Showing posts with label Educate. Show all posts
Showing posts with label Educate. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Dialah Umaimah...


Assalamualaikum WBT

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keyakinan diri
Tiada mustahil dihadapi

Sebelum belajar, kita melihat ijazah tersebut tinggi bak dahan yang jauh hendak dicapai
Namun apabila kita mengharunginya, kita tak sedar masa berlalu pantas
Dan apabila tiba saat menggapainya, ianya telah di hadapan mata.





Kagum dengan semangat juangnya yang tak pernah luntur
Pernah rebah sekali tatkala ayahandanya tersayang pergi buat selama-lamanya, namun dia kembali bangun, mengutip sisa-sisa semangat yang diwarisi.
Berkahwin di usia awal dan mempunyai anak juga di awal usia dan seterusnya mengejar cita.
Bas, LRT,ERL, Komuter, cepat, lambat ke kelas, meninggalkan anak, meredakan hati meninggalkan anak yang baru sebulan dilahirkan, demi untuk ilmu, tak semua dapat melakukan.
Dialah Umaimah Mohamed.
Anak saudara Baba.

Kenapa Mama menulis satu post berkenaan dia?
Kerana Mama ingin kalian berkongsi rasa.
Berkongsi cerita dan mengambil ikhtibar.
Bukan mudah untuk menggali ilmu dan bukan mudah untuk merealisasikannya.
Namun, bila ada usaha, segala daya dikerah untuk cita dicapai walau apa pun yang mendatang.

Mama masih ingat saat dia baru pertama kali menjejak kaki ke UIA dan bagaimana dia menghadapi hari-hari yang sukar kerana dia tidak fasih berbahasa melayu ataupun inggeris. Tapi, di situlah Allah telah mengaturkan kehidupannya dengan cantik walau ujian demi ujian diberi.

Adakah kita masih mahu hanya menunggu ilmu datang tanpa kita pergi mencarinya?
Adakah kisah Umaimah tidak cukup untuk memupuk rasa semangat cinta pada ilmu?


Umaimah,
Khola percaya ini adalah saat terindah buat Umaimah, apabila anakanda berjaya menghadiahkan segulung ijazah bukan sahaja buat mama Nora Shiyuti, suami, anak5nya, adik beradiknya, tetapi buat Almarhum Ayahandanya.

Mabruk ya Umaimah.
We are extremely happy for u!

Luv,
Igloomama
Shah Alam.

Friday, April 26, 2013

ESP Soy Protein Isolate Powder

Assalamualaikum WBT

Salam sayang semua..

Mama hendak bertanya..pernah dengar pasal ESP Shaklee? Yeee..Best Seller Shaklee yang amat terkenal itu lah..Tahu mengenainya? Jom kita baca sama-sama....




ESP
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein yang berasaskan kacang soya. ESP diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tertinggi pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-Genetically Modified Organism” yang mana ianya diproses dalam kadar suhu yang rendah. Setiap satu canister ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan kerana itulah ianya memberikan sumber tenaga segera dan mampu bertahan lama. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetic daripada benih hingga kepada pengeluarannya.
Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ianya rendah lemak, bebas kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah menyerap.

Manfaat utama
·         Awet muda
·         Baik untuk hormon
·         Baik untuk prostat
·         Keremajaan kulit
·         Pembekal tenaga segera
·         Pemulihan pigmentasi
         Bermanfaat untuk ibu ibu yang menyusukan

Kepentingan Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormone manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam system imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perunbahan warna rambut, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan juga kematian. 

Mama Sayang Semua!!

JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ


Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam



Monday, April 22, 2013

Set Penyusuan Shaklee, TERBAIK!!


Assalamualaikum WBT

Salam semua...
Mama terpanggil untuk membantu sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set penyusuan Shaklee. So, bg sesiapa yang selama ini confuse dengan set2 penyusuan Shaklee, Mama telah sediakan Venn Diagram utk kemudahan semua...

Set B
Basic set untuk ibu2 yang tiada mempunyai masalah dlm perjalanan penyusuan mereka. Set ini juga bagus bg membantu mereka kekal cergas dan bertenaga walau mungkin kekurangan waktu rehat dan tidur.

Set E
Gabungan basic set dengan Ostemarix yang juga dikenali sebagai kalsium magnesium mampu membantu ibu2 yang menghadapi kemeruduman susu di saat sedang berlakunya PMS. Seperti mana yang kita ketahui, kebanyakan wanita akan mengalami sindrom PMS dan di waktu ini sebenarnya wanita especially ibu2 yang menyusukan kehilangan banyak kalsium. Kekurangan pengambilan kalsium sekaligus turut menyumbang kepada kemeruduman susu ibu.

Set M
Merupakan kombinasi terbaik set penyusuan Shaklee. Gabungan Set E dan ESP Insya Allah dapat membantu ibu2 yang mengalami masalah dalam perjalanan penyusuan mereka. Masalah kekurangan susu, pengepam tegar dan juga relaktasi kebanyakannya dapat diselesaikan dengan pengambilan set ini secara berterusan dan mengikut jadual.



Bagi sesiapa yang ingin mengetahui maklumat mengenai setiap satu jenis vitamin yang terdapat dalam set2 yang terpamer di atas, boleh rujuk di sini

Sesiapa yang mungkin mempunyai certain budget, PM Mama untuk mengetahui tentang trial set yang terdapat untuk set2 di atas. Insya Allah Mama akan membantu.

Mama selalu tekankan kepada sesiapa yang mempunyai masalah dlm penyusuan atau juga serba sedikit masalah kesihatan, tak rugi untuk kita mencuba. Ini kerana kita perlu sihat dan cergas untuk meneruskan perjuagan kita sebagai hamba Allah dan juga jangan lupa, kita dikasihi oleh ramai orang..anak2, suami/isteri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai.

So, Mama rasa kita lebih tahu tentang keprluan diri kita sendiri daripada org lain. Mama harap dengan sedikit bantuan kecil Mama, dapatlah sama2 kita memahami fungsi vitamin dalam diet seharian kita.

Mama Sayang Semua!!

JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Luv,
iGLooMaMa
Shah Alam


Thursday, April 11, 2013

Kak, susu saya kurang..boleh tolong?

Assalamualaikum WBT...

Syukur kerana Allah memberikan peluang untuk Mama menyusukan Hashimiz. Walaupun pada peringkat awal kesedaran tentang menyusukan anak ni kurang, tetapi sebagai Mama, kita tetap ada keyakinan yang meyusukan anak ni adalah yang terbaik.



Ramai juga yang mengatakan tak semua ibu2 dikurniakan kelebihan dari segi kuantiti susu yang keluar. Mama pun begitu, tapi itu bukannya sebab untuk Mama menarik diri menyusukan anak2 di peringkat awal. Syukur juga Baba adalah seorang yang sgt supportive dari segi ini...apa je yang org kata boleh support supaya susu sentiasa cukup untuk anak2nya..dia akan turut membantu Mama sama ada dari segi kewangan atau pun moral support. Walau susu Mama tak sebanyak rakan2 seangkatan yang lain, cuma yang penting..susu sentiasa ada untuk diberikan kepada permata hati kami.

Pertamanya yang Mama selalu ingat dalam kepala ni..anak2 adalah amanah Allah yang terbesar perlu Mama jaga. Allah beri anak dan juga beri susu pada ibu2 untuk kita feed mereka. Kalau Allah beri, kenapa kita perlu tolak? betul kan? So, sebaik sahaja Mama tahu yang Mama mengandung, Mama terus pasang niat dan berdoa agar Allah memberi kesempatan untuk Mama menyusukan bayi yang bakal lahir ini. Kita perlu bulatkan tekad bila kita sudah memasang keinginan (niat). Seperti mana kita slalu plan untuk beli sesuatu, kita dah set target kita awal2 untuk simpan duit. begitu juga dengan proses menyusukan anak ini.

Selainnya, kita perlu menyiapkan diri kita untuk berhadapan dengan situasi yang mungkin pelbagai. Think positive. Jangan lupa untuk sediakan bajet yang mencukupi untuk membeli kelengkapan penyusuan sekiranya kita seorang ibu yang berkerjaya. Jangan juga lupa untuk membanyakkan pengetahuan kita terhadap penyusuan ibu. Perjalanan yang bakal ditempuh tak semestinya sentiasa tenang dan dengan ilmu selalunya kita dapat menanganinya dengan sebaik mungkin,Insya Allah. Banyakkan bertanya jika tidak faham dan kutiplah sebanyak mana pengalaman orang2 yang pernah menempuhinya.

Mama selalu ingat satu benda ketika menyusukan anak..
"Susu ibu adalah menurut Demand & Supply method"
Maknanya? Ada demand..adalah supply..Insya Allah!! Tapi kalau kita tak susukan mereka..mcm mana kita nak create demand?? betul tak??

Other than that..lengkapkanlah diri kita dengan sesi pemakanan yang sihat..ambil tahu temtang jadual pemakanan yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan. Ambil berat tentang kesesuaian makanan yang perlu dimakan. Cari vitamin2 yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan. Apa sahaja yang kita buat, jika yang terbaik,insya Allah hasilnya juga terbaik!

Prof Dr Muhaya ada pesan..apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri! jadi, berilah yang terbaik!!

Ada ibu2 yang perlukan bantuan Mama dari sudut pengambilan vitamin yang sesuai, jangan segan2...dan Mama suka nak share antara vitamin2 Shaklee yang memberi kesan yang terbaik untuk ibu2 yang menyusukan.....


ESP
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan juga sempurna. Sumber protein yang baik dalam diet penyusuan adalah amat penting untuk pengeluaran susu. Protein juga membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Antara sunber protein yang terbaik adalah protein soya. Kita disarankan untuk mengambil sekurangnya 3 hidangan protein setiap hari.

Vitalea
Multivitamin yang diformulasi khusus dengan 28 jenis vitamin yang penting untuk ibu2. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang berterusan serta berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan juga bayi secara total.

Vitamin C
Terdapat kajian yang menyatakan seorang ibu yang menyusukan anak, apabila dia mengambil vitamin C, khasiat vitamin C banyak tertumpu kepada bayi. Seperti mana yang diketahiu umum, vitamin C sangat penting bagi menguatkan sistemimun disamping membantu membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga dapat melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen untuk membina serta menguatkan sel2 tisu dalam badan selain membantu dalam penghadaman zat2. 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren!!

B-Complex
Sokongan kepada sistem saraf dan metabolisme yang sihat. B-Complex Shaklee unik kerana ianya dilengkapi dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B. Ianya bagus untuk memelihara kesihatan yang baik selain bertindak sebagai ejen penenag dan anti-stress. Ianya juga dapat membantu pembentukan sel2 merah dan tubuh, menukarkan protein, lemak dan carbo sebagai tenaga sekaligus membuatkan kita sentiasa segar dan bertenaga! Kesegaran dan tenaga yang optimum penting untuk ibu2 yang menyusukan bayi.

Alfalfa
Vitamin K, A, B1, B6, C, E, dan juga kalsium terkandung di dalam Alfalfa Shaklee. Kesemua yang terkandung dalam Alfalfa memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa mempunyai akar tunjang yang mengunjur sedalam 6m ke bawah dan ianya mampu menyerap pelbagai zat n mineral di dalam tanah selain daunnya yang mampumengumpul klorofil yang banyak semasa proses fotosintesis. Ianya juga diguna secara tradisional sebagai "milk booster".

Ostematrix
40% daripada susu ibu adalah kalsium! Kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang n gigi bagi bayi juga buat ibu yang menyusukan. Harus diingat ibu2 yang menyusukan anak2nya memerlukan 1000mg-1300mg kalsium setiap hari untukmenampung keperluan kalsium dirinya dan juga bayi yang disusui.


Mama harap dengan serba sedikit penjelasan dan coretan pengalamdi atas dapat membantu ibu2 yang menyusukan anak dan yang ingin menyusukan anak.

"Jangan takut untuk mulakan, kerana perjalan menyusukan bayi adalah detik2 yang indah dan sukar digambarkan...kita akan merindui setiap saat membelai simanja dan syukur kita punya kenangan tersebut..."

Selamat menyusukan bayi anda dan selamat menyihatkan diri anda..
Anda Sihat, Insya Allah Bayi Anda Pun Sihat!! (dan comel!!)

Luv
iGLooMaMa
Shah Alam

JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ

Friday, March 29, 2013

Jumaat dan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum WBT...

Salam Sayyidul Ayyam...
Alhamdulillah..berjumpa sekali lagi kita dengan hari Jumaat yang barakah...entah sempat atau tidak kita berjumpa dengan Jumaat depan kan??

Dah baca surah Al Kahfi? Hari ni kan hari Jumaat...sunnah untuk kita membaca Surah Al Kahfi...


 :عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ 
"إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ


Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat. [HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]



Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi dengan membaca Surah Al Kahfi...boleh lihat link ini kalau nak tahu lebih lanjut...
Selain daripada membaca Surah Al Kahfi, banyak lagi sunnah-sunnah yang Rasulullah SAW anjurkan untuk kita sebagai umatnya lakukan...sayangnya Baginda pada kita kan??? 
Selamat berhari Jumaat semuaaaaaaa.....

Sayang Jumaat..
iGLooMaMa
Shah Alam
COD Shaklee area Shah Alam dan USJ.
SMS/Whatsapp @0192491201