Showing posts with label Tentera Allah. Show all posts
Showing posts with label Tentera Allah. Show all posts

Monday, 11 February 2013

Gerakan Anarki Berusaha Jatuhkan Islam Mesir

Kumpulan Black Bloc merupakan talibarut yahudi

Kumpulan Anarki yang dinamakan Black Bloc telah muncul di Mesir ketika ulangtahun Revolusi 25 Januari baru-baru ini. Kumpulan ini yang menganut berbagai-bagai fahaman dari fahaman anarchism, liberalism hinggalah fahaman komunis Trotskyist Marxism. Walaupun mereka mewakili berbagai-bagai fahaman tetapi tujuan mereka adalah sama iaitu menentang dengan apa jua sekalipun terhadap sistem pemerintahan Islam yang mereka sifatkan sebagai facist. 

Walaupun golongan ini tidak mewakili kehendak majoriti umat Islam Mesir yang mahhukan pemerintahan Islam dibawah Ikhwan Muslimin yang dipimpin oleh Presiden Mohammad Mursi  tetapi kumpulan penentang kufur ini telah diberikan publisiti meluas oleh media masa antarabangsa. Mereka melakukan kekacauan dibeberapa tempat dan termasuklah di Kaherah dan kumpulan ini jugalah yang membakar istana presiden.

Seorang penganalisis terkenal Mesir mengatakan bahawa agen Israel, Mossad, dan kumpulan misteri pemuda bertopeng (yang dikenali Black Bloc dan menampilkan diri sebagai pembela penentang pemerintahan Presiden Mohammad Mursi) dan Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan telah memainkan peranan utama dalam menggalakan rusuhan baru-baru ini di Mesir. Dahi Khalfan merupakan seorang yang amat membenci gerakan Ikhwan Muslimin dan sentiasa mengecamnya didalam laman twitter beliau.

"Yang disebut kumpulan Black Bloc, Mossad dan juga pasukan Dahi Khalfan, Ketua Polis Dubai, memainkan peranan yang berpengaruh dalam menciptakan kekacauan dan rusuhan di Kaherah (Cairo)," kata Ebrahim al-Darawi, direktor Pusat Study Cairo-Palestina pada hari Rabu (30/1/13).

Dia mengatakan bahwa kumpulan baru Black Bloc terbentuk mempengaruhi para pemuda Mesir untuk membangkitkan kekacauan dan mengadakan tindakan sabotaj dengan menjanjikan mereka peluang pekerjaan yang lebih baik.

Darawi menyebut sikap penentangan UEA pada sistem yang berkuasa di Mesir, dan berkata, "Pasukan Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan memainkan peranan utama dan berpengaruh dalam menjalankan pelaksanaan plot untuk menciptakan kekacauan dan rusuhan di Kaherah."

Dia mengingatkan bahwa penganjur kekacauan di Mesir itu kelak akan menlancarkan perang jalanan untuk menggulingkan pemerintahan Mursi dan mengangkat kembali saki baki penyokong Mubarak.

Israel menerusi rangkaian perisikannya Mossad akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi kerana mereka merasa terancam dengan bantuan yang diberikan tanpa sekatan terhadap pejuang-pejuang Palestin di Gaza. Oleh itu sudah pasti pengganas Yahudi tidak berdiam diri dan mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi yang sedang menggubal undang-undang Syariah di Mesir. Syaitan Yahudi ini akan mengumpulkan puak kafir musyrik bagi menghadapi pasukan Islam tetapi Allah pasti akan menurunkan bantuanNya yang akan menghancurkan golongan kuffar tersebut.

"Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".(Al-Anfaal 8:48

Sunday, 4 November 2012

NY Subway Musnah Akibat Cerca Islam

Antara kemusnahan sistem subway New York

Serangan puting beliung Sandy menyebabkan sistem pengangkutan utama melalui subway telah lumpuh sepenuhnya. Puting beliung tersebut menyebabkan ombak besar yang menenggelamkan tujuh buah laluan subway New York dan tujuh buah stesen pengangkutan bas merupakan kemusnahan terbesar dalam sejarahnya.

Pengerusi Metropolitan Transport Agency (MTA), Joseph Lhota mengatakan," Sistem subway New York telah menjangkau 108 tahun, tetapi belum pernah mengalami bencana yang memusnahkan seperti ini, puting beliung tersebut telah mengkucar-kacirkan keseluruhan sistem pengangkutan, dalam setiap ceruk dan rantau dalam daerah ini. Ia telah menumbangkan pokok, memutuskan bekalan kuasa dan menenggelamkan segala terowong".

Mereka sebenarnya lupa inilah pembalasan diatas keangkuhan mereka yang mencerca Islam dengan mengadakan iklan secara besar-besaran di seluruh sistem subway dan keretapi mereka. Iklan itu yang dilancarkan oleh kumpulan zionist yang bernama American Freedom Defense Initiative (AFDI). Pada mulanya ia tidak dibenarkan oleh MTA tetapi telah mendapat kebenaran dari mahkamah daerah tersebut. Selepas keputusan tersebut MTA memaklumkan sebanyak 10 buah stesen subway akan memaparkan iklan tersebut bermula bulan lepas. Tidak sampai sebulan selepas iklan yang menghina Islam dengan keganasan kebinatangan dan mengangkat Israel sebagai bangsa bertamaddun; Allah telah menghantar kepada mereka puting beliung Sandy yang menyebabkan mereka bingung diatas kebinasaan yang menimpa mereka.


Air mencurah-curah menenggelamkan seluruh sistem subway New York

Kebinasaan ini menyebabkan mereka kebingungan

Bot dilaut hanyut hingga ke landasan keretapi

Inilah penghinaan keatas Islam yang dilancarkan oleh Yahudi
di seluruh subway New York
Wahai saudaraku teruskanlah perjuangan sesungguhnya
pertolongan Allah pasti datang!

Sesungguhnya janji Allah itu amat benar dan pertolonganNya pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka!

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.(Al-Nahl 16:26) |

Rujukan;

Saturday, 18 August 2012

Mohon Bantuan Tentera Allah

Setiap orang akan diuji berkenaan keimanan mereka terhadap Allah dan hari akhirat. Sekali pandang seolah-olah orang beriman dan tidak beriman mengalami kehidupan yang sama. Sebenarnya kehidupan orang-orang yang beriman adalah berbeza dengan orang yang tidak beriman.

Allah menurunkan al-quran kepada umat akhir zaman sebagai panduan untuk menjalani kehidupan dan ia merupakan mukjizat yang besar tetapi kita selalu abaikannya. Umat Islam kini sentiasa tertekan dalam menghadapi pengaruh kesesatan yang sedang menguasai dunia. Perjuangan umat Islam bukan sahaja dimedan peperangan tetapi usaha meneruskan kehidupan dengan berlandaskan keimanan juga adalah merupakan satu perjuangan.

Jika kita berada diatas landasan yang benar tidak kira apa sahaja perjuangan yang kita harungi, Allah telah menjanjikan kita kemenangan melalui pertolongannya dalam berbagai cara. Allah yang menguasai segenap pelusuk alam mempunyai bala tenteranya yang sentiasa bersedia membantu orang-orang yang beriman.






Ayat ini berisi janji kemenangan bagi orang beriman dalam menghadapi berbagai masalah yang dihadapi . Ayat 1 dan 2 diturunkan setelah perjanjian Hudaibiyah , dimana Rasulullah menangkap isyarat kemenangan yang dijanjikan Allah dalam kandungan ayat tersebut. Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, Imam Turmudzi dan Imam Nasai Rasululah bersabda :”….malam tadi diturunkan kepadaku suatu surah yang lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya, iatu “ Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang “ …(Al Fath 1-2).

Al Qur’an adalah pedoman hidup bagi umat manusia sampai akhir zaman, sampai sekarang apa yang dijanjikan Allah dalam surat Al Fath ayat 1-4 diatas masih tetap berlaku bagi orang yang beriman. Ada 8 pesan yang terkandung dlam surat Al Fath ayat 1-4 diatas:
  1. Allah telah memberikan kemenangan yang nyata pada orang yang beriman
  2. Allah akan mengampuni dosa mereka yang telah lalu dan yang akan datang
  3. Allah akan menambahkan berbagai kenikmatan bagi mereka diatas kenikmatan yang sudah ada
  4. Allah akan menunjuki mereka jalan yang lurus , yang penuh dengan rahmat dan berkahNya
  5. Allah akan menolong mereka dengan pertolongan yang dahsyat ari sisiNya
  6. Allah akan menurunkan ketenangan kedalam hati mereka
  7. Allah akan meneguhkan iman dan keyakinan mereka
  8. Allah yang memiliki tentara langit dan bumi, maha mengetahui dan maha bijaksana terhadap hamba hambaNya.
Bagi mereka yang yakin dan percaya pada janji Allah dalam surat Al Fath diatas , insya Allah akan mendapatkan dan menemui semua yang dijanjikan Allah dalam surat tersebut.

Sejak diturunkannya sesudah perjanjian Hudaibiyah Rasulullah telah menikmati kemenangan demi kemenangan , hingga berhasil menakluki kota Mekah tanpa ada pertumpahan darah dan tentangan sedikitpun dari kaum Musyrikin Mekah. Setelah Rasulullah wafat, kemenangan demi kemenangan itu terus diraih kaum Muslimin diseluruh dunia hingga sekarang ini dan akan terus berlaku sampai akhir zaman. Siapa yang yakin dan percaya akan janji Allah dalam surat Al Fath itu insya Allah akan merasakan kemenangan demi kemenangan yang dijanjikan itu dalam perjalanan hidupnya.

Hafalkan ke empat ayat tersebut, fahami artinya kemudian tadabburi dan mohon pada Allah agar diberikan semua yang dijanjikan dalam surat al Fath tersebut, insya Allah anda akan mengalami keajaiban demi keajaiban dalam hidup anda. Kemenangan demi kemenangan, kejayaan demi kejayaan akan anda raih dalam perjalanan hidup anda. Allah tidak pernah mengingkari janjiNya, apa yang dijanjikanNya pasti dipenuhi.

Bagi anda yang ingin mencapai kejayaan dalam kerjaya, perniagaan, pekerjaan dan lain sebagainya, insya Allah dengan menghafal dan mentadabburi keempat ayat tersebut akan mendapat berbagai kemudahan dan keberhasilan dalam menjalani usahanya. Tadabbur surat Al Fath ini hendaklah dibaca sesudah shalat wajib terutama selesai shalat subuh dan maghrib atau sesudah shalat malam dan dhuha. Baca tadabbur tersebuat dengan khusuk dan penuh penghayatan. Rasakan getaran kekhusyukan yang muncul dari pengaruh bacaan tadabbur tersebut.



Teks bacaan tadabbur surat Al fath ayat 1-4 adalah sebagai berikut ini

Bacaan tadabbur


Ya Allah telah Kau ingatkan pada kami dalam Qur’anMu yang agung, bahwa Engkau telah memberikan kepada kami kemenangan yang nyata . Agar Engkau mengampuni dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmat Mu bagi kami dan memimpin kami kepada jalan yang lurus serta menolong kami dengan pertolongan yang kuat. Ya Allah Engkaulah yang menurunkan ketenangan kedalam hati kami agar bertambah keimanan kami beserta keimanan yang telah ada. Kepunyaan Engkaulah tentara langit dan bumi dan Engkau maha mengetahui serta maha bijaksana.



Ya Allah kami mohon padaMu bukakan bagi kami jalan menuju sukses dan kemenangan. Kami mohon padaMu apa yang telah kau janjikan bagi kami , ampuni dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang, yang kami ketahui maupun tidak kami ketahui. Tambahkan bagi kami kenikmatan yang banyak dari sisiMu. Tunjuki kami jalan yang lurus , jalan yang penuh dengan rahmat dan berkahMu. Tolong kami mengatasi berbagai masalah yang kami hadapi, tolong kami dengan pertolongan yang kuat dari sisiMu..

Beri kami ketenangan dan kenyamanan dari sisiMu, bebaskan kami dari rasa cemas, gelisah, dan tertekan. Hilangkan kegundahan, kesedihan, dan kekecewaan dari dalam hati kami . Tolong kami dengan tentaraMu ya Allah, tentara langit dan bumi. Perkenankalah permohonan kami ini ya Allah, Engkau maha mengetahui keadaan kami, dan Engkau maha kuat untuk melaksanakan kehendakMu.


Doa dalam bacaan Tadabbur

Ada 8 perkara utama yang di mohonkan pada Allah selama membaca tadabbur , semua berpandukan pada apa yang telah Allah janjikan dalam surat Al Fath ayat 1-4 tersebut iaitu
  1. Mohon diberi kemenangan demi kemenangan dan kejayaan demi kejayaan dalam menjalankan segala pekerjaan sama ada berkaitan perniagaan, kerjaya atau urusan dengan pertolongan Allah
  2. Mohon ampun atas segala dosa dan kesalahan dimasa lalu maupun yang akan datang, yang diketahui maupun tidak diketahui, disengaja maupun tidak disengaja.
  3. Mohon diberikan kenikmatan yang banyak dari sisinya sebagai tambahan dari kenikmatan yang sudah ada. Mohon agar tidak dicabut berbagai kenikmatan dan anugerah yang sudah ada, serta mohon agar diberi kekuatan untuk mensyukuri semua nikmat yang telah didapati.
  4. Mohon agar ditunjuki jalan yang lurus ,yaitu jalan yang penuh dengan rohmat dan berkah Nya, serta jalan yang ditempuh oleh para nabi, Rasul, syuhada, para solihin dan shodiqin. Bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang yang sesat.
  5. Mohon agar ditolong mengatasi berbagai masalah yang muncul dengan kekuatan yang dahsyat dari sisi Allah.
  6. Mohon agar diberi ketenangan , kenyamanan dan ketenteraman dari sisi Allah. Dibebaskan dari rasa sedih, gelisah, kecewa, dan tertekan yang berpanjangan.
  7. Mohon agar diteguhkan Iman dan keyakinannya pada Allah
  8. Mohon agar ditolong dengan tentera Allah yang ada dilangit dan bumi, Dialah Allah yang maha mengetahui dan maha bijaksana.
Rujukan

Belajar Quran