Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

No salt, No sugar!

Salam dan hai.

Sejak ada anak, banyak benda baru nak kena belajar. Masak itu ini untuk anak dll. Rasanya bukan aku sorang camtu, ibu-ibu kat luar sana pun camtu. Semua nak yang terbaik untuk anak-anak. Pendapat aku, pemakanan harian sangat mempengaruhi kehidupan seharian anak-anak. Apatah lagi kesihatan anak-anak.




Mak pak yang ada anak kecil mesti alert pasal ni. Bukan saje2 dorang create benda camni. Bagi aku, pemakanan dulu beza sangat dengan pemakanan sekarang. Sebab banyak dah aku dengar, alaa mak pak dulu bagi makan anak kecil itu ini segar megar je anak tu sampai besar... T___T. Mak aku sendiri pun pernah cakap gitu. Sentapp mak nok! Cabaran sungguh, kalau rajin nanti aku stori bab cabaran bagi anak makan pula. Itu kalau rajinn. Pemikiran masing-masing, tepuk dada tanya diri sendiri. Tapi aku xdala strict sangat bagi makan kat anak. Macam roti gardenia pun aku dah pernah bagi tapi kuantiti berpada-pada. Tapi garam dan gula memang aku avoid dulu. Ada mak pak 1y+ dorang dah bagi tapi kuantiti sedikit. Yang tu boleh la consider kan.


Baby kecil still boleh makan kalau xda gula atau garam pun dalam makanan mereka. Bagi aku, mereka belum tahu beza rasa garam dan gula tu camne. Kalau anak buat muka time memula makan bukan maksud tak sedap atau tawar pun, mereka bukan faham. Mereka cuba nak sesuaikan dengan makanan baru. Jangan la korang memandai tambah gula atau garam, kesian kat anak.


Kalau nak ada rasa manis, aku akan letak kurma. Kalau buat bubur atau sup, nak masin aku akan letak stok ikan bilis. Sedap oii. Kadang-kadang aku pun tumpang sama makan, lol. Kalau sup/bubur letak saderi time menumis sedap bangat. Dulu aku tak pernah makan saderi, rasa macam xsedap, aleh-aleh bila masak dalam makanan anak aku pulak addicted. Dah jadi favourite. Aku tak kreatif dalam masakan anak, sometime aku masak benda sama je, hehe. Aku masih belajar step by step.


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 3, 2013

Dah kalau tekak Melayu..

Seperti yang sedia maklum Zara dah mula makanan pejalnya. Aku mula dengan puree pear.
Last week aku mula bagi, tapi feedback dia macam tak suka sangat puree.
Banyak yang dibuang dari makan. Selepas puree pear, aku try juga puree lobak merah.
Pun sama, dia buat muka dan gaya mulut macam nak muntah.
Pandai betul anak ibu.

Maka aku stop dulu bagi puree, dah 6bulan+ nanti aku akan cuba lagi untuk puree.
Dan semalam aku cuba bagi bubur nasi campur susu ibu.
Eh elok pula dimakannya. Takda buat muka, takda buat gaya nak muntah.
Elok je dia telan.
Hai anak, tekak Melayu rupanya kamu.

Elok je Zara telan, digigit pula sudu tu.


Ishh sampaikan kembang kempis lubang hidung tu.
Sedap sangat gamaknya.

Pendek benor entri hari ni. Dah katanya hari rabu kurang kata kan, eh?
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers