Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, February 18, 2011

~Wedding signage: Sangat penting~

Salam lovelies!

Mari cerita pasal papan tanda.


Kenapa mesti ada?
Papan tanda itu penting bertujuan bagi direction mana berlangsungnya majlis kita.
 Senang tetamu nak cam nanti.
Lebih-lebih lagi kalau di hari yang sama ada 2-3 majlis kahwin dekat-dekat.


Mana perlu letak?
Biasanya letak kat simpang-simpang jalan yang dah dekat-dekat rumah @ tempat resepsi diadakan.


Bila nak letak?
Biasanya di malam sebelum majlis tersebut diadakan.
Biasanya yang adik beradik @ saudara mara lah akan bantu pacakkan signage ni.


Apa yang perlu ada pada signage?
Nama pengantin
Tarikh/Hari
Anak panah


Sila pastikan juga FONT yang besar dan mudah dibaca digunakan.

Jom layan signage yang menarik ni jom.


 Aha, ini yang biasa, biasanya pacakkan pada batang penyapu @ seangkatan dengannya.
Nak nampak bling-bling dan attractive lagi, siap bubuh bunga manggar.



Aha, heart yang pic kiri tu. Ahaks. Menarik kan camtu.
Terpampang muka kita di situ. Ngee.
U olz pernah ke orang kat sini buat ye?
Pic kanan pula memang suwit. Vintage style.



This is so lovely. Tapi kena buat tinggi sikit, kang tak perasan pula.


(Ref: Once Wed)

Ni pun menarik. Tapi takda nya orang sini buat. Hehe.
Suai untuk garden wedding kan.


Benda ni nampak remeh, tapi kita kadang-kadang terlepas pandang.
Jangan di hari kejadian baru teringat, kelam kabut juga nanti.
Peringatan untuk diri sendiri juga. Wee.


Have a nice day!

Monday, February 7, 2011

~Fabrik gaun yang sesuai~


Salam semua.


Teringat zaman kecik-kecik, masa kakak sulung kahwin, i yang dok iring dia. Pakai gaun pink, kakak pun sama, tapi warna putih. Masa dia pakai gaun, i pun tolong angkat....nak bagi senang jalan. i angkat tinggi-tinggi nak bagi dia tak jatuh,manala tau takut terpijak ke nanti. 

Ahaks.

Akak menjerit atas pentas tu! Marah betul. Sob sob sob. Dahla atas pentas masa tu. Aissh. Haha. 

Merajuk babe. Terus tak mo tolong iring dah. Hehe.

Semua terekod dalam tape yang besar gedabak (zaman dulu). So bila anak sedara tengok balik tape tu (dah transfer ke cd kot), diorang semua kata eyyyy nakalnya auntie dulu-dulu! 

Weee. Hehe.




Pakai gaun ke di majlis u olz?

Kalau ya,ni ada tips dalam pemilihan fabrik.


 
Sutera @ Silk
Memberi kesan mahal dan elegen. Lembut.




Brocade
Nampak glamour dan elegent. Kain brocade ni ala-ala songket kan?



Satin
Bahan ini menjadi bahan yang popular untuk gaun pengantin, memberi kesan kilauan atau glossy dan lembut.



Sifon
Berkesan untuk memberi kelembutan dan nipis. Menggunakan bahan ini untuk gaun pengantin adalah terbaik kerana ringan dan juga tidak panas



 
Net @ Lace
Bahan ini biasa digunakan untuk gaun bertema fairytale 


(Ref: Majalah Nona & Signature Wedding)


Have a nice day!

Sunday, January 23, 2011

~Ouchh! tertusuk selumbar~


Salam semua!

Tetiba teringat petua ni. 

Jadi, saja nak share. 


Ups ni bukan petua bila sembilu tertusuk hati ye kawan-kawan. Ahaks.

Ni kalau serpihan kayu ke @ benda-benda tajam yang halus tak semena-mena termasuk ke isi jari jemari tangan ataupun tapak kaki u olz.


Bahan-bahannya (upz macam nak memasak la pulak...kui kui kui):


Tarraa...sila kidnap selabu seulas bawang putih ya. 
Ketuk-ketuk sikit ujungnya, dan sental dekat tempat yang termasuk benda tajam tu.

Memang sakit sikit awalnya, tapi tahan kejap je.

InsyaAllah, menda alah tu akan terkeluar.

Kalau belum berjaya, tonyoh je lagi sampai keluar ya. 

Berbau bawang la sat, tapi pastu boleh je basuh bersih-bersih, wangi balik kan beserta perasaan yang legaaaa.


Hehe.
Mungkin bila kita terkena kita lupa, tapi boleh share tips ni pada yang terkena.


Sharing is caring.

Tata.