Showing posts with label Perihal kawen. Show all posts
Showing posts with label Perihal kawen. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Counting Days!




*sticky post

Assalamualaikum lovelies readers.


mahu counting days.
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Aku Terima Nikahnya!

degup-degup!



Ya Allah permudahkan lah segala persiapan kami.
Berkati lah majlis kami dan semoga dalam keredhaan Mu
Barakallah.

Friday, January 20, 2012

Entri terakhir!




Assalamualaikum lovelies b2b!


Heh, post title tak leh blah.
Actually, maybe entri terakhir sewaktu bujang.
Esok nak balik kampung, settle kan wedding preps.
Kat umah takleh nak on9 bagai sebab takde internet.hehe

Tinggal hanya 2 minggu before the date.
Majlis nikah 5/2/2012, Resepsi 9/2/2012
Jemput datang ye kawan2!
Doakan mila juga!

InsyaAllah selepas selesai semua majlis, mila akan kembali aktif dengan b2b.
Review tentang wedding after majlis ye.
InsyaAllah..

Okeh, nak siap2 balik kampung!
Semangat sebab incik tunang dah tunggu kat depan rumah.
Sanggup dia datang dari Kuantan - Batu Pahat sebab nak jemput mila.
Hehe.

Love u future husben!!
Dah tak lama eh, lagi 2 minggu jek. ^____^

Tuesday, January 17, 2012

Dais Paper Wheel




Assalamualaikum lovelies b2b


cantik tak?




cantik kan?. cepat cakap cantik!

simple yet nice
tiba2 jatuh cinta dengan pelamin camni.
berangan.!wedding lagi 3weeks cik mila oi. haha

seyes jatuh cinta kat paper wheel lepas tengok as buat backdrop dia semalam.
rupanya mudah sangat buat paper wheel ni.


ini yang saya buat. menjadi tak? 
kalau buat banyak2 mesti cantik dengan warna pelbagai.
kreatif jugak tangan ni kan * perasan

b2b yang berangan nak buat dais camni boleh la grab idea kat atas
conpem cantik!
nak buat backdrop bilik pengantin pun boleh macam yang as buat.

kalau untuk mila dah tak sempat nak buat dais cam tu.
tak sempat dek masa.
tapi tak tahu la tiba2 kerja gila nak jugak dais camtu.haha





ok, mau continue study. tata!

Monday, January 16, 2012

Koleksi Buku Kawen!




Assalamualaikum&Hai lovelies b2b.


Sekarang dah cipta hobi baru. Beli,kumpul dan buat koleksi buku. yada..yada!!
Sejak-sejak nak kahwin ni rajin pulak beli buku. heh!
Kenapa rajin?
 sebab dapat beli banyak dengan baucar free.hehe
cerita baucar disini

hasil baucar tu dapat la beli 9 buah buku.
- men are from mars,women are from venus
-seni bercinta dan memikat lelaki (kan nak pikat laki :p)
-2 buah novel
-buku masakan
-permata hati (pregnant preps ) *sebab plan nak cepat dapat anak

banyak tak?

baucar ada baki rm50 lagi. siapa nak?hehe
semua buku ni belom start di baca lagi. sibuk dengan final exam
lepas nih balik kampung sibuk dengan wedd preps plak.
jenuh la bila nak abis dibacanya.
gamaknya kena ajak hubby teman baca lepas kahwin la. hehe

InsyaAllah lepas kahwin hobi ni akan berterusan.
bukan setakat baca je, tapi perlu faham isi nya dan mengamalkannya.

Selamat Beramal  ^__^

Friday, January 13, 2012

Dapat Hadiah Kahwin.




Assalamualaikum&Hai beautiful readers!


Entri merapu. tak ada ape nak di update camni la.hehe
Nak cakap pasal hadiah kahwin. belom nikah dah dapat hadiah..aci tak?
Dah orang nak kasi. Rezeki la namanya.

Tapi 1st hadiah nih lain sikit. bukan barang tapi note RM100.
adala sorang hamba Allah ni kasi. ingat kan main2 jek amek betol2 di kasi nya.

"sebab saya tak dapat datang kenduri awak, nah saya kasi ni je sebagai hadiah kahwin"
alasan jauh :(
terkejut den time tuh!

Syukur..Alhamdulillah.
Terima Kasih Encik!!









*ada sape2 lagi tak nak kasi hadiah? ^______^

Tuesday, January 3, 2012

Mahar@Maskahwin




Assalamualaikum&Hai beautiful readers!

Lama tak update entry, bersawang da sikit blog nih. Okeh, 1st entry 2012.
Mentang2 nak kahwin, sume entry pun berkisar pasal kahwin..ahaha

okeh, bercerita pasal mas kahwin atau hantaran.

Maskahwin adalah pemberian wajib diberi oleh suami kepada isterinya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". 

( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ) 

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah "( Riwayat Abu Daud )

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".

 ( Riwayat Ahmad )



Tapi bagi lelaki yang mampu tak salah kan dia memberi lebih kepada bakal isterinya.
Jangan pula sebab bakal isteri nak mas kahwin@hantaran tinggi, bakal suami terpaksa tanggung beban berhutang sana sini. Itu menyusahkan pula namanya.
Islam tidak membebankan umatnya. Segala sudah dipermudahkan termasuk bab solat.
 Tapi saya setuju juga bab ustaz azhar cakap nih. hehe


"Sebaik-baik perempuan adalah yang rendah maharnya"


ok, papai! see u again!

Saturday, December 17, 2011

DIY : Cupcake liner pomander ball




Assalamualaikum&Helo peeps!


Sabtu membosankan heh! mujur ada lappy peneman setia.
tinggal jauh di perantauan so tak da wedd preps nak buat.

cadang nya nak buat pomander ball tapi tak de bahan.
jadi hold sekejap perancangan itu.
tunggu balik kampung baru boleh buat.
insyaAllah jika masa mengizinkan.
plan nak buat sebab nak taruk kat pelamin, dan hiasan bilik pengantin.


sweet kan?


saya jumpa cara mudah DIY pomander ball.
simple sangat2.
b2b yang tak kreatif pun boleh buat macam saya.

see!

all u need: 


then, buka 1/1 paper cup seperti kat bawah.


cucuk jarum kat center paper cup. seelok nya jarum yang ade kepala.tau kan?


taruk gam tembak seperti kat bawah..


then lekat kan pada span bulat or polistrene bulat.


buat hingga menutupi span macam bawah, pandai2 la ejas ^_^



and the end..gantung!!


buat centerpiece pun boleh..


amacam? 
simple dan sweet x?












sharing is caring! muahhh b2b! ^_^
selamat mencuba!

inspirasi kara'spartyideas

Tuesday, December 13, 2011

Official Photographer for our wedd..




Assalamualaikum&Helo peeps!


ehem..ehem..malam ni nak citer sikit2 sal official photographer for my big day.
saya dengan sidia takde la book atau amek OP yang specel dan glamor. sebab tak nak abis kan duit tang situ.buget simpan untuk bulan madu n life after kahwin..eheh.

secara rasminya saya juz guna khimat S.I.L iaitu adek sidia.
so tak dek la bayar mahal2 kan..jimatkan? rezeki saya as a student..ye dak? ^-^
adek sidia memang minat dan tengah2 jinak lam bidang OP..mudah2an murah rezeki dia.


my OP..untuk nikah, wedd, bertandang & outdoor ^_^


*jangan marah naa mila guna pic lisa :p

untuk e-day kami, dia la juga OP nye dan juga pre-wedd kami..



pre-wedding







*just review sikit2 je..pic E-Day malu la nak tunjuk coz dah 10bulan berlalu..ehehe








ok tak..ok tak??

Friday, December 9, 2011

ohh..58days to go..

Assalamualaikum&Hai readers!


Tengok sticky..ohh 58days to go..degup2 makin kencang.
tido tak lena, makan tetap kenyang beb..hehe
aduyai tak sampai lagi 2 bulan.






moga dipermudahkan segala kerja2 ku..Amin :)

Wednesday, December 7, 2011

DIY : Border..nak buat ape ek?

Assalamualaikum&Helo readers!


Nak kawen macam2 nak pikir..ye dak?
Buget, DIY, baju, pelamin..fuhh!
nak DIY bagai2 tapi khudrat tak mencukupi..lagi2 bila nengok sticky kat atas 59days left..
aduyai kus semangat.
okeh buat yang termampu dan mana yang sempat.

Tadi malam sambil2 buat assignment, saya buat ini..




dis is border..
eh saya tak buat sendiri tau tapi amek sini
pastu saya godek2 sendiri masuk kan logo.
penting okeh MY tu coz meaning Miela&Yoe..hehe









agak2 saya nak buat ape ye? ^_^

Tuesday, December 6, 2011

HIV test Done!

Assalamualaikum&Hai peeps!


Selamat petang readers..
Alhamdulillah hari ini dah selesai satu perkara.
Hiv test done! suke sangat sebab salah 1 prosedur untuk hantar borang nikah dah selesai.
sok boleh hantar pos terus ke Terengganu.

Saya buat kat klinik kesihatan takda pergi buat kat hospital besar sebab takut ramai
orang dan malas nak menunggu.
Wajib buat kat klinik atau hospital kerajaan okeh!



nampak tak envelope putih tu? saya dah curik2 tengok resultnya..hehe


Tadi menunggu tak lama. pukul 2pm bagi borang kat akak kaunter 10 minit kemudian pegawai perubatan panggil masuk makmal.
lepas tuh kena tembak kat jari nak ambil sample darah.
time kena tembak tuh... auchhh!!!
sakit gak cam semut gigit..hehe

pegawai tu cakap nak kawen kan so kena tahan la sikit.
saya senyum2 kerang je malu..hehe

then duduk kat luar untuk nunggu result test.
5 minit kemudian nurse panggil bagi result.
kejap je kan? lebih kurang 20 minit je.






*Pesanan saya nak buat Hiv test buat kat klinik terpencil ok sebab tak payah menunggu lama..hehe

Saturday, December 3, 2011

Review perkenalan kami..




Assalamualaikum&Hai peeps!

Malam ni tetiba rajin pulak nak review perkenalan dengan cik tunang..adakah tanda2 rindu..ecece dah nak kawen kot..sabau2..hehe

kami berkenalan di alam maya..percaya tak?
of cos la kena percaya..tak tipu okeh!.
kami kenal kat laman sosial tagged..bukan maksud saya ni sosial tau..haha
mesti tak caya bukan?
kenal macam tu hubungan boleh kekal..ramai kot yang bersatu/kahwen sebab kenal kat laman sosial cth zed zaidi..tu je yang saya tahu..hehe
sudah tersurat perkenalan kami dari situ.

Alhamdulillah hubungan kekal sampai sekarang setelah menjangkau 3 tahun lebih..saya tak larat nak bercouple lama2, tu je yang mampu..hehe

bulan kami kenal : November 2008
declare cintan cintun : November 2008

sehingga pertengahan tahun 2010 sekitar bulan 7 :

dialog pakwe&makwe (lokasi Batu Pahat)

Si Pakwe : bla..bla..bla & berkata akhir tahun (2010) ni abg nak masuk pinang syg..

Aku : erkkk...(senyum)

Si Pakwe : Nape diam? suka x abg nak masuk pinang?

Aku : Mestila suka..(senyum lagi..dalam hati hanya Allah je yang tahu) Ase nak melompat2 je time tuh tapi masih waras..hehe..cool beb!


tup..tup..

tak menjadi akhir tahun 2010 sebab2 tertentu (mood kecewa)
secara rasmi nye

perkenalan : 11/2008
declare cinta : 8/11/2008
merisik : 2/1/2011
bertunang : 3/2/2011
nikah : 2/2012
sanding : 2/2012




Alhamdulillah semoga perjalanan cinta kami terus diberkati oleh Nya
Amin..





p/s : uolls kenal buah hati uolls camne? ada macam saya? -_-

Tuesday, November 29, 2011

DIY bunga tisu

Assalamualaikum&Hai peeps!

tajuk entri cam menarik je kan..hehe
eh2! ni bukan tutorial pasal bunga tisu..just nak citer minat saya pada bunga tisu..hehe
ramai b2b suda tahu bukan?
bunga tuh cam simple jek nak buat, tapi saya tak pernah try buat pun lagik..betol ke simple dhira? hehe..dhira penah DIY bunga tisu ini untuk E-Day dia..

seriously saya suka tengok orang2 yang DIY bunga tisu
cantik!
superb!
semua ada..
simple but nice!

berangan sangat2 nak DIY bunga tisu itu..
tapi masa seperti tak mengizinkan.. two and half month to go my wedding..sempat ke?
lama tak buat benda alah tu? huhu
nak buat n deco juz untuk doorgift kawan2 n tetamu tertentu..
insyaAllah akan diusahakan :)


cantik kan bunga tisu telur nih..

seyes cantik! mau2!!






amek masa tak buat benda alah nih? ^_^

Thursday, November 24, 2011

Persiapan kawen : Theme wedding

Assalamualaikum&Hai peeps!

bercakap bercerita tentang theme wedding



untuk nikah saya akan menggunakan white theme
tak kan ada mini pelamin bagai sebab nya nikah mungkin bertempat di masjid
mudahan2 berjalan seperti yang dirancang :)

for bride theme I choose
pink+purple
biarpun dah ramai bride choose this theme, saya tak kisah
janji berkenan di hati..ye dak?

for groom theme

white+grey

tema ni dipilih oleh family my fiance..agak2 cun x?

majlis bertandang saya akan pakai songket
agak2 cun tak saya pakai songket? ceh perasan..haha



will be continue~

Tuesday, November 22, 2011

Persiapan Kawen: Baju nikah.

Assalamualaikum&Hai peeps!

lagi 74hari..tak lama tuh.
baju nikah dah tempah, anto kat mak sedara fiance.
tak dak hantar kat butik juz low preparation..
mahu jimat sejimatnye..heheh

saya tak guna kain lace..kenapa??
tak lawa la kan baju nikah xdak kain lace..
sebabnya saya nak baju tu boleh diguna pakai after nikah.
pergi kenduri ka, majlis ka dan bagai...

saya juz guna kain opel untuk baju dan kain satin tuk kain
uolls agak2 cantik tak ye?

design baju juz kurung moden+crumble style (manik2 lebat kat leher dan lengan)
kain pulak samaada kain duyung atau kain ropol2

kain duyong lebih kurang camni..



kain ropol2..eh betol ke ropol2..hentam ajek :P

yang mana sesuai?
saya tak suka baju nikah yang terlalu over dan bling2..
saya mahu 'simple but nice'

korang pikir cantik tak baju nikah saya..ermm -_-

Doa Pengantin..

Assalamualaikum&Hai peeps!

malam nih saya nak share something iaitu doa pengantin
mungkin berguna untuk bakal2 pengantin especially nak letak pada kad kawen

moh tengok!

Doa 1

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Doa 2

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.

Doa 3

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “

Doa 4


“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinyaFatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

Doa 5

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan
rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat katan ini.

Doa 6

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Doa 7

" Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Doa 8

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua

keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan
dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya
pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik
dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Doa 9

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri
Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat
Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat
Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa 10

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji
menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara
kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau
tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~





Okeh, moga berguna untuk bakal2 pengantin -_-
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers