Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, February 20, 2025

Hobi Kumpul Setem

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Tengah sibuk kemas almari, terjumpa pulak album setem lama kita yang dah terbengkalai. Zaman sekarang ni adakah penggunaan setem meluas digunakan? 

Tadi sibuk berborak dengan ibu, kalau dulu2 zaman ibu kecil lagi setem digunakan untuk simpan duit. Beli setem, lepastu tampal dekat borang. Bila dah cukup RM5 ke , bolehlah hantar ke pos office. Tula cara orang menabung dulu-dulu.

Sampai tadi Cuya siap tanya ayah, " Pakai lagi ke setem zaman sekarang?" . Yalah, dah lama tak terima surat. Teringin juga orang hantar surat ada setem, boleh simpan dalam album yang dah berhabuk ni.





Ni pon ada lebihan setem yang masih tidak digunakan.

Mungkin akan datang boleh try beli setem dekat pos office untuk tambah koleksi.
Kann kenapa tak terfikir dulu? Hahaha

Yalah, benda yang orang kata agak lapuk. 
Korang hantar la surat kat Cuya, nak jadi ala zaman klasik dulu-dulu. Hehe

Siapa pernah ada hobi yang sama?


BTW, dah join GIVEAWAY Cuya belum? Jemput join!




Till then,

adios amigos!








Friday, December 15, 2023

Tabiat 'Tsundoku' Cuya. Apa tu?

Assalamualaikum , Hello Coconuts!

Hari Cuya saja selongkar kotak buku Cuya, nak tengok kot-kot ada buku yang boleh Cuya jual. Ternyata banyak gila buku Cuya tak baca lagi. Tahu beli, tapi tak baca inilah yang dipanggil sebagai Tsundoku.


Tsundoku (積ん読) is the phenomenon of acquiring reading materials but letting them pile up in one's home without reading them. The term is also used to refer to books ready for reading later when they are on a bookshelf. A stack of books found after cleaning a room.

Profesor Andrew Gerstle dari Universiti London berkata, fasa 'tsundoku sensei' sebenarnya sudah wujud dalam dunia penulisan sejak tahun 1879 lagi menurut penulis Jepun, Mori Senzo.

Beliau berpendapat fasa itu membawa makna berkaitan seorang guru yang mempunyai banyak buku tetapi tidak dibaca. Bagaimanapun, ia bukanlah digunakan untuk tujuan memerli sesiapa.

(Petikan https://siakapkeli.my/2019/06/21/tsundoku-budaya-aneh-orang-jepun-suka-beli-buku-tapi-tak-dibaca/ )


Sebahagian besar komik dalam ni memang tak dibaca lagi. Ada tu sebab tengah kumpul siri dia.
Nak jual sayanglak

Atas sekali tu sampul menang giveaway Gempakstarz


Kelakar tak tajuk novel2 ni? Hahaha
Lain maciamm

Rasanya masa tu memang ada satu musim tajuk novel semua yang bukan2 je..

Novel ni pon hadiah giveaway..Gigih join
Dulu minat lah novel, sekarang more to comics sebab nak cepat habis baca.. heheh


Begitulah Cuya..beli lagi dan lagi..Pastu banyak tersadai tak baca.
Sebahagian besar buku Cuya semua dah terjual. Alhamdulilah...

Yang ada ni semua untuk koleksi je

Koranglak ada tak tabiat lebih kurang Cuya?






Friday, September 22, 2023

Dapat Matawang Baru Untuk Koleksi!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 

Baru-baru ni Cuya dapat matawang luarnegara daripada keluarga Cuya. 

Matawang Turkiye,Turkish Lira diberi oleh Busu.


Matawang Sweeden , krona SEK diberi oleh cousin Cuya , Ishbir.


Matawang syiling Sweeden dan Norway daripada Ishbir juga. Banyak betul syiling dia bagi.

Singapore Dollars diberi oleh Makngah 


Duit Singapore la paling banyak Cuya ada...
Apa nak buat ni? Patut ke convert to RM?

Ke tunggu Cuya travel ke Singapore? Dah la Cuya belum pernah menjejakkan kaki ke Singapore.
Ke simpan je duit dollar ni sampai reput? HAHA 

Sebenarnya nilai dia tak penting, yang penting memori yang terhasil daripada matawang ni. Bila ada matawang asing dalam simpanan, seolah-olah kita telah travel satu dunia. Kadang-kadang sebelum tidur Cuya akan belek album duit ni, dan berdoa agar satu hari nanti Cuya akan berpeluang untuk menjejakkan kaki di negara orang. Itulah impian Cuya .

Semoga tercapai impian seketul Cuya :D

Entah manalah datang hobi mengumpul matawang ni, Cuya satu-satu dalam family yang kumpul matawang asing. Cuma cousin Cuya pon pernah kumpul gak. Dulu-dulu tak terpengaruh, dia macam tiba-tiba je nak kumpul. Dulu sekerat jalan kumpul, sekarang baru start balik.

Moga akan ada banyak lagi penambahan koleksi Cuya!










Sunday, August 13, 2023

Hobi Mengumpul Mata Wang Lama

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada tahun 2018, Cuya ada share entri berkenaan hobi Cuya dari dulu. Dan salah satunya adalah mengumpul mata wang dari dalam dan luar negara.


BACA DISINI : 

Hobi Zaman Kanak-kanak Sehingga Dewasa



Setelah pandemik , Cuya dah takde koleksi baru . Alhamdulilah, tahun ni ada koleksi baru walaupun tak banyak. Disebabkan Cuya dah bersemangat nak kumpul mata wang, Cuya pon belilah album untuk mata wang ni. Sebelum ni masuk sampul je, macam tak proper so Cuya decide beli album.

Jom tengok koleksi mata wang Cuya!



Album Cuya beli. Mestilah pink! Eheks


Setiap mata wang ada nilai sentimental yang tersendiri :)



Matawang Singapore yang diberi oleh Mak Mentua saudara Cuya yang baru pertama kali datang ke kampung Cuya



Mawatang Arab oleh ibu dn ayah semasa mereka ke Mekah. Walaupun kondisi dia tak berapa cantik, tapi masih boleh digunakan.


Atas: Matawang Baht Thailand yang Cuya dapat semasa Cuya pergi ke Thailand semasa Diploma atas tugasan assignment.
Bawah : Matawang Jordan..Cuya tak pasti dapat daripada siapa, rasanya abang Cuya, sebab dia je gi Jordan dulu 


Atas: Matawang Korea. Tak silap Cuya cousin Cuya bagi semasa dia bercuti ke Korea
Bawah : Matawang Thailand masa Cuya gi Thailand waktu diploma


Atas : Matawang China. Rasanya masa Busu Cuya bercuti ke sana.
Bawah: Matawang Turki pon masa busu gi Cuti. Busu yang banyak jalan2 ke luarnegara. Hehe


Atas: Matawang lama Brunei, Cuya minta ayah Cuya. Walaupun dah kena conteng, Cuya tetap nak simpan.
Bawah: Matawang China , pon dari Busu


Matawang Indonesia yang diberi oleh Makcik Maryam kawan Busu sebab baru-baru ni diorang pergi Padang. Cuya yang mintak dia, sampai 3 helai dia beri. Masyeh makcik!


Matawang Indonesia yang atas  Cuya tak pasti siapa bagi. Mungkin dulu2 kot Busu gi Indonesia.
Bawah tu makcik Maryam bagi.


Atas: Matawang lama Singapore Ayah punya tapi Cuya minta dia. LOL
Bawah: Matawang Indonesia lama yang diberikan oleh orang gaji Cuya yang dah melarikan diri dulu2. Ada juga ya kenangan dri dia...kekeke


Atas : Matawang Malaysia yang masih digunakan sehingga kini. Saja simpan
Bawah: Ada 3 helai duit lama RM2. Dulu Cuya nak bayar duit RM2 ni kat kedai di sekolah, akk tu kata  " Awak tak nak simpan ke duit ni? Dah takde lagi"
Maka Cuya pon triggered dan akhirnya simpan sebagai kenangan. Hehe


Matawang lama Ringgit Malaysia. Lupa lah mana Cuya dapat.. Rasanya daripada Ayah.

Duit-duit ni semuanya memberi nilai sentimental value. Adakah Cuya seorang yang romantik sebab suka benda-benda gini? HAHAHA

Walaupun Cuya tak pernah merasa pergi sebahagian besar negara2 di atas, moga ada rezeki juga Cuya berjalan ke negara orang satu hari nanti. Aamin 

Cuya pon ada kumpul syiling dari negara lain, tapi Cuma mampu letak dalam kotak biasa je. Kena fikir mana nak simpan tempat yang lebih elok.

Macam mana dengan korang? Ada tak hobi sama macam Cuya atau ada hobi lain ?
Kongsikan di ruang komen, Cuya pon nak tahu! :D







Followers