Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Resepi : Nasi Tomato Mudah

Ha. Tu hari aku buat nasi tomato kan. Pastu nak sharing is caring gak la resepi yg aku guna.
Seriyes, aku tak pernah nak cuba buat sbb aku rasa buat nasi tomato ni leceh.
Rupanya bila dah buat.. oke je lah. Takde la susah nau.

Aku amik resepi dari blog CikMat la.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

*********
Akan, tetapi, resepi ni aku gabungkan dgn resepi dari buku 1Hari 1Resepi Chef Hanieliza
Maka, terjadi lah nasi tomato buat pertama kalinya dalam sejarah masakan haku. Huhu.
Sedikit tawar nasik tu sbb aku takut nak buh garam.

Cuma, aku tak guna minyak sapi. Selain aku tak berapa gemar, nak guna sket je pun. Beli kang, lebih tu nak buat apa lak kan. Ada butter dlm esbox. Maka ku guna guna butter je lah. Selain tu, aku alter sket ikut 1H1R tu. Guna tomato segar yg diracik2 kasar. Gitewww.
MyDH kata bau cam orang kenduri kawen. Hihi.

Utk lauk. Ikut suka hati. Nak buat dalca ka, kurma ka. Daku buat ayam madu saja. Wah. Tetiba ayam madu. Tak madu sgt la, cam ayam masak merah je sebenarnya. Itu resepi pun ikut dalam buku 1 Hari 1 Resepi.
Lps tu, kan aku masih 'pantang' nanas dan tak mahu gunakan cuka, maka ku buat la kerabu epal saja. Resepi kerabu epal cam kat sini.

Monday, October 7, 2013

Mars Bar Slice : Resepi

Terpengaruh.
Haha.
Sbb before this ada aku tgk kat instagram artis mana entah. Ada org pos biskut nih. Cam sedap je rupa bentuk dia. 

Lps tu dalam last week sorang shbt instagram pos gmbr dia buat.
Lps tu tgk bahan cam senang je.
Lps tu instead of tgk resepi dia tempek, cuba gugel.

Memacam version ada.
Tp, dah nama jemari bukan jenis mem baking nih, baik carik yg simple and cepat.

Mostly mmg dari australia resepi dia.
Aku amik yg ini
Korang google je.. sure ada lah resepi nih.
Dia ala ala cam biskut batik jugak lah.

Bahan2 yg aku guna.
resepi mars bar
1) Coklat Mars Bars (dipotong kecik utk di cairkan)
2) 90 g butter (untuk dicairkan bersama Mars Bar)
3) 3 cawan Rice Bubbles
4) 200g coklat susu (boleh guna satu bar Cadbury Dairy Milk)
5) 30g butter (untuk dicairkan bersama Cadbury Dairy Milk)

Cara-cara :
resepi coklat mars bar

Potong mars bar kekecik. Masukkan dalam sauce pan bersama butter. Utk ni mmg aku tak abis kan seketul butter yg 250gm tu. Macam dalam resepi tu dia kata 90g. Lebih pun takpe. Takyah sukat sgt pun takpe. Agak2 je la kan. Tp,if nak sukat bebtul pun oke.
Panaskan dgn api paling perlahan. Tak perlu tggu dia blup blup. Aku masak guna electric cooker sbb panas dia sekata. Kalau guna dapur gas, pepandai lah adjust api paling kecik tu.

coklat mars bars

Selepas dah smooth semua, masukkan rice krispies. Dalam 3 cawan. Agak2 je la. Smpai semua bersalut. Oke dah. Sedap je rice krispies ni. Buh byk pun takpe.


resepi mars bar

Lps tu taruk la dalam tray/loyang. Aku buh dlm bekas tupperware saja. Yg di alas dengan aluminium foil. Mudah nak masuk peti ais. Tekan tekan bagi dia padat. Ketepikan kejap.

Utk topping coklat. Coklat bar cadbury tu - cairkan secara double boil bersama butter. Dalam resepi dia tulis 30g. Boleh la.. jgn byk sgt. Bagi just nice je. Utk ni aku tambah serbuk coklat juga sesudu kecik. Taknak pun takpe. Tapi oke je nak buh serbuk coklat. 

Lps dah smooth, dah sebati semua letak la atas rice krispies yg dah letak dalam loyang/tray/bekas tu tu. Biar sejuk kejap. Masuk esbox peti ais :)


Sedia utk di makan. Tp keras la pulak aku buat. Haih. Nak potong sikit punya susah. Tp, da potong.. sedap oih.. ter lagi lagi makan dia. Sama je aku ngan myDH. Tak buleh berenti. Dia tak muak sbb ada rice krispies tu. Nati aku nak terai dgn cornflakes honeystars plak lah. Tp maniss sgtt pulak nati. Hihi.

Sesapa yg hantu coklat.. cuba lah.. sedappp.....

Friday, September 20, 2013

Edisi Masak Masak Masa Cuti

Hujung mggu lepas. Yg cuti 3 ari tu. Lepak selepak lepak nya kat umah. Tp roh memasak dah masuk aku rasa. Asik nak masak ja. Haha. Aku cakap kat myDH 'saya kalo dah masuk roh memasak ni, jgn ditegur tegur'. Haha. Aku sendiri pun takut ngan diri aku sendiri. Sbb aku la paling pemalehhhh nak masak... ni tetiba rajin plak pagi petang memasak. Eh. Malam pun ada.


Ni pagi Ahad. Masak nasi lemak. Ramai pula bagi love gambo ni kat insta. Maceh uolss.. suka ye acik masak nasik lemak. Alolo.... homey hangat khann.. masak nasik lemak pun nak buh gmbr dlm insta. Sudah la pinggan pelbagai jenis. Kasihaannn [bila nak beli pinggan lawa ni??]


Ni petang nya. Masak bihun sup ayam. Tiru resepi sebijik dari 1hari 1Resepi. Homey hangat kann... masak cemni punya senang pun nak pakai resepi. Eh. Kena la. Tp aku tak berapa suka plak sup ayam style gini. Bes kalo sup daging/sup tulang jugak lah. Buat mi tu kaler kuning. Kedah styleee.. ahaha. Tp sambal cili kicap wajib adaaaa..

Hari Malaysia. Tema desa. Haha. Ikan selar kuning goreng sambal, ikan bilis sambal itam dan juga pecal yg kuah cair.. cisss.... potonggg selera.. nati nak suh mak beli kan lagi lah pes kuah pecal tu. Nak banyak2.. [tamak pulakkkk]


Tgk org buat kek ni, tetiba nak juga... haih... kegilaan betul. Sanggup gi Ongtaikim sana carik bahan. Haha. Tu aku kata roh memasak aku dah masuk.. Lagipun dari bulan puasa tu ari plan nak buat, tak terbuat. Oh. Salu aku tak buh cocoa powder tu, tp kali ni buh sket. Oke la. Ada pun takpe, takde pun takpe. Oh. Biskut. Aku mmg suker buh biskut marie cappuccino tu. Tak sker yg original.

Minggu ni entah la. Tgk la keadaan... Tp cam nak buat rendang ayam. Makan ngan ketupat. Teringin plak. Huhuhu.

Thursday, August 22, 2013

Berbuka Puasa dengan Lauk Sambal Hitam Belimbing Ikan Bilis

Haaaa.....
sebagaimana aku pernah buat entry dulu kat sini.
Masa bln puasa tu ari anak buah aku dah buatkan.
Kali ni aku dapat buat sendiri. Tp belimbing tu bukan aku masak la. 
Lps raya tu ari, kt rumah mak mertua napak ada sebalang. Tp ada org punya.
Jadi, mak mertua bagi sebekas kecik (takut menantu mengidam mungkin, hikhik).

*haih..baru menulis ni pun dah rasa kecur... grrrr*

Nak tau cara sebenar cemna belimbing ni boleh jadi hitam, boleh tgk blog ini.
Dia mmg gitau step by step cemna nak rebus/sangaikan belimbing tu.
Rebus ni mmg kena rebus dlm tin, atau periuk buruk2 je.
Jangan nak buat hal buh dalam periuk vision plak. Oke, tak kelaka.

Kami orang Perak mmg tak tahu menahu la pasal sambal itam ni.
Bila dah ber famili dengan orang Pahang baru kita kenal.
Mak aku pun suka gak. Ye lah. Masam2, pastu bila nak makan plak kita buat pedas2.

Artikel berkaitan : Sinar Harian

Jadi utk berbuka smlm, buat la sambal hitam bilis nih.
Cara-cara nya senang sajork.
Tumbuk bawang besar dan cili padi (aku kan malas, aku blend (tp aku nyer food processor, tak guna byk air))
Lps tu tumbuk lak ikan bilis ngan belimbing tu kasar2 (skali lagi aku malas, aku blend je ikan bilis, tp belimbing tu tak blend).
Tumis bawang besar, cili n ikan bilis. Kalo suka garing2 biar jap ikan bilis tu.
Lps tu masuk la sambal belimbing tu.
Gaul gaul.
Kalo suka buh kicap pekat. Kalo tak suka, tak payah pun takpe. Aku buh sket (saus manis ABC tentunya).
Dah siapppp.
Tak perlu garam lagi. Sbb dia da masin. Buat pedas2 lagi sedap. Kena byk gak la taruk cili sbb belimbing tu masam. Dia lawan pedas cili tu.
Menu berbuka semalam.
Tema lauk kampung.
Tempoyak ikan patin Perak style. Haha. Sbb tempoyak Perak ada bawang n serai tp takde bunga kantan/daun kesom. Dan letak jugak timun.
Kailan ikan masin.
Sambal hitam ikan bilis.

Menu hari ni ingat nak buat spageti tapi goreng style mi. Hihi.
Hari ni puasa ke 4. Puasa wajib yer ini. Tahun ni nak cuba habis ganti awal. Kalo tidak.... nunn.. bulan Rejab plak baru aku hegeh2 nak ganti.

Wednesday, August 21, 2013

Edisi Laksa & Nasi Ayam Goreng [Resepi]

Rentetan dari sini, ada la 2,3 rakan yg sudi berkunjung ke teratak buruk hamba.
Cewah.
Untuk menikmati makanan yg ada.
Mekasih la pada uols yg sudi gak datang. Walo kena menempuh jammed, panas, ada yg parking kat luar dan jalan jauh, ada yg sesat ke tgkt lain nak carik rumah. Hikhikhik..
Yg lelain tu toksah duk kecik hati kalo rasa diri tak dijemput.
Hari raya kot..singgah je..takde hal punya. Mmg dah annouce byk kali dalam insta, sapa nak dtg singgah je. Aku bukan buat open house bagai. Terojah je. Takde hal...
Tak datang Sabtu, Ahad pun boleh... cam Nad n family, dia datang ari Ahad. Aku buat cemni sebenarnya lagi bes sbb senang nak bersembang dgn lebih mesra.
Dulu yg aku buat housewarming tu... wohh..mmg tak sempat nak bersembang pun. Jangan kata sembang, duduk pun tak sempat. Anak buah yg dtg hari Sabtu siap cakap "igt Ucu buat cam dulu, yang melimpah ruah orang smpai tak muat tu" (T____T).

Ni laksa hari Sabtu.

Ni laksa hari Ahad. 
Byk jugak lebih. Kuah laksa aku buat ikan dia 2kg. Utk nasik ayam, ayam 3 eko. Tu lah... tak ramai sudi dtg.. uhuks..da jemput tak dtg.. tak jemput nak dtg. Adoii.. pening..pening.
Ehhh... takde lah.. hahaha.. Idakk..dak..dak.. tak sentap la aih orang tak dtg.. memasing ada hal kan.. ye..ye.. paham... takde hal lah.
Laksa tu ku bawa ke ofis hari Isnin dan selamat abis pun. Tu aku kata, takde hal lah... lagipun aku mmg suka masak2 dan  bagi orang makan nih. Walo hakikatnya bukan tau masak sgt pun. (-_-")

Nasi ayam pun berlebih (sbb aku masak lagi kali kedua, suppose takyah byk masak kali kedua tu). Jadi, melalui blog che mat gebu jugak, aku amik resepi nasi ayam goreng. Susah nak carik resepi nasi ayam goreng nih. Kalo nasi goreng ayam byk. Aku search guna keyword 'lebihan nasi ayam'. Baru jumpa.
Meh nak tepek resepi dari blog CMG nih. Sedap... aku rasa kalo org bagi nasi minyak kenduri ke nasi beriyani pun boleh kot goreng cemni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi ayam
1 keping dada ayam, ambil isinya, hiris
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cendawan butang segar, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
2 -3 titik minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
Cili merah, buang biji dan dadu kecil2, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Ayam goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang merah hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah daging ayam dan sos tiram, kacau rata, guna api sederhana.
Masukkan mix vege dan juga cendawan butang, kacau dan masak sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur. Gaul rata dengan bahan2 lain.
Tambah nasi ayam dan kacau, renjiskan sos ikan secukup rasa. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cincangan cili merah. Hidangkan bersama ayam goreng dan ulam2man..


Ayam tu..lebihan ayam diperap yg aku buh dlm esbox. Aku goreng balik dengan tepung magic. Huhu. Sedap la sbb dia ada salut madu ngan kicap seme. Belasahhh.... Kek coklat banjir tu dak Mar yg bawa. Sedap sgt sbb coklat dia banjir melimpah. Haha.

Dan ini lah antara kengkawan yg dapat merasa air tangan che puan stoberi. Mostly mmg blogger and TTC'ian (ate..jemput kawan senaseb je le yer). Hihi. Again, maceh yer sudi dtg. 

Tuesday, August 20, 2013

Edisi Ayam Panggang Madu [Resepi]

Class kau maria kan... berayam panggang lagi.. madu plak tu...
Haha.

Sebenarnya family in law nak mai umah.
Memula plan nak masak laksa ja. Tp pak mentua tak boleh makan laksa, so decide masak nasik jugak. Tp nak mudah nasik ayam lah kan.
Aku mmg tak pakar buat nasik ayam. Ada sekali je kot aku buat. Tp kan aku ni selamba. Berani nak masak byk2 menda yg tak 'master'. Haha.
Kesudahannya, semua tawar je rasa. Aku ni mmg bangsa takut nak letak garam. Kang masinnnn.... 

Patutnya anak2 buah myDH datang nak mandi kolam. Tp smpai pun tghari, panas..derang takut demam. Hihi. Kalo anak buah aku mmg tak kesah... selamba.. pagi, petang,malam belasahhh je terjun kolam tu. Ari tu pun yg pegi Teluk Batik tu, smpai sana kul 1ptg, terus je terjun laut yg panas2 buta tu. Huhu. Aku punya family mmg tak byk do's n don't nih. Selambaaa...... sbb tu masa aku lps operate tu buah2 seme pun mak aku kasik makan, cuma nenas, air kelapa tu dia tak bagi la. Lain... boleh ajerrr.


Dulu aku pernah buat ayam tu diperap then digoreng.
Tapi aku google jmpa blog che mat gebu. Ada buat ayam panggang madu, guna magic pan.
Aku pun apa lagi kan. Try..try..try.

Tapi mungkin bahan perapan aku tak berapa pekat walo tak perap semalaman dalam peti ais. Jadi tak berasa sgt.
Tapi pun boleh lahh.....
Senang sebenarnya masak nasik ayam n laksa ni.
Tak perlu nak kecah2 dapur sbb bkn perlukan byk bahan.
Cuma nak cuci ayam tu la takes time. Abis ku basuh ngan tepung n lemon. Wah..classs..basuh ayam ngan lemon ko... dah tu..lemon tu ada dlm peti ais sejak sblm raya. Nak makan mmg dah tak sedap lah. Buat je basuh ayam. 3 eko aku beli. Tp potong 12. Jadi agak besar di situ. Entah. Mana aku reti beli ayam per ekor nih. Aku salu  beli dah siap potong by bhgn tu je. Salu kat tesco ke jusco ke. Dan ayam tu salu bersih dah. Ini.. heyy.. me dun like. Mmg kalo tak, nak beli kat tesco je, tp cemna nak pegi pepagi..kojer oii... nak masak pagi Sabtu. Pegi malam mmg dah takde dah ayam tu.

Harus la gunakan produk tupperware.
Eh. Yg termos kuah pink hijau bukan tupperware yer.
Tu kat Jusco rasanya aku beli.

Kuah laksa mmg masak dari malam sebelum tu lagi.
Ayam pun perap sesiap dah.
Cuma tgglkan sedikit utk ayam nak masuk dlm sup.
Pagi baru siapkan sup ayam, nasi ayam, kuah kicap n kuah sos merah.
Oh. Utk kicap pekat aku gunakan saus manis nih. Mmg sedap.
Nati nak try wat ayam masak kicap guna ni plak. Sure sedap.
Kuah kicap tu pun aku buat guna saus ni gak. Bes!
Jadi, meh nak tepek resepi ayam panggang madu, yg di ambil dari blog CMG nih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.

(aku tak taruk minyak bijan pun sbb takde. Huhu).

Resepi laksa tak yah la kan. Dah ada aku taruk dulu. Aku ni pesen masak takde sukatan2 de. Campak je ikut suka. Sbb tu aku tak suka baking yg mana semua kena ikut sukatan. If not..merasa la kek ko bantat ke apa kan. Masak ala carte cemni senang. Campak pastu rasa, rasa pastu campak. Lps tu tutup api..sudahh...

So, tu je lah.Sementelah family in law aku ni datang, aku masak byk, jadi panggil lah member2 yg ada sekitar KL ni.. jadi, sapa nak dtg, dtg...tak dtg takpe.. usah gusar susah hati nak minta maaf bagai. Bkn kenduri apa pun. Masak pun 2 jenis tu je. (tu yg org tak hirau nak dtg tu..ce kalo kambing bako.... yg tu tggu lah, kenduri kesyukuran nati... aku buat khemah tepi pool je. Sila bawa baju mandi bersama)

Wednesday, July 24, 2013

Edisi Juadah Berbuka : 2nd Week Of Ramadhan

Hari ni hari ke15 dah. Alhamdulillah.. tp, apa yg kita dapat sepanjang 15 hari ni? Tkpe..itu memasing punya ganjaran kan. Tunggu je lah 'bonus' dari Allah nanti :)

Oke, ni juadah berbuka minggu kedua.

Iftar Day 8 (Rabu). Sempat masak sambal sotong and kubis goreng kicap saja.
MyDH beli popia basah kat opis. Sedap. Tp seketul 60sen. Tkpe lah. Salu aku tak suka popia basah, tp akak ni buat mmg aku suka. Ikan keli goreng pun beli. Seketui potong dua. Kesiann.. haha (T__T)


Iftar day 9. Khamis.
Ada intebiu. Selaku urusetia kami dibekalkan dengan juadah berbuka sbb menguruskan intebiu sedari awal pagi. Alhamdulillah. Pulak tu on d way nak balik, dkt area masjid tu ada orang sedekah bubur lambuk. Dia bagi ala ala drive thro je. Kan macam jammed nak kuar simpang, so, dia bagi kat situ. Lagi, singgah kat bazar Ramadhan. Beli popia goreng plak. Aku gile popia plak puasa kali ni. Eish... sedap lah popia. Tp popia ni aku da tau mmg sedap dan garing sbb mmg salu aku beli kat pasar malam. 



Iftar day 10. Jumaat.
Jammed. Igt nak masak ikan cencaru sumbat. Tp tak berhasil. Dah 2 kali ni aku turunkan ikan cencaru tu dari tpt beku ke tpt biasa dlm peti ais tu. Tp tak berbuat. Masuk hari ketiga ni kena buat gak, otherwise ikan tu melompat kuar dari peti ais kang.
Sbb kul 6 masih belum masuk DUKE, jadi kami singgah bazar kat Setiawangsa. Beli dulu. Malam baru aku masak ikan cencaru sumbat. Gigih.
Hai. Cucur udang tu besar. 2 ketui 2 ringgit. Tp tak abis.. hurmm...


Iftar day 11. Sabtu.
Takde gambau. Berbuka umah in law. Tak sempat nak amik gmbr sbb kalut sket. Aku bawak buah mangga je. Igt nak buat tauhu sumbat, tp tak sempat sbb ter tido keletihan lepas balik dari jln TAR. Kuikuikui.

Iftar day 12. Ahad.
Masak la. Konon buat char keow teow. Gigih google resepi. Tapi hasilnya...sedihhh... tak basah pun. Cam keow teow goreng jeee.....Buat jugak cucur udang n tauhu sumbat (ketiga2 jenis makanan ni menggunakan bahan lebih kurang sama, so tu yg rajin bagai2 tu. Haha). Ahad mmg tak makan nasik.


Iftar day 13. Isnin.
Dah mula jerebu plak. Jammed sket. Tp sempat je masak ikan bakar ngan kailan ikan masin. Tu je lah 2 jenis. Lps tu goreng satar segera. Buah wajib la ada kan.


Iftar day 14. Selasa.
Bawal Sweet Sour. Ke Tiga Rasa ke ntah. Sama je kot. Pastu pecal tu beli. Tp top up sendiri timun, tauhu n tempe. Up lagi dgn sambal goreng kering tempe+kentang+tauhu+ikan bilis. Ikan tu beli kat pasar tani tu ari. Mmg fresh lah ikan dia. Still lembut dan mata pun elok putih je lagi. Puas makan.


Itu je lah minggu kedua nih. Hehari cam lebih kurang sama je kan lauk. Seboleh2 mmg nak elakkan yg terlalu berminyak (tp cucur udang tu mmg minyak la) dan takde berlemak2. Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan utk memasak jugak. Walo ada gak yg ter skip. Hihi. Biasa lah kan..duk KL kot..mana nak smpai on d spot jewww.... :P

Nati ada plan nak masak2 utk iftar dan panggil 3,4 orang rerakan. Harap2 jadi. Hujung minggu terakhir puasa tu lah. Menu pun dah ada. Hikhik.

Monday, July 22, 2013

Edisi Ke Pasar Tani

To  be truth, sejak duk KL, mmg tak pernah kot ke memana pasar tani. Dari bujang smpai la dah kawen. Bila dah kawen, rumah plak dkt ngan Chowkit, maka ke pasar cokit je lah jawabnya. Mmg la sesak dan padat dan hazab nak parking, tp biasa kami pergi seawal pagi. Kurang sket la kesesakan dan kehazaban tu.

But, bila dah memacam penyakit singgah ni - yg its cost me costly tu - terpaksa la beralih kepada pemakanan yg sihat dan segar. Dulu kerap makan ayam (bukan beli kat Chowkit, tp beli kat pasaraya cam Tesco, Jusco sbb dia da siap potong, sng nak carik bahagian kegemaran). Skrg da kena kurangkan ayam dan banyakkan makan ikan. Ikan pun kalo kat pasar mmg tahap keras beku punya. Ko tgk mata dia mmg elok putih kat pasar tu, bawa balik rumah, tinggal sat dlm sinki sementara nak basuh pun da memerah dah mata. Mmg derang simpan lama. Pastu plak kita simpan lagi dlm fridge.

But, apa pilihan yg ada.
Cuma, sebelum puasa tu ari saja plan nak ke pasar tani. Nak tgk ikan2 yg ada. Kadang ikan2 tu segar juga. Harga a bit berbeza la dari Chowkit. Hah. Chowkit tu kepala ikan pun dapat 5ringgit ja. 

Kredit : Google

Skrg ni tiap2 minggu plak kami ke Pasar Tani. Hihi. Bes plak membeli belah kat pasar tani. Tak sesak sgt. Lagipun tolong bumiputera meniaga kan. Yg bes lagi bila beli ikan kat p.tani derang akan bersihkan bebetul ikan tu. Senang kerja. Balik cuci jer. Ai suka tu. 

Minggu pertama ke Pasar Tani jalan Kuching tu. Entah apa lah namanya tpt tu. Dkt masjid tu. Oke la situ. Ada 2 gerai yg jual ikan. Nampak ikan dia agak segar. Tgk kat lori yg bawak ikan tu alamat Kuala Selangor. So, mungkin ada ikan yg mmg bebtul naik dari laut. Masa tu yg beli siakap bagai tu.

Then kami try ke P.Tani Gombak plak sbb rasa cam dkt sket ngan rumah. Tapi... tak berapa bes plak. Sanggup tu kiterang dari Gombak tu ke jln kuching balik. Hihi. Jadi, mggu kedua pun beli ikan kat p.tani jalan kuching. Pulak tu 2 minggu berturut2 beli ikan siakap. 

Mggu ni kami try ke Danau Kota plak. Pasar ni ari Ahad. Kalo Gombak n jln kuching tu hari Sabtu. Oh. Ini bes. Byk gerai yg jual ikan. Jual sayur pun byk. Parking pun takde la susah sgt. Dekat pun dekat jugak ngan rumah. Mungkin kat sini la jadi pilihan utama kot. 

Yg bes nyer bila dah ke selalu ke pasar or pasar tani kita buleh tahu perubahan harga pasaran tu. Cam 2 mggu tu, siakap RM20/kilo, mggu ni jadi RM22/kilo. Sotong n udang last week agak mahal. Mggu ni dah oke. Yg besar sket pun RM20/kilo.

Makanan laut ni mmg main puluh2 je kan sekilo. Sbb tu la org still beli ayam. Nak boikot cemna. Ce kabo. Kami yg makan berdua oke la beli ikan. Kalo org famili ramai... Jenis ada anak2 remaja yg mmg suka makan tu, takkan nak beli ikan siakap seekor kan. Sotong tu sekilo sekali masak je. Kami siap setgh kilo bule 2x masak. Dari part situ, aku rasa, walo ayam dikatakan mahal, masih untung. Seekor ayam baru belas2 ringgit kan.. boleh gak la 2x masak. Sbb tu, kat gerai ayam aku tgk ramai je masih beli ayam. Ye,betul.. kita nak boikot supaya pemborong turunkan harga. Masalahnya kalo boikot, takkan nak derang nak beli ikan berkilo2 plak. Ikan bilis pun dah naik rega tau. Yg siap berkopek (yg kononnya dari Pangkor) tu hari tu baru RM45/kilo. Aku pegi tgk mggu ni RM60/kilo. Glup. Sbb tu dia tak berani nak tulis in kg. Dia tulis RM6-100gram. Aduyai 100gram tu byk mana wes... jeruk asam pak ali buleh la main gram2 camtu. Yg murah sket ada la, tp liat kematu lah...kuasa. Aku mmg beli ikan bilis siap kopek tu sbb aku malas. Haha. Stok ikan bilis salunya aku beli bila ada outstation ke Sabah ke, Langkawi ke, kursus kat Pangkor ke. Tp la ni dah habis stok. Tpaksa beli kat sini. Tu yg terasa mahal tuh.

Apa pun, aku suka ke pasar tani. Tp bulan puasa ni takde dah la kot gi. Sbb next weekend balik kampung, pastu weekend b4 raya tu tinggal berapa hari je pun nak puasa kan. Pastu nak balik raya dah. Lepas raya lah kita sambung semula misi ke pasar tani. Ngeee.....

Thursday, July 18, 2013

Edisi Resepi : Ikan Kukus dan Kerabu Epal

Yeszaa... abis segala buku resepi di keluarkan.
Yg bes adalah buku 1 Hari 1 Resepi tu. Ngan Langkah Demi Langkah tu.
Resepi simple and mudah disediakan.
Tapi aku banyak guna yg 1H1R tu lah.
Meh kita share resepi sihat yg simple dan mudah disediakan.
Elok sekali dibuat masa berbuka puasa ni sbb takde minyak, takde tumis.


Ikan siakap kukus. Resepi dari 1H1R

Bahan-bahan :
-Seekor ikan siakap
-2 sudu sos ikan
-3 batang serai (diketuk)
-Beberapa ulas bawang putih (sbb Gynea advise aku byk makan bawang putih, tu aku buh byk jugak).
-Sebiji bawang besar
-Beberapa biji cili padi.
-Sebijik cili merah (cili mahal. Jimat sket. Lagipun bkn makan)
-2 inci halia (diketuk) - takyah nak amik pembaris ukur 2 inci bagai plak. Agak2 je yer.
-2 pokok daun ketumbar.

Cara - cara
-Lumur badan ikan siakap yg dah dikelar2 dgn garam
-Masuk air sket. Campur sos ikan.
-Tabur je lah segala bawang, cili, halia, serai atas badan ikan.
-Letak atas api.
-Kalau dgn magic pan dalam 10 minit dah siap. Hihiw.

p/s : Oleh kerana aku cam tak berapa nak suka kukus2 ni, aku makan ikan tu ngan air asam. Sedap jugak. Hihiw. Air asam : tomato, belacan, bawang, cili padi - blend sekejap. Kalau suka tambah kicap. Tak suka tak apa. Sedap oiihh cicah ngan ikan tu. Huhu.

Tetiba bersyukur pan ni besar sbb sedang elok utk siakap tu =)

Kerabu epal. Pun resepi dari 1H1R

Bahan-bahan
-2 biji epal ijau.
-Separuh batang carrot.
-Sepokok ketumbar.
-Sebiji bawang besar.
-Sebiji cili hijau (suka pedas tambah cili padi. Aku tak buh sbb bulan puasa ni. Kang cirbir, satu hal plak dehydrate. Huhuhu)
-Lemon (nak amik air dia saja).
-Sedikit gula.

Cara-cara

Potong epal n carrot memanjang.
Buh daun ketumbar. Buh bawang
Buh air lemon.
Buh gula.
Dah settle.
Sekejap je

Wednesday, July 17, 2013

Edisi Juadah Berbuka : 1st Week Of Ramadhan

Dah hari ke 8 kan hari ni. Alhamdulillah. Masih berpuasa penuh lagi. Awal lagi nehh...

Sengaja aku nak letak sekali je utk seminggu.
Bukan masak apa pun kan.
Ni pun semua gmbr dari instagram.
Cam siaran ulangan lah pada yg da tgk kat sanun. Hihi.
Kalo ada yg rasa annoying tgk gmbr juadah2 berbuka ni, takpe.. do unfollow me.

Oke, ni hari pertama. Rabu. 10hb.
Asam pedas ikan pari (aku mmg tak pandai masak asam pedas), sambal tempoyak ikan bilis (pun baru 1st time buat), pakchoy sos tiram, buah epal. Kuih beli.

Smpai rumah tepat kul 6pm. Sejam. Sampai2 lif satu rosak. Masakkk... org berpusu pusu nak naik. Jadi, naik tangga je lah. Lantas, aku teringat pesan mak yg tak bagi aku nak beli tingkat tinggi2 dulu. Sebenarnya aku nak beli tingkat 13 ke camtu lah. Belas2 lah. Tp mak kata, tak payah, kang jadi apa2 susah nak naik turun. Dan orang kata, kalau ikut cakap mak tu kan berkat. So, bila lif rosak, naik tingkat 4 tu tak la pitam sgt kan. Walau... mengah2 juga. Dah la lps buat laps aku tak penah lagi naik tangga. Risau juga. Tp Alhamdulillah. Oke.

Hari kedua. Khamis. 11hb.
Ikan kerisi goreng, tomyam ayam,sambal tempoyak lagi. Kuih goreng yg frozen. Buah plum. Air epal.

Eh. Perjalanan lancar oke hari kedua puasa ni. Aku pun cam eh. Betul ke ni... cuma selalu kami keluar kat Jelatek (lalu AKLEH), tp hari tu napak sesak nak turun situ. So, kami terus je, kuar kat MRR2, masuk balik DUKE. Ha...melalut smpai ke hujung tanjung. Tapi, Alhamdulillah. Lancar je. Kul 5.45pm sampai. Bagus. 45minit je. Tp aku masak yg simple je. Sbb tu smpat blend epal.

Hari ketiga. Jumaat. 12hb.
Sambal telur, bendi rebus. Ikan cencaru n kuih manis tu boss myDH blanja kat kedai Kelantan. Goreng gak karipap n popia frozen. Buah epal. Air green tea without sugar. MyDH akan buh sugar kemudian.

Jumaat mmg la sinonim dgn jammed. Nak plak kalau ujan lagi double jammed. Tp mujo Jumaat tu tak ujan. So, takde la double jammed sgt kan walo tetap la hazab.
6.15pm baru smpai. Memula ingat nak masak daging kicap. Tapi tak sempat.

Hari keempat. Sabtu. 13hb.
Haha. Kami tak sahur. Mengong. Terjaga kul 6pagi! Cemna buleh tak sedar. MyDH ye ye kata jam dia tak bunyik. Entah. Phone aku rupanya aku tick utk bunyi hari kerja je. Bolehhhh??  Huwaaa.... Tp pepagi kami ke pasar tani jugak. Jadi, ini lah masakan utk orang tak bersahur. Muahahah

Ikan siakap kukus (by HIG pan), kerabu epal, bayam merah rebus (semua makanan kesihatan uols.. huhu). Kuih beli kat bazar. Popia tu mmg beli kat org yg biasa beli masa pasar malam. Dap! Oh. Aku mmg sker beli agar2 buah kalo g bazar. Sbb yg tu je aku rasa kompiden nak beli. Kalo lain tu.. takut btul nak beli. Kang ntah apa rasa. Tp agar2 ni pun sama je rasa, cuma buah yg sehelai nipis dia buh tu je bagi rasa lain (T__T).

Hari kelima. Ahad.

Mi goreng mamak, tauhu sumbat. Lelain beli. MyDH yg gi bazar. Kuah tauhu sumbat tu tak berapa bes aku buat. Kena google lagi lah resepi kuah tu yg kick sket. Kalo mak buat, makan ngan kuah kacang. Sedap!

Hari keenam. Isnin.
Oke. Ni sedih. Ada bengkel HR kat Kementerian. Nun kat Putrajaya. Bengkel abis kul 4.30pm. Itu pun penceramah cam nak sambung lagi. Adeh.. tau la hazab dia kan. Masuk MEX Hway tu oke lagi. Masuk je Jalan Tun Razak. Pfftt... pastu smpai ofis dah kul 5.30pm. Tau la hazab dia kan. Kul 6.30 baru smpai area rumah. Tgk kat bazar, tu diaaaaaa... ramai giler org. Tak sanggup. Jadi singgah je lah kedai yg biasa jual2 ni. Beli nasi kukus ayam rempah, roti jalan n otak otak. Boleh la.... dari takde.. (-_-")

Hari ketujuh. Selasa.
Ikan bakar tomyam. Sayur petola masak air. Ikan bilis sambal goreng kering. Yg ni bebetul 5 minit sebelum berbuka baru nak siap. Pheww...

Mmg cabaran ah nak masak lelaju bln puasa ni. Tp takpe. Aku gigih dari mengenangkan g berhimpit2 di bazar yg kalo beli pun belum tentu rasa dan jugak rega pun boleh tahan mahal. Masak je. Walo simple. Puas hati.

Tuesday, July 9, 2013

Edisi Weekend : Tetamu Special

Ah. Sebenar nak citer esuk.
Tapi esuk dah puasa. Cerita ni ada nak buh skali gmbr makanan.
Jadi, cerita je lah hari ni yea. Esuk dah puasa.

Hihi.
Hari Sabtu tu ari, umah kita ada tetamu special. Hihi.
Mmg langkah kanan lah dia kan.
Sbb pagi tu akaknya ni siap pegi Pasar Tani tau.
Membeli belah ikan.
Bes lah Pasar Tani. Ailoike. Ikan cam segar2 je.
Ikan Yu pun ada. Hihi. Nak wat apa ni uols? Masak 3 rasa? Ke bako? Hihik.


Tapi idak la teman beli ikan yu tu kan.
Teman beli siakap, pari, kerisi ngan kembung je.
Suka lah. Sbb suh orang tu buang segala isi perut ikan tu, pastu dia bersihkan skali.
Biasa kat pasar cina tu sumbat je segala darah2 bila dia da buang isi perut tu. Takde nyer nak cuci bagai. Ni ikan siakap tu aku balik rumah nak cuci tgk dah bersih ja. Cuci je dgn limau n garam skali lagi.
Ailoike.

Jadi, masak la siakap ikan bakar, pakchoy sos tiram, n tomyam.
Kejap je settle.
Hihi. Siapa tetamu saya?
Ini lah dia adik comel saya.



Camni baru senang. Takyah nak plan plan bagai.
Dia call cakap ada kt area Wangsa Maju, aku pun ajak je mai umah. Lunch skali. Dia pun oke. Kan senang. Kalau plan harus je tak jadi. Hihi.
Bes.
Harap2 mereka suka la masakan saya yg simple mimple.
Udahla 1st time masak pakchoy tu. 
Kuikuikui..

Sorry tau Zana kalo entah apa la rasa masakan akak tu. Apa pun, bukan senang org nak rasa hasil tangan akak ni ha.. Zana antara yg lucky tau. Hikhik.
Dan thanks juga sbb sudi melawat akak walo dah abis MC pun..
Love u!

Saturday, May 18, 2013

Edisi Gas Oh Gas

Aku pun lupa dah bila aku tukar gas ni.
Hangkut gas ni dari rumah lama dulu. Aku duk rumah ni dari bln 9 thn lps. Jadi, dah 9 bulan kat rumah ni. Makna, mungkin dah setahun kot gas ni. Haha. Giler ko, setahun baru tukar gas. Eh. Oke gak la. Ada orang setahun setgh baru tukar. Normal la kan. Setahun skali tukar gas yg 12kg. Lagipun skang kalo nak masak sket2 tu guna induction cooker ja. Gas ni back up atau masak yg big portion ja.

Pastu tu ari tgh nak masak spegeti bawak ke ofis, gas habis plak. Mmg salu camtu. Geram je. Mujo skang oke, sbb dah ada induction cooker. Jadi, bila habis, buat cam tatau je. Tapi, tak buleh gak la nak fully guna induction cooker. Since aku pun takde pan yg beso, kalo nak goreng mi ke, mihun ke cam payah gak. Kena gak masak atas dapur gas.

Aku guna Petronas. Kat rumah lama dulu takde masalah sbb mmg mostly kedai jual Petronas. Call je kedai Pakcik err...pakcik apa tah. Lupa la plak. Maklum la..sethn sekali baru tukar gas. Haha. Mmg dia hantar je terus ke rumah. 

So, dah pindah rumah baru ni, udah tak tahu mana nak beli gas. Sbb sini mostly jual yg Shell punya plak. Pastu yg brand Mira pun ada. Huhu. Mira halanya. Mmg la boleh je kalo nak tukar gas hijau ke gas kuning tu. Tapi, cam sayang kot. Ada satu kedai jual, tp kena reserved plak. Bila tanya je dia kata dah ada orang cop gas Petronas tu. Oke lah. So, cemana?

Solution - google. Sbb aku rasa Petronas buleh buat home delivery. Am I right? Ya.. right. Call je Hotline dia (kat web dia ada la tulis pukul berapa penghantaran, hari apa semua lah)
Selama ni mmg tak hirau pun sbb ye lah, pakcik tu bleh hantar. Tapi delivery ni tatau la dia cover ke tidak area rumah aku ni. Tapi takkan la takde. Tetgh bando kot. Lain la kut umah kg aku sanun. Haha. Itu pun senang je, lori yg bawak gas petronas tu lalu, boleh je tahan. 
So, try call. Oke. Done. Lagipun buleh dapat point Mesra jugak kan. Dia kata tunggu dlm 1-2jam. Tp kurang sejam da sampai. Dah settle. Bkn je McD, pizza je kita buleh delivery. Gas pun buleh delivery. Mudahnya hidup. Hoho.

p/s : Gas naik harga ke? Takde lah. Sama je kot. Cuma bila Petronas Delivery ni dia ada up sket la. 12kg - RM25.80. Dulu kat umah lama RM24, kalo tak silap. Alah, tak kesah la. Setahun skali je kot. Dlm 2inggit camtu ja sebulan. Hoho.

Tuesday, May 14, 2013

Edisi Pemanggang Ajaib & Utusan Dari Langkawi

Hoih. Ketinggalan kau ni kan.
Orang semua sudah ada. Kau baru nak ada.
Kohkohkoh.
Do I care? 
Kohkohkoh.

Dulu. Tah tahun lepas ke 2 thn lps ke, akak ipar aku (kakak myDH) ada jual mendalah magic pan nih. Tp aku tak berminat nak beli. Sbb? Kuali, piuk belanga kat umah tu pun tak terpakai. Lagi mau nak tambah2. 
Tak payah. Kang lagi mau semak rumah je kang.
Lagi pun aku ni "rajin" sgt masak kan.
Gasak la orang kata senang ke apa guna ni.
Do I care?
Kohkohkoh.

Aku rasa semorang pun dah ada mendalah ni kan.
Jadi, aku tergedek2 baru nak ada.
Sbb nya.
Saja. Tatau nak kirim apa kat myDH. Nak tgk dia tau ke idok membeli kalo aku takde.
Tapi idak la aku berani nak kirim Tefal ke, Vision segala tu. Yg tu mmg aku kena ada skali kalo nak beli.
Tak puas aku wey. Huhu.
Aku cakap "tak paksa. If nak beli, beli je lah. Taknak pun takpe. Tp kalo nak beli, beli yg kecik ja"

Skali masa amik dia balik kat ofis, tgk dia usung kotak. Besau. 
Ah, sudah.
Dan. 
Ini lah dia

Hamek kau. Masak la smpai puas (-_-")
Salu org beli 28cm punya kan? Adehhh...
Tanya kenapa beli yg besar. Itu je yg ada katanya. Iyer ke?
Pastu dia kata seme kawan2 lain pun amik yg tu.
Adeh. Cik abam sayam, derang beli besar sbb derang anak ramai. Kita ni pun, kut ada anak, 5,6 tahun baru leh makan makanan masak guna ini.
Tapi, lantok leerrr... org dah belikan. Kita amik je lah.

Entah, tatahu nak simpan mana.
Lps ni buleh la kukus grill panggang.
Lagipun oke la. Aku nyer microwave dah simpan dalam ceruk kabinet. Nak ngeluarkan nyer, mmg tak kuasa aku wehhh.. jd, anggap ni je le pengganti m/wave kut nak panaskan pizza ke apa ke. Tekup kan je lah dlm ni. 
Aku tgk kat dia tulis boleh gak utk induction. Tp tak terai lagi. If buleh, mmg bes lah. 

Selain dari tu, utusan dari Langkawi juga.

Huhu. Ini sedih. Aku kirim Milka tu yg cemni. Siap tunjuk gmbr ke dia sblm dia gi. Tak cukup ngan tu, aku MMS lagi. Eh, w.app. Camtu lah.


Tapi, bila aku kata bukan yg ni aku nak, dgn muka tak bersalah dia kata "tanya kat orang kedai tu, dia tunjuk yg ni. Takde pun yg tu"
Ya Allah hai. Hurm.Hurmmmm...
Lelaki... begitu lah.

Redha (T_____T)

Monday, May 13, 2013

Edisi Masak Weekend : Mi Kari

MI ya. Bukan MEE. (rujukan : DBP)

This is my 1st attempt masak mee kari. Eh. Mi kari.
Selama ni rasa cam susah jer. Di tambah me not like mi kari. Hihi.
Kureng sket nak makan mi kari. Tatau apsal.

Tapi, semalam, tetiba macam rasa nak masak mi. Sempena MyDH balik dari Langkawi.
A ah. Beliau sebenarnya ke Langkawi. Course. 3 ari gak la aku duk sorang2.
Phew... dah jarang duk sorang. Dah jarang drive sendiri. Agak berpeluh tiak juga bila kena drive. Huhu. Walau pun sepelaung cuma rumah ngan ofis. Eh. Dulu sepelaung. Skrg 2,3 laung gak lah.

Oke. Nak try buat mi kari.
Senang je rupanya. Ada mi ada kari. Dah jalan. Haha.


Gitu la 'ghoman' nyer Mi Kari pertama kali aku.
Not bad lah. Kah kah kah. Awww... sekius me.. terpuji diri sendiri plak. Haha.

Takde lah. Tp aku takde la rasa teruk sgt. Oke oke je.
Lagipun, pembuatan kari aku dah agak improve. No more berbijik2 santan tu cam dulu. Dulu mmg rasa down sgt kalo masak kari kekari nasik kadar papadom nih. Aku tatau sbb guna induction cooker atau pun sbb aku da tau bajet pecah minyak segala tu. Tp entah. Aku rasa sbb induction cooker. Kepanasan dia kan sekata. Tak macam dapur gas yg tak sepenuhnya ada api.

Utk peringatan, aku perlu letak resepi ni. Next time kalo nak masak, senang. Sbb aku campur2 resepi nih. Dari sini pun ada aku amik. Dari buku 1 Hari 1 Resepi pun aku amik.


Jadilah begini :
Bahan-bahan

a) Bawang merah - sederhana besar 1 setgh bijik - blend
b) Bawang putih - 2 ulas sederhana besar - blend
c) Udang kering (setgh genggam) - blend
d) Cili kisar ( 2 sudu)
e) Bunga lawang, kulit kayu manis
f) Serbuk kari daging (3 sudu besar) - sbb semua orang sajes Babas - so aku pun guna Babas - 3 sudu ni sepaket setgh kecik aku guna - bancuh dengan air.
g) Daging (aku guna sket je. Suku kilo pun tak smpai. Ate..mkn 2 orang je) - sila rebus dulu kalau bukan daging fresh. Air rebusan tu boleh masuk buat kuah.
h) Santan - sekotak kecik. Nak pakai yg fresh pun buleh. Takde hal.
i) Halia - dititik
j) Tauhu siap goreng. Aku tatau la apa nama dia. Tp mmg ada jual kan yg dah siap goreng tu. Aku tgk kat plastik dia tulis Tauhu Goreng Bentong.
k) Garam, gula. Dan kalo suka, buleh letak sesuku kiub ayam.
l) Mi (sebungkus) - celur dlm air panas


Garnishing
a) Lada merah
b) Limau kasturi
c) Bawang goreng
d) Telur rebus (sekiranya suka. Aku malas. Tak bubuh pun)
e) Daun bawang, daun sup.
f) tauge, sawi (celur)

Cara-cara.
a) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar. Campak jugak bunga lawang, kulit kayu manis. Masuk cili kisar.
b) Biar seketika. Masuk serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Masukkan halia. Tunggu smpai pecah minyak.
c) Masukkan daging. Air jangan dulu.
d) Masuk santan.
e) Tunggu smpai pecah minyak juga. Masuk air rebusan daging tu. If tak cukup tambah air lagi.
f) Masuk fish cake, tauhu siap goreng. Aku suka tauhu ni. Selambak aku buh. Haha.
g) Rasakan dengan garam n gula.
h) Tunggu smpai menggelegak. Settle.

Itu je. Senang banget kan. Dia lagi sedap kalo buh kerang. Aku carik2 kerang takde plak. Jadi, hadap la apa yg ada tu je. Pun bolehh...
Yg udang kering tu kalo suka bubuh, tak suka pun takpe. Aku tgk kat buku 1H1R tu takde pun chef hanieliza bubuh. Oleh krn aku takde masalah ngan udang kering, taruk je lah.
Tp mostly ada buh serai. Aku tak buh pun sbb aku rasa cam, eh, ada serai ke. Aku rasa cam tak suka je. Jadi tak buh.

Memasak sendiri ni senang kan. Ikut la lidah kita (juga suami kita). Apa yg kita suka kita taruk, tak suka tak payah. 

Itu saja masakan saya weekend ini setelah berbulan kot tak masa beria -ia nih. Haha. Pemaleshhhhh...!

Friday, April 26, 2013

Edisi Jumaat Kelam Kabut Dan Rezeki

Assalamualaikum.
Sunyi plak. Bkn mandom. Bukan merajuk. Bukan berhati lara.
Kelam kabut sket hari ni.


Dari pagi. Bangun seawal jam 5.30pagi. Apa bikin??
Haha.

Siap masa myDH kejut tu dia kata "eh..awak da bagi manifesto kat bebudak ofis kan awak nak bawak makanan"
Aku jawab (dalam mamai2 tu pun buleh) "Nanti manifesto tak jadi janji ditepati, tapi janji dicapati plak kan" Hahaha.

Oke, bangun. Basuh2 muka.
Kiub2 kan segala yg perlu dikiubkan.
Mula memasak.
Ala, aku janji nak bawak spegeti je ke bebudak aku.
Kena janji, kut tak...mmg aku malas je. Haha.


Dah tu, agak lewat pula keluar. Dgn harapan mungkin kalau terlewat pun seminit dua cuma.
Skali kau. Jalan Tun Razak cam hazabbbb hari ni.

Bukak twitter nak tau - oke. Ada xciden rupanya. Dia tulis dpn RHB dkt tunnel.
Tapi ada yg kata dkt Prince Court. Tak kesah lah. Memana lah.
Yang nyata tepat2 jam 8.24 waktu kat menara Maxis KLCC tu - aku baru ada kat trafic lite tu.
Lebih sejam hoke. Sabo neh..berbanyak la sabo.

Sampai2 adik2 aku dah bekpas. Aku da msg salah sorang, rupanya dia tak pasan msg aku.
Ah. Aku tak kira. Byk ni aku masak. Kena habiskan juga.
Tapi aku dah kata ke derang, nak makan, makan..taknak makan takpe. Boleh bawak balik. Haha.


Tapi hari ni mmg rezeki sungguh lah.
Lunch pun ada orang belanja jugak. Org2 yg dapat APC dept aku. Derang blnja nasik berlauk lah. Penuh dah perut aku. Aku makan ini je.


Pastu sebelum tu, myDH kasik aku kek. Tak kirim pun. Agaknya ada la tu dia beli kek sesapa. Kalo dia pegi kedai kek tu mmg dia akan belikan sbb dia tau aku suka kek tu. Kek apa tah nama dia. Bawah dia ada oreo. Mmg sedap.dap.dap. Tp tak bule nak sumbat dh. Petang2 lah. Atau pun bawak balik makan sesama. Ewah...

Pastu lagi, member opis,yg juga ex-osmet, bagi lagi pulut kuning.

Niat katanya. Anak dia dah sihat sepenuhnya. Dulu anak dia cam ada masalah kesihatan sket.
Oh. 

Aku tak makan pun lagi. Bawak balik rumah bole kut. Sbb dia asing kan lauk dia tu. Oke kut.

Jadi, byknya makanan ini hari.
Mekasih ya semua.
Murah rezki semua..

Monday, April 1, 2013

Edisi Masak Weekend : Western Breakfast

Weekend ni  hanya masak untuk breakfast. Itu pun kalo buleh dikatakan masak sbb bukan la masak sgt pun. Huhu.
Baked bean.
Hiwhiw.

Ini pun berpunca bila myDH keluarkan statement yg aku tak penah buat breakfast ala-ala western ni. Dia salu tgk kat drama kan. Ada roti, baked bean segala ni kan. Haha. Ye tak ye kan. Bukan susah sgt. Tapi, being me. Mmg aku carik gak la resepi. Takkan nak tonggang je baked bean tu dlm mangkuk kan. Twehehewww...
Carik resepi here n there dan terus amik resepi kak Hanieliza ni. Rasa dia ada tulis dlm buku 1 hari 1 resepi tu gak. Tp aku tak pasan.

Jadi, pas balik keja Jumaat tu gi OTK jap.
Beli sosej, baked bean, roti. Bahan2 lain ada dah kat umah.


So, ari Sabtu, pagi tak pagi sgt la. Semangat buat breakfast ala ala western ini. 

Sonang bai tu je.
Sesekali makan sodap gak kan.

Cara2 masak baked bean ni :
Tumis kan bawang besar, bawang putih, cili merah. Pastu masuk sosej. Goreng hingga agak2 garing. Masuk sos tomato, pastu masuk la baked beans. Gaul2 kejap. Tutup api. Tabur daun sup/daun bawang. Settle. (aku tumis guna marjerin, bukan minyak).

Aku rasa cam sedap plak sosej jenama NutriPlus perasa Honey & Chilli Chicken Frank ni. Tak penah try lagi. 
Aku up dgn scrambled egg kononnya. Cam tak jadi ja. Haha. Kedekut. Telur sebijik ja. Mmg la cam tak jadi. Hahai. Pastu saja up jugak dgn jagung. Saja. Nak ratah. Telur tu grill sket la. Sapu ngan majerin, taruk dalam sauce pan. Oke sajork.

Ni jelah aku masak weekend tu ari.
Pastu keluar g Medan Mara. Ingat nak tempah baju. Tp kedai tu tutup plak. Sebelum tu lunch Ayam Penyet kat Maju Junction tu. Tah pehapa je tah. Kalo self service gitau lah, atau tulis kat meja ke kat mana. Ini tercongok la kita tgk dia lalu lalang. Idak la tanya ke apa ke kita ni. Bila kita nak mintak menu baru dia kata order kat kaunter. Hurm. Bagus sgt kan. Lps tu service caj ada jugak. Takat service nak antar makanan ja, tak payah la kot. Baik kita buat terus cam KFC tu, tggu je menda tu masak seme angkat sendiri ke meja. Pehapa tah.

Lps tu ingat nak keluar duit kat Maybank Sogo. Gigih la melawan arus orang yg kemain ramai. Pastu tgk beratur sket punya panjang. Mmg tak kuasa lah. Terus g Festival City. Shopping jap sana. Hahai.


Ahad - mmg tak masak sbb makan kenduri siang tu. Malam tapau CKT ja. Itu saja. Sekian citer weekend minggu ni. Mggu depan nak gi Perfect Living atau pun kalo rajin nak gi MIHAS tu gak. Yey!!