Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label katering. Show all posts
Showing posts with label katering. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

~Kisah Catering ~

As salam lovelies!


Catering...dah jadi kebiasaan untuk orang zaman kini kan.

Dengan harapan, menu dan persediaan makanan dapat dilaksanakan oleh pihak katerer dan secara tak langsung pihak mak ayah tak payah susah-susah pikir lagi pastu.

Ups, maksudnya amanah bahagian makanan dah diserahkan pada pihak caterer. Maka, bebanan bab tu dapat dikurangkan dan boleh mula fikirkan bab lain pulak.


Untuk pemilihan caterer, seharusnya dibuat betul-betul sebab makanan sangatlah penting untuk tetamu nanti. Jangan pula masalah-masalah lain timbul seperti situasi berikut:

1. Makanan tak cukup. Parah. Ni memang kes berat. Jadi kira anggaran tetamu betul-betul dan bincang dengan katerer. Katerer yang berpengalaman tak kan sediakan makanan yang cukup-cukup. Sebab mereka dah biasa hadapi situasi macamni. Pernah attend kenduri yang ada 2 pasang pengantin, pukul12, peak hour tu...tetiba lauk dah abis. Memang cemas abis. Bayangkan, kenduri baru mula, lauk dah abis. Kesian. terpaksa beli lauk pauk kat kedai makan. Tetamu? Kena berdiri tunggu lauk sampai.

2. Makanan basi. Mak aii, mintak jauh la keadaan macam ni. Nauzubillah. Kita panggil orang datang, raikan hari bahgia ni, tetiba tak pasal-pasal pas makan, diorang sakit perut pulak kan. Sebab tu kena hati-hati. Pilih katerer yang ada pengalaman sediakan makanan untuk majlis perkahwinan. Jangan pilih katerer yang sub-sub lauk kat orang lain. Mungkin mereka masak pagi atau petang semalam, jadi kualiti makanan dah kurang. Naya je.


Untuk perbincangan dengan pihak katerer, isu ni perlu di clarify jelas-jelas tau:

1. Tarikh, masa, dan lokasi majlis.
2. Jumlah tetamu (anggaran)
3. Menu
4. Kanopi, kerusi dan meja (sekiranya perlu) ; bila dipasang
5. Menu pengantin
6. Dome (meja untuk belah keluarga pihak pengantin)
7. Hiasan meja pengantin 
8. Hidangan disediakan pada pukul berapa


Harap sedikit sebanyak dapat membantu.
Semoga perjalanan majlis kita berjalan lancar, insyaAllah.



Have a nice day!

Wednesday, February 2, 2011

~Panduan Perkahwinan Budget Sederhana (Part 4)~

Salam lovelies!

Jom sambung jom. Hee.


10. Katering dan Kanopi

Pastikan jumlah makanan yang dihidangkan melebihi jumlah tetamu yang dijemput. Jadi, kena buat pengiraan kasar hadirin berapa ringgit untuk satu kepala dan berapa jumlah kanopi yang diperlukan untuk menampung para hadirin. Tapi jangan sampai terlebih sampai membazir pula. Bagi majlis yang diadakan di dewan, bayaran kanopi tidak diperlukan tetapi diganti dengan sewaan dewan.




11. Kad jemputan

Tidak perlu kad jemputan yang mahal. Boleh juga buat DIY mengikut kreativiti. Perlu juga senaraikan tetamu dan hadirin yang ingin dijemput untuk dibuat anggaran semasa nak printing. Rupanya my mom simpan kad-kad kahwin jemputan kawan-kawan yang lain sebab senang nak jemput balik untuk majlis nanti. Bijak-bijak. Hee.

(Ref: http://www.facebook.com/Kad-kadkahwincom)


12. Barang hantaran

Tak ada had maksimum atau minimum dalam menghadiahkan barang hantaran kepada pasangan masing-masing. Asalkan setiap barangan boleh digunakan selepas majlis perkahwinan itu sendiri.

Dah cerita 9 perkara yang penting juga sebelum ni.
Dah baca?

      Part 1 (Tarikh, Lokasi, Duit hantaran & Mas kahwin)
Part 2 (Cincin perkahwinan, Baju bersanding, Bunga telur/Cenderahati)
Part 3 (Pelamin, Make up, Photography)


Have a nice day readers!
Tata