Showing posts with label MTQ. Show all posts
Showing posts with label MTQ. Show all posts

Saturday, March 28, 2009

Rezeki kita...

Kali ni, rezeki telok dan sungai. Bukan Telok Menegon, tapi Telok Pulai. Seperti yang dijangka, persaingan MTQ kali ni boleh dikatakan sengit. Bila semua wakil zon berkumpul untuk merebut gelaran JUARA Daerah, sudah pasti persiapan dan persembahan bertambah mantop.

Saya cukup kagum dengan kesungguhan pelajar-pelajar membuat persembahan. Walaupun, tiada nama yang tersenarai sebagai pemenang, namun saya pasti para Hakim sememangnya begitu 'panas' untuk memilih wakil daerah. Kebetulan ketua hakim, sahabat saya sewaktu di UM. Sempat bertanya khabar dengannya setelah selesai 13 kumpulan membuat persembahan. Semasa menanti keputusan, dia juga sukar untuk memilih yang terbaik.

Komen saya sepanjang persembahan murid, ada rahsia yang tersendiri:


1. Disiplin: Saya dapat lihat, murid yang mempunyai disiplin diri yang baik, akan dapat menghayati setiap yang diberikan oleh guru. Murid berdisiplin, pandai menjaga diri walau dimana mereka berada.

2. Keyakinan Diri: Setiap peserta, perlu diberi motivasi diri yang tinggi. Alasannya, bila dah ada keyakinan dalam diri, mereka akan dapat mengatasi masalah takut, gugup dan gementar di atas pentas. Itu yang dapat saya lihat dalam beberapa kumpulan yang berentap.

3. Kesungguhan: Murid yang bersungguh-sungguh, akan berusaha memperbaiki diri mereka. Kelemahan dari sudut sebutan, gaya, intonasi dan sebagainya akan dapat dibaiki jika mereka dapat melakukannya berulang kali walau dimana mereka berada.

4. Berani: Perubahan ketara dapat dilihat jika murid berlatih dihadapan murid lain, guru yang ramai dan apatahlagi apabila membuat persembahan. Jadi, ia turut berkaitan dengan motivasi yang diberi kepada murid selain melatih mereka menghafal lirik, lagu dan gaya.

5. Senyuman: Kumpulan yang menang, memang tidak kedekut dengan senyuman. Kerana senyuman itu akan membuat mereka enjoy dengan persembahan. Perkara inilah yang sering saya tekankan, namun ada juga murid saya yang gagal senyum, tak tau la kenapa... ish ish

6. Doa: Terima kasih kepada teman dan sahabat yang mendoakan kami sepanjang entry berkaitan MTQ ini ditulis. Doa kalian menguatkan semangat anak murid saya. Tak kira dalam komen yang diterima dalam entry yang ada, dalam email, facebook dan sebagainya.

Jadi, sepanjang dalam perjalanan pulang ke sekolah, saya bersembang dengan murid. Minta mereka komen sendiri, dimana silapnya mereka tidak membawa pulang kejayaan... Antara jawapan yang menyentak jantung saya...

Saya cuba tenangkan keadaan. Air-cond yang dipasang sedikit sebanyak membantu menyejukkan dan mengeringkan peluh yang menitik lebat.

Kalau la begitu keadaannya... susah la ye. Tak mengapa, selagi kita berusaha... insyaAllah, kita akan ada ruang untuk berjaya.

Keputusan Penuh Nasyid:

JOHAN: SK Telok Pulai
KEDUA: SK Sungai Serdang
KETIGA: SK Sungai Binjai

Tahniah kepada SK Telok Pulai. Wakil Daerah Klang untuk MTQ Peringkat Negeri.

Jangan putus asa... kita cuba lagi. Jadikan kumpulan yang menang sebagai inspirasi.

Ok lah, lepas ni boleh la concentrate dengan aktiviti p n p pula. Minggu depan kena submit laporan kat PPD. Moga Allah permudahkan segala urusan. Juga untuk pertempuran untuk merebut 2 buah Bukit dan 1 Batang bulan April kelak... Mari sama-sama membantu ke arah kemenangan...

Kepada semua... terima kasih segalanya...

Friday, March 27, 2009

Esok.. penentunya

Hari ni hari terakhir. Hari terakhir melatih murid-murid. Penatnya, memang bukan kepalang. Sepetang bersama mereka. Betulkan melodi, lenggok, burdah dan sebagainya.

Esok penentu segalanya. Penantian bakal berakhir. Sebabnya esok saya akan bawak budak-budak nasyid saya ni ke SK Bukit Rimau. Berentap bersama-sama sekolah seluruh daerah klang. 12 sekolah semuanya. Semuanya hebat-hebat. Tak tahu la camana nanti... tawakkal je lah.

Petang tadi, semua try pakai baju baru. Baju ok, cuma sampin yang dibeli bersama tu, macam tak berapa cun la... ala-ala kain batik gitu... tapi demi menjaga hati KP yang dah belikan, saya suruh budak2 tu pakai je. Jangan banyak komplen, kata saya.



Cuba tengok tang sampin tu... masuk ke tak masuk???

Beberapa kali mereka practise turun naik pentas. Rupa-rupanya budak ni nampak gelabah dan panik bila ramai orang yang tengok. Ish... esok lagi la ramai. Saya pulak yang tension. Ada jugak suara yang langsung tenggelam tak timbul-timbul.

Namun, bila dah beberapa kali diulang-ulang, nampaknya mereka bertambah yakin. Saya serahkan semuanya kepada Allah taala... Tengah buat latihan, hujan turun dengan lebat. Kilat sabung menyabung... memang banyak dan acap kali kedengaran guruh berdentum dentam. So, saya suruh murid rehat je. Mereka selawat ramai-ramai kat Dewan Terbuka tu. Dekat setengah jam baru lah hujan reda...

Sewaktu loceng waktu sesi petang hampir tamat, saya terima SMS dari Penyelia Petang, Pn Susheela a/p Kannapathy:

"Good Luck for Tomorrow"...

Terharu saya dapat SMS tu daripada Pn Sushe. Dia yang banyak bagi support kat saya. Dan dia juga lah yang bagi sedikit sumbangan untuk kami beli Baju Melayu dan aksesori yang berkaitan. Thanks Puan Sushe... Tu bukannya seagama dengan kita... tapi cukup sporting gila. Pentadbir yang lain??? Hmmm....

Semua penat lelah saya, GPI dan budak-budak nasyid ni akan terjawab esok. Semoga Allah memberi pertolongan kepada kami... InsyaAllah.

Kepada Team Soutul At-Tolabah... buat yang terbaik esok yer. Semoga maruah SKTM kan tertebus kembali... Ameen...

Nak tahu resultnya camana... kena tunggu la next entry... kalau takde esok, lusa la gamaknya... huhu...

Thursday, March 26, 2009

Masa... berapa hargamu?

Hari ni, rasa cam penat je. Tak tau kenapa. Balik je dari sekolah, rasa cam lemah badan, pening lalat dan kejang urat. Minggu ni actually (speaking jawa jap), agak busy sikit. A lots of work to do. Memang banyak. Tak terkejar... sampai kelas pun tak masuk... shhh... jangan salah anggap lak.

Saya di 'takdir'kan untuk latih dan bimbing serta guide (ish... sama la tuh) budak-budak untuk Nasyid sempena MTQ Peringkat Daerah Sabtu nih. Sebelum ni merajuk, tak nak latih budak-budak tuh. Serik. Frust. Down. Demotivated. Pakej la tuh.

So, dengan hati yang terbuka, compose dua buah lagu (bukan ciplak-ciplak punya...). Bunyinya boleh la tahan, tak tau la camana. So, minggu ni kena buat latihan intensif. Latihan waktu petang, jadi agak mengganggu jadual p n p saya. Setelah berbincang dengan Penyelia Petang, beliau merestui saya train budak even saya ada kelas. Kelas 1+1 la. Kelas bersama GPI. Kelas Bahasa Arab, saya masuk gak. Tak boleh nak tuang. Tak sanggup nak kelas muqarror. Dengan PKSR lagi.


Penat berlatih ngan budak. Siap kena form gaya dan formasi, tu yang penat. Kena jadi kareografer la kejap. "Pergh...ustaz boleh menari la..." bisik budak-budak tu...

Ish... ni bukan menari la... lenggok-lengkok dan goyang-goyang sikit jer. Baru leh pikat judges nanti...(huhu...dah mula la tuh). Memang kelakar tengok budak-budak nih. Keras cam kayu. Dah namanya pun lelaki, nak lenturkan tubuh bukan senang... berpeluh saya nak betulkan. Bila nak wat gaya... kena gaya step, suara pun dah mula hilang... saya pulak yang hilang sabar. Maklumlah, dapat Mentor yang garang... nasib korang la ye.

Ada satu hari (less than 24 hours) untuk melatih budak-budak nih. Esok (jumaat) ada lebih kurang 3 jam je lagi. Last rehearsal pun esok gak. Harap semuanya ok. Kalah menang tak kesah. Cuma kalau boleh nak la dapat top 3. Itu impian saya. Hadiah buat budak-budak ni gak. Lepas ni leh la concentrate untuk UPSR lak. kalau masuk negeri, camana pulak? Huhu... jauhnya berangan ni...

Masuk blog Ustaz Nazri kejap tadi... tengok kat shoutmix, dia nak jumpa kami kat MTQ Peringkat Negeri, Gombak jadi host... Ish... tak boleh jadi nih. Cabaran tuh. Kena wat the best, mana tau ye tak. Mana tau gak, boleh jumpa Kumpulan Nasyid Ust Mior dan Ust Anis kat Peringkat Kebangsaan nanti... ish, dah mula lagi la tuh... Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hang Tuah nampak kat Taming Sari, tuah SKTM??? Letak kat kain sampin, kot??? Huhu... Wallahu 'Alam.

Apa lagi yang memenatkan minggu nih?

Kena buat soalan ujian kali 2 (April). Bahasa Arab Tahun 3 dan Jawi Tahun 2. Ish, lambat lagi la nampaknya nak proceed kat KP. Setakat entry ini ditulis, Soalan BA dah siap. Soalan Jawi lum lagi. Harapnya malam ni siap la ye.

Lagi? Kena buat sepanduk Maulidur Rasul. Saya dah printkan wording yang perlu ditulis. Cuma nak ngecat, saya memang 'tokdan'. Maap la yer. 'Jemeruk' dengan latihan nasyid.

Semalam dapat surat dari PPD. Kena attend meeting next week (Jumaat, 3 April 2009). Kena bawa Laporan KBS, Laporan Pemulihan Jawi, Jadual Semua Guru j-QAF, PKSR Bahasa Arab dan juga Al-Quran. Yang ni, kena pulun minggu depan. Semua dah ada (ye ker?), cuma nak susun dan edit jer lagi.

Ketua Panitia minta sediakan lakaran untuk Pertandingan Mewarna utk murid tahun 1 dan 2. Belum juga siap. Esok dah nak guna. Habislah. Mesti mengamuk Kak KP saya tuh. Takpe, malam ni saya stay up. Tidur lambat. Esok juga saya pergi riso kat kedai. Moga siaplah malam nih. (dah ngantuk dah ni...camana lak?)

Dengan kudrat yang lemah balik dari sekolah, budak-budak ajak sambung training nasyid malam ni. Ya Allah... tak reti penat ke budak-budak nih. Dah la sepetang dah kena 'belasah' dengan saya tadi... Pukul 9 malam, diorang dah terpacak kat depan pondok pengawal. Huhu, memang nak kena budak nih. Saya cuma izinkan pemain gendang dan solo je yang datang, habis semua datang. Semangat punya pasal la nih.

Apa pun, sesibuk mana pun, kita pastinya akan hargai masa. Ightanim khamsan, qobla khomsin (rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara) antaranya, waktu lapang sebelum tibanya waktu sibuk (sesak nafas) kamu... memang masa itu bukan sahaja Emas, tapi Berlian, Zamrud, Jade, Zhulian dan segala macam benda yang berharga... So, hargailah MASA.

Wal Asr...

Popular Posts