Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Pinjaman PTPTN Ingkar Disenarai Dalam CCRIS

Peminjam PTPTN ingkar disenarai dalam CCRIS - Menteri

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini Isnin.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata, pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - BERNAMA

Kredit entry : UTusan

**** 
Secara kebetulan, aku mmg nak buat entry ni dan Ain pun ada buat entry berkaitan PTPTN nih.
Dah minjam.. bayo ler.. jgn la tangguh2 kan. 
Memang la.. aku pun tak berapa nak setuju bab interest tu (aku nyer, sbb bertangguh, dari 6k +++ dah jadi 10k okeh.. ha.. berapa tahun aku tangguh tu. Haha. Tp masa tu ptptn pun still bercelaru lagi, takde la kena blacklist apa seme. So, bayar je lah, nak wat cemna. Dan Alhamdulillah, settle pada 22/09/2011. Tup tup tahun 2012 dia bagi diskaun pada orang yg buat full settlement. Grrrrr.....)

Da kena masuk list CCRIS ni mmg hazab la. Any loan pun tak boleh nk buat. Lps tu mmg dah ada dalam pekeliling, sapa yg kerja govt dan tak byr langsung (tak bayar langsung berbeza dgn sedang bayar yer), mmg tak boleh naik pangkat. Apa pun, bayar lah. Walau sedikit.

Tuesday, April 17, 2012

PTPTN : Macam Macam Hal


Pelajar yang desak PTPTN dimansuhkan perlu pulangkan pinjaman

2012/04/16

KUALA LUMPUR: Pelajar yang terbabit dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di sini, hari ini.

Kredit : Berita Harian

*****
Kecohnya la hai. Apa yg kecoh sgt dgn PTPTN ni? Patutkan la entry aku Settle. Lega! ni tetiba up naik plak 2,3 hari ni. Harus sbb org carik berkenaan PTPTN lalu termasuk ke entry itu. Tweheheh. Sori lah yer, kalo yang dicari tu takde kat situ. Situ takde pasal pemansuhan PTPTN. Situ pasal settle PTPTN ada.

Sana bising, sini bising. Senyap2 sudah. Buat taktau jer.
Aku tak rasa seme orang (pelajar) nak mintak mansuhkan PTPTN. Kalo mansuhkan interest tu mungkin ramai yg sokong kot. Walau pun, agak geram la kalo tetiba interest mansuh, sedangkan aku byr interest je dah half dari yg aku pinjam. Tp takpe. Rezeki adik adik baru ni la.

Tp yg bising2 mansuh, mansuh ni, nak mintak PTPTN tu takde langsung ke, atau nak duit, tp mansuhkan pembayaran?

Kalau nak duit, tp nak suh mansuh pembayaran semula tu, agak keterlaluan la napaknya.  Ate, seme kome nak pree yer.  

Tp kalo dah sign perjanjian 'hutang' tu, ndak taknak, kena la ikut adat yer (syarat sebenarnya). Adat berhutang kan, dah pinjam kena la bayo.  Kalo camtu, kome terai la beli kereta, lepaih tu cakap ke bank, saya nak mansuhkan pembayaran. Saya nak kereta je. Buleh dak ghoper itu?

Aku tau, yg membuat sakit tu, lagi lama tak baya lagi byk interestnya. Tak kata ke orang lain. Aku pun cemtu. Ate' cemana nak membuatnya. Udah itu yg di sign tu ari. Ni pun interest tinggei 1% je. Aku dulu ha.. 4% eh, ke 3%. Lupa dah.

Takpe ye anak-anak, adik-adik. Pilihan di tangan anda. Tak mau bayar, tak usah pinjam. Menabung lah dan biayai lah pendidikan sendiri. Atau pun kalo nak juga pinjam, belajar2 lah betul2. Dptkan first class degree. Insyaallah..percuma lah ia (Ex-bf ku dulu dapat pengecualian bayaran tu).  Pilihan di tangan kita. Kita yg menentukan hidup kita. Bukan orang lain. :))

Proton Preve tu cantik juga yer. Rega pun buleh tahan napaknya. Full spec pun blum 80k. #tetiba


Tuesday, January 31, 2012

Akhirnya Dilepaskan Jua

Bertahun tahun aku terikat dengannya.
Akhirnya beliau lepaskan juga aku.
Hahaha.

Alololo...
Ada yg tanya cemna bleh dpt pelepasan ni?

Alololoo..
Harus la kena zero tunggakan, baru dpt pelepasan.
Takde apa2 keistimewaan lain menyebabkan dpt pelepasan ni.
Kerna aku juga bkn lah 1st class degree holder.
Yg bleh dpt pelepasan ni dari awal lagi.

Jangan la kata plak aku nak show off sbb da abis bayar, sbb aku tau rakan seangkatan aku dah berzaman abis bayarnya.
Dan jangan la kata "syoknya dah abis bayo"
Tukar kan soklan itu kepada
"baru nak abis bayar ke?"

Yeps. Itu yg sepatutnya.
Giler ko. Aku abis blaja tahun 2002.
Skang baru abis.
Ce kira ce kira.
Ha..lps abis blaja, aku tangguh bayar dkt 3 thn.
Aku bayar betul2 tahun 2006 ke 2007 tu.

Aku pinjam sket je. Tp interest half dari loan tu.
Phuh... mujo aku keja kerajaan. Dpt la balik duit aku bagi ke kerajaan tu. Hahah.
Sbb tu aku paling bising2 bila SBPA tangguh. Haha. Jenuh wes...keringat aku membayar interest tu. Tp da pinjam kan, nak taknak kena la bayar. Pun lagi aku takmo pening2 nak pikir Ujrah apa seme tu, aku settle kan je. Tak byk dah pun. Tp kalo still taknak bayau, interest tu yg buat sakit ati. So, settle.

Oh. Kalo ada yg nak tau cara2 nak settle bleh selak entry aku yg ni.
Situ aku ada letak cara2 dah. Tak perlu nak call2, sbb kalo call pun, jauhhh pegi nya nak di sambungkan kita.

Tp ni pun, dia kata lps 6 bln dari date surat ni baru bleh tarik napas lega sket. Kut ada lagi apa2 saki baki yg tak clear.

So, skang ni menanti satu lagi pelepasan. Tp lmbt lagi la. 2 tahun lagi kot. Tp yg tu aku tak jamin bleh menarik napas lega bila dilepaskan sbb bila dah lepas, pastinya hati akan terikat pada yg lain plak. Agagaagaaaaa (-_-")

Oh ya, kalo anda2 nak ke oversea, dan still tak abis bayar si budak PTPTN ni, jgn risau.. selagi tak di black list, selagi tu anda bleh masuk keluar negara dgn mudahnya. Confirm. Tp kalo tak penah bayo, dan tetiba dpt LOD (surat lawyer) tu, harus la kena call PTPTN dulu, kut tak kang...merasa la cam artis2 kita yg penah kena tahan kat airport tu. HUHu.

Dan pesanan utk adik2 yg da abis blaja tu, bayar la walo pun sket, sbb nati bila interest bertambah, beranak-anak kita yg stress nengoknya.

Thursday, October 20, 2011

Settle. Lega!

Pagi tadi kan rasa mcm tak berapa nak 'stabil'.
Tp bila tgk ni. Lega sket rasa.
Satu 'beban' da ilang.
Walo ada pengganti yg dtg. Yang berpuluh kali ganda (malah beratus ganda mungkin)
Itu tak dikira sbg beban. Itu adalah utk comfort zone kan.


Settle!

Walo aku da menyumbang utk interest je dkt 3k. Baguih. Utk negara kan. Haha.
Padan muka aku kan. Sapa suh tangguh2 bayau. Mmg giler. Lps 9 thn blaja baru aku nak gedik abiskan. Padahal loan aku bkn byk nau. Interest tu penyebab jadi banyak.
Takpe. Lupakan.

Oh. Pada sesapa nak settlekan mendalah ni.
Sila tgk entry ini - Selesaikan pinjaman PTPTN
Mana tau, kut susah nak call ke. Sbb kadang line penuh sesaja.
Aku dah settlekan last month.
Alhamdulillah.

*edit*
Ada yg komen kata aku settle ni sbb takut takleh ke luar negara. Sapa tau, tau la kan, ini takde kena mengena sbb as long masih tidak blacklist, maka tidak timbul kerisauan utk ke luar negara. 
Takut ada tersilap paham lak, lalu ter kensel mahu bercuti luar dari Mesia plak.

Thn lps lagi byk hutang aku, tp selamat la keluar masuk kastam kat Jakarta tu.

So, jgn risau yer. Selagi anda bayar loan ini, anda bleh ke luar negara dgn selamat tanpa ditahan pihak kastam macam ada sesetgh artis kita tu. Hihi

Thursday, September 15, 2011

~Pasal Settle Hutang PTPTN~

Lama dah aku kata aku nak langsaikan hutang piutang aku dgn PTPTN ni kan.
Tp idak la aku smpai tak blk kg smpai bertahun2 sbb nak bayo utang cam iklan deme tu kan.
Juga, takde la aku smpai tak tido malam memikio kan utang PTPTN ni.

Ni la balasannya org berlengah2 nak bayau kan. Berapa tahun da aku abis blaja. Sendiri kira la kalo aku pun da masuk 8 thn keja sini dan setahun aku keja cikgu. Bahaha.
Ah. Malas nak pikir pasal blkg2 tu. Lantak. Kalo pikir sakit ati sbb interest byk tau. Tp sapa suh lengah2 bayau kan. Padan la muka. Aku dpt PTPTN ni masa PTPTN baru diperkenalkan. Tak minta pun rajin je dia bagi tanpa ragu ragu. Ha..skang, baru kau tau cena nak kutip balik kan. Patut kalo duk UITM tu tak yah PTPTN pun bleh je survive. Aku tak mintak pun, tau2 da masuk dlm akaun. Heh!. Masa muda remaja ko, sapa je nak bagi balik kalo org da bagi kan??. Mujo aku amik time degree je sbb diploma aku amik ngan Yayasan Perak. Plak tu, aku amik half je sbb lps tu aku dpt biasiswa JPA. Kalo tak, entah bila habis bayau gamaknya. Ngeri..
Skang ni aku nak langsaikan je sbb bln dpn aku leh gantikan dgn byr duit umah plak. Maleh aku nak tgk utang sana sini. Walo amaun bayau duit umah tu berkali kali ganda dari amaun bayau PTPTN ni, aku takmo lah bertimpa timpa plak utang.

So, pada adik2 baru abis blaja ni, kalo dpt keja tu, nasihat dari ahkak yg dah "kertu" (bak kata Eka) ni - bayar la hatta RM50 pun sbb interest tu akan menguntungkan meke je. Tu sbb leh wat iklan panjang2, masuk tv waktu peak time. Mahal tu iklan time Buletin Utama tu. Walopun ada ujrah ke hapa ke, tp deme tetap dpt interestnya sbb skang aku tau bkn sket yg kome pinjam ni. Even 1% interest pun, kalo tak dibayar...sendiri maklum ler. So, bayar tau. Kalo pun deme tak antar surat, kita yg kena proaktif sbb deme ada beribu malah berjuta kut org yg dah dibiayai.

Oh. Sblm tu, kut ada yg nak langsaikan seme hutang piutang PTPTN ni, tp tak ketahuan cemana kan. Nak tipon jenuh plak kan. Aku retu pun cam blur gak. Lagi plak bila dia kata 'takpe cik, tak perlu rush2 nak settle kan sbb cik takde kena blacklist atau tindakan mahkamah'. Ek eh. Sesuka ekau je kan. Patut org nak settle tu ko alu alu kan ler. 

Memula kita masuk website PTPTN. Klik Borang, Pekeliling & Tender
 Seterusnya klik Capaian Borang

Dan klik Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) online. Ini mmg prosedur yer kalo nak settle seme. Sbb retu dulu aku penah tipon (dan aku penah citer pun, tp mana tah entry nyer. Maleh nak carik). Dia kata nak settle pun kena isi gak borang tu dulu. Tp harap bersabar yer, sbb nak capai ke borang tu mmg payah. Aku nak buat entry ni pun tak lepas gak kuar borang tu. Problem loading page katanya. So, keep trying. Kut pepagi oke kan.

Dah isi butiran dlm tu, dia akan kuar cam surat ni. So, kita print dan fax kan je. Tak perlu nak pos. Aku retu saja gatai fax time org nak balik cuti raya. Bahaha. Saja, nak tgk deme wat keja ke tak. Aku da pikir deme ilangkan dah fax aku tu.

Dah akhirnya, 13hb ada emel dari PTPTN. Menyatakan jumlah baki dan kena bayar before bile. So, nati aku nak pegi PTPTN lah. Dia bleh je bayar kat bank2 atau agen2 dia tu. Tp rasa cam tak puas lak kan. Kita nak resit rasmi. Oh. Ini bkn perkara memain. Aku keja bidang ni juga, aku tau la poblem di masa dpn kang. Better prevention than cure. Eceh! Oke.

So, lagi selamat la aku tak bleh nak beli SII ni napaknya sbb amaun aku bayau ni lebih sketttt je dari rega tipon SII tu (rega ori tanpa amik pakej skali ngan line). Bahahaha.

Friday, March 25, 2011

~Pasal PTPTN Pulak~

Motip tul tau. Call PTPTN mmg la kena dengo robot yg bercakap.
Dia suh tekan 1, tekan 2, tekan 3 bla bla bla.....
Lps tu da tekan 1, kena dgr plak dia bla bla bla.
Tekan 2 pun bla bla bla.
Bila da tekan nak pegi balik cakap ngan operator da tak dpt.
Lost.
Kena la dail semula. Dgr balik robot tu bercakap.
Guna tepon touch screen lagi la hampeh kan. Silap tekan, no jadi bertambah, dia kata 'harap maaf, rekod tuan tiada dlm sistem'.

So, kali kedua aku call trus amik no yg sambung ke khidmat pelanggan dia.
Jadi nya aku gitau la urusan apa aku nak buat.
Lps tu dia suh bukak satu link kat sini utk buat pengesahan baki pinjaman.
Aku terai klik. Tak boleh hoi.
Aku gitau dia tak boleh.
Dia kata cuba jugak smpai dpt.
Aku kata kalo tak buleh gak cemna.
Dia suh tggu kejap. Tnya kat org kot.
Lps tu dia ckp ngan aku balik. Katanya kena gak cuba bkk link tu.
Aku ckp kalo org yg duk kat kg, dia takde internet segala, cena.
Kena pegi CC la cik katanya. Wahhh... sonang kan.
Ko kalo dpt kg aku yg ceruk tu kan, ko tau la sukarnya nak ke pekan carik CC. Kalo tatau drive, kena tggu bas lagi la, itu la ini la. Haih!
Siap dia kata 'cik jangan risau, cik takde saman, takde blacklist'.
Huk aloh. Aku idak la risau, tp aku maleh dah nak bayar installment ni. Maleh nak berhutang piutang  dgn PTPTN dah. Tapi deme lagi sker la kalo kita tak settle kan, sbb deme buleh la dpt interest.

Aku terai guna Mozilla, kat PC aku tak buleh.
So, aku terai guna PC clerk aku. Try bukak guna IE pun tak buleh.
Aku emel rerakan aku. Suh derang try bkk link tu. Boleh la plak.
Hampagas la. So, cena?
Nati aku terai guna bband plak.
If tak boleh aku kena merempan kat opis org la gamaknya.

Haiyaaa.... nak bayar pun susah, talak bayar lagi susahhhhh........

eh..ce korang terai bkk link ni -
http://eform.ptptn.gov.my:8080/borang-digital/sahbaki.cfm
ada tak?
kalo ada, dia akan kuar camni.

Ni member aku screen shot kan.