Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Ya Allah...







Berdoalah kepada Allah, agar hujan berhenti. Doalah kepada ALLAH!

Berdoalah dengan doa yang nabi sallallahu 'alaihi wasallam baca di dalam khutbahnya:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah turunkanlah hujan di sekeliling kami, jangan turunkannya di atas kami..Ya Allah turunkan hujan di bukit kecil, tanah tinggi, perut lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, Bab al-Istisqa', hadis no: 962]





Ya Allah, selamatkanlah dan permudahkanlah urusan-urusan mereka-mereka yang ditimpa musibah banjir ini. Berikanlah mereka kesabaran dalam ujian ini Ya Allah. Pulihkanlah keadaan mereka secepatnya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Aamiin. 


Igloomama
Shah Alam

Tuesday, October 7, 2014

Submission VS Achievement

Assalamualaikum WBT

Hati tersentuh sekali lagi..
Masih belum rezeki kami.
Insya Allah, menyusul kemudian.
Sesungguhnya rindu ini terus bertumpu pada Haramain.







Tahun 2009 menyaksikan 29 tahun kehidupan Mama menerima berita yang amat menyedihkan apabila tidak direzekikan lagi untuk mengerjakan Haji, walaupun kami berada di bumi Saudi. Di masa itu Hashimiz masih kecil dan disebabkan wabak selsema burung yang sedang berleluasa masa itu, pihak Saudi melarang para jemaah membawa anak-anak kecil.

Berlinangan air mata Mama melihat jemaah haji berwukuf melaluikaca tv..sedih yang teramat. Hati tetap terpalit sedih walau dalam redha. Insya Allah suatu hari Mama akan berada dalam kumpulan jemaah yang berwukuf di Arafah, insya Allah.

Teringat perihal menunaikan ibadah haji dan umrah ini, teringat juga Mama akan kata-kata Dr. Bilal Philips.

"Hajj is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Jadi, secara kesimpulannya,

"Ibadah is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Benar, bila bab ibadah, apabila kita berjaya melakukannya, ianya bukanlah satu pencapaian, tetapi sebenar-benar penyerahan. Sebagai contoh kita dapat mengerjakan haji atau umrah di usia muda, ianya adalah rezeki kita dan bukanlah untuk diceritakan. Begitu juga jika kita disponsor penuh melakukan umrah 5 bintang, tidak perlulah untuk bercerita panjang lebar bagaimana kita berjaya mendapatkannya kerana ianya adalah perkara 'ubudiyyah iaitu perkara yang berkaitan dengan ketuhanan dan pengabdian kita kepadaNya.

Tak salah untuk kita memberitahu keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk kita berangkat, tetapi bukan untuk menampakkan ianya sebagai satu penghargaan yang diterima hasil kerja keras kita bertungkus lumus bekerja, kerana perkara ibadah tiada kaitan dengan penghargaan atau pencapaian sebaliknya benar-benar mengharap keredhaan Allah tatkala hati terus menerus ikhlas melakukannya.
Mungkin ramai di antara kita seronok untuk mengesyorkan pada rakan-rakan tentang kemudahan yang kita terima semasa mengerjakan haji/umrah atau apa sahaja perkara-perkara ibadah yang kita lakukan, tetapi simpanlah untuk kegunaan sendiri supaya lebih khusyuk dalam melaksanakan ibadah. Lebih baik untuk mendoakan agar ahli keluarga, sahabat handai dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik ataupun kita sendiri memberi bantuan buat mereka mengerjakan ibadah tesebut tanpa memerlukan pembalasan.
Adakah kita seronok apabila kita dapat bercerita pengalaman kita dilayan sebagai duyufurrahman 5 bintang?



Begitu juga perihal ibadah khusus yang lainnya, solat, zakat. dan juga beberapa ibadah lain seperti sedekah, membantu orang lain. Simpanlah ia, supaya ianya menjadi senjata rahsia kita bertemu Allah kemudian nanti. Amalan dan pemberian bukan utk menunjukkan pencapaian kita berkaitan dengan hasil kerja kita. Sama-sama semaikan dalam hati, berapa banyak kita memberi, apa amalan kita adalah dalam pengetahuan Allah dan Allah jua yang menganugerahi kita dengan nikmat yang sebegitu.

“Ya, Tuhanku, jadikanlah aku untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku pada golongan hamba-Mu yang salih.” (Surah an-Naml, ayat 19)

Jika ingin berkongsi amalan, silakan, tetapi bukan untuk tujuan tertentu sebaliknya untuk bersama-sama meraikan ilmu dan menyampaikannya, serta pastikan ianya berlandaskan Al-Quran dan Hadith,

Maaf jika ada yang tersinggung. Mama mmg lemah dalam bab nak share ni kerana diri sendiri masih tercari-cari, cuma penulisan kali ini bukanlah untuk menegur, tetapi untuk sama-sama membaiki dan mengambil manfaat.

Luv,
Igloomama
Shah Alam

Monday, September 8, 2014

Islamic Online University

Assalamualaikum WBT

Okeh..Mama nak share something...





Ada diploma courses for FREE..
Nak tambah ilmu..best! Pastu ada test..
So..korang boleh laa tinjau2 ye..


Luv
Igloomama
Shah Alam


Wednesday, April 30, 2014

Petua Hilangkan Kesan Hitam

Assalamualaikum WBT

Meh..meh..Mama nak share skit petua org dolu2...
Simple aje..





1. Untuk kurangkan/hilangkan kesan hitam di ketiak, leher ataupun celah paha.

Bahan2nya
Kapur sireh dan sebiji limau nipis.

Cara2nya
Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring. Sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu..pastu ulang selang sehari minggu berikutnya.
Insya Allah..bukan setakat hitam tu kurang..ketiak pun mcm tak berbau lagi..
Boleh apply kat leher dan celah paha..tapi kalau adaluka atau melecet..atau ada rasa pedih..stop and bilas..try lenkali pulak..


2. Untuk hilangkan kesan daki di kolar baju

Bahan2nya
Cuka dan soda bikarbonat

Cara2nya
Campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.


3. Untuk hilangkan lingkaran gelap di bawah mata

Bahan2nya
Lemon dan air suam

Cara2nya
Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.


4. Untuk hilangkan titik hitam dalam hati

Bahan2nya
Mahu, Tahu, Kita

Cara2nya
Taubat

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” ( HR Ibn Majah )

Dosa adalah penyebab titik-titik hitam di hati.Kita pula tak terlepas dari melakukan dosa.Dan Rasulullah sudah pun bagitahu kita cara untuk menghilangkan titik hitam di hati iaitu dengan bertaubat.InsyaAllah dengan taubat kita setiap hari, hati kita akan bersih dari noda dan dosa.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”(HR Bukhari)

Hati lah yang menentukan baik atau jahat seseorang itu.Hati yang baik lah yang memain peranan menggerakkan anggota badan dan pancaindera lain melakukan kebaikan.

----

memberilah ketika hidup

Aida@Igloomama
Shah Alam

Friday, April 25, 2014

PCOS : Polycystic Ovarian Syndrome

Assalamualaikum WBT


Mama tertarik dengan cerita pasal PCOS
Jom share apa yang Mama jumpa.
Thanks to blog owner!!




Satu sindrom endokrin yang kompleks yang menyebabkan anovulatory cycle (kitaran haid tidak tetap dan tanpa ovulasi) dan banyak cyst pada ovary ('polycystic ovaries').

Selain daripada itu, ia menyebabkan berlebihan hormon testosteron (yang menyebabkan jerawat dan berlebihan bulu pada badan), resistan kepada insulin (berkait dgn obesiti, kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah). Wallaubagaimanapun, simptom dan keterukan penyakit berbeza bagi setiap wanita.

Punca utama tidak dapat dipastikan, tetapi berdasarkan banyak kajian yang dilakukan ia banyak diklasifikasikan dalam penyakit genetik/keturunan.

Mengikut kajian yg dilakukan oleh WHO (2010), seramai 116 juta wanita seluruh dunia (3.4% populasi) yang menghidap PCOS. Ada juga yg menjalankan kajian (2011), mendapati terdapat 18% wanita menghidap PCOS dan 70% daripadanya tidak pernah didiagnos sebelum ini.

Bagaimana cara mendiagnos PCOS?

Pengambilan sejarah : berkenaan kitaran haid
Pemeriksaan fizikal : obesiti, lebihan rambut/bulu pada badan ('hirtusim')
Ultrasound abdomen : ovari dan uterus, juga utk melihat folikel dalam ovari
Ujian darah hormon :
                  - Serum Testosteron - tinggi
                  - Day-3 LH/FSH ratio - melebihi 1:1
                  - Day-21 Progesteron - rendah
**
Tidak semua pesakit PCOS mempunyai 'polycystic ovaries', dan
Ttidak semua pesakit yang mempunyai cyst di ovary didiagnos PCOS.


Apa lagi yang akan dilakukan?

Laparoscopy (pembedahan melalui 'teropong')
+
Dye Insufflation Test (menguji tiub tersumbat atau tidak)
+
Ovarian Drilling (untuk merangsang ovulasi)

Pembedahan ini dilakukan di dewan bedah dengan bius penuh ('general anesthesia')
Jangan risau, memang tak sakit...InsyaAllah.
Selepas pembedahan, akan rasa pening/mabuk/ngantuk kesan daripada ubat bius yang diberi
dan akan ada sedikit pendarahan.
Luka pembedahan kecil sahaja - 1 cm panjang di pusat dan bahagian ari2.


Selain itu, pesakit PCOS harus memantau tahap gula dan kolesterol dalam badan.

Cara rawatan PCOS

Tiada satu rawatan yang dapat menyembuhkan PCOS.
Apa yang boleh dilakukan adalah merawat dan mengawal simptom2 yg dialami.
Rawatan juga berbeza bagi setiap pesakit.

Anovulatory (infertile) dan overweight : kurangkan berat badan sekurang2nya 5% dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan.
Anovulatory (dan tiada masalah berat badan) : rawatan kesuburan, samada ubatan (clomiphene/clomid) atau IUI/IVF
Kitaran haid tidak tetap : pil perancang
Resistan pada insulin : Metformin (juga dikatakan dapat merangsang ovulasi)
Jerawat/Hirsutism : pil perancang yang mengandungi Cyproterone Acetate (cth Diane)


Masalah/risiko yang dihadapi oleh pesakit PCOS

Kanser rahim
Kencing manis
Darah tinggi  - terutamanya bagi pesakit obese dan mengandung
Kolesterol tinggi
Kemurungan ('depression') dan keresahan ('anxiety')
Penyakit jantung
Angin ahmar
Keguguran ('miscarriage')
Sesak nafas ketika tidur ('sleep apnea') - terutama bg pesakit obese
Penyakit hati - terutama bg pesakit obese
'Acanthosis nigricans' (hiperpigmentasi - kulit menjadi hitam, di kawasan ketiak, celah peha dan belakang leher)
Penyakit tiroid ('autoimmune thyroditis')

CREDIT TO : http://ibuamiruluwais.blogspot.com/

---

Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::


Wednesday, April 9, 2014

MH370 : Hikmah dalam Musibah..

Assalamualaikum wbt.

Kehilangan #MH370 lebih sebulan sudah...

Mama mungkin bukan sesiapa dalam dunia penerbangan. Mama cuma penumpang biasa yang hanya mampu membeli tiket kelas ekonomi setiap kali menaiki kapal terbang (Alhamdulillah).

Pengalaman pertama Mama menaiki kapal terbang jarak jauh adalah untuk menunaikan umrah buat kali pertama pd tahun 2005, menaiki pesawat Yemen.

Kemudian tahun berikutnya (juga menunaikan umrah) menaiki pesawat MAS. Syukur teramat sangat pd masa itu kerana Mama sgt2 teringin utk menaiki MAS. Memang lain lah rasanya. Bangga!

Kemudiannya Mama berpeluang pula menaiki pesawat Saudi Airlines. Perasaan Mama seronok menaiki MAS dan bersama Saudi, Mama berasa selamat.

Benarlah, jika kita mulakan apa2 dengan nama Allah..kita akan rasa dijaga sepanjang perjalanan kita. Doa musafir dimulakan semasa pesawat mahu terbang. Tenang, fullstop!

Mengingatkan kembali memori2 tersebut membuatkan Mama terpanggil utk memberi sedikit pandangan peribadi.

Mama sudah sampai masanya utk #MAS memulakan satu langkah baru dalam sesi penerbangan mereka.
1. Sedikit masa sebelum memulakan penerbangan dengan bacaan doa musafir. Mama yakin, kerisauan yg bersarang di dalam benak setiap penumpang dpt ditenteramkan. Para penganut agama lain juga mempunyai sedikit masa utk mereka mengamalkan ritual doa masing2 pd masa tersebut. Kita mmg slalu lupa. Mengingatkan juga satu sumbangan pahala.
2. Mungkin juga sudah sampai masanya utk MAS memberikan kelonggaran kepada pramugari yg beragama Islam utk menutup aurat menurut syariat. Sedikit perubahan pd uniform pramugari yg skrg ini mungkin dpt membantu mereka meneruskan pekerjaan mereka sekaligus patuh pada suruhan agama.
3. Menghormati sensitiviti liquor bg anak kapal yg beragama Islam atau sebaiknya tidak menghidangkan liquor sama sekali. Nama pun syarikat penerbangan satu negara Islam kan?

Sedikit perubahan mungkin dapat memberikan impak yg besar dalam kehidupan. Para pekerja lebih tenang dalam melakukan pekerjaaan, para penumpang juga mendapat peace of mind dalam setiap penerbangan dan Insya Allah ianya membantu dalam perniagaan yg dijalankan. Semua mesti mahukan rezeki yg berkat kan?

Allah akan menjaga kita jika kita sentiasa dahulukaNya dalam apa jua yg kita lakukan.

Maaf jika ada statement dia atas ada yg tidak benar. Ianya hanya pandangan peribadi Mama sebagai anak Malaysia yg beragama Islam.

Keep on praying for those on board #MH370 #PrayForMH370..

Saturday, March 15, 2014

MH 370 Latest Info : 15.03.2014

Assalamualaikum WBT

Mama would like to share some of the latest info from the Press Conference today made by our PM.

Salient points from the Prime Minister's statement given at the press conference:

1. New data shows last confirmed location was Saturday, 8 March at 8.11AM which indicate how far the plane has flown.
2. Based on new satellite communication data, we can say with a high degree of certainty that the Aircraft Communications, Addressing and Reporting System or ACARS, was disabled just before the aircraft reached the East Coast of Peninsular Malaysia.
3. Shortly aftewards, near the border between Malaysia and Vietnamese air traffic control, the aircraft transponder was switched off.
4. From this point onwards, the Royal Malaysian Air Force’s primary radar showed that an aircraft, believed to be (but not confirmed to be) MH370, did indeed turn back.
5. It then flew back over Peninsular Malaysia, before turning northwest into the Straits of Malacca, up until the point at which it left military primary radar coverage.
6. The PM also said that plane movement was consistent with "deliberate action" by someone on the plane.
7. There will be refocused investigation into the crew and passengers on board.
8. Despite news reports that investigators concluded it was a hijacking, PM Najib said "I wish to be very clear we are still investigating all possibilities as to what caused MH370 to deviate from its original flight path." Hijacking is not ruled out, however.
9. Based on the direction in which the plane flew, the plane could have headed in one of two possible corridors:
- Northern corridor: border of Kazakhstan, Turkmenistan to Northern Thailand.
- Southern corridor: From Indonesia to Southern Indian Ocean.
9. Operations in the South China Sea will be ended and deployment of assets will be reassessed.
10. Malaysia Airlines is informing families of the passengers of the new developments.
11. "The search has entered a new phase... We hope this new information will bring us one step closer to finding the plane."

Source : Yahoo!

Suka duka
Tangis tawa
Kongsilah dengan Yang Maha Esa
Nescaya kamu tak rugi apa-apa....

#PrayForMH370

Nak shaklee?
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Monday, February 3, 2014

Oh Kelemumur...

Assalamualaikum WBT.

Jom-jom..
Belek2 story pasal kelemumur..
Sambil garu-garu kepala tu...hiihihhi



Kelemumur adalah pengelupasan berlebihan sel-sel kulit mati dari kulit kepala. Kelemumur bukan organisma seperti kutu, tetapi hanya kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Sel-sel kulit mati dan mengelupas adalah perkara biasa dan normal. Tetapi pada sesetengah orang ia menjadi berlebihan. Apabila disertakan dengan kemerahan dan kerengsaan kelemumur boleh menjadi gejala dermatitis seborrheic atau psoriasis.

Ramai orang percaya bahawa kelemumur adalah disebabkan oleh kulit kepala kering. Walau bagaimanapun, kelemumur juga ditemui di kulit kepala berminyak. Lapisan minyak berlebihan pada kulit kepala boleh kering, menebal dan menjadi serpihan dalam bentuk kelemumur.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Nak try petua2?

Jom belek lagi...

1. Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejenak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

3. Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

4. Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah

5. Ambil semangkuk daun inai. Tumbuk inai tu sampai halus. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih. Insya Allah kelemumur anda mampu hilang dalam tempoh seminggu.

6. Bertukar dengan rangkaian jagaan kulit kepala dan rambut Prosante daripada Shaklee. Info lanjut click sini



Hihihihih...jangan mara aaaaaaa....
Tapi insya Allah berkesan...tak cuba tak tau.. :D

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Tuesday, November 19, 2013

Gout???

Assalamualaikum WBT

Ola2..lama betul Mama tak layan menulis ni kan...
Ishhh..banyakdangat bernda tertangguh nak ditulis..insya Allah Mama akan setelkan skit2..dok dalam draft..tp tak abis..ihihhi...

Beberapa hari lepas group chat Mama sibuk story mory pasal GOUT..

Barulah Mama teringat yang Shaklee pun sebenarnya ada supplement utk pesakit gout..Insya Allah terbaik...yelah..supplement kan bagus untuk kita semua kan...Shaklee bukan ubat ye...ianya hanya sekadar makanan tambahan..so..kesannya depends on orang dan juga cara pengambilannya..juga sejauh mana keseriusan penyakitnya.

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang

pic : carian google. tq!!

Apa yang perlu diambil oleh pesakit GOUT??

Performance Drink
Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi.
Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing.
Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard
Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan

Alfalfa
Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan.
Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Anda ada masalah ni??

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201




Monday, November 11, 2013

Comparing?? Please Don't!

Assalamualaikum WBT

Berpagi-pagi dengan urusan rumah..

Mengemas meja SOHO yang penuh dengan mainan Hashimiz..mereka memang suka meletakkan mainan mereka di atas meja SOHO Baba dan Mama.
**anak2 Shaklee mmg mcm tu.**

Sekali...terpandang buku "Erti Hidup Pada Memberi" karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Helaian demi helaian Mama buka dan mata terpandang pada satu muka surat yang membuatkan betapa Mama masih belajar menjadi Mama..

"Berjaga2 lah ibu bapa yang suka membandingkan anak2nya dengan anak2 org lain. Kerana mereka juga akan membandingkan ibu bapanya dengan ibu bapa org lain" 
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


pic : carian google. tq!


Personality begins when comparing ends.

Boleh juga kita amalkan doa ini..

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;" Al Baqarah : 128


Allahumma Aamiin.

Nota untuk diri...

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Friday, November 1, 2013

Banjir Kilat..Redah Banjir?

AssalamualaikumWBT

Semalam penuh makna..

Petang semalam Shah Alam hujan lebat...lebat sangat...

Mama nak ambil Balqees Hashim dan Haarith Hashim kat sekolah..diaorg balik kul 4.15pm..
So..Jam dah pukul 4pm..tp hujan masih tak reda lagi...
Mama pun tawakal untuk keluar juga...ambil payung dan berjalan lah ke parking lot...hujan kilat guruh..takuttt
Walau berpayung...basah jua...
Mama terbayang mcm mana lah kids..mesti berbasahan juga menunggu Mama kalau Mama lambat...(walaupun teacher tak bagi keluar kalau hujan..tp perasaan ibu kan...)
Masuk kereta berbasah-basahan....lap2 keta..esp kat power window...takut pulak short mana2 nnt..

Doa moga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan pergi balik Mama...
Off to school...Bismillah..

Setelah berjalan lebih kurang 1km..tiba2...
Mama nampak beberapa kereta di opposite side berhenti...TERSANGKUT!!
Air tiba2 datang dengan banyak...
Ya Allah..

ni masa dah 10 minit lepas air laju tu datang - pic: Mama's Note

Mama nampak pergerakan air yang laju itu...beberapa SUV dan MPV terus laju meredah...tapi..Mama berhenti di tepi jalan..nyalakan lampu hazard.
Mama mcm tak berani nak lalu sebab air tengah laju..sebab mcm takut kereta akan terbalik (na'uzubillah..)..mcm2 perkara yg Mama fikirkan...
So..Mama amik fon..call Baba..unfortunately Baba tgh ada urusan...
Mama call BIL...tak angkat..mungkin tgh meeting.
So...Mama pun call x-boss Mama..dia pun guide Mama step by step..
Mama bukak bluetooth..x-boss guide masa Mama meredah.

Apa step nya??
So..walau mungkin ramai dah tau...tapi Mama nak jugak share ngan semua pembaca..lagi2 kaum2 hawa...

*Sebelum mengharung..pastikan kereta kita sesuai untuk mengharung..maksudnya..tgk paras air tu mcm mana..dan juga kereta2 yg melalui banjir tersebut.
Mama membawa MPV..so..Mama pun nampak beberapa MPV dan SUV berjaya melepasi banjir tersebut.

*So..baca lah doa2..then kena letak rasa yakin..bergantung hanya pada Allah.. kalau tak yakin..JANGAN harung ye..

*Tekan lampu hazard..takut semasa mengharung..kereta di belakang tidak nampak ada kereta di hadapan. Kira mcm kecemasan juga kan..so..tak salah nak pasang lampu tu.

*Turunkan gear..manual masuk gear 1, auto turunkan ke L

*Jalan dengan perlahan2 dan maintainkan kelajuan..x-boss Mama suruh maintain 30-40km/jam aje..

*Jangan sesekali tekan brake. Harung dengan berhati2.

*Ikut petunjuk kereta di hadapan..kadang2 kita tak tahu mana tempat yg dalam kan..so..petunjuknya adalah org depan.

So..bila dah lepas...ucaplah Alhamdulillah...syukur Allah dah selamatkan kita.

Alhamdulillah Mama berjaya mengharung banjir buat kali pertama..Mama dapat rasa arus air yg menolak2 kereta masa Mama sedang mangharung banjir...

Minta Allah jauhkan dari perkara2 yang tidak diingini...Aamiin..

Tapi pengalaman tersebut adalah satu ilmu yang sangat berharga buat Mama...
Terima Kasih x-boss.
Syukur Allah kurniakan orang2 yang baik2 di sekeliling Mama...Alhamdulillah.

Baba call selepas tu...
"Macam mana?"
"Alhamdulillah..dah lepas.."
"Alhamdulillah"

Sampai di sekolah sebelum kids keluar..
Hujan pun dah berhenti..
Alhamdulillah..
Sedikit ujian yang Allah nak beri...
Akhirnya pelangi yang indah menemani...
Alhamdulillah..


Pastu..Mama pun menikmati ini..




ihihih...nyaman..
Alhamdulillah..

p/s : b complex sangat bagus untuk mengelakkan panic/nervous tau... :D

Seperti biasa...
Order Shaklee dengan Mama??
SMS/Whatsapp 24/7 tau..


Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara






Thursday, October 31, 2013

Renew Paspor Bibik???

Assalamualaikum WBT..

Salam Khamis buat semua...



Ada tak yang ada bibik??
Mama nak share sedikit procedure untuk renew pasport bibik...
Zillion thanks to Dr. Irwani untuk info..
*visit her blog : http://irwaniscupoftea.blogspot.com/*

Kak Wani kata..kalau semua yang di list kan ni ada..30 minit aje insya Allah setel...

Dokumen yang diperlukan :

1) pasport original bibik & 2 fotokopi pasport
2) 2 salinan fotokopi IC majikan
3) 2 salinan insurans bibik
4) 3 salinan kontrak perjanjian Majikan & bibik (downloadable fr d embassy' s website)
5) surat kuasa dr Majikan kpd wakil - 2 salinan
6) original IC & 2 salinan IC wakil majikan
7) RM18



Setibanya di Kedutaan,

1- ambil borang permohonan (warna) biru
2- isi borang selengkapnya
3- ambil no giliran
4- ambil gambar
5- tunggu no giliran di panggil. Bagi yg mengandung, warga emas & yg bersama anak2 boleh terus ke kaunter 15
6- Slp semua dokumen diluluskan & bayaran dibuat, pergi ke kaunter 31 atau 32 utk validate kontrak pekerja..
7- Finally br collect passport di kaunter 27-30

Bila kita ikut procedure yang betul..maka masa yang diambil pun tak lah lama...
Macam tu jugak kita peranan kita dalam melaksanakan perintah Allah dan juga peraturan halal haram yang Allah dah tentukan buat kita...

"(Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah)"
Al Qaf : 32

So...harapan Mama..ianya dapat memudahkan korang ye...nota untuk Mama juga...mana laa tau nnt nak amik bibik balik..hiihhihi

pictures : carian google. tq!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Saturday, October 26, 2013

Aduh Mama! Sakit perut!

Assalamialaikum WBT
Salam pagi sabtu!
Pagi ni Haarith Hashim kata dia sakit perut...mlm td ada muntah2.


Sekarang Mama bawa dia ke klinik sebab dia ada beritahu yang semalam ada doktor dan nurse dtg sekolah sbb ada kes food poisoning.
Hashimisz mmg sentiasa bwk bekal ke sekolah. Sebab dia org kan picky eater...so..Mama akan berhempas pulas setiap pagi bekalkan food utk diaorg. Sekolah mmg ada beri food (RM100 sebulan compulsory) tp memanglah diaorg x makan pun....Baba bayar aje...kira mcm donation ke sekolah setiap bulan.

Pastu Mama pun gugel2 laaa sementara tunggu doc sampai....

Antara jenis2 sakit perut.

Kembung
Ketika kembung, perut terisi penuh dengan udara. So, antara cara untuk kurangkan rasa sakit adalah dengan bergerak atau berjalan. Ianya dapat mengurangkan rasa sakirlt yang mencucuk2. Apabila kita kembung...kita boleh try makan slow2 untuk merawatnya.

Heartburn
Heartburn terjadi ketika bahagian perut (dan biasanya sampai dada) terasa seperti terbakar. Boleh segera atasi dengan ubat pedih ulu hati yang ada di pasaran supaya keadaan tidak bertambah parah. Antara pencegahannya jangan terus berbaring setelah makan.

Sembelit
Susah buang air besar memang menyakitkan. Penyebab masalah ini adalah kurang serat dan kurang minum. Jadi untuk mencegahnya, jangan malas makan serat dan memperbanyak minum air.

Cirit birit
Dehydrate adalah yang paling ditakuti apabila diserang cirit birit. Cirit birit kebiasaannya disebabkan oleh kuman. Antara cara terbaik mengatasi cirit birit ianya rajin mambasuh tgn terutamanya sebelum dan selepas makan.

4 cukup lah ye....banyak lg jenis2 dan simptom2 ....tapi korangkan rajin gugel kan......
Nak sampai turn dah....
Tata!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Wednesday, October 23, 2013

Luaskan kuasamu... UITM Shah Alam & Shaklee

Assalamualaikum WBT

Eh..ramai rupanya student UITM Shah Alam ni peminat Shaklee....



Boleh kata tiap2 hari ada student pm Mama tanya pasal Shaklee tau...

Mama suka student yang ambil berat pasal kesihatan ni...
Maklumlah..koranglah harapan agama dan bangsa...so..kena laaa sihat bertenaga...
Nak belajar lagi...nak bersilaturrahim lagi..nak berakti dan berkhidmat lagi...

So...
Insya Allah..Mama akan penuhi hajat adik2 semua yang nakkan kebaikan Shaklee dikongsi bersama...

Kesian adik2 nak belajar kan...Mama sedia hantarkan kat korang tau...just mention kolej mana atau rumah sewa kat mana...atau nak hantar kat fakuliti pun ok je...

Adik2 UITM suka amik B Complex dan Vit C!!
dan diaorg (girls) suka sangat kat vit e!!
So, apa tunggu lagi..Mama beri harga terbaik untuk korang..insya Allah..

Jom..sapa2 yang nak order...boleh PM Mama laju2 ye...
Nak cepat..SMS/Whatsapp ye...cepat2...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Gusi bermasalah????

Assalamualaikum WBT

Lewat malam tadi...bff Mama whatsapp..tanya pasal gusi...katanya gusinya nampak akar2 gigi sudah..

Mama pun rasa mcm terpanggil nak selak mr gugel pasal ni...



Sekali Mama jumpa pasal gangivitis..
Mama rasa nak share laa...

Credit to BabyCenter.

Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika anda hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi anda bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos.

Kalau mengikut kata hati, anda mungkin akan cuba mengelak dari melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah, tetapi penting bagi anda memberus gigi dengan kerap. Gunakanlah berus yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan.

Plak (lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi) boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah. Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tip-tip berikut:

Berus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.

Gunakan berus gigi elektrik. Berus elektrik lebih berkesan menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.

Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).

Jumpa doktor gigi dengan kerap.

Jika anda merokok, hentikanlah. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk. 

Tanyalah doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan jika anda hamil. Pengkumur yang mengandungi antiseptic chlorhexidine boleh digunakan, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.



Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Tidak kira samada anda hamil ataupun tidak, jika tidak dirawat, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk lagi.

Anda boleh menghentikan kerosakan dengan mengikuti tip-tip bagaimana membersihkan gigi dan gusi seperti yang disenaraikan di atas. Dengan mempraktikkan kaedah tersebut serta rawatan daripada doktor gigi, anda dapat menghentikan periodontitis daripada menjadi semakin buruk. Rawatan yang diberikan mungkin termasuk mencuci gigi (scaling) di mana tartar akan dibuang dan dasar gigi akan dibersihkan.

Jika anda tidak menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh periodontitis, gigi dan gusi anda akan rosak teruk. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
:: Gusi anda terkena jangkitan dan bernanah. Ini dipanggil abses gigi.
:: Ruang kosong terbentuk pada bahagian di mana gusi dan dasar gigi bertemu.
:: Ruang kosong di sekeliling gigi menjadi semakin besar. Gusi mula meregang daripada dasar gigi.
:: Gigi anda menjadi longgar.
:: Gigi mula tercabut.

Ini mungkin kedengaran sungguh menakutkan, dan penyakit ini perlu sampai ke peringkat yang teruk sebelum gigi anda mula rosak seperti ini.

Ishhhhh..mcm scary..
So, jaga gusi anda...

Nak jaga struktur gigi dan gusi yang baik???

Jom amalkan Vit C..bagus utk gigi dan gusi tau...

Ostematrix juga bagus...

Nak tambah lagi??? Boleh juga ambil CoQ Health Plus....

Best betul laa Shaklee..mcm2 ada....

Jom..sapa2 yang nak order...boleh PM Mama laju2 ye...
Nak cepat..SMS/Whatsapp ye...cepat2...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara




Tuesday, October 22, 2013

Mama's current luv luv

AssalamualaikumWBT

Tau tak yg Mama suka beli buku???

Hihihihih...beli dan baca memang satu benda yang best...
Sekarang Mama pun berjinak2 nak menulis buku... (moga Allah perkenankan...Aamiin.)

Dan nak cerita...
Last few weeks Mama diuji oleh Allah dengan ujian kesihatan yang tidak memberansangkan...
Yang tu nanti Mama nak story panjang kat lain2 post, insya Allah...
Tapi yang ni Mama tak sabar nak story...ihihihihi..

Baba belikan Mama buku ni...



Best betul walaupun hanya sekadar ucapan inspirasi...tapi..benda2 macam ni kadang2 boleh bangkitkan mood kita....kasik psycho minda biar seiring dengan semangat...hihiihhi

So..korang nak???
Murah jek...
Baba belikan kat MPH...RM15 je youuuu...

Lebih baik korang qoute ayat2 dalam buku ni buat post dlm facebook dari korang tulis benda2 yang tak berfaedah.. mana tau..post korang yg ni..buleh buat org menjadi lebih positif..kan dapat pahala free2 aje...

Ok lah..
Mama nak berundur jap...setelkan keje rumah..
Nanti sambung bebel lagi...

Oh ye...
Sustained Release Vit C Plus Shaklee dah ada stok...setahun tak de kan...so..sapa2 yang nak..silakan SMS/Whatsapp Mama kat 0192491201...cepat2 tau!

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.

Monday, October 7, 2013

Shaklee di Kota Kemuning??

Assalamualaikum WBT

Susah ke nak dapat distributor Shaklee kat area anda??




Duduk kat Kota Kemuning Shah Alam ke???

 Mama ada 3 biz partner di sana...

Mama pun memang selalu ke Kota Kemuning...








Kota Kemuning Hot Distributor!!

Mardina
S.I.D : 956841
012-4901105

Najihah
S.I.D : 956845
019-5900031

Ruby
S.I.D : 911121
019-3883193

COD/Self Pickup EXCLUSIVELY at Kota Kemuning, Jalan Kebun, Kemuning Utama, Johan Setia
One to One Consultation


Apa tunggu lagi??
Senang aje kan..amik no then sms/whatsapp aje Mama atau Mama's Angels di atas ye....

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam & Subang Jaya
PosLaju seluruh negara.



Friday, October 4, 2013

Antara Sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan - Part 2

Assalamualaikum WBT.

Salam rindu buat semua pembaca dan juga customer tersayang..

Mama nak sambung pasal sunnah2 yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita.

berhenti hari tu kat no 3. so kita sambung no 4 dan seterusnya.

4. Bersedekah
Sedekah bermaksud memberikan sedikit harta yang kita ada untuk orang-orang yang memerlukan dengan ikhlas. Rasulullah sangat suka bersedekah. Tak nak ke kita ikut cara baginda???




5. Menjaga Wuduk / Sentiasa dalam keadaan berwuduk
Jagalah wuduk dan perbaharuilah wuduk jika terbatal.



6. Sentiasa beristighfar.
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

So...
Janganlah kita baca aje ye...jom amalkan sama2!!
Insya Allah rezeki kita lebih diberkati...Allahumma Aamiin.



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara





Wednesday, September 25, 2013

Antara Sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan _ Part 1

Assalamualaikum WBT

Entry yang tah berapa kali tertangguh untuk menulis.
So, Mama rasa Mama nak tulis ari ni jugak..sebelum Mama terlupa lagi :D

Antara sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan.

1. Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



2. Membaca Al-Quran
Ada yang mengatakan waktu terbaik membaca Al-Quran adalah sebelum matahari terbit. Pahala yang besar menanti sesiapa yang sentiasa membaca Al-Quran dan yang mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan janganlah Al-Quran hanya sebagai bahan bacaan sahaja. Manfaat kan Al-Quran dan isinya sebagai panduan dan budayakan ia dalam kehidupan seharian kita.






3. Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat dianjurkan. Waktu solat dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.




Ada lagi tau..
So, nantikan ianya di part kedua, Insya Allah..

Mama nak siapkan keje2 rumah skit. Kejap lagi nak amik kids...hiihih

So, malam ni kita pakat2 bangun Tahajjud ye kawan-kawan...

Perlukan makanan tambahan bagi menambah tenaga?
Ibu2 yang menyusukan yang sentiasa lesu seperti tak cukup tidur?

Jom PM Mama, Insya Allah Mama boleh membantu,.

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara