Assalamualaikum .
Gara - gara Unifi aku rosak maka aku baru terhegeh - hegeh nak update entry ini , puihh -,- Pada entry Tribal Halloween yang lepas , aku dah cerita dekat korang tentang aktiviti yang akan berlangsung selama 2 hari 1 malam di Awana Genting Long House . Aku merupakan salah seorang yang turut serta dalam aktiviti tersebut . Kitaorang bergerak dari Wisma Genting dalam pukul 10am dan sejam kemudian kitaorang selamat sampai di Awana Genting Highlands .
Seperti biasa kitaorang lunch dekat Restoran Rajawali dan selepas itu kitaorang bergerak ke Awana Genting Long House ! Sebaik sahaja kitaorang sampai , rumah panjang tersebut telah dihias dengan pelbagai jenis hantu ! Bertemakan Hospital Hantu ! Kemudian kitaorang mendengar taklimat untuk aktiviti yang bakal berlangsung dan dibahagikan kepada empat kumpulan besar untuk tidur di bilik yang disediakan , dua bilik untuk lelaki dan dua bilik untuk perempuan . Bilik tersebut boleh memuatkan seramai 10 orang .
Selesai meletakkan barang dibilik masing - masing dan kitaorang terus menukar sports attire untuk aktiviti yang pertama iaitu Treasure Hunt . Secara jujurnya ini Treasure Hunt yang ketiga aku di Awana Genting Highlands . Tugasan yang diberikan hampir sama dan dek kerana itu aku , Mira , Nisa , Daniel dan Darren terpaksa dipecahkan kepada empat kumpulan yang berlainan but lucky me and again , aku sama kumpulan dengan Darren .
So ini la ahli kumpulan aku yang diberi nama THRILLER ! Ada sembilan kesemuanya bermula dengan Daus , Aiki , Aina , aku , Melisa , Eng , Darren , Nazim dan yang duduk itu Hibrit . Well , we won for this activity and congrats to us ! Habis sahaja Treasure Hunt , kitaorang semua bersiap - siap untuk dinner . Di mana dan bertemakan apa , tunggu untuk entry yang seterusnya ! : )
No comments:
Post a Comment