Assalamulaikum, Hello Coconuts!
Kabare? Waras yaaa...... Alhamdulilah masih diberi peluang untuk terus menulis dalam blog Cuya yang penuh dengan kekurangan. Selagi kudrat masih ada, dan masih ada masa maka Cuya akan terus berkarya. Sebenarnya banyak je benda nak share dalam blog, tapi tulah apa orang kata 'writer block'? Entahlah...
Mungkin juga kadangkala Cuya diserang sakit M. Malas la citenya.... Hehehe . Sementara rajin ni taiplah segala kenangan.
So citenya, semasa Cuya belajar online haritu, Cuya ada hantar hadiah kepada kawan-kawan Cuya secara pos. Saja nak bersedekah dan mencari jalan untuk berkarya memandangkan stok perler beads Cuya masih banyak.
3 orang je Cuya pilih, sebab memikirkan kos penghantarannya saja dah mahal. Maka Cuya pilih untuk pos kepada kawan yang selalu Cuya contact.
Keychain nama classmate Cuya
Variasi Coaster ( Alas Cawan)
Diorang semua happy dengan hadiah Cuya beri. Alhamdulilah.
Kira macam bersedekah dalam membuat orang happy.
Sekarang ni pon Cuya ada projek kena buat keychain nama untuk kawan-kawan Busu Cuya.
Sebab kebetulan Busu nampak Cuya punya keychain yang dibuat untuk kenalan semasa training. Cuya okay je, sebab benda senang buat.
Benda ni boleh buat bisnes kan? Tapi Cuya je takde masa. Moga-moga ada rezeki untuk Cuya buka bisnes sendiri akan datang. Aamin.
Adios, amigos!
