Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Ya Allah...







Berdoalah kepada Allah, agar hujan berhenti. Doalah kepada ALLAH!

Berdoalah dengan doa yang nabi sallallahu 'alaihi wasallam baca di dalam khutbahnya:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah turunkanlah hujan di sekeliling kami, jangan turunkannya di atas kami..Ya Allah turunkan hujan di bukit kecil, tanah tinggi, perut lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, Bab al-Istisqa', hadis no: 962]





Ya Allah, selamatkanlah dan permudahkanlah urusan-urusan mereka-mereka yang ditimpa musibah banjir ini. Berikanlah mereka kesabaran dalam ujian ini Ya Allah. Pulihkanlah keadaan mereka secepatnya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Aamiin. 


Igloomama
Shah Alam

Tuesday, October 7, 2014

Submission VS Achievement

Assalamualaikum WBT

Hati tersentuh sekali lagi..
Masih belum rezeki kami.
Insya Allah, menyusul kemudian.
Sesungguhnya rindu ini terus bertumpu pada Haramain.







Tahun 2009 menyaksikan 29 tahun kehidupan Mama menerima berita yang amat menyedihkan apabila tidak direzekikan lagi untuk mengerjakan Haji, walaupun kami berada di bumi Saudi. Di masa itu Hashimiz masih kecil dan disebabkan wabak selsema burung yang sedang berleluasa masa itu, pihak Saudi melarang para jemaah membawa anak-anak kecil.

Berlinangan air mata Mama melihat jemaah haji berwukuf melaluikaca tv..sedih yang teramat. Hati tetap terpalit sedih walau dalam redha. Insya Allah suatu hari Mama akan berada dalam kumpulan jemaah yang berwukuf di Arafah, insya Allah.

Teringat perihal menunaikan ibadah haji dan umrah ini, teringat juga Mama akan kata-kata Dr. Bilal Philips.

"Hajj is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Jadi, secara kesimpulannya,

"Ibadah is a submission, NOT AN ACHIEVEMENT"

Benar, bila bab ibadah, apabila kita berjaya melakukannya, ianya bukanlah satu pencapaian, tetapi sebenar-benar penyerahan. Sebagai contoh kita dapat mengerjakan haji atau umrah di usia muda, ianya adalah rezeki kita dan bukanlah untuk diceritakan. Begitu juga jika kita disponsor penuh melakukan umrah 5 bintang, tidak perlulah untuk bercerita panjang lebar bagaimana kita berjaya mendapatkannya kerana ianya adalah perkara 'ubudiyyah iaitu perkara yang berkaitan dengan ketuhanan dan pengabdian kita kepadaNya.

Tak salah untuk kita memberitahu keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk kita berangkat, tetapi bukan untuk menampakkan ianya sebagai satu penghargaan yang diterima hasil kerja keras kita bertungkus lumus bekerja, kerana perkara ibadah tiada kaitan dengan penghargaan atau pencapaian sebaliknya benar-benar mengharap keredhaan Allah tatkala hati terus menerus ikhlas melakukannya.
Mungkin ramai di antara kita seronok untuk mengesyorkan pada rakan-rakan tentang kemudahan yang kita terima semasa mengerjakan haji/umrah atau apa sahaja perkara-perkara ibadah yang kita lakukan, tetapi simpanlah untuk kegunaan sendiri supaya lebih khusyuk dalam melaksanakan ibadah. Lebih baik untuk mendoakan agar ahli keluarga, sahabat handai dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik ataupun kita sendiri memberi bantuan buat mereka mengerjakan ibadah tesebut tanpa memerlukan pembalasan.
Adakah kita seronok apabila kita dapat bercerita pengalaman kita dilayan sebagai duyufurrahman 5 bintang?



Begitu juga perihal ibadah khusus yang lainnya, solat, zakat. dan juga beberapa ibadah lain seperti sedekah, membantu orang lain. Simpanlah ia, supaya ianya menjadi senjata rahsia kita bertemu Allah kemudian nanti. Amalan dan pemberian bukan utk menunjukkan pencapaian kita berkaitan dengan hasil kerja kita. Sama-sama semaikan dalam hati, berapa banyak kita memberi, apa amalan kita adalah dalam pengetahuan Allah dan Allah jua yang menganugerahi kita dengan nikmat yang sebegitu.

“Ya, Tuhanku, jadikanlah aku untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku pada golongan hamba-Mu yang salih.” (Surah an-Naml, ayat 19)

Jika ingin berkongsi amalan, silakan, tetapi bukan untuk tujuan tertentu sebaliknya untuk bersama-sama meraikan ilmu dan menyampaikannya, serta pastikan ianya berlandaskan Al-Quran dan Hadith,

Maaf jika ada yang tersinggung. Mama mmg lemah dalam bab nak share ni kerana diri sendiri masih tercari-cari, cuma penulisan kali ini bukanlah untuk menegur, tetapi untuk sama-sama membaiki dan mengambil manfaat.

Luv,
Igloomama
Shah Alam

Monday, September 8, 2014

Islamic Online University

Assalamualaikum WBT

Okeh..Mama nak share something...





Ada diploma courses for FREE..
Nak tambah ilmu..best! Pastu ada test..
So..korang boleh laa tinjau2 ye..


Luv
Igloomama
Shah Alam


Friday, September 5, 2014

Kemuliaan Ilmu Atas Harta





Benarkah??

Jom kita selusuri penjelasan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah berkenaan perbezaan antara ILMU (tuntutan pada ilmu shar'ie) dan HARTA.

1. Ilmu adalah warisan para Nabi sedangkan harta adalah warisan para raja dan orang kaya.
2. Ilmu menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta sentiasa sibuk menjaga hartanya.
3. Ilmu ada penguasa atas harta, sedang harta tidak berkuasa atas ilmu.
4. Harta bisa habis dengan sebab dibelanjakan, sedangkan ilmu sentiasa bertambah dengan diajarkan.
5. Pemilik harta jika telah meninggal dunia, dia berpisah dengan hartanya, sedangkan ilmu akan mengiringi         pemilik ilmu ke dalam kubur.
6. Sesiapa sahaja, muslim ataupun tidak, baik ataupun jahat, soleh ataupun tidak mampu memperolehi harta,     sedangkan ilmu yang bermanfaat hanya didapatkan oleh orang yang beriman sahaja.
7. Sesungguhnya jiwa menjadi lebih mulia dan bersih dengan mendapatkan ilmu, menyempurnakan diri dan kemuliaannya. Sedangkan harta tidak membersihkan diri dan tidak pula menambahkan sifat kesempurnaan diri, malah jiwa dan perasaan menjadi kurang serta kikir dengan mengumpulkan harta dan menginginkannya. Jadi keinginannya kepada ilmu adalah inti kesempurnaannya dan keinginnya kepada harta adalah ketidak sempurnaan dirinya.
8. Mencari ilmu dan mencintainya adalah akar seluruh ketaatan, sedangkan mencintai harta dan dunia adalah akar kepada pelbagai kesalahan.

Kawan-kawan..

"To seek knowledge is to seek path in Jannah"

Love
Igloomama
Shah Alam


Saturday, August 30, 2014

Kisah Cinta Ulung

Assalamualaikum WBT

Jatuh cinta dengan ayat-ayat ini...





Hubungan kita dengan Allah ialah sebuah kisah cinta

Ulangilah kata-kata cinta kita kepada Allah dengan sentiasa membasahi lidah dan hati kita dengan kalimah suci Al Quran dan Zikrullah.

Buktikanlah rasa cinta kita dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar

Prof Tariq Ramadan



Monday, July 14, 2014

Palestin, engkau tidak keseorangan...

Assalamualaikum WBT

Salam kasih 16 Ramadan..

"Kami bersahur di Gaza, kami berbuka di Syurga"

Apa perasaan anda bila membacanya?
Apa yang terdetik di hati dan fikiran?
Apa yang anda cuba bayangkan?



Islam menggariskan Tawakal, Sabar dalam segenap aspek kehidupan, begitu juga dengan Syukur.

Apakah kita seperti mereka bila ditimpa musibah?
Apakah kita mampu berfikir demikian bila diberi ujian?
Apakah kita mampu menggerakkan kaki dan tangan untuk melawan?

Ya Allah, peliharalah mereka-mereka yang ditindas dengan sifat Tawakal, Syukur dan Sabar agar mereka terlepas dr belenggu kemaksiatan yang bermaharajalela. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga; dan kami berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka. Ya Allah, Engkau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah, Engkau suka mengampuni hamba-hambaMu oleh itu ampunilah dosa-dosa kami."

Aamiin.

Igloomama
Shah Alam

Sunday, July 13, 2014

Kisah Amal dan Ilmu

Assalamualaikum.

Coretan 15 Ramadan

Kisah Amal dan Ilmu

Biasa kita dengar tentang orang yang ada ilmu kena amalkan tapi tahukah kita yang beramal juga perlu dengan ilmu. Pernah tak kita ikut pendapat mana2 pihak atau orang perseorangan, mempercayainya dan menuruti amalannya sedangkan kita tidak memiliki pengetahuan apa2 tentang amalan tersebut?

Sebenarnya, apabila sesuatu amalan yang menyangkut hak orang lain, ianya lebih bahaya akibatnya sama ada di dunia atau di akhirat.

Allah berfirman :

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra`: 36)

Beberapa hari lepas, Mama sempat menyedut ilmu dengan Datin Dr Irwani Abdullah berkenaan beberapa perkara yang mengelirukan Mama dan antara pesannya ialah "konteks hal ehwal ibadah adalah amat rigid, kita tak boleh nak ubah suai atau tokok tambah walaupun atas niat yang baik..itu namanya bid'ah"
Terima kasih Kak Wani, nasihat itu insya Allah akan sentiasa diingati.

Di saat itu terasa betapa kerdilnya diri. Betapa Mama banyak mensia-siakan masa dan tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya. Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

Igloomama
Shah Alam

Saturday, July 12, 2014

Allah Al Musta'an

Assalamualaikum

Salam 14 Ramadan

Mama tak perasan yang hari ni sudah Ramadan 14,
Cepat masa berlalu kan..

Rutin harian di bulan Ramadan juga berubah pola. Sekolah pun awal pulangnya dan cabaran dengan anak-anak yang baru belajar memahami kaedah berpuasa memang sedikit sebanyak merenggut masa Mama (tak nak mengaku dah tua n mudah lupa :D)

Hashimiz yang berusia 9, 8, 6 dan 4 tahun masing2 perlukan perhatian Mama dan kadangkala mereka minta lebih daripada 100% (ye ke?). Dan bulan Ramadan ini nampaknya membuatkan Mama perlu bekerja lebih dengan target diri sendiri - untuk TIDAK membeli sebarang juadah berbuka puasa dan berbuka seadanya tetapi MESTI memenuhi kesemua keperluan diet Hashimiz yang seleranya berlainan.

Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan Hashimiz sentiasa berada dalam 'mood' yang baik, supaya segala aktiviti yang menjadi santapan rohani dan jasmani mereka berlangsung tanpa gangguan. Walau ada sedikit-sedikit yang mengelat..ihihih (biasalah kan...)

Dan yang sedang berlangsung sekarang di mana Mama perlu mengambil alih sebentar watak utama dalam keluarga. Ketika watak utama tersebut hanya dapat berlintas langsung dalam sela waktu yang tertentu sahaja. 2 in 1. (Yang ni tak boleh ngelat ye....)

Sifir mudah dalam keadaan ini yang mungkin dapat Mama rumuskan..

1) Baca Al Quran + Berzikir = Tenang

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al-Baqarah: 185)

2) Sabar + Syukur = Tenang

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)

Allah Al Musta'an

Igloomama
Shah Alam

Thursday, July 10, 2014

Apakah yang kita doakan?

Assalamualaikum WBT

Jom baca...kali ni Mama nak share pasal doa pulak...

Doa meminta rahmat dan redha Allah.

Inilah cita-cita tertinggi yang harus dimiliki seorang Muslim lagi Mukmin . Tentang hal ini, dalam kitab Hikam, Imam Ibnu Athaillah mengungkapkan bahwa:

"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."

Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, redha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".

Saat kita meminta redha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak redha kepada kita. Bila Allah sudah redha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapat, dan akhirat pun akan kita peroleh.

Kerana itu,
- daripada minta kecukupan, lebih baik kita minta tawakal;
- daripada minta nikmat, lebih baik kita minta syukur;
- daripada minta terlepas dari musibah, lebih baik minta sabar, dsb.

Hal ini bukan bererti kita tidak boleh berdoa. Berdoalah apa pun, selama tidak memohon kemaksiatan.

**Shah Alam hujan lebat.
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Salam 12 Ramadan...

Igloomama
Shah Alam

Tuesday, June 17, 2014

Elakkan Berprasangka...

Assalamualaikum WBT..

PERHATIAN!!
Jangan cuba2 hendak bersangka buruk!!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
Al Hujurat : 12

Apabila melihat sesuatu perkara, manusia lebih cenderung menafsirkannya dari sudut negatif.

Allah mengingatkan kita dalam Quran, surat al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam) yang membawa sesuatu berita, maka siasat dengan teliti (benar atau tidak).'

Oleh itu, lihatlah sesuatu yg berlaku dalam lingkungan sudut pandangan yang positif dan baik. Insya Allah, yg baik2 juga yg dtg pada kita.

Luv u all
Igloomama

Friday, April 11, 2014

RM yang paling BESAR!!

Assalamualaikum WBT...

Salam Sayyidul Ayyam..

Bila akal mula fikirkan dunia,
Hati juga mula mengeras...

Pagi ini Mama mendapat satu ilmu baru..membina keikhlasan, menyucikan hati..Insya Allah.
Biasakah kita bersedekah??
Not RM yg kecil selalunya kita ambil dan kita hulurkan.
Not RM yang berwarna biru kita ambil dan kita masukkan ke dalam tabung..
Cuba sekali kita ambil not RM yg terbesar di dalam purse kita..



Akal fikir apa?
Hati kata apa?
Akal tak berminat
Hati memberat

Kenapa ye??

Sebab takut?
Sebab risau?
Sebab lokek?
Macam2 sebab boleh kita rasa dan reka..

Sahabat saya pernah kata..
"Tak percaya dengan Allah? Allah kan Maha Pemberi"
Jawapan yang tepat dan betul!!

*Masuk ke hati*

Cik Abang pun cakap..
"Rezeki dah ditetapkan oleh Allah. Banyak ke sikit ke..mmg dah ditetapkan. Rezeki kita akan seperti yg telah ditetapkan oleh Allah walaupun kita memberi not RM yg paling besar pun."
Panjang skit jawapan..ulasan berdasarkan kitab Minhajul Abidin.

*Menggetar hati*

Ustaz Ismail Kamus kata..
"Duit yang kita simpan dalam purse kita tu, bukan duit kita..mungkin mekanik punya..mungkin hospital punya..mungkin cikgu punya..tapi duit yang kita sedekah tu memang kita punya.."
Ya Allah...sayangnya Allah kat kita...Allah beri kita rezeki..Allah bagi kita rezeki yg dalamnya ada hak orang tp dlm hak orang ada pula pahala utk kita..

*Menusuk jauh ke dalam hati...*

Hiduplah untuk memberi..
Diri tersedar
Mata terbuka
Alangkah kedekutnya aku..

So..
Mencabar diri untuk ikhlas..

Jumuah Mubaroqah...


Sunday, April 6, 2014

Bukan kaya pilihan ku...

Assalamualaikum WBT

Meletakkan setiap hari pada tempat dan gaya hidup yang sama mungkin tak nampak kita beria-ria untuk berubah, tapi ianya mengekalkan satu bentuk 'istiqamah' yang secara perlahan menjadi kita insan yang lebih bersyukur dan sentiasa mengharapkan redha Allah dalam kehidupan.

Sesetengah manusia begitu rancak mempersiap dan memperhebatkan dirinya setiap hari agar nampak lebih baik dari semalam, tetapi tertinggal utk melakukan apa kebaikan yg dilakukannya semalam.

Adalah lebih baik jika tetap mengekalkan satu kebaikan itu agar ianya berterusan selain ditambah dengan kebaikan yang lain setiap hari yang juga akan diteruskan setiap masa.

Apalah ertinya duit yang banyak, pangkat yang tinggi, dunia yang dikejar, tetapi semakin hari kita semakin mengurangkan keberkahannya.

"Aku nak kaya, nak simpanan juta2. Nanti senang masa hari tua. pastu nak bagi sedekah tak de laa nak bagi RM10 aje..boleh laa beri lebih sikit."

Sampaikah kita untuk "tua" itu?
Adakah di waktu kita "tua" itu kita masih ada simpanan tersebut?
Adakah nilai sedekah kita yang banyak itu mampu membantu kita di sana nanti??

Semua kita tak tahu.
Kita memang tak tahu.

Bersyukurlah seadanya
Berusahalah untuk mendapat redha Allah
Rezeki Allah dah tentukan
Ada, tiada, sedikit, banyak, semuanya Allah dah siap2kan untuk kita dan itulah yang terbaik buat kita.

----
Shaklee Anyone??
COD - Shah Alam
SMS/Whatsapp 24/7
0192491201

:: RM75 for life and enjoy products at member's price! ::



Saturday, April 5, 2014

Psstttt...sabar lah...

Assalamualaikum WBT

Jom kita buat sedikit pengisian ari ni..

APABILA berdepan dengan masalah, lazimnya diri di selubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:

1. Bersabar dengan segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Surah Luqman, ayat 17)

2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabuut, ayat 2-3)

3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah:156)

5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

6. Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.

8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Order Shaklee dengan Mama??
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201



Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum WBT

Doa kami buatmu
Moga Allah memberi petunjuk di manakah kamu
Kami setia menantimu

Teruslah berdoa wahai Rakyat Malaysia.
Kuasa Allah berlaku sekelip mata
Ambillah hikmah
Kebergantungan tetap pada Yang Esa
Bukan pada manusia
Bukan pada benda..

MH370
Kami menanti dengan tangan mendepa
Kami menantu beritamu dengan hati terbuka
Segala kemungkinan kami redha
Temukanlah ia, Allah Yang Maha Kuasa...

Doalah!!
Doalah!!
Doalah!!

Jangan berhenti..
Doalah!!!

Igloomama
Shah Alam
::setia menanti::i cant sto thinking about you::

Thursday, November 21, 2013

Kematian yang menghidupkan

Assalamualaikum WBT

Mama rasa satu Malaysia..mungkin juga satu dunia maklum dengan pemergian Ahmad Ammar beberapa minggu lepas.

Mama amat terkesan dengan kisahnya. Betapa mulianya dirinya walaupun umur batu setahun jagung. Mama dapat rasakan betapa kerdilnya Mama nak dibandingkan dengan apa yang Almarhum Ammar lakukan pada usianya sekarang.

Mama sangat2 kagum dengan penerimaan ibu bapa Almarhum dengan pemergiannya. Ya Allah...raut wajah mereka tenang melihatkan pemergian satu2nya anak tunggal lelaki mereka.

Teringin sangat Mama nak bertemu dengan ibu bapa Almarhum Ammar dan bertanyakan bagaimana dia mendidik Almarhum.

Mama yakin ramai yang terkesan dengan pemergian Almarhum..Sesungguhnya ianya satu kematian yang menghidupkan.




Semoga Syurga tempatmu, nak.
Al Fatihah.



Order Shaklee dengan Mama??
Harga Ahli semestinya!!
COD sekitar SHAH ALAM
SMS/Whatsapp 24/7 tau..
0192491201

Sunday, October 27, 2013

Sweet and Sweat Sunday

Assalamulaikum WBT

Maaf laa..pagi Ahad Mama memang akan selalu bz skit...
Sebab Mama akan ke Stadium Shah Alam...pasar pagi..beli lauk utk seminggu...

Pastu...pi dating ngan Baba makan kuey teow goreng...ihihihihhi

Balik lagi lah bz....
Nak setelkan lauk pauk tu...masukkan dan tandakan sblm masuk freezer.

Hari ni pun nak tgk Hashimisz baca buku...
Balqees Hashim dan Haarith Hashim masih ber 'final' exam sampai Rabu nanti...

Oh ye..Mama dah makan kolagen untuk hari ke 4!
Awwwwww....

So, bagi Mama setelkan kerja Mama dulu ye...
Mama tinggalkan kalian sekejap dengan 2 potong ayat Al Quran berkenanan USAHA!!




Jangan salahkan sesiapa kalau kita sendiri tak ambil peluang.

Seperti lumba lari.
Saat yang lain bertungkus lumus berlari sekuat hati hendak ke garisan penamat secepat mungkin, kita hanya berjalan. Penonton yang ada memang akan melihat kita, tapi mereka melihat bukan kerana mereka menyokong, sebaliknya mereka pelik kenapa kita tak rebut peluang yang terbentang di depan mata!!


Tetapi,
Jangan jadi seperti arnab yang sombong, walau sedar dirinya mampu berlari laju, tapi sikap "take for granted" membuatkan si kura-kura yang istiqamah memenangi perlawanan.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
Al Ankabut : 69

"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya."
Al Isra' : 19


Nak order boleh aje...sms/whatsapp 24hours ye...

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Friday, October 25, 2013

Tahajjud Call...nantikan ia...

Assalamualaikum WBT

Salam selamat malam semua...

Mama nak berehat dulu...esok banyak tugas yang menanti (jika maih ada esok untuk Mama..)



Maafkan Mama ye kalau ada silap salah...



Nantikan panggilan ini esok pagi..

Jom tidur awal dan niat nak bangun tahajjud!

"Dan bangunlah daripada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji"
Al Isra' : 79

Nota untuk diri.

p/s : set alarm ye

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara

Friday, October 4, 2013

Antara Sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan - Part 2

Assalamualaikum WBT.

Salam rindu buat semua pembaca dan juga customer tersayang..

Mama nak sambung pasal sunnah2 yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita.

berhenti hari tu kat no 3. so kita sambung no 4 dan seterusnya.

4. Bersedekah
Sedekah bermaksud memberikan sedikit harta yang kita ada untuk orang-orang yang memerlukan dengan ikhlas. Rasulullah sangat suka bersedekah. Tak nak ke kita ikut cara baginda???




5. Menjaga Wuduk / Sentiasa dalam keadaan berwuduk
Jagalah wuduk dan perbaharuilah wuduk jika terbatal.



6. Sentiasa beristighfar.
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

So...
Janganlah kita baca aje ye...jom amalkan sama2!!
Insya Allah rezeki kita lebih diberkati...Allahumma Aamiin.



Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara





Wednesday, September 25, 2013

Antara Sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan _ Part 1

Assalamualaikum WBT

Entry yang tah berapa kali tertangguh untuk menulis.
So, Mama rasa Mama nak tulis ari ni jugak..sebelum Mama terlupa lagi :D

Antara sunnah Rasulullah SAW yang perlu diamalkan.

1. Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



2. Membaca Al-Quran
Ada yang mengatakan waktu terbaik membaca Al-Quran adalah sebelum matahari terbit. Pahala yang besar menanti sesiapa yang sentiasa membaca Al-Quran dan yang mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan janganlah Al-Quran hanya sebagai bahan bacaan sahaja. Manfaat kan Al-Quran dan isinya sebagai panduan dan budayakan ia dalam kehidupan seharian kita.






3. Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat dianjurkan. Waktu solat dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.




Ada lagi tau..
So, nantikan ianya di part kedua, Insya Allah..

Mama nak siapkan keje2 rumah skit. Kejap lagi nak amik kids...hiihih

So, malam ni kita pakat2 bangun Tahajjud ye kawan-kawan...

Perlukan makanan tambahan bagi menambah tenaga?
Ibu2 yang menyusukan yang sentiasa lesu seperti tak cukup tidur?

Jom PM Mama, Insya Allah Mama boleh membantu,.

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara




Monday, September 23, 2013

Allah Majikan Tertinggi

AssalamualaikumWBT

Omelan Mama di pagi Isnin :D



Kadang-kadang kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan. Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah "goyang kaki".

Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pun mula mengomel,

"kalau tak kerja, mcm mana laa nak hidup.."

Inikah makna sebenar kerja pada kita?

Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyi cita-cita.



Petanyaan yang wajib orang dewasa pada kanak-kanak yang sedang membesar,
"Dah besar nanti anak mama nak jadi apa?"

Lalu dari situ kita mula mencipta imiginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa yang kita rancangkan seterusnya kita lupa tentang rezeki itu Allah yang tentukan.

Jadilah orang yang bersyukur..



Sesungguhnya,
Kerja adalah IBADAH
Masa adalah AMANAH
Majikan tertinggi kita adalah ALLAH.

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara