After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


Showing posts with label CSL Module IIA. Show all posts
Showing posts with label CSL Module IIA. Show all posts

17 July 2013

Final Exam Semester 3

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri ni dan ni, aku dah pun terangkan mengenai Final Exam Semester 1 dan Semester 2. memandangkan korang dah pun masuk Tahun 2, mesti lah dah biasa berhadapan dengan final exam kan. basically, format setiap exam paper sama je. pape hal pun, jom kita tengok jadual exam ni dulu~



Tetiba subjek Hubungan Etnik ada kat tengah-tengah antara Medical Module. so, korang boleh lah study Hubungan Etnik awal-awal atau sejam sebelum exam, macam aku. kekeke =P

***

Kali ni, aku akan terangkan format final exam mengikut jenis exam tu sendiri. rasanya, tak perlu kot aku huraikan dengan panjang lebar mengenai exam bertulis keempat-empat modul tu. korang dah biasa sangat berhadapan dengan soalan OBA, EMI dan MEQ untuk empat modul ni masa EOM kan. basically, sama je konsep soalan dia =D

So, aku berminat nak terangkan mengenai MS II Module. macam yang korang sedia maklum, kita belajar epidemiology dan statistics dalam modul ni. so soalan MEQ pun ada dua je. satu mengenai epidemiology dan satu lagi mengenai statistics. tolong jangan lupa bawak kalkulator masa exam. kang tak pasal-pasal merana nak kira statistics. kekeke. oh ye, jangan lupa kita ada OBA dan EMI jugak yang mana soalan nya merangkumi kedua-dua bab ni =)



***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada OSCE pulak. macam yang korang dah sedia maklum, OSCE ni untuk CSL Module IIA. ada dua soalan OSCE dalam modul ni yang menyumbang sebanyak 70%. banyak kot! tapi modul ni cuma cover Cardiovascular System dan Respiratory System. so, korang perlu lah tumpukan perhatian kat kedua-dua modul ni je untuk OSCE.

Soalan pertama adalah mengenai 'History Taking'. toksah kalut sangat kot sebab korang dah pun belajar 'history taking' ni dalam Semester 2 kan. basically, format exam nya sama je. cuma apa yang berbeza, korang dah takde stesen persediaan dah. datang-datang, terus baca soalan dan ambik history daripada SP selama 4 minit. habis je 4 minit, cepat-cepat bergerak ke stesen kedua.

Kat stesen kedua, tadaaaaa korang kena buat 'Physical Examination' selama 8 minit. benda yang baru bagi korang kan. hehe. jangan lupa bawak stetoskop! walaupun ini merupakan pertama kali korang berhadapan dengan 'physical examination', toksah takut sangat. tengok je video 'physical examination' yang aku dah post sebelum ni. memang tu jelah yang korang kena buat. eh tapi, kat akhir examination korang nanti, akan ada satu atau dua soalan yang bakal ditanya oleh examiner. haaa sebab tu lah korang kena tau apa significance setiap examination korang tu. so, selamat study! =P



Sebenarnya, sebelum korang OSCE, ada slot OSCA sebagai Mock OSCE kan. sama je macam Semester 2 dulu. so format OSCA pun sama je macam OSCE.

***

Orait. jom kita beralih kepada OSPE. dalam semester ni, OSPE menyumbang sebanyak 10% untuk keempat-empat modul. so, senang cite, semua modul ada OSPE. tapi, secara jujurnya, aku rasa OSPE untuk Semester 3 ni lebih senang daripada OSPE masa Semester 2. tak tau lah kenapa. hihi =P

Tak perlu kot aku nak terangkan panjang lebar mengenai OSPE untuk keempat-empat modul tu. format nya sama je macam sebelum ni. cuma, aku nak bagi penerangan sikit mengenai final exam PPD Module yang menyumbang sebanyak 40%. kebiasaanya, akan ada satu je soalan untuk PPD kan yang mana terdiri daripada dua stesen. satu stesen persediaan selama 4 minit, satu lagi stesen berborak dengan SP selama 4 minit. tapi, kali ni ada pertambahan dua lagi stesen menjadikan jumlahnya empat stesen. lepas korang berborak dengan SP, pergi ke stesen seterusnya dan jawab soalan mengenai masalah SP tadi selama 4 minit. then, pergi ke stesen terakhir, jawab pulak soalan mengenai apa yang korang dah belajar dalam SGD sebelum ni. haaaa tu je. tak susah mana pun. takde theory paper pun kali ni. hehe =D



***

Kesimpulannya, tu jelah yang aku dapat share mengenai Final Exam Semester 3. Alhamdulillah aku lulus kesemua modul dengan CGPA 3.00. takpe lah, setimpal lah dengan usaha aku. hehe. so, semoga berjaya kat korang semua. study betul-betul, usaha dan tawakal. inshaAllah berjaya =D



Dah habis pun cerita pasal Semester 3, lepas ni aku akan masuk cerita pasal Semester 4 pulak =)


20 January 2013

CSL IIA - Video

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai CSL dah pun aku ceritakan kat sini. so, kali ni, aku akan share video untuk memudahkan proses pembelajaran korang dalam modul ni =)

Sebagaimana yang korang sedia maklum, kita akan belajar mengenai Cardiovascular Examination dan Respiratory Examination. macam biasa, korang tetap akan dibekalkan dengan log book yang bertujuan untuk guide korang dalam modul ni. log book ni memang membantu dalam history taking plus korang dah pernah belajar history taking dalam semester lepas.



Tapi, kalau baca log book je, agak susah jugak nak faham part physical examination. biasanya, benda yang melibatkan skill ni, kita kena tengok video kan. so, here is it~


Cardiovascular Examination




Korang ikut jelah step examination ni. memang betul lah tu. tapi, korang kena jugak ambik tau sebab-sebab finger clubbing, prinsip JVP dan sebagainya. jangan menonong je buat physical examination tapi tak tau apa significance dia.

Selain tu, korang perlu lah bezakan normal dan abnormal heart sound. setakat ni, takde soalan mengenai heart sound. tapi, kita kena lah jugak ambik tau kan sebagai bakal doktor pada masa akan datang =)



***

Respiratory Examination




Errrr aku tau medical student tu ada rupa. ahaks! tapi, jangan tengok rupa dia. tengok step examination tu. ikut jugak step tersebut dan sila ambil tau segala significance examination yang korang buat tu ok =)

Selain tu, berikut merupakan normal dan abnormal breath sound~



***

Orait. sampai sini je untuk CSL Module. so, sila lah belajar betul-betul sebab kita akan aplikasikan teknik ni sampai lah kita kerja nanti. stay tuned for the next entry~


CSL Module IIA

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Well. mesti korang dah excited gila kan belajar CSL masa Semester 2 dulu. sekarang ni korang dapat jumpa CSL lagi. yeay~ *nada tak ikhlas*

***

Kali ni, masih lagi ada sesi 'History Taking' macam Semester 2 dulu. bezanya, kali ni kita akan tambah satu lagi sesi iaitu sesi 'Physical Examination'! masa ni lah korang boleh start gunakan stetoskop. aku tau korang dah excited gila nak guna stetoskop kan. pastu sangkut stetoskop tu kat leher ala-ala doktor pakar. eleh. aku tau lah =P


Haa macam ni lah =)

p/s : sila beli sendiri stetoskop yang berharga RM200++ tu ye... ahaks!

***

Orait. korang boleh jenguk jadual keempat-empat modul sebelum ni dan warna oren mewakili CSL Module. kali ni, CSL tetap akan dijalankan mengikut group PBL masing-masing =)

Untuk modul ni, akan ada:

* 4 CL
* 7 CSL

Basically, cara CSL ni dijalankan sama je macam semester lepas. CL tetap kena pergi lecture dan CSL tetap kena pergi kelas mengikut group PBL. kali ni, setiap kumpulan PBL akan dibahagikan kepada 3 group besar iaitu Group A, B, dan C. jadi, sama jugak... korang cuma perlu hadir sesi CSL bila tiba giliran group besar korang je. 

Bezanya, untuk semester ni... CSL akan dijalankan kat HUKM sepenuhnya. so, korang perlulah berulang-alik dari UKM Kampus Kuala Lumpur ke HUKM setiap dua minggu. memang best gila bila kena skip lunch dan selalu terkejar-kejar untuk menunaikan solat Zohor. haha =D

***

Memandangkan kita ada belajar Cardiovascular System dan Respiratory System dalam semester ni, CSL kali ni pun akan fokus kepada dua sistem tersebut iaitu Cardiovascular Examination dan Respiratory Examination.  maksudnya, korang cuma akan belajar history taking dan physical examination mengenai dua sistem tu je untuk semester ni. examination untuk sistem lain, korang akan belajar dalam semester seterusnya. sabar ye =)

Dalam CL, memang ada lecture mengenai Urinary System. tapi, lecture tu setakat untuk menambahkan ilmu je. takde pun CSL untuk Urinary System dalam semester ni. mengenai sesi 'CSL Procedure' pulak, korang akan diajar macam mana nak ambik darah daripada patung / dummy. eh, bukan hisap darah. tu dracula. haha! kita akan ambik darah guna jarum. tapi, benda ni setakat belajar je. tak masuk exam pun =)



***

Orait. kali ni aku nak bagi penerangan mengenai format penilaian modul ni pulak~



Apa yang korang boleh nampak, continuous assessment = 30% manakala OSCE = 70%. apa yang ada dalam continuous assessment adalah :

Log Book
Reflective Writing
OSCA

Lebih kurang sama je macam semester lepas, tetap ada markah untuk reflective writing. OSCA tu pulak, lebih kurang sama je macam sesi CSL korang kat HUKM dalam semester lepas. korang boleh nampak jadual Clinical Assessment dalam Module 4. haaa tulah slot untuk OSCA.

OSCA ni macam Mock OSCE lah. dah macam raptai sebelum final exam. hihi. ada dua stesen dalam OSCA iaitu stesen history taking dan stesen physical examination. so, korang perform jelah masa ni. anggap je final exam sebenar sebab OSCA menyumbang sebanyak 20% kot kalau tak silap aku =)

Untuk final exam pulak, macam yang korang nampak kat atas tu... OSCE menyumbang sebanyak 70%. memang banyak gila! sampai boleh jadi gila dibuatnya. haha. so, buat jelah betul-betul ye~

***

Berikut merupakan buku rujukan untuk modul ni~



Kalau rajin, boleh lah baca. tapi aku pemalas. sebab tu tak perform sangat CSL ni. huhu =(

***

Orait... next entri aku akan share video berkenaan modul ni. so, stay tuned~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...