Showing posts with label Resepi Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Nasi. Show all posts

Nasi Cyber

Resepi Masterchef Selebriti:Nasi Cyber

Bahan-bahan: 
Beras 
Bawang putih
Mentega 
Kismis 
Rebusan stok ayam 
Daging 
Daun kunyit 
Asam jawa 
Bawang merah 
Udang kering 
Serai 

Cara penyediaan: 
Untuk memasak nasi, tumiskan bawang putih bersama mentega.
Masukkan beras dan rebusan stok ayam 
Cara memasak daging pula, panggang daging dengan daun kunyit dalam kuali 
Untuk penyediaan sos, kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, perah air asam jawa dan sedikit garam dan gula 

Sumber

Nasi Kunyit




























Resepi Nasi Kunyit:MasterChef Malaysia

Bahan-bahan:
•5kg Beras Basmati
•300gm Serbuk Kunyit (dibancuh)
•1kg Ghee
•3 labu Bawang Merah Besar (dimayang)
•1 labu Bawang Putih (dimayang)
•2 tin Susu Sejat
•1 peket Maggi Cukup Rasa
•5 helai Daun Pandan
•1 set Rempah 3 Sekawan

Cara-cara penyediaan:
•Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis bawang, daun pandan, kacau hingga naik aroma. Masukkan pes kunyit hingga terbit minyak, masukkan beras digoreng hingga agak garing sedikit agar beras tidak cepat pecah bila masak.
•Masukkan air panas hingga menutupi beras tadi. Biar sampai mendidih, sekali-sekala hendaklah di kacau agar nasi masak rata.
•Bila nasi dah hampir nak masak masukkan ghee, Maggi Cukup Rasa untuk perasa akhir sekali susu sejat dan sedikit garam.
•Kecilkan api biarkan nasi masak dengan sempurna.

Sumber dari Astro

Nasi Carrot

















Bahan-bahan:
2 cawan beras bathmati ataupun beras biasa-basuh dan toskan
2 cawan carrot –diparut
1/2 cawan susu cair
3cawan air – ataupun letak air rebusan isi dan tulang ayam
1 kiub ayam
1 sudu kecil gula
garam


Bahan Tumis:
2 sudu besar rempah kurma-pilihan
4 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
2 cm halia -mayang
2 sudu besar mentega/marjerin
kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar-dimayang
daun pandan

Cara membuatnya:
1.Panaskan mentega/marjerin dalam periuk dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2.Bila dah wangi masukkan rempah kurmai.Biarkan naik minyak.
3.Masukkan air, garam, gula, kiub ayam dan susu cair.Biarkan mendidih.
4.Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5.Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.Nasi selalu dikacau2 untuk elakkan berkerak di bahagian bawah
6.Hidangkan bersama ayam bakar, sup dan salad sayur.

Nasi Daging Utara



    Bahan-bahan:
     1 kg daging  cuci bersih dan toskan
Beras 4 cawan kecil (saya gunakan beras biasa)
1 inci halia-di tumbuk halus
3 ulas bawang putih- di tumbuk halus
5 ulas bawang merah - di tumbuk halus
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi @ mentega
3 sudu besar serbuk rempah nasi daging
1/3 cawan minyak masak
7 1/2 cawan air
1/2 tin susu cair
1/2 cawan tomato puree
Garam secukup rasa



Cara membuatnya:
Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan mentega dan biar cair.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
Masukkan tomato puree.Masak lagi hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
Masukkan bahan diatas tadi ke dalam rice cooker.
Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.Gaul rata
Masak seperti biasa.
Bila sudah masak,ambil daging dan dihiris kecil.
       Enakdimakan bersama air asam cicah & acar timun & nenas


p/s:Ni resepi simple jer,sebab gunakan Rempah Segera Nasi Daging.


Kalau yg rajin,ni resepi nak buat rempah nasi daging,saya search dlm internet.


Homemade serbuk nasi daging
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kulit kayu manis
sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
1 sudu besar halba
2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
2-3 biji badam-ditumbuk kasar
1 inci halia-dihiris nipis

Semua bahan-bahan diatas digoreng tanpa minyak hingga garing.Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk.

Nasi Kerabu Pantai Timur













Bahan-Bahannya:
Bahan Nasi:
4 cawan beras


Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka


Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur


Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge


Cara Menyediakan:
1.Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2.Sementara itu,hiris halus semua ulam-ulaman,ketepikan.Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam,gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3.Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa.Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4.Kemudian,tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5.Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6.Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu.Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
7.Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8.Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.

Nasi Minyak Kismis


















Bahan-bahan:
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1)Bersihkan beras dan toskan airnya.
2)Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar,halia,bawang putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan daun pandan.
3)Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4)Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5)Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan,taburkan kismis di atasnya.

Khudhar



















Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak - dikisar
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - digoreng 5 minit
Garam secukup rasa
Mixed herbs

Cara menyediakan:
1.Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan
2.Masukan tomato yang telah dikisar, biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam, mixed herbs dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna atau roti.

Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan:
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:
Didihkan air dalam pengukus.

Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam
supaya beras memanjang 2 kali ganda.
Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat.
Setelah itu,kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
Akhir sekali,kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai,cantik dan santan yang terserap tadi masak.

Tambahan:
Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelumnya.
Lebih lama rendam,lebih panjang beras.Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung.

Resepi Nasi Dagang


















Bahan-Bahan:
Nasi Dagang:3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Halba
Garam Secukup Rasa

Kuah Nasi Dagang:
1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam, dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara Menyediakan:
Nasi Dagang:
1.Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
2.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.
3.Angkat dan masukkan santan pekat, halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa.
4.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata. Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Kuah Nasi Dagang:
1.Kacau santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang dikisar, rempah dan asam keping.
2.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
3.Kemudian, masukkan garam, perasa dan manisan secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.
4.Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Lontong@Lodeh

















Bahan-bahan:
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
Sengkuang [potong pendek dan kecil]
Cili merah [hiriskan]
Bawang besar [mayangkan]
Suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

Bahan dikisar:
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan lain:
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan garam.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau sambal sotong.

Nasi Tomato























BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
1 tin kecil susu cair
100 gm pes tomato
30 gm halia (hiris)
50 gm bawang merah (hiris)
30 gm bawang putih (hiris)
Sedikit rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris, daun pandan, rempah empat sekawan dan pes tomato hingga naik bau.
2.Masukkan air dan susu cair dan biarkan hingga mendidih.
3.Masukkan garam dan beras. Tanak seperti biasa. Setelah masak hiaskan dengan kismis.

Bubur Lambuk






















Bahan-bahan:
2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuatnya:
1.Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2.Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3.Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4.Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5.Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6.Angkat dan hidangkan.

Nasi Beriani Sotong


Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

Bahan Dikisar Halus:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
2.Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak.Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.
3.Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.
4.Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.
5.Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.
6.Siap untuk dihidang.(Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

Nasi Bukhari Ayam

















Bahan:
1ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

Bahan tumis:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Sumber:Hanieliza Blogspot

Nasi Tomato














Bahan-bahan: ( 4~5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree (dlm tin)
1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara membuatnya:
1). Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
2). Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3). Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
4). Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
5). Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.

Nasi Minyak Hujan Panas















Bahan-bahan:(5orang)
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan tumis:
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan hiasan:
bawang goreng
kismis

Cara-cara membuatnya:
1)Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2)Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3)Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4)Masukkan beras dan gaul rata.
5)Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6)Masaklah nasi sehingga masak
7)Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8)Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Nasi Lemak Kukus












Bahan-bahan: ( 4 @ 5 org )
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :-
1). Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
2). Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
3). Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Nasi Ayam Madu















Bahan-bahan: ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

Hiasan:
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara membuatnya:
1). Bersih ayam. Potong ikut suka.
2). Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3). Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4). Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5). Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6). Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Nasi Goreng Cina









Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah-ditumbuk
5 ulas bawang merah-dihiris
1 pokok daun bawang-dihiris
Garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili
Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
Biarkan selama lima minit,kemudian masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan.

Bubur Ayam

Bahan-Bahan:
300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara:
Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur.
Masukkan garam.Kacau hingga rata.
Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur.
Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat.
Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons