitaorang bergerak ke Ladang Sayur pula . Terdapat pelbagai jenis sayur yang dijual dengan harga yang sangat murah dan sama macam korang beli dekat Cameron Highlands . Bagi yang menaiki bas express tak kisah samada dari KL Sentral , One Utama , Kajang dan sebagainya , korang boleh ambil shuttle bas yang terdapat ni skyway station untuk ke Ladang Strawberry dan Ladang Sayur ini dengan PERCUMA !
Kalau ada masa dan kelapangan aku memang nak pergi lagi ke dua tempat ini sebab waktu pergi tempoh hari memang dah letih tahap puaka penangan daripada Jungle Trekking . Tepat jam 6.30pm bas yang membawa kitaorang mula bergerak untuk pulang ke Wisma Genting Jalan Raja Chulan . Thanks a lot to Nuffnang and Resort World Genting for this AWESOME trip ! : )
No comments:
Post a Comment