After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


Showing posts with label CSL Module IIB. Show all posts
Showing posts with label CSL Module IIB. Show all posts

20 July 2013

Final Exam Semester 4


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Berikut merupakan jadual final exam Semester 4~



Rasanya dah tiga kali korang ambik final exam kan. mesti dah arif bebenar dengan format setiap modul tu. so aku cuma nak terangkan pasal OSCE dan OSPE je ok =)

***

Kali ni, OSCE bukan je untuk CSL Module. tambah PPD Module sekali. so, korang akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar. satu kumpulan ambik exam PPD dulu, satu lagi kumpulan ambik CSL dulu. lepas tu, rotate.

So, cara perlaksanaan kedua-kedua modul ni sama je macam semester lepas. ada empat stesen untuk PPD Module, mula-mula stesen persediaan, lepas tu jumpa SP, then jawab soalan pasal masalah SP kat stesen ketiga dan jawab soalan mengenai SGD kat stesen terakhir.

Untuk CSL Module pulak, tetap ada dua stesen. satu stesen history taking, satu lagi physical examination. tapi kali ni, korang akan buat physical examination dulu selama 8 minit, lepas tu baru buat history taking selama 4 minit. soalan akan ditanya kat stesen history taking je. takde soalan kat stesen physical examination. tapi, prepare jelah kot-kot tetiba ada ke.

***

Bermaksud, dalam OSPE dah takde PPD. hanya ada empat modul tu je. tapi, jangan main-main dengan OSPE kali ni. modul Gastrointestinal dan Neuroscience tu membunuh secara senyap-senyap. sebab apa? setiap modul ni bawak 20% untuk OSPE. soalan dia lebih banyak berbanding dua modul yang lain. so tekanan lebih tinggi. hehe. tapi, kalau dah usaha yang terbaik, jangan risau. insyaAllah korang boleh jawab. fighting! =D



***

Alhamdulillah, aku lulus final exam untuk kesemua modul dalam Semester 4 ni dengan CGPA 3.17. bila digabungkan CGPA Semester 3 dan Semester 4, jadilah 3.09. bermaksud, aku dah pun tamatkan sesi pembelajaran pre-clinical aku tanpa gagal mana-mana final exam. syukur sangat-sangat.

19 Ogos 2013 ni aku akan mulakan kehidupan sebagai clinical student kat HUKM. tak tau lah macam mana cabaran nya nanti. korang tolong doakan aku mampu mengharungi segala rintangan dan halangan dengan hati yang terbuka ye =)



Akan tetapi, aku tumpang bersedih dengan kawan-kawan satu batch aku yang tak berapa bernasib baik. semoga semuanya lulus reseat exam dan berjaya naik ke Tahun 3. amin....

***

So, mungkin korang dah pernah baca pasal format reseat exam kat entri ni. macam biasa, reseat exam akan diadakan sebulan selepas tamatnya Semester 4~



Aku harap korang takkan lalui reseat exam ni. biarlah struggle habis-habisan untuk final exam, then cuti lama sikit sebelum masuk clinical years. hehe. so, sampai sini je entri aku untuk pre-clinical years iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. aku harap entri-entri kat blog aku ni memberi manfaat untuk korang. aku tak harapkan pape balasan pun. cukup lah doa korang agar perjalanan hidup aku dipermudahkan.

Last but not least, all the best! ^^


19 July 2013

CSL IIB - Video

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai CSL dah pun aku ceritakan kat sini. so, kali ni, aku akan share video untuk memudahkan proses pembelajaran korang dalam modul ni =)

Sebagaimana yang korang sedia maklum, kita akan belajar mengenai Gastrointestinal dan Nervous System Examination. korang tetap akan dibekalkan dengan log book yang bertujuan untuk guide korang dalam modul ni. 




Kalau history taking tu kat hujung jari lepas baca log book, physical examination mungkin kat tengah-tengah jari je memandangkan benda yang melibatkan skill, kita perlulah tengok video untuk kefahaman yang lebih jelas =)

So here it is~


Gastrointestinal Examination





***


Nervous System Examination










Mesti korang terperanjat kan tengok banyak gila physical examination untuk Nervous System ni. hehe.


***

Orait. sampai sini je untuk CSL Module. study smart! stay tuned for the next entry~


CSL Module IIB

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kalau korang jenguk jadual keempat-empat modul sebelum ni, ada warna oren yang mewakili CSL Module. kali ni, CSL tetap akan dijalankan mengikut group PBL masing-masing =)

Untuk modul ni, akan ada:

* 3 CL
* 8 CSL

Basically, cara CSL ni dijalankan sama je macam semester lepasCL tetap kena pergi lecture dan CSL tetap kena pergi kelas mengikut group PBL. ada 3 group besar jugak iaitu Group A, B, dan C. jadi, korang cuma perlu hadir sesi CSL bila tiba giliran group besar korang je. sama lagi, CSL akan dijalankan sepenuhnya kat HUKM.

***

Kalau dalam semester lepas belajar Cardiovascular dan Respiratory Examination, semester ni pulak korang akan belajar Gastrointestinal dan Nervous System Examination. maksudnya, korang cuma akan belajar history taking dan physical examination mengenai dua sistem tu je untuk semester ni.



Dalam CL, kan ada lecture mengenai Reproductive System. tapi, lecture tu setakat untuk menambahkan ilmu je. takde pun CSL untuk Reproductive System dalam semester ni. mengenai sesi 'CSL Procedure' pulak, korang akan diajar macam mana nak perform urinary catheterization dan per-rectal (PR) examination. eh sila perform kat dummy je ok. jangan tetiba buat PR kat kawan korang pulak. terperanjat kang dia. haha! tapi, benda ni setakat belajar je. tak masuk exam pun =)

***

Orait. jom tengok format penilaian modul ni pulak~



Sama je macam semester lepas, continuous assessment = 30% manakala OSCE = 70%. apa yang ada dalam continuous assessment adalah :

Log Book
Reflective Writing
OSCA

Sama jugak macam sebelum ni, ada markah untuk reflective writing. OSCA tu pulak, sama je macam apa yang korang dah lalui sebelum ni. korang boleh nampak jadual CSL Mock OSCE dalam Module 4. haaa tulah slot untuk OSCA. macam biasa, ada dua stesen dalam OSCA iaitu stesen history taking dan stesen physical examination.

Untuk final exam pulak, macam yang korang nampak kat atas tu... OSCE menyumbang sebanyak 70%. 

***

Berikut merupakan buku rujukan untuk modul ni~



Kalau rajin sangat, boleh lah cari buku-buku ni. hehe. orait. next entry aku akan share video berkenaan modul ni pulak =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...