After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


Showing posts with label Cardiovascular Module. Show all posts
Showing posts with label Cardiovascular Module. Show all posts

17 July 2013

Final Exam Semester 3

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri ni dan ni, aku dah pun terangkan mengenai Final Exam Semester 1 dan Semester 2. memandangkan korang dah pun masuk Tahun 2, mesti lah dah biasa berhadapan dengan final exam kan. basically, format setiap exam paper sama je. pape hal pun, jom kita tengok jadual exam ni dulu~



Tetiba subjek Hubungan Etnik ada kat tengah-tengah antara Medical Module. so, korang boleh lah study Hubungan Etnik awal-awal atau sejam sebelum exam, macam aku. kekeke =P

***

Kali ni, aku akan terangkan format final exam mengikut jenis exam tu sendiri. rasanya, tak perlu kot aku huraikan dengan panjang lebar mengenai exam bertulis keempat-empat modul tu. korang dah biasa sangat berhadapan dengan soalan OBA, EMI dan MEQ untuk empat modul ni masa EOM kan. basically, sama je konsep soalan dia =D

So, aku berminat nak terangkan mengenai MS II Module. macam yang korang sedia maklum, kita belajar epidemiology dan statistics dalam modul ni. so soalan MEQ pun ada dua je. satu mengenai epidemiology dan satu lagi mengenai statistics. tolong jangan lupa bawak kalkulator masa exam. kang tak pasal-pasal merana nak kira statistics. kekeke. oh ye, jangan lupa kita ada OBA dan EMI jugak yang mana soalan nya merangkumi kedua-dua bab ni =)



***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada OSCE pulak. macam yang korang dah sedia maklum, OSCE ni untuk CSL Module IIA. ada dua soalan OSCE dalam modul ni yang menyumbang sebanyak 70%. banyak kot! tapi modul ni cuma cover Cardiovascular System dan Respiratory System. so, korang perlu lah tumpukan perhatian kat kedua-dua modul ni je untuk OSCE.

Soalan pertama adalah mengenai 'History Taking'. toksah kalut sangat kot sebab korang dah pun belajar 'history taking' ni dalam Semester 2 kan. basically, format exam nya sama je. cuma apa yang berbeza, korang dah takde stesen persediaan dah. datang-datang, terus baca soalan dan ambik history daripada SP selama 4 minit. habis je 4 minit, cepat-cepat bergerak ke stesen kedua.

Kat stesen kedua, tadaaaaa korang kena buat 'Physical Examination' selama 8 minit. benda yang baru bagi korang kan. hehe. jangan lupa bawak stetoskop! walaupun ini merupakan pertama kali korang berhadapan dengan 'physical examination', toksah takut sangat. tengok je video 'physical examination' yang aku dah post sebelum ni. memang tu jelah yang korang kena buat. eh tapi, kat akhir examination korang nanti, akan ada satu atau dua soalan yang bakal ditanya oleh examiner. haaa sebab tu lah korang kena tau apa significance setiap examination korang tu. so, selamat study! =P



Sebenarnya, sebelum korang OSCE, ada slot OSCA sebagai Mock OSCE kan. sama je macam Semester 2 dulu. so format OSCA pun sama je macam OSCE.

***

Orait. jom kita beralih kepada OSPE. dalam semester ni, OSPE menyumbang sebanyak 10% untuk keempat-empat modul. so, senang cite, semua modul ada OSPE. tapi, secara jujurnya, aku rasa OSPE untuk Semester 3 ni lebih senang daripada OSPE masa Semester 2. tak tau lah kenapa. hihi =P

Tak perlu kot aku nak terangkan panjang lebar mengenai OSPE untuk keempat-empat modul tu. format nya sama je macam sebelum ni. cuma, aku nak bagi penerangan sikit mengenai final exam PPD Module yang menyumbang sebanyak 40%. kebiasaanya, akan ada satu je soalan untuk PPD kan yang mana terdiri daripada dua stesen. satu stesen persediaan selama 4 minit, satu lagi stesen berborak dengan SP selama 4 minit. tapi, kali ni ada pertambahan dua lagi stesen menjadikan jumlahnya empat stesen. lepas korang berborak dengan SP, pergi ke stesen seterusnya dan jawab soalan mengenai masalah SP tadi selama 4 minit. then, pergi ke stesen terakhir, jawab pulak soalan mengenai apa yang korang dah belajar dalam SGD sebelum ni. haaaa tu je. tak susah mana pun. takde theory paper pun kali ni. hehe =D



***

Kesimpulannya, tu jelah yang aku dapat share mengenai Final Exam Semester 3. Alhamdulillah aku lulus kesemua modul dengan CGPA 3.00. takpe lah, setimpal lah dengan usaha aku. hehe. so, semoga berjaya kat korang semua. study betul-betul, usaha dan tawakal. inshaAllah berjaya =D



Dah habis pun cerita pasal Semester 3, lepas ni aku akan masuk cerita pasal Semester 4 pulak =)


18 January 2013

Cardiovascular System - CL & PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Orait. kali ni, aku nak share dengan korang mengenai video-video yang amat berguna untuk menambahkan kefahaman selepas dah penat mendengar lecture.


CL 2 - Development of the Heart



CL 4 - Electrical Activity of the Heart & ECG



CL 5 - Cardiac Cycle



CL 6 - Cardiac Output



CL 10 - Coronary and Cerebral Circulation


***

Harap korang boleh manfaatkan video ni semua dengan sebaik-baiknya =)

***

Sekarang ni, kita beralih pulak kat PBL. 

PBL 4 yang bertajuk 'Restart My Heart' menceritakan tentang patient yang ada penyakit Sick Sinus Syndrome. SA node patient tu tak berfungsi seterusnya menyebabkan P wave tak wujud dalam ECG tracing. so, nilah dia concept map yang aku buat~


***

PBL 6 yang bertajuk 'Killer Within' pulak menceritakan tentang seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. disebabkan kemalangan tu, dia hilang banyak darah seterusnya mengalami Hypovolemic Shock. so, ini lah concept map aku~


***

Yezza! habis dah cerita pasal Module 2. EOM untuk modul ni aku dapat cukup-cukup makan je iaitu C (50% - 54%). semuanya sebab salah faham mengenai soalan physiology yang keluar essay. daripada 10 markah tu, entah berapa markah je yang aku dapat agaknya. haish.

Takpelah. cerita pasal EOM dah lepas. yang penting, aku harap aku akan lulus modul ni untuk final exam. amin~


Module 2 - Cardiovascular System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan penerangan mengenai Module 1 dah habis, kali ni jom kita masuk Module 2 pulak. berikut merupakan jadual bagi modul ni yang berlangsung selama 4 minggu~










Warna merah mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 2 ni akan ada :

*  18 CL
*  3 SLP
*  3 PBL
*  6 P
*  2 SGD
*  1 CAL

Bermula daripada Cardiovascular Module ni, kita akan belajar ikut system je lepas ni. mula-mula cardiovascular system, pasni respiratory system, then sambung lah sampai Semester 4 nanti. semuanya mengenai sistem. 

Basically, dalam setiap sistem, akan ada anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. so, korang kena bercinta dengan benda alah ni sume lah lepas ni =)

Untuk praktikal (P) anatomy, macam biasa pergi dissection hall. untuk praktikal histology, tengok slide guna mikroskop kat lab. then ada jugak praktikal untuk physiology, pathology dan microbiology.

SGD pulak, macam biasa korang perlu jawab soalan ala-ala tutorial. ada dua SGD dalam modul ni yang merangkumi topik-topik physiology dan pharmacology.

CAL tu pun macam biasa, kena pergi makmal komputer untuk belajar secara online. tapi, tak pergi pun takpe sebab korang boleh belajar sendiri melalui link ni~


***

Pendapat aku mengenai modul ni... ok lah. menarik kalau kita faham. memandangkan kita belajar mengenai satu sistem, terus boleh kaitkan apa yang normal dan apa yang tak normal dalam CVS ni. tapi, soalan exam dia agak tricky. lagi-lagi soalan physiology. kebarangkalian untuk kita salah faham apa yang soalan tu nak adalah sangat tinggi. ni lah masalah yang dihadapi oleh batch aku =.=

So, korang try lah fahamkan soalan dengan sebaik-baiknya. aku pun tak tau jalan penyelesaian kepada masalah ni. haish..... 



***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada format penilaian modul ni pulak~



Sama je macam modul-modul sebelum ni, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 30% dan MEQ = 30%. so, overall.... 60%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%. soalan OSPE dia akan merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, physiology, pathology dan microbiology. tapi, setiap satu bidang ni, satu je pun soalan OSPE nya.

***

Dan inilah buku untuk modul ni~


***

Oklah. cukup sampai sini dulu. next entri aku akan share video-video yang berguna untuk kefahaman lebih jelas tentang modul ni. tak dilupakan, concept map untuk PBL. stay tuned~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...