Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Edisi Camouflage Long Skirt

kredit : Here
kredit : Here
Haha.
Sebenar nya aku tak berapa nak berkenan design camo nih.
Seluar ke apa ke. Mmg takde rasa nak beli pun.
Walau arwah ayah ku dahulu bekas askar, tp aku takde plak rasa ke-askar-ian dalam jiwa nih. Hihi.

Tapi, bila napak skirt Camouflage ni, eh, cam bes plak.
MyDH pun kata oke.
Jadi. Beli. Haha.
Masa tu gi kat Busana Bazaar depan bangunan Mara yg baru tu.
RM30.

Cuma cemana nak disuai pakai kan yer.

camo skirt
kredit : Here
Gini oke kut kan. Lagipun aku suka pakai cardigan. Pastu aku baru beli hi-cut sneaker. Hihihi.
Tapi kalau bertudung, lagi plak shawl, tak serabut ke nengoknya?

Gini pun oke kan. Sweet ja. Boleh dipertimbangkan.
skirt design askar
kredit : Here
Masa tu ada gak dia jual kaler camni.

kredit : here
Takpe. Nati kita mix n match kan yer.
Hihihi. Hi cut sneaker pun dah ada. Beli murah2. Online sajork. Sbb aku bukan reti nak pakai kasut sgt. Asyik bersandal saja.
Hujung mggu ni Insyaallah ke Melaka jap.. jadi boleh la pakai gi jalan2 cari Coconut Shake. Hihiw.

Thursday, December 26, 2013

Siapa Wak Doyok?

Lepas kenal Syasya Solero, mari kita kenal Wak Doyok plak.
Fenomena gak nih.
Siapa ni? Kenapa nama dia Wak Doyok?

Kenal?
Huhu.

Aku tak la berapa mengenali dia.
Follow instagram dia pun tak.
Tapi tahu la sket sket.
(bila citer ngan myDH dia cakap pasal Kadir dan Doyok plak -_-" )

Baca sket pasal beliau kat sini - Metro

Artis pun ramai terikut trend Wak Doyok ni.
Antaranya
Wak Zizang. Huhu.

In a way, bagus gak trend fesyen camni.
Kemas je. Takde la rambut hampir nak tutup mata cam KPop tu.



Aku suh myDH pakai camni.
Tak cakap apa dia. Malas nak layan.
Dan terus memandang kaca tv -  drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta (T___T)

**Kredit gambar : Instagram Wak Doyok

Friday, November 29, 2013

Edisi Skirt Labuh : Soalan Dini

Sementara nak kuarkan entry East Coast, meh la kita sembang - sembang jap.
Tu hari Dik Dini ada tanya :

Mixed-family in da house.... said...
kak, akak beli skirt kt mana? online ke? rasa macam skrg nak ubah fesyen sikit arhhh, byk pakai seluar je...nak lah jugak berskirt...hehehehhe...tapi saya suka shoping online...kalau akak ada kedai online yg best2, share eh. TQ

Oraitz. Sebenarnya mmg aku dah addict tengok skirt. Tengok je cam nak beli. Nak beli je cam tengok skirt. Begitu lah. Kalau jejalan memang aku dah tak pakai seluar jeans dah. Sejak operation tu ari lah. Ada takde pun, khakis tu ada la. Tu pun tak berapa nak selesa. Now selesa dgn skirt labuh saja. Atau pun dress.

Jawapan utk Dini. 

Kalau skirt ni akak jarang beli online. Selain dari akak suka nak rasa material dia camna, akak juga kena tgk saiz. Maklum lah... saiz comel2 (hak tuiii) nih susah sket. Kang ada yg kena potong tang bawah kaki tu. Jadi, jalan mudah, beli kat kedai saja. Ala, selalu je ada kat booth2 skrg ni org jual skirt kan. Kalau KL ni, nak lagi bes, Kenanga (KWC) lah. Lagiiii besttttt.... Murah2 ja. Kadang RM50 dapat 2 pasang. Yg camtu siap bule bawak g ofis jugak. Pakai ngan blouse. 

Lagi satu jenis akk suka pakai yg cam kembang2 skit tu. Takde la kembang payung plak. Kang angin terangkat plak kain tu cam Marilyn Monroe kan. Hiwhiwhiw.

google.
Kalau kembang2 tu camni la lebih kurang.
kredit : Here
Yang biasa akak gayakan dengan cardigan. Pakai t-shirt lengan pendek pun buleh dah. Sarung cardigan. Pakai shawl. Dah oke dah. Tapi yg ni agak kasual. Jadi mmg tak bawak ke ofis lah. Yang ni murah. Kat Wakaf Che Yeh tu ari RM18 saja :)

Kalau nak bawak pergi ofis hok gini oke
Lycra, skirt labuh, skirt lycra
kredit : Here

Itu lah skirt2 yg akak selalu beli. Dan mmg jarang beli online. Kalau dress tu, ada la online. Cuma tu lah.. mostly kena potong la tang kaki  bawah tu sbb tak cukup inci. Hiwwhiwi.. Kalau cam Dini oke kut nak beli online sbb stdkan.. boleh google je long skirt. Macam gmbr atas ni pun rasanya online shop jual skirt gak nih.

Tapi kan, cuma satu lah kan. Kalau berdress labuh  ni, better pakai kain tebal dalam tu. Buat cam kain dalam lah kiranya. Sbb dress ni jarang walau ada lining dia. Tu ari, tunggu tren kat PWTC. Ada sorang tu pakai dress (Zalora rasanya), jarang wehhh... aku plak rasa termalu bila myDH cakap, jarang la skirt dia tu. Adoi... jadi, berhati2 ya.. dari bersopan, terus lain plak jadinya.

Wednesday, May 8, 2013

Edisi J Luxe By Jovian

Sapa follow instagram tau la tetiba aku meroyan kat J Luxe nih plak.
Ala, lama dah. seminggu ke 2 minggu lepas kot.


Dalam byk2 tu aku paling tertarik dgn ini purple ini. Masih menduduki carta kaler feveret ever aku lah purple walau ia telah di over shadow dgn barangan stoberi. Huhu.

Giler smart!
Mmg smart. Aku tak kata cantik. Sbb, ye lah bila pakai kat model ni, elok terletak je kan. Smart lah tu. Yer, kemudian ce tgk aku pakai plak. Haha. Baju buleh masuk kot. Kain labuh me-lepa. Huhu.

Dia jual kat Fashionvalet. Dia bukak pre-order seminggu kalo tak silap. Dlm minggu lepas.

Kerana ini juga aku terus register kat Fashionvalet. Oh. Cantik2 juga baju kat situ yer.
Sama lebih kurang Zalora jugak. Tp Zalora dah glamer kan.

Tapi last week kan kelam kabut sket aku nyer peng-online-nan. Dgn masalah TAC segala. Pastu sebuk nak ke Pesta Buku la apa la. Balik kg mengundi bagai.
Lagipun dari FB Jovian pun dia kata mmg ada poblem sket nak beli masa tu sbb ramai orang kut order. Susah nak log in dan nak beli.

Dan kesudahannya, tak beli lah. Haha.
Jimat duit mak hencik. 
Eh. Nak beli bebetul kah? Haha.
Giler. Pastu nak pakai g mana?
Raya?
Dah ada dah baju.
Pastu mana lah tau pregnant ke apa sok, dah kena simpan 9 bulan.
Eh. Berani cakap pasal pregnant ya. Haha. Hampunnn......


p/s : Anda tunjukkan lifestyle begini, nak beli itu beli ini. Tayang gambar kat FB makan kat tempat mahal2, tayang gambar makan eskrem mahal, mampu beli tudung mahal, mampu pakai phone/tab yang paling terkini, kereta besar menjalar, baju tak pernah tak branded. Bersesak2 bila ada sale kat memana. Tup2 mahu barang turun harga, mahu itu ini murah. Hahai. Tak konsistenlah, permintaan anda itu dgn gaya hidup anda itu. 
Bala ni. Memang bala. Hahahaaai...

Kbaiii..baiii..baii... 

Thursday, January 10, 2013

Edisi Half Moon Shawl

Sebenarnya aku tak berapa nak pakai shawl2 ni. Aku mudah pakai tudung bawal n tudung awning tu je. Kalo ber shawl tu kengkadang 'pengkritik tetap' kat rumah tu kata napak rimas la apa. Eh. Dia pulak yg rimas kan. Tp mmg betul pun. Kang tak smpat smpai kul 1pm aku dah rimas kat ofis tu. Lagi jadi satu hal lain.

Tp sesekali pakai lah. Ikut mood kata orang tu.
Walo orang kata mudah, tak payah iron bagai, tp bagi aku, tetap rasa susah. Kena mood pagi tu bebtul baik dan ceria baru buleh pakai. Kalo takkkk....
Shawl panjang tu, oleh kerana aku ni jenis tak pakai anak tudung, pastu plak mmg muka aku tak kena kalo pakai anak tudung yg melekap kat dahi tu, maka aku pkai shawl panjang dgn tudung Ariani yg pendek tu.
Mudah je sebenarnya, tp jgn dibuat la kalo nk p meeting ke apa. Nati rimas.
Kalo mmg hari tu takde kemana2. Duk diam je setempat, so then, okay, leh pakai g ofis.
Kalo nak bawak jejalan pun tak penah. Tp g kenduri ada gak la. Walo rimas dan panasss.... ku tahan jebattt... (T___T_

Half moon ni plak, ada la dengar2 gak. Lama dah kut tudung/shawl jenis ni kuar.
Kat Radiusite pun ada. Tp tak pernah nak beli pun.
Kalo google tutorial shawl half moon memacam gaya derang ni buat.

Antaranya begini.

Lawa betul bila tgk derang pakai gini. Tp mmg idak la aku reti pakai camtu gaya.

So, half moon shawl yg aku beli dari Poplook tu, aku pakai style biasa je.
Pakai cam tudung bawal. Pastu kemas2 kan bahagian depan tu.
Cumanya, aku pakai ngan tudung Ariani yg kecik tu lah. Aku mmg kumpul byk tudung Ariani pendek ni. Saja beli masa murah2 dia jual dulu tu.
Jadi, takde masalah nak pakai gi ofis. Waktu kerja. Tak rimas pun. Elok je dia terletak dgn tudung awning Ariani tu. Hihiw. Mix n match la kononnya. 
Tp sebenarnya halfmoon ni bagus gak sbb dia boleh labuhkan untuk tutup dada. Ala2 Dr. Muhaya pakai bila pakai dgn tudung Ariani tu kalo dilabuhkan :)

Sesekali buleh la.. time mood ceria, buleh digayakan. Kalo mood malas... aptb.
Muahaha.

Gmbr aku pakai tu ada aku jaja kat instagram.

Sunday, June 10, 2012

Edisi Sunday : UlangTahun InTrend ke-7

Entry panas panas goreng pisang lagi. Balik je trus zup apdet. Haha. Napak nau sangap di tengahari Sun-Day ni kan. Eh. Mmg "Sun" day hari ni. Pagi tadi cam mendung, tp naik tghari, ha... panasss...


Hari ni gi ke Festival City Mall Danau Kota sanun. Ada event ulangtahun ke7 InTrend. Gigih uols. Saja je benarnya. Takde nak buat apa. Ekceli nak g smlm lagi dah. Tp lewat bgn. Malas la. Kang sebok nak carik paking la apa la. 

So, reni awal2 dah kuar. Breakfast dulu kat kodai mamak area situ gak. Aku pun paking kat Platinum Walk tu.  Makan dulu.


Ah. Tak dap ah roti canai sini. Roti canai Syed gak sedap.
Baru kul 11 dah masuk dlm mall tu. Haha. Orang pun tak ramai lagi. 

Takde pun besau sgt event nya.
Aku pun saja nak ke situ nak tgk tudung Aidijuma. Ketinggalan gak la kiranya sbb semorang pun dah ada tudung tu kan.
Murah2 gak la. Kalo plain RM7. Yg ada tone RM15. Aku amik 2 pasang.
Mata ni mmg tertarik yg kaler purpleeee je. Takpun pink. Isk.
Last2 amik kaler coklat tone, ngan merah hati tone. tu pun nak ke purple purple gak. Haish.


Oke. Goodies bag dari InTrend. 


Nak dpt goodies bag ni kena ada bawak majalah InTrend. Kalo takde, boleh beli kt situ. Aku mmg peminat InTrend. Awal2 dah beli. Jadi, bawak je lah. Banyak isinya, berbaloi amat kot. Segala biskut seme pun ada.

Lps tu terjebak beli sabun Palmolive ni. 

Rega takde la murah, tp dpt percuma pouch beg + mani-pedi set. Sokak la. Lagipun mmg sabun kat umah dah habis. Sokay la pun kan.

Suppose ptg/tghari ada la artis seme. Tp malas nak tggu. Bkn per, aku jalan2 dlm tu, benti satu kedai ada je menda aku nak beli. Tu pun nyaris tak ter tgk wayang. Haha. Kat atas tu beli satu lagi tudung. Yg jenis awning lembut (sbb dah ada selai tu ari kan, cam oke jugak, jadi beli selai lagi). Yg tu takde gmbr. Nati dah pakai baru jaja yer. Haha. Bes gak. RM35 saja. Laki aku secara halus meng advise 'dah 3 pasang ni awak beli tudung hari ni'. Hihi. Tweheheee.. oke dah. 

Jom balik.

Thursday, February 16, 2012

Perihal Skirt Feminin Ku

Aku ada gak la 2,3 psg skirt2 feminin neh.
Pun sker jugak makainya.
Cuma jarang pakai. Sbb aku tak reti nak mix n match kannya.

Since aku nak buat sesuatu yg 'spesel' sempena ari yg 'spesel', nak la try pakai 'lain' sket kan. Asik la ber jeans n shirt je. Lelama "jin" pun da takde suar dah. 
Contoh skirt yg aku ada.
*Pinjam gambo yer tuan blog. Ai kredit tu.
Kredit : here
Abis idea dah. Aku pakai je ngan baju belang kegemaran aku tu. Haha.
*harus kena beli baju baru dah ni. Aku tgk gmbr kat FB, mmg mostly gmbr pakai baju ne. Hahaha. Sangappp.
Aku sker je skirt kat Jusco tu. Brand Arcadea tu. Sbb dia tak labuh sgt. Sesuai la ngan org kemetot cam haku ni kan. Errk.. Huhu.
Na, akak interprem kan Nana jap yer. Huhu.
So, fashionista out there..... gimme an idea please...
Apa yg sesuai dipakai ngan skirt ini. Yg napak anggun serta bersopan.
Nak menyambut ari istimewa seseorang lah katanya. Aww... gedik kan....

Tp tgk kat sini cam bleh dpt idea la
Polyvore
Ni mmg sesuai utk santai2. Ngan beg beso. Glass.

Eh. Gaya ni cam aku pakai kat atas tu. Huhu.
Oke, kasut tu gi opis sesuai.

This one cam too formal kot. Gi opis sesuai kan.

Oh. Cakap pasal handbag ni. Tetiba terminat lak beg besar ni. Tote bag ke namanya. Tp tote bag cam besar lagi kan. Ni sbb aku da guna beg "juruletih" yg beli kat HK tu ari ler. Cam bes lak.
Tgk lak FB CR. Nak carik. Nak carik. Eh. Bkn retu kata setahun takmo beli hbag kah?
Credit : FB Carlo Rino
Kehendak je seme ni. Kehennndakkkk..... Arghhh... sambil tarik2 rambut. Hohohooo.....
Err.....




Gaji SBPA bile keluar?? Dgn pelarasan lagi neh. Bip.bip.bip *GPS bawak arah ke Butik Carlo Rino berhampiran. Miahahahha (-_-")

Wednesday, October 5, 2011

Not so WW : Cantik Luar, Cantik Dalam

Dah lama nak buat entry ni.

Napak Ros buat entry ni baru teringat.

Maka, carik yang lain-lain ini juga.





*Dalam usaha untuk mensempurnakan 'di luar' dan juga 'di dalam'. Insyaallah.

Wednesday, September 7, 2011

~Wordless Wednesday :Cinta Elysa~

Kredit : Suhanpost
Kredit : Imageshack
Kredit : Porem cari
Kredit : here
kredit : Here


P/S : Sori la pada sesapa yg tak minat Fasha Sandha ni. Ai oke je. Hihi.
P/S/S : Suka tgk gmbr Fasha pakai skirt tu.  Kasut n skirt di matching dan girlie girlie gitu. Nak carik la gak. Hihi.

Saturday, November 6, 2010

~Pasal Makan Kenduri Lagi~

Again. Menghadiri jemputan kawen lagi. Dah kata kan..musim mengawan kenduri kawen dah tiba. Last week umah Sara. Eh..bkn last week, last 2 week kan. Eh..last week la. Ha..btul last week. Gilos..buleh lupa plak.
Kali ni kat Ipoh. Kebetulan aku balik, so keadaan mengizinkan utk pegi.
Kenduri dilangsungkan di Dewan ILP, Tmn Meru. Aku mmg sker je kenduri dewan2 ni. Takde peluh2 tiak, takde nak pening2 carik paking. Tp idak la pulak mengatakan kalo kenduri kat umah  tu aku taknak pegi. Buleh je..walo muka minyak2 pun, kalo takde halangan, Insyaallah aku dtg meraikan sama.
Ok, kenduri ni mmg bes. Takde cerita basuh tgn guna air sirap. Takde citer pinggan tak diangkat. Takde citer lauk tak cukup. Suma bes. Lagipun derang buat sistem berhidang. 2 thumbs up sbb skang ni kan suma konsep layan diri (saja guna term tu instead of buffet. Teheheheh). Mana tak bes oi..VVIP nya adalah MB Perak. Mula nak tggu gak MB dtg, tp cam da lama je melepak situ, so balik. Tp nyer ternampak jugak keta MB masa baru kuar dari kawasan tu. Cais..kalo tggu kejap dpt bergambo ngan Tok Zambery. Motip??? tehehehehe.
Ekceli ni kenduri adik panel lawyer opis aku. Citer  byk pun menyampah je nak baca kan..tgk gmbr je.

Pelamin. Gmbr pengantin takdak. Pengantin smpai kul 1.30pm. Tk larat nak tunggu dah. Ada misi lain nak diselesaikan. Tehehe. Cun pelamin dia.

My dear yg sdg asyik menikmati cendol yg maveles. Sedap giler oih. Manis. Lemak. Kata DJ tu Cendol ni dari sykt S.M Noor. Haha..Tetiba tingat tasik SM Noor. Org Perak tau la tpt ni. Tp dia nyer ending sama mcm Mimaland tu gak. DJ pun derang amik DJ radio Perak FM. Classsss...


Saya yang tersenyum kekenyangan minum cendol yg setap itu. Dan cam biasa...muka tatap bulat.
Dpt gudie bag yg berisi ini. Terima kasih tuan rumah.

Lps tu lelaju ke Ariani. Kata ada Member's Day Sale kan. Pulak tu 3 ari je. Jadi kalo nak gi esuk bila smpai KL sure tak smpat la kan. So, kasik pusing gak area Greentown tu carik Ariani. Jumpa! Mmg ada sale which buat my mata jadi rambang rambang. Grrrr...tp nyer takde la perlu pakai kad members tu. Cuma sale je lah. Ada yg sale mcm biasa dan ada gak yg mmg turun smpai 40%. 

Aku amik tu je. Patut pikir baju apa yg takde tudung lagik. Tp ni dah merepek2 amik tak tentu hala. Belasah je lah. Dan aku beli gak tudung feveret yg rega RM25 tu. Mmg kalo sale tudung ni ada dan aku pulak wajib beli. Bes. Sbb dia sesuai nak pakai santai2 ngan t-shirt. Pendek tp still tutup dada la. Mak aku yg ikut aku pun terjebak beli satu. Tehehehe.

Lps tu singgah Guardian beli Innershine. Hoho. Retu nyer aku da berjaya abiskan. Lps tu sajes kat abgcik aku sbb dia kata mata dia mcm kelabu. So, dia nak try. Aku beli set yg ada pati prun skali tu. Yg pati prun tu aku amek la. Dpt la 2 setem. Tehehhehe...aku tgh kumpul  neh..nati leh claim patung chip n dale. :))

Lps tu singgah lak TF. Beli barang2 umah. Memacam amik mcm kat KL dah takde. My dear marah plak aku ckp mcm tu. Abiss...aku  kutuk diri aku sendiri sbb beli brg2 macam kat KL dah takde tpt nak beli. Maybe dia marah sbb aku ckp dpn cashier. Dia anggap cam aku nak menunjuk kat cashier tu aku ni dr KL. Ek eh. Apa masalah la laki aku ni kan. Aku kutuk diri aku sendiri je. Takde aku nak menunjuk pun. Aku pun ngomel2 sorang2 je. Tah tak dgr pun dek cashier tu. Cakap tu pun tak buleh. Aku ni takde de nak menunjuk nunjuk de. Cakap pun tak berobah kome. Takde la mcm setgh org, duk je luar Perak, ckp pun da tukar. Aku belasah je. Tkde la nak jaga je lidah tu. Ceh..terhapa sungguh laki aku ni. Kalo betul aku menunjuk, aku cakap camni "cik cashier..u know what..ai ni stay kat Key Ell, U tau kan Key Ell. But then..every month kalo ai balik my village kan, ai mesti barang kat sini..ai pun tatau apsal. U tau tak apsal ai beli kat sini?". Buleh gitu? next time aku nak buat camtu lah!

Friday, November 5, 2010

~Pasal Clutch Bag~

Cuti-cuti ni apa kata kita cuci mata jap.




Kredit : Here

Kredit : Here

kredit : Here
Tak penah penah kuar entry gmbr artis neh..apa kes? tehehehe.. ada la tu menda aku nak carik tu.

Benarnya aku nak carik clutch bag. Dah lama aku nak beli ekceli. Bebaru masuk keja dulu dah. Suka. Napak bes je bila carry camtu. Kalo penat2 kepit je celah tiak. Teheheheh. Tp masih belum ada kesempatan nak beli.

Lps tu skang musim kenduri kawen kan..rasa mcm tingin plak nak bawak clutch bag camni. Almaklum la..mokcik ni takde kesempatan nak ber red carpet bagai kan. Ada red carpet..tp sbg penyambut tetamu mejelis je la..takde de nak ber clutch bagai.

Tp kalo kecik camane aku sumbat segala dlm tu. Kalo kenduri brg wajib ada- kamera, hp n wallet la kan. Dlu kunci keta pun kena sumbat, tp skang mokcik dah tak bwk keta. Lps tu harus ada tisu or wet tisu. Yelah..mmg wajib ada tu sbb salu je kena basuh tgn ngan air sirap kalo kat kenduri. Eiii..aku rimas tul kalo  air basuh tgn lambat tukar or takde langsung. Lenkali sila buh sudu sekiranya malas nak tukar2 air basuh tgn tu. Retu aku kena dah..geram tul aku..gerammmm...

Nak carik gak lah..kat mana yer yg ada jual clutch bag cecantik ni. Ke ada jual online. Nak gugel jap lah.

Aku sker camni.
It's Jimmy Choo - Here

Camni. Biasa la. Hok girlish girlish. Ada riben ni mmg theme mokcik lew. Teh heheheh.

Camni comel. Tp ada mcm kulit ular tu. Ha..tu mmg kepantangan aku tu. Aku geli menda2 berunsurkan kulit haiwan reptilia tersebut. Tgh tulis ni pun aku rasa mcm geman geman..eii..eiii..eiii.

miu-miu
Tp idak la besau camni. Kut ye pun aku nak sumbat segala kan. Beso camni sumbat lauk kenduri pun muat ne.. Ngeh ngeh hehehehe..
Kredit : Here
Dan lepas tu berangan jalan seiringan mcm tok T n tok K ni. tehehehe...

Love this picca. Baju cantik. Clutch bag cantik. 
Kredit : Here