Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

~My Dream Veil Contest By Non-Cinderella Story~

As salam lovelies!

Cik Lijah @ the author of blog Non Cinderella Story buat contest pasal veil.

Seronok baca blog Cik Lijah ni sebab dia suka buat entry diy veil.

Dan hasilnya sume santek2 woo.


Cik Lijah baru je lansungkan perkahwinannya baru2 ni, congrats to u and may Allah bless ur marriage, bahagia hingga ke syurga ya dear =)


Ok, mari terus ke acara veil dreaming itu.

Hikhik.



Mempersembahkan...veil kesukaan i...

























Taraaaaa











Tak lain tak bukan...







Fully Inspired by Intan Norazam...again =)


Potongan:
Veil berbentuk sedikit membulat di bucunya, patching french lace di bahagian atas kepala, dihalusi dengan manik-manik penuh dan indah sekali.
Wow hasilnya pasti mengiurkan. Eheh.




See the details...Keliling veil penuh manik.
I heart very much.


Warna:
Cream, bersesuaian dengan baju nikah nanti.
Aww santeknya kalau cik Lijah buatkan.
Wink wink.


Panjang:
Cukuplah sekadar paras pinggang, tak mau panjang meleret-leret sebab tak praktikal untuk digunakan.
Tak terlalu pendek juga sebab bercadang untuk pakai masa nikah, jadi harus sopan, dan labuh paras pinggang amat sesuai gitu.


 (Ref: Intan's FB)

Yeah, this is the right preview untuk kepanjangan veil itu.
Mau sedang-sedang, melepasi bahu hingga ke siku.
30" gitu.

(Ref: Here)
Jenis:
Kain chiffon adalah recommended bagi memberi efek flowy dan lembut, elok terletak tika dipakai, memberi nilai kehalusaan saat dipakai.






Ok, dah siap =)


Itu dia, my dream veil...inspired by Intan Norazam,
insyaAllah will be fulfilled by Cik Lijah. Ekeke. Amiin =)



Ups,belum settle, harus tag 3 orang untuk meneruskan legasi impian veil ini yang akan diadili oleh cik Lijah.
2. Dba

Jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan, marilah join.

Yang tak tag tapi nak mencuba nasib pun di alu-alukan.

=)



Have a nice day!


*This is sticky post. Please scroll down for new entry. Tqvm*


Tuesday, August 9, 2011

~My dream post wedding contest by Detik Indah Photography~

As salam lovelies!
 

Ehe, contest...oh contest.
Kali ni dari Detik Indah Photography tau.



Siapa Detik Indah Photography?

Detik Indah Wedding & Portrait Photography telah ditubuhkan pada Januari 2010 oleh pengasasnya Mr. Ridhuan Abu Bakar.


Menerapkan 3 elemen dalam photography mereka iaitu candid, intimate & detail.

Candid-not too formal like frontal shots and pre- arrange pose
Intimate-when you see a picture, it goes directly to your heart
Detail-capture those little wedding rings and door gifts before you even mention about it.
 


Artwort mereka juga kebabooom tau.
Jom tengok ni


Nice kan? Eheh nak tengok lagi?
Hehe, saje kasi satu je, lelain blh tgk dkt blog dan fb Detik Indah as details below.



Follow blog
LIKE Fb
inquiry@detikindah.com
0133439328/0342913417




Untuk maklumat lanjut pasal contest, jom baca intro dan syarat-syaratnya ni jom.


To mark the launching of our 2012 Wedding & Portrait photography packages, we would love to offer the bride-and-groom-to-be this great contest! The contest is very simple; Tell us about your planned honeymoon destination, your dream post wedding portraiture, and why you want Detik Indah Photography to capture your moments! It is so simple that once you finish reading this, you already have hundreds of ideas in your mind.

Example: You are planning to on a honeymoon vacation at Bali, Indonesia, and you tell us that you’re gonna stay at a private Villa in the forest, and you want your post wedding to be about your love for the nature. Then you tell us you want Detik Indah Photography to capture the moments because you believe we have the right mentality to convey the emotion in a picture. It must be an essay.

This contest is open to every Malaysian Citizen who’re still single of course, and planning to getting married in 2012. Write the story in your blog, personal website, or even Facebook notes and notify us about your entry. We will select the 3 most creative story, and you stand the chance to get the post wedding portraiture at your honeymoon destination worth up to RM1500!

So don’t wait no more, start writing today and let Detik Indah Photography be part of your precious moments!

The contest runs from 1st July until 15th August 2011.
 ___________________________________________
Ok, mari start esei ni.Hehe.


Perancangan ke Langkawi, sebuah pulau indah…dengan persekitaran alamnya yang permai bersama pasir putih, deruan ombak, dan panorama indah selain menempah sebuah bilik di resort atas laut. Oleh itu, kami bercadang dan mahukan Detik Indah Photography untuk memotretkan gambar-gambar post wedding kami nanti berdasarkan unsur alam yang indah ini. Island hopping akan dijelajahi juga.
Mengapa? Ini kerana saya percaya yang sentuhan Detik Indah Photography mampu mencipta kuasa luar biasa menghasilkan visual unik dan mempersonakan. Di mana setiap kali tengok, akan terimbau kenangan post wed ini termasuk aksi yang candid-candid. Boleh juga ditunjukkan pada anak cucu serta tujuh keturunan (haha, over) nanti. Pada kebiasaannya, kita pasti menyelak gambar laju-laju di dalam album, tapi ada masa mata kita akan tertancap pada sekeping gambar. Kita akan terberhenti lama pada gambar tersebut untuk menghayatinya. Ini yang saya harapkan terjadi di mana tumpuan sepenuhnya dapat diberikan pada setiap mata yang melihat, bukan sahaja dari kita; subjek di dalam gambar, tetapi pada semua mata yang memandang samada keluarga mahupun kawan-kawan.  
Berilah kamera secanggih mana pada sesiapa, namun hasilnya tetap berbeza. Oleh itu, saya percaya kebolehan dan kekredibiliti Detik Indah Photography dalam menyalurkan kepandaian serta kehebatan teknikal mereka dan memainkan peranan karektor ke dalam sebuah imej ibarat the best actor and actress dalam suatu movie. Detik Indah Photography juga kreatif dalam menghasilkan imej yang cantik, yang mampu memberi rasa sebuah cerita dalam setiap gambar.
Saya juga percaya Detik Indah Photography mampu memanipulasi emosi kami dan melihat momen tersebut sedalam-dalamnya bagi mendapatkan sebuah imej dengan jayanya dan berkesan sekali. Ini kerana, tanpa emosi connection, gambar akan menjadi kusam dan tidak bermaya.
Dengan sebab-sebab yang dinyatakan, saya begitu yakin Detik Indah dapat merealisasikn impian ini dengan memotretkan setiap momen yang indah kami. Yeay! Semoga Detik Indah Photography dapat mengabadikan detik indah kami. =)




Have a nice day!

Monday, August 8, 2011

~Honey Soft Ice Cream Contest~

As salam lovelies!

Hehe...ada sesiapa tak suka ice cream?
Uihh rugi tu kalau tak suka... =)
Masa zaman i kecik-kecik, hari-hari sure kena makan ice cream.
Kalau x pekena, rasa tak lengkap hidup ni.
Hehe. Paling koman, cari ice kiub dalam peti ice lepas gian.
Kui3 kisah benar ni =p

Ok2, sudah melalut...ihiks sebenarnya nak join contest lagi.
Kali ni contest pasal ice cream, Honey Soft Ice Cream.


Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:
  1. JADI FOLLOWER KAMI
  2. LIKE FB HONEY SOFT ICE CREAM
  3. PILIH  SEKEPING GAMBAR YANG PALING ANDA SUKA DARI BLOG KAMI. NYATAKAN KENAPA ANDA SUKA DENGAN GAMBAR TERSEBUT.
  4. LETAK BANNER KAMI DALAM ENTRY ANDA.
  • PEMILIHAN AKAN DI BUAT PADA 23/08/11
  • 5 PESERTA AKAN DI PILIH
  • RAKAN-RAKAN FB KAMI AKAN MENENTUKAN 2 ORANG PEMENANG.( SECARA TAK LANGSUNG, INI AKAN MEMPROMOSIKAN 5 BLOG YANG TERPILIH TADI)
  • PADA 27/08/11 KAMI AKAN UMUMKAN PEMENANGNYA
HADIAHNYA....
 RM 100 SEORANG 
PhotobucketPhotobucket Photobucket

____________________________________________________

Ok, kita mulakan sekarang!=p


Gambar pilihan kalbu dari blog Honey Soft Ice Cream ialah



Kenapa suka gambar ni?

Sebab nampak semua orang sangat excited nak amek ice cream dari Honey Soft Ice Cream! Yeayy. Cuba perhatikan, bukan saja kanak-kanak, tapi kakak, abang, makcik dan pakcik turut berpusu-pusu mau mendapatkan ice cream dari Honey Soft Ice Cream. Hee. Mesti rasanya sangat enak dengan perisa-perisa yang menarik dan mengiurkan semua yang hadir di majlis kenduri tu. Majlis kenduri tu sure meriah dengan kehadiran van Honey Soft Ice Cream yang ceria. Maklumlah sedap pekena ice cream, pelega tekak di cuaca panas kan. Nyummy nyummy =)



Aha, sesiapa yang berminat, boleh la contact mereka ni
honey.soft3942@yahoo.com 
012-987 8810
Follow blog



Hee...teringin nak rasa Honey Soft Ice Cream la...=)


Have a nice day!

Sunday, August 7, 2011

~Idea photobooth kreatif~

As salam lovelies!

Yeay, join contest lagi...

(sila klik untuk tumbesaran yang lebih mempersonakan)


Aha, kawan-kawan, kali ni ThePhotoboothCorner ada buat contest.
Best-best.


Apa itu ThePhotoboothCorner??
ThePhotoboothCorner adalah company sah diterajui oleh Miss Dba & partnernya Mr Saiful (Adibah&Saiful Enterprise) dengan tagline "Abadikan Kenangan".



Mereka menjalankan perniagaan sewaan kamera polaroid dan photobooth corner (easel, prop box, canvas) yang best!


Berikut merupakan pakej-pakej yang ditawarkan oleh ThePhotoboothCorner:


Pakej A (RM120)
Termasuk instant camera, easel, prop box
Pakej B (RM180)
Termasuk instant camera, easel, prop box, dan 2 box instant film
Pakej C (RM280)
Termasuk instant camera, easel, prop box, 2 box instant film, dan canvas printing


Aha, sekarang ada promo tau...untuk 50 customer terawal, kadar sewaan hanyalah RM50. Uik, murahnya?? Hee apalagi,silala grap ya. =)

Kepada yang berminat boleh contact:
 adibahzack6@yahoo.com (0176571345)
saiful_corner@yahoo.com (0163235767)

Jom LIKE Fb dan follow blognya.... =D
____________________________________________________

Ok, mari start contest...Hee...

Antara idea photobooth kreatif pilihan saya ialah...



1.   Berlatarkan background yang elegant spt dibawah….akan buat gambar nampak eksklusif. Hehe.


(yg ni cun abis tapi pengantin la kena personalised,nk suh ThePhotoboothCorner,kopak gak ni...hehe)


Kelihatan lebih enak bila blackboard disediakan bersama kapur-kapur yang bewarna warni untuk tetamu tulis ucapan mereka. Oh sungguh meriah.



2.  Frame gambar seperti di bawah ini sungguh eksklusif. Satu wall boleh tepek 3-4 orang terus. Gambar-gambar pengantin turut boleh digantung di wall tersebut.






3.  Sediakan prop2  menarik, comel2 dan kiut2 seperti ini. Misai, spec mata, rambut palsu.




4.  Sediakan background photobooth yang kosong,mungkin hanya menggunakan mahjong paper@sugar paper yang bewarna warni di pasaran, bagi memudahkan tetamu mencoretkan@lukis sebarang ucapan pada pengantin…ini menimbulkan unsur-unsur vintage.  Lukisan dan tulisan tangan boleh dibuat dengan menggunakan crayon@marker pen untuk kejelasan yang melampau. Hehe over disitu.



Amacam?
Hee...

Have a nice day!


Friday, June 10, 2011

~Shoe Giveaway: Absolutelygorgeous By Amy~

Assalamualaikum lovelies!


Nak try join contest untuk shoe giveaway ni...hihi




Cara penyertaan :

1. Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.

2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut?

3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy(http://absolutelygorgeousbyamy.blogspot.com/) di blog anda.
(jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook)

4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page.

4. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com


Syarat-syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.


___________________________________________________________

1. Kasut impianku...jeng3
Ref: Benjamin Adams

Disaluti batu-batu kristal Swarovski  dan leather lining untuk sokongan dan struktur lebih mantap, serta duchesse silk exterior for a luxurious look...berwarna dyeable white silk. Gulp.



2. Sebab pemilihan...

1.Comfortable
 Pemilihan kasut wedges adalah kerana ianya lebih selesa, dengan harapan tidak terpele’ot@terpelecok di hari bahagia tersebut. Malu weh kalau terjadi kejadian tu. Nauzubillah. Sebabnya jarang pakai heel. Wedges ni lebih supportive dan menjadikannya super-stylish shoes for a wedding

2.Contemporary
 Wedges will give you a very contemporary look and those important extra inches that make you feel so great! Terasa berkeyakinan untuk melangkah.

3.Design tak over
 Sometimes,less is more. Sebabnya dengan harapan baju pengantin dah melatop, hope kasut tak melampau sangat; dalam erti kata lain tidak sarat, namun masih kelihatan elegant.

4.Bahagian hadapan bertutup/hampir bertutup
Lebih sopan rasanya bila hadapan kasut bertutup. Lagipun dapat tutup sedikit sebanyak kebesaran sebenar kakiku itu. Hikhik. Terasa lebih bergaya dan mempesonakan.


Soalan dan jawapan extra...(ok,over kan..haha)

Kenapa mau join contest ni?
Sebab sangat menaruh harapan tinggi agar Absolutelygorgeous By Amy dapat designkn kasut idaman kalbuku, untuk digayakan penuh confident di hari bahagia itu. Lagipun agak sukar untuk mencari kasut yang sesuai dengan  kakiku yang agak lebar. Agar lebih selesa. Weuuu...syioknyee. Thanks Amy!



Ehe...done!
Semoga ada rezeki =)


Have a nice day!

Wednesday, May 25, 2011

~Menangi Hadiah Melampau Menarik dengan join contest ini...Dream wedding online Contest~

Assalamualaikum semua!

Nak menang hadiah macam2?


Macam mana?

Macam ini....

set bilik tidur Italiana bernilai RM 6999.00 dr Roxxi gallery,
mini pelamin dr Zaifie Zainal,
dekorasi 5 dulang hantaran dr Asyiqs Bridal,
outdoor photography dr Eddie PhotoVideo Full International,
2 psg baju pengantin dr @Jez wedding,
tajaan make-up majlis resepsi dr Eyra Rizal dan pelbagai lagi....



Wohooo menarik bukan?
Jom sertai "Dream Wedding-Online Contest" anjuran Urban Vibe Event.




Cara dan syarat-syaratnya klik sini ya.



Oh yea..ni kena paste gambo candid u olz, black n white...pastu alkisahnya kena main like like.


part ni yang den x gomar...


jadi selamat menjoinkan diri lah ye kengkawan...


Hehe.


Have a nice day!


Jom like Muslimah Voge Shop i di FB ya. =p 

Thursday, March 24, 2011

~Kanvas di hari bahagia dari The perfect canvas~

Assalamualaikum lovelies!

Mau gambar kanvas seperti di bawah?



Antara design dan tawaran yang melatops


White border canvas
White border akan diletakkan di sisi frame


Full wrap canvas



Split canvas



Art stand

Paling popular rasanya ni.Hehe.


Aha, semua ni boleh ditempah di The Perfect Canvas tau.
Memang best kan.
Jom baca untuk tau lebih lanjut jom.

Sekiranya berminat, perlu ambil tau beberapa perkara di bawah ni yea.


Panduan pemilihan gambar

1. Pastikan resolusi imej tesebut melebihi 2.0 mb. Almaklumlah nak print besau besau kaan.
2. Imej yang kurang dari 1.5 mb tetapi besar dari 700kb juga boleh diterima, cumanya mungkin gambar yang diprint nanti agak kecil sebab kalau nak besar jugak,nanti pixel gamba pecah.
3. Sila save ke JPEG atau TIF file.


Saiz dan harga yang ditawarkan



(Klik untuk tumbesaran lebih mempesonakan)


Oh ya, mereka juga boleh buat custum size ikut citarasa u all juga


Cara pembayaran

Untuk 1 @ 2 kanvas: Bayaran penuh diperlukan sebelum cetakan dibuat. 

Sekiranya >2 kanvas & self pick up: 50% deposit diperlukan.  

Sekiranya >2 kanvas & courier: Bayaran penuh diperlukan.  

 

Penghantaran

Terus ke rumah: sekiranya rumah di Klang Velley, Shah Alam @ Cheras (RM20)

Courier express: di luar lembah Klang (RM25-35)

Ambil sendiri: haruslah free kan =)


Cara hubungi

 

C-5-10 Vista Hatamas
Jalan Hatamas Utama
Bukit Hatamas
43200 Cheras
Selangor, Malaysia


013-2897630
013-3997630

theperfectcanvas@gmail.com

Facebook pun ada


Oh yea, sempena ulang tahun pertama The Perfect Canvas, mereka mau bagi free 3 canvas untuk lucky person yang promote mereka.

Jadi, jum semua join jum. 

Mana tau ada rezeki kan =)


Have a nice day!

Saturday, February 26, 2011

~Contest mesti menang (Pelamin, Busana, Hantaran Impian)~

Salam lovelies!

Join contest anjuran Cik Tatie manis.


...
...
...


Bila dewan sudah dibooked, MUA sudah confirmed, NOW, masa untuk memikirkan pasal PELAMIN, HANTARAN, dan BAJU.. bagaimana bentuk pelamin yang sesuai, dan warna dan tema. Jadi, untuk memudahkan kerja Tati, Tati ingin mengadakan CONTEST bagi mencari idea untuk Majlis Tati nanti. Caranya senang, hadiahnya juga lumayan.. Apa yang anda harus buat, adalah memikirkan, mencari dan elaboratekan idea anda itu.... Mudah bukan?

Cara-cara nak sertai contest ini adalah :=
1) Anda perlu google (ATAU design sendiri)
- 1 gambar pelamin nikah/pelamin kahwin paling anda suka
- concept hantaran impian anda
- baju pengantin impian anda
2) Setiap gambar itu haruslah mempunyai caption yang tersendiri
3) Buat satu entry mengenainya, dan entri anda itu haruslah dimulakan dengan ayat ini... "Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana......"
*bebas kepada anda berapa patah perkataan pun asalkan kreatif*

Hadiah-hadiahnya adalah :

Hadiah Utama
-wang tunai bernilai rm250
-2 keping tiket wayang di Cathay Cineplexes Platinum Movie Suite
-1 hadiah misteri

Hadiah Tempat Kedua
- sepasang kasut dari HEY GILFRIENDS
- sehelai baju dari MNG
- Wang Tunai rm50

dan
5x hadiah saguhati misteri

ALERT!!! tanpa ini, penyertaan anda tidak sah

1) Follow blog ini terlebih dahulu
2) Jangan lupa save banner ini sebagai bukti anda sertai contest ini
-cara nak save banner , tekan right click untuk dapatkan code banner
3) Pamerkan banner dan link blog ini di akhir entry anda:
4) Jangan lupa link-kan penyertaan anda ke entry ini (PENTING)
5) Bagitau rakan-rakan anda yang lain mengenai contest ini

Tarikh tutup penyertaan :
31 March 2011

-----------------------------------------------------------------------------

 Pelamin Perkahwinan impian

Pelamin dari Rins Suzana ini berkonsepkan english style, vintage dan memukau tiap mata yang memandang. Background yang unik, dan keseluruhan pelamin nampak ringkas, moden dan kontemporari serta mampu mencipta suasana indah dan romantis, memberi aura serta mood romantik pasangan mempelai.


  Baju perkahwinan impian

See...macam cinderella's dress kan. WoW! Busana ini menjadi pilihan kalbuku sebab buatkan i terasa diawang-awangan, ibarat fairy tale wed pula. Bila memakainya pasti merasakan kecantikan terserlah, kerana ketelitian manik-manik yang ditabur indah, design yang menarik (ada teknik ropol-ropol di sisi dress) ini akan membuatku rasa yakin tampil di khlayak ramai. Love it damn much.


Oh ya, perlu dipadankan dengan kasut ini.
Akan menjadikan i persis cinderella teragung di abad millenium ini. =D


Konsep hantaran impian


Gubahan hantaran by Arma ni sangat menepati citarasaku kerana sangat eksklusif, berkonsepkan padanan moden dan tradisional. Menggunakan bunga-bunga segar dengan kombinasi warna yang lembut (tapi i prefer warna yang agak terang sebab dalam gambar nanti lagi teserlah), nampak manis bergaya. Diserikan lagi dengan bekas hantaran berunsurkan ukiran tradisional. Indah sekali.



Akhir sekali, kena lengkapkan ayat ini...

Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana saya amat menggemari konsep gabungan yang moden kontemporari, serta sedikit mode tradisional. Dekorasi pelamin berkonsepkan english style dan vintage yang dipenuhi rimbunan bunga, hantaran yang simple menggunakan campuran bunga segar pelbagai warna dan jenis yang mencipta rasa, serta pilihan busana persis puteri raja yang trendy tetapi masih mengekalkan kesopanan dan adab budaya melayu. Ya, saya pasti bahagia jika impian ini termakbul! Weee.


Thanks Tatie dearie buat contest ni...hehe buat i berangan lagi.

Have a nice day!


Jom LIKE Muslimah Vogue Shop jom! Tqvm. =)

Thursday, February 17, 2011

~"FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE" ...~

Salam semua.

Join GA dari Diva's Shoppe 






SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. korang kene jadi follower blog ni : Diva's Shoppe
  2. korang kene jadi follower blog ni plak : Mr. & Mrs. Right's Diary
  3. buat 1 entri ringkas pasal GA ni kat blog korang...tajuk entri : "FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE" ...
  4. letak picture kat atas tu kat sidebar korang beserta LINK utk entri contest ni....
  5. tag 5 orang rakan korang utk join contest ni...(make sure diorang tau diorang di tag!!...)
  6. tinggalkan LINK korang..

Ok, mau tag 

adibah
nana
ainee cumi
liza
sara

Done. =)

Sunday, February 13, 2011

~"Ucapan Romantis Untuk Si Teruna"~

Salam.

Join contest anjuran Blog Pilihan Malaysia



Syarat-syaratnya:
Ada 3 kategori yang anda boleh pilih. kategori tersebut adalah:
  1. Ucapan Untuk Suami/Isteri - kategori ini untuk mereka yang telah pun berkahwin. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada suami ataupun isteri anda.
  2. Ucapan Untuk Si Teruna/Si Dara - kategori ini untuk mereka yang tengah bertunang sahaja. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pasangan tunang anda.
  3. Ucapan Untuk Kekasih - Kategori ini untuk mereka yang tengah bercinta atau pun bercouple.. jadi anda hendaklah membuat ucapan romantis kepada pakwe atau makwe anda.

Harap anda boleh kenal pasti kategori anda. jadi macam mana nak join? ok, mudah saja..


Anda perlu buat satu entri yang mengandungi:
  • Tajuk entri "Ucapan Romantis Untuk Kekanda atau Adinda".. sila pilih sama ada untuk kekanda atau adinda..
  • Link blog ini.
  • Sekeping gambar anda bersama pasangan anda. bagi yang belum berkahwin sila pastikan gambar anda tidak keterlaluan.. (update : kalau tiada gambar bersama pasangan pun takpe)
  • Nyatakan nama pasangan anda itu, sila nyatakan sekali blog pasangan anda jika ada.
  • Nyatakan bagaimana anda boleh berkenalan dengan pasangan anda, dan ceritakan peristiwa manis di saat anda mula-mula berkenalan dengan pasangan anda..
  • Buat satu ucapan yang sangat romantis sekali untuk pasangan anda itu. buat dalam ayat yang mudah difahami dan jangan gunakan perkataan yang tidak senonoh ye, heheh.

____________________________________________________________
(Gambar telah dibuang lepas abis contest)

Perkenalan 10 tahun yang lalu bermula bila si teruna terdengar rakan sekelasnya bercerita tentang si dara tatkala mereka sama tempat tuition. Semangat inkuairi yang melampau tiba-tiba wujud ketika itu, walaupun si teruna tak pernah bertemu si dara. Boleh pula si teruna yakin si daralah pilihan hidupnya. Tambahan pula si dara ni adik kepada guru si teruna. Haha. Oh ya, si teruna dan si dara bersekolah di tempat yang berbeza.

Bermulalah kisah hunting si teruna, mencari pelbagai idea untuk dapatkan contact number si dara secara sendiri. Nasib si teruna baik sebab telah ke kem kepimpinan anjuran daerah dan berjumpalah dengan classmate si dara. Si teruna sangat excited lepas dapat tau email address si dara.

Misi mengorat diteruskan melalui cyber. Namun tiada balasan. Si teruna sangat sedih tapi tak putus-putus harapan. Si teruna tetiba terfikir yang email si dara tu salah. Yeeha. Nasib si teruna baik la masa tu sebab si teruna berjaya agak-agak email address si dara. Tertinggal underscore puncanya. Haih.

Si teruna melompat kegirangan tatkala si dara mula beri respond!(ok, ni si dara tipu.haha tak tau la pulak lompat ke tak). Lepas tu bermulalah rutin berbalas-balas email dan chatting antara mereka, balik sekolah je terus campak beg, on  kan komputer tanpa sempat buka beg, stokin, dan juga tudung sekolah si dara. Fenomena ni sungguh hebat sampai bil internet rumah masing-masing melambung tinggi. Hehe. Begitulah bermulanya permulaan perkenalan kami.

Alhamdulillah, kami telah ditunangkan dan dalam menuju ke hari bahagia kami. Kita hampir ke situ. Wink wink.



Ucapan romantis? (sila jangan muntah ok,hehe)

I love you abg, day by day, and it getting worst. Hope our love will never fade and getting stronger. Semoga hubungan ini akan ditermaterai dengan sebuah ikatan rasmi, suci yang akan membawa kita sama-sama ke sebuah fasa kehidupan yang lebih sempurna dan membawa kebahgiaan yang kita bina ini ke syurga, mendapat keredhaanNya, insyaAllah.




Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




Tiada kisah cinta Febuari kerana hari-hari adalah hari cinta kami.

There are seven wonders in the world, but for me there are eight, including you...si Terunaku!



Heee, done!