Showing posts with label sharing Saturday. Show all posts
Showing posts with label sharing Saturday. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Sharing Saturday - Lembu Minum Apa?

Pepetang ni dpt ni dari FB Pizza Hut.
Sesuatu yg menarik.
Kalo blum terai, ce korang test

- Jawab secara spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,

Permainan konsentrasi warna :
1. Kertas A4 apa warna dia?
2. Asap warna dia?
3. Tisu warna dia apa?
4. Lembu minum apa?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air.

1. Rambut anda warna apa?
2. Tulisan ini warnanya apa?
3. Jalan raya warnanya apa?
4. Kelawar tidurnya bila?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa?
2. Daun kelapa warnanya apa?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput?
4. Harimau makanannya apa?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.


Aku failed tang 'lembu minum apa' tu.
Haha.
Ada ke lembu minum susu.
Konsentrasi terganggu rupanya haku ne. Hahahaha
(-_-")


Sunday, February 19, 2012

Sharing Sunday : Mohonlah KepadaNya

Semalam lupa nak buat Sharing Saturday. So, aci la kan utk Sharing Sunday


Copy from FB : Wardina Saffiyah Official Page

Saturday, February 11, 2012

Sharing Saturday #2 : Kuch Kuch Hota Hai

Rata2 kat FB update pasal Kuch Kuch Hota Hai tadi.
Yelah. Memasing mengimbas memori kot. Time pilem ni kuar, aku tgh wat diploma. Part 1 ke Part 2 tah (atau pun Part 1,2 - Hantu Kak Limah Balik Rumah)
Giler lama da kot. 15 tahun dah lebih kurang.

Anjali yg dulu comel ni pun da lawa skang ni. Lain da muka dia. Yelah. Takkan nak kecik camtu je kan. Nama sebenar dia Sana Saeed.
Kredit : FB TV3
Kalo yg ni ada sket2 nak sama ngan muka dia time bebudak tu.
Kredit : Google
Muda lagi la dia ni. Lahirnya 22 Sept 1988 (sumber Wikipedia)
So, masa citer KKHH ni umo dia dlm 10 thn.
And skang umonya baru 23 tahun.

Eh. Motip aku nak citer perihal dak Sanaa ni plak.
Hahah. Aku tak berapa tgk pun. Just dgr lagu2 dia je dari dalam bilik.
Paling aku sker lagu lagu Koi Mil Gaya ngan lagu kat summer camp tu. Ladki Badi Anjaani Hai. Sbb ada budak comey tak bercakap duk kira-kira bintang tu. Silent Sidarji. Yg ni pun da beso gak - Parzan Dastur.
Kredit : FB

Oke dah. Banyak lak yg aku google kan lagi kang pasal citer nih.

**tgh dlm dilema. Biasa booking kat Agoda, tetiba terbooking direct ke hotel. Sbb nak tukar date, skali lupa nak tgk kat Agoda, lps tu da booking, tgk rega Agoda murah lagi. Acena. Aaaaaaaa..... Dlm dilema sbb direct hotel tu bleh cancel, tp kang buatnya dia tak kansel pitam 400kali lak aku. Aaaaaa.......

Saturday, January 28, 2012

Sharing Saturday #1 : Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran


Oh. Sekarang kita ada Sharing Saturday. Jadi, kalo rajin buat entry hari Sabtu, saya akan masukkan menda2 yg bleh di sharing kan pada setiap hari Sabtu.  Huhu.
So, utk yg Sharing Saturday #1 ni, saya share kan ini ya. Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran. Ce check hari lahir anda bila. Kalo tatau bleh check sini. 
Kredit : Here
Cara-cara nak check.
1) Carik tahun kelahiran anda. Let's say saya adalah 1979. Maka pegi pada 1900. Turun ke bawah. Cari no. 79.
2) Bila da dpt straight ke kanan - bawa ke bln kelahiran anda. Utk saya December. Maka saya dpt no. 7
3) Bila dapat 7, makanya ambil kotak ke 7 (pada kotak yg bawah). Dan pegi ke tarikh lahir anda. Utk saya adalah 14hb. 
4) Maka, dpt lah Hari Jumaat.
Mungkin ada yg lebih ringkas, tak kesah lah kan. So, dah tau hari apa, meh kita check perwatakannya pula.
Jika dilahirkan pada hari ISNIN:
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
Jika dilahirkan pada hari SELASA:
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Jika dilahirkan pada hari RABU:
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal  kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jika dilahirkan pada hari JUMAAT: 
Wanita yang lahir pada hari Jumaat, tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

Jika dilahirkan pada hari SABTU:
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Jika dilahirkan pada hari AHAD:
Wanita yang lahir pada hari Ahad, kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Taat pada suaminya, namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hatinya sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, dia akan cari jalan lain.

Sumber : Epetua

*utk tahun  baru ni da ada ke belum entry WW yer. Lupa plak...