Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Tuesday, January 2, 2024

Tengah Convert Matawang Luarnegara Nak Beli Cikedis

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar rakyat kelapa ku sekalian? Kikiki
Pada hari yang penuh kelapa ini, Cuya sebagai permaisuri kerajaan kelapa nak berkongsikan kegembiraan Cuya yang sedang sibuk mengira matawang koleksi Cuya.

Prosesnya mengambil masa sebab Cuya perlu mengenal pasti nama matawang daripada luarnegara. Sambil mengira, sambil belajar berkenaan matawang negara luar. Saja nak tahu berapa nilai matawang yang Cuya ada sebagai penyimpanan di masa akan datang untuk membeli cikedis aka jajan buat rakyat kelapa Cuya.

Sebahagian daripada syiling luarnegara 

1 pound tu memang tinggi nilai dia. RM5 lebih .
Cuma tak boleh tukar ke RM dah kalau syiling, taktahu la kenapa tak boleh.
Duit kertas je boleh.

Gigihlah tulis satu2 currency diorang ni.


Singapore dollar ni yang banyak menyumbang kepada total duit ni.



Cuya haritu dah kira dah jumlah duit kertas kalau convert ke RM.
Adalah dalam RM400++

Syiling jer tak kira sebab banyak sangat, tu malas nak kira.

Cuya rasa Cuya belum ada rasa nak convert duit ni, sekarang ni sekadar nak mengira nilainya sahaja.

Azam tahun baru Cuya:

Dapat kumpul lebih banyak matawang negara luar!





Followers