Showing posts with label Maybank. Show all posts
Showing posts with label Maybank. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Edisi Weekend : Maybank Treat Fair

Buat julung2 kalinya.
Ini la kali pertama pergi ke Maybank Treat Fair.
Tiap tahun pun ada.
Tapi tahun ni baru teringin nak pegi. Itu pun kalau ikutkan malas. Tp bila myDH cam oke je nak meredah ke MValley, terus la jadi pegi.
Tapi nak pegi MValley ni ibarat nak g berjalan jauh.

Awal lagi dah bersiap.
Ye lah. Kalau lambat, hazab la jawapan nya nak carik parking.
Kul 9 lagi dah keluar. Breakfast kat mamak [lama tak makan roti canai], pastu terus pergi.
Kul 10 smpai. Itu pun keta da byk kat parking.
Eh. Derang ni selepas subuh dah sampai ke?
Tapi ada je la lagi parking.
Tujuan utama mmg nak ke Treat Fair tu, jadi ke sana lah kita.

Pusing2. Tatau nak redeem apa.
Tgk cadar. Tgk bowl yg bunga bunga cantik.
Tatau apa nak redeem.
Point pun tak byk smpai nak tukar ngan travel bag bagai kan [aku tgk cina ramai la dpt redeem travel bag tu]. Pastu kalau nak top up lagi ngan cash tak kuasa pulak rasanya.

Point aku ada 21ribu sahaja. Bkn selalu guna kad kredit. Hanya guna utk top up Zing Card otomatik tu ja. Pastu kad debit pun guna kad Jusco ja (AEON).

Oh. Berbicara perihal kad debit, sebenarnya aku tak pernah pun tukar kad debit. Aku still pakai kad ATM kuning hitam tu. Itu lah pakai sejak dari mula register dgn Maybank. Ada gak keinginan nak tukar kad gmbr cerry tu, tapi cam ah..nenanti lah. Nenati nenati smpai ke sudah tak tukar. So, masa treat fair ni dia boleh buat custom card. Jadi, marilah kita tukar.

Hihiw.
Dapat buat muka sendiri. Dia amik gmbr dari phone atau pun pen drive. Aku tak bawak la sebarang pen drive mahupun hard disk sbb memula rasa cam tak tau nak buat ke tak. Pastu carik dalam phone. Hurm. Dedua phone pun gmbr ntah hapa hapa. Dah la dulu ter delete semua gmbr dalam myS2 kan. Lagi la takde gmbr proper dah. Gmbr dgn husband pun takdak dalam phone. Eh. Ada la satu. Aku buat gmbr profile tu. Gmbr kat Disneyland. Itu la satu. Lelain. Hurm. Ada yg beso pinggan mukanya. Pendek kata tak semenggah. Takkan nak buh gmbr jus bayam atau lauk ikan bakar pulak kad kad debit tu (-_-").

Carik punya carik, ada la satu yg boleh dibuat. Gmbr camwhore seorang diri kat ofis. Ngan poyo ber peace peace bagai. Haha.

Tak dapat nak taruk sini gmbr itu. Semua tpt nak taruk. Heh!
Carik la di instagram ku sanun. Haha. 

Tu pun memula ter upload gmbr dgn nombor tertera. Pastu Mimi kata bahaya paparkan nombor tu. Jadi, repost balik gmbr lain setelah di padam nombor. Err... nombor tu sebenarnya seriel number kan. Member aku buat kat treat fair jugak. Pastu aku tgk bukan saja 8 nombor awal tu sama, 12 awal tu pun sama. 4 nombor akhir je lain sbb itu nombor siri yg buat kat treat fair. Apa pun, takpe, beringat sebelum kena kan. Org ni macam2 kepandaiannya. Oke lah kawan tu alert kan. Tapi, yg penting 3 nombor belakang kad tu [nombor cvv kan]. Itu yg penting. Jangan pepandai bagi kat orang lain. 

Oh. Akhirnya aku redeem point tu dgn tupperware saja.
2 jenis.
Satu bekas yg boleh buh lauk ke nasik ke. Buleh bawak ke opis. (ada 4 bijik).
Pastu satu lagi bekas air yg camni.

Tapi yg ni 8 liter lebih. Aku nyer 7liter. Kaler oren. MyDH tanya nak buat apa. Aku kata nak bawak pegi piknik nati senang. Haha. Piknik la sgt kan.
Pastu dapat lagi pree sebijik bekas yg sama kaler ngan bekas 4 bijik tu sbb dedua barang ni nilai dia lebih RM100. Hihiw. Eh. Tu pun kena top up RM12. Oke gak la. Asal tupperware. Kuikuikui.
Ha. Tu ada nmpk gmbr poyo ku di kad. Hihiw.

Thursday, May 2, 2013

Cerita TAC Lagi

Lagi lagi TAC.
Tadi lagi lagi buku.
Elok la tu. Cerita cam ada sequel plak dah.

Oke. Meh nak citer.
Setelah dicuba itu hari yg hampir aku nak mengaum tu, maka pagi ni call lagi.
Oke. Tak dpt jugak. 
Malas dah aku nak tggu. Oleh kerana takde la kerja urgent menunggu sgt kt ofis, keluar jap lah ke Maybank.

Smpai je trus amik nombor.
Sebelum tu aku tanya lah orang yg jaga kat tpt nombor tu. Cerita lah masalah aku. Aku nak update no telefon. Tau apa jawapan dia
"cik kena call customer service - no yang 1 300 tu - kami kat sini tak buleh nak buat apa2"
Sekali lagi aku ulang apa dia cakap "kami kat sini tak buleh nak buat apa-apa"
Aku bagi tau, dah 3 hari aku call, tk dpt nak cakap. Macamana?
Dia cakap itu juga "tak buleh nak buat apa2"
Tapi, dia bagi jugak aku borang, dan suruh isi. Dia bagi nombor utk berurusan.

Masa tu 11.45am.
Jarak aku dgn nombor sebelum adalah 5 orang.
Tunggu.
Lepas sejam baru no dipanggil.
Orang ramai sungguh plak Maybank ini hari.

Jadi, jumpa lah encik ni utk berurusan.
Selepas bagi salam, soalan pertama aku
"kalau kita switch line (telco) mmg ada problem ke utk dapatkan TAC number"
Dia macam tercengang cengang dan nada perlahan dia jawab
"tak pasti pulak saya"
Hahai. Baek. Takpe. Aku cakap lagi
"Tadi orang yg bagi nombor tu suruh call customer service. Itu lah yg saya buat pertama tama kali lps ada problem tak dpt TAC number tu. Kalo saya dapat, takkan la saya nak dtg sini, nak beratur berejam jam nih, nak bayar parking segala, tinggalkan kerja"
Ye betul betul katanya.

So, dia check segala. Check IC. IC aku tu dah la mmg ada problem plak kalo nak verified ibu jari aku nih. Ikut dia ja. Kadang dia mau, kadang tak. Takpe lah. Aku pun nak tukar dah IC tu kan nati.
Aku cakap worst come to worst, aku guna nak guna nombor phone aku satu lagi.

Jadi, dia pi tanya orang ke apa ntah, pastu dia suruh aku update je kat ATM Machine.
Pergi la aku masukkan no baru semua. Tapi takde resit kuar. Dia kata ada resit.
Oke tak pe lah. Masuk balik jumpa dia.
Aku cuma nak confirmation samada no aku tu betul ke tidak.
Dia check jap. Dia kata takde dalam sistem lagi. Tapi dah buleh guna.

Oke lah. Cuma aku ada tanya cemana nak buat kalo tak dpt call customer service.
Gelak2 dia jawab - itu kami tak buleh nak jawab lah.
Takpe lah encik. Nak buat cemana kan. Di luar bidang kuasa hencik kan?? 

So, balik je aku try nak transfer duit. Buat TAC request.
Tunggu. Tunggu. Tunggu.
Tiada.
Good. Very good. Bagus nih. Jimat duit nak beli deal, nak beli baju online, kasut online. Best nya... 

Aku pun try lah call Customer Service dia skali lagi.
Kali ni aku buh mode speaker. Ko melalak la iklan sengsorang situ. Aku buat keja lain.
Dkt 10minit jugak la baru dpt bercakap ngan what they call 'executive khidmat pelanggan' tu. Fuh... rupanya kena tggu berminit2 baru dpt *lap peluh*
Suruh dia check number phone aku tu. Dia kata betul dah.
Tapi mana pulak pegi TAC aku tu sbb masa aku log out dia tulis situ 'successful'.
Aku risau dia pegi ke nombor org lain. Tapi dia kata nombor tu dah betul.
Then aku cerita lah sebenarnya aku nak call utk update line aku je. Tp dah jadi camni aku dah tukar nombor. Dia kata mmg kena call customer service lah utk update line tu supaya derang buleh verified dgn Digi. Yer, mmg aku ada call. Aku ada bukti tu, tp kalo dah berminit2 cemana.
Aku ada jugak bank lain. CIMB tu kejap je customer service dia jawab call dan selesaikan tak smpai dalam masa 10minit. Tu hari aku call sbb verification utk kad kredit aku terhantar ke nombor lama. Pucat2 jap dah aku. Beli tiket flight ke booking hotel time tu. Buatnya orang yg terima tu pandai godek2 tak ke haru biru. Tp mujo dapat call cepat. So, kejap je derang update nombor baru. Kalo CIMB boleh, mengapa Maybank tak boleh utk handle dengan cepat panggilan? Perlu tunggu lebih 5minit baru disambungkan. Utk info, aku call CIMB masa tu bukan 3 atau 4 pagi. Aku call waktu peak hours - waktu pejabat (tak ingat la plak pukul berapa, tp yg nyata bukan tgh malam buta mahupun subuh sapeie')

Nak tukar bank? Semua gaji dimasukkan ke Maybank.
Satu hal plak acapkali nak transfer semua ke CIMB. Leceh!

Takpe lah yang tu. Nak buat cemna.
Tapi yg masalahnya TAC nih. Sekarang ni cemana?
Aku pun tak tahu lah nak buat cemana.

Nampaknya selamatlah duit aku. Tak perlu buat pembayaran online yang melibatkan TAC.
Bagus lah kan.
Bagus. Sangat bagus.
Terima kasih Maybank kerana membantu saya menjimatkan wang.
Memang berbaloi!
Anda mesti pilih. Saya memilih Malaysia!

Nak beli tudung Mila nih. Uhukssss... tak dpt beli... huwaaa....

*update : 2May2013 - try request TAC jam 5.30ptg - da boleh. Takpe lah. Dah tak semangat dah nak buat sebarang pembelian online. Hahaha *pirahhhh!*

Tuesday, April 30, 2013

Edisi Me-rimau

Geram tol!
3minit36 saat - menunggu utk disambungkan ke-what-they-call "anda akan disambungkan ke Eksekutif Khidmat Pelanggan kami" tup tup terputus.
Dail lagi. 
Dengar iklan lagi.
Bla.bla.bla.
Memang takde nih.
3minit10saat.

Sebenarnya nak suruh orang tunggu berapa lama?
3 jam? 3 hari? atau 3 minggu?
Kawan aku kata "nak call customer service derang kena call pukul 3-4pagi"
What theeee.....????
Kena bangkit kunci jam cam nak solat tahajud plak?

Ini mujo aku call bukan nak buat aduan yg urgent cam kad hilang ke duit tetiba tak smpai ke apa ke.
Kalo camtu, tak ke haru smpai pitam.
Tu la tu. Terlebey advance kekdahnya kan.
Camtu lah jadinya.
Aku nak tahu, apsal TAC aku tak smpai.
2 kali dah aku buat. Adakah sbb bertukar line telco, maka prob utk dptkan TAC sedangkan nombor masih sama. Itu je aku nak tanya kat customer service dia. Takkan nak tanya itu pun kena pegi bank kot.

Hey! Hey!
Takpe..takpe..ko tak bagi aku TAC takpe.
Lagi jimat duit aku.

Ni marah kat sapa nih?
Marah kat ghimau nih.....

Sat gi aku plak yg naik ghimau!!

p/s : kuar gak satu entry. Padahal ari ni mmg cam blur je tatau nak buat entry apa. Jadilah tu. Haha.

Tuesday, February 21, 2012

Perihal TreatsPoints Maybank

Aku rasa tak penah kut lagi redeem TreatsPoints (TP) dari Maybank ni. Ke penah? Tp CIMB penah la. Yg ni tak igt. Tp Tp TP aku idak la byk. Jarang pun guna CC Maybank. Lps tu kad Maybank biasa tu, aku guna kat JJ or Sogo je salunya. Since aku tak tukau2 lagi kad tu pada kad ceri, jd tak byk tpt leh guna as debit card kan.

Tp takpe. Aku tgh view2 mana yg berkenan utk aku redeem ni. Tp ni la antara yg aku nak kot.

Backpack.
Since bag skang ni cam dah putus tali blkang tu, maka mmg rasa nak beli baru. Tatau besa mana ni. Yg ni leh pegi kedai dia trus. Maklum la, byk lagi nak travel ni kan. Nak travel naik ketapi lagi nati. Eh??


Giordano Backpack (BP0128)
Made of 1680D Polyester. Size: 34 x 12 x 47 cm. Colour: Red/Black.
TreatsPoints13500NSHS1206
HotDeals7250TP + RM30HNS0206

Laptop Bagpack.
Pun cam cantik. Tp utk laptop je plak. Mana muat nak buh baju segala. Tp nak redeem pun cam murah je pun. Ke bleh redeem2 kedua2 ni skali. Huhu.


Maybank Laptop Bagpack 
Polyster 1680D double knitted, lining 210PU, 13"Wx18"Hx5.5"D, Embroidery 6cmW, rubberised zipper puller
TreatsPoints6000On the Spot
HotDealsOn the Spot

Travel Case.
Pun cam bes. Senang letak apa2 dlm tu kalo nak travel. Eh. Cam la salu nau travel.

Travel Case - Hot Pink
Travel Case
TreatsPoints16000On The Spot
HotDeals8000TP + RM40On The Spot

Ha...piuk steamboat.
Lama kot dah nak beli. Tp blum beli2 lagi. Gi pun blum pindah lagi pun. Nak guna bila kat umah baru sok je. Kut buat housewarming ke kan. Paling bes yg ni la. Tp kena tambah duit kutnya. Tak cukup lagi point smpai 25k tu. Huhu.


PENSONIC STEAMBOAT PSB128S
•1600W •3.8L •Adjustable Temperature Control •Short Heat Up Time •Removable Stainless Steel Pot for Easy Cleaning & Storage •See-Through Glass Lid • 370mm (W) x 340mm (H) x 130mm (D)
TreatsPoints25980DC0090
HotDeals12990TP + RM64.95HDC0090

Mana satu nak tukar ni. Tkpe, pikir dulu, mana yg kehendak, mana yg keperluan. Kalo ikut keperluan, tak perlu kuar duit, backpack atas skali tu la. Tp tu lah... dah namanya asik pikir kehendak kannnnn........ Hahahahhaa (^_^)