Showing posts with label PSRA. Show all posts
Showing posts with label PSRA. Show all posts

Wednesday, 13 December 2023

Taklimat Kemasukan F1

Isnin 11/12 sekolah cuti, sempena Keputeraan Sultan Selangor. Tapi parents T6 ada program; 

Taklimat secara atas talian. Biasalah bila online ni kadang tu berlaku juga masalah teknikal. Nak buat macamana, benda luar jangka. Sekurang-kurangnya bila join sesi taklimat ni dapat juga info. Selebihnya jika ada kemusykilan, boleh tanya Cikgu secara personal. Mak ayah anak sulong ni biasanya masih belum faham prosesnya, macam Ummi dulu. Tambahan pula sekarang ada sekolah feeder, ada kena mohon thru sekolah, ada kena mohon sendiri... 

Semalam tu taklimat lebih kepada cara mengisi borang permohonan sekolah² di bawah JAIS; SAM, MITS... 

Nak minta SAMBEST, MITS Sabak lain pula... Semua ni nak minimum TP5. Mak² yang anak dah lepas sekolah rendah atau yang anak belum masuk sekolah mesti pening kan dengan hal² sekolah sekarang ni 😆 Macam² sekarang ni... Dengar² 2027 kot KPM nak tukar kurikulum sekolah. Kita tengoklah nanti... 

Carta Perbatuan, term baru bagi Ummi 🤭 

Permohonan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023. Dianjakkan mungkin kerana keputusan PSRA akan dikeluarkan 14/12 (Khamis) ni, ada lebih masa untuk pelajar memohon. 

Doakan Angah beroleh mumtaz ye 🤲

Permohonan sekolah² JAIS ni kami baru isi sikit; pending PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah), result PSRA, PBD terkini dan few documents lagi. Selagi tak lengkap semua ni, tak boleh submit form. Sijil pun cikgu kelas baru minta, begitu juga buku IHAB. Banyak perkara perlu dilunaskan, tapi inilah antara usaha kita untuk dapatkan penempatan sekolah menengah yang terbaik untuk anak... Menurut Bunda :p 



Sunday, 8 October 2023

PSRA ~ Doakan Angah 🤗

Petang ni PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) kelolaan JAIS akan berlangsung, sepanjang minggu ni untuk murid SRAI dan SRA di Selangor. PSRA ni penting sebagai kayu ukur untuk memohon sekolah menengah di bawah kelolaan JAIS seperti SAM (Sekolah Agama Menengah) MITS (Maahad Tahfiz Integrasi Sains). Untuk peringkat nasional pula, dikatakan keputusan PSRA boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan untuk rayuan ke SBP /SMKA. Di WP, peperiksaan seumpama ini dipanggil UPSRA. 

Ini pengalaman pertama bagi Ummi anak nak ambil PSRA, of course I'm a bit nervous 😅 Abang dulu PSRA dibatalkan sebab COVID. 

Mohon doakan Angah dan semua anak-anak yang menduduki PSRA hari ni beroleh mumtaz  dalam peperiksaan ni. Mumtaz ni cemerlang, pangkat tertinggi dalam PSRA. Trial hari tu Angah dapat pangkat Jayyid Jiddan, kurang dalam 5% untuk dapat mumtaz. Standard markah PSRA sangat tinggi, 90% ke atas baru dikira mumtaz. 

Doakan ye 🤗

Sunday, 24 September 2023

Early Dinner @ Chan Rak Ter, Gombak


Lepas ambil Angah dari Perkampungan Ilmu PSRA, singgahlah di Chan Rak Ter sebelah Bai Kapraw tu. Ingat nak minum petang, tapi ter-order heavy food la pulak 🤭
 
Ummi teringin nak makan bihun goreng. 
Kakak pula order Mee Tomyam, kongsi dengan Walid. 

Dah order tu, nampak ada pulut ayam Thai la pulak 😅 Takpe, lain kali boleh try...
 
Pilihan Angah dan Adik. 
Depa order sorang satu...
Angah tu seharian di sekolah, memang nampaklah dia penat... dan laparrr haha...
Sekolah sediakan makan minum semua tapi macam Ummi gak la, kalau penat dapat makan, licinnn la pinggan 😆

 Kerang Rebus (RM12)
Alhamdulillah sedap kerangnya, jenis kecil kesukaan Ummi. Aroma serai, halia dan daun limau purut menggoda selera. Sos pencicah tu pun sedap. 

Adik nak Bingsoo Oreo (RM12). Disertakan sekali segelas kecil susu pekat. Memang kami tak bagilah tambah susu sebab Oreo tu pun dah manis, aiskrim pun dah maniskan... Risau sekarang muda² pun ramai dah kena potong kaki huhu... 


Mangga Shake (RM7). 
Sedap, tak manis sangat. 


Alhamdulillah makanan dan minuman semuanya sedap. Harganya standard. 
Kedai bersih, service pun cepat. Staff pun 👍

Chan Rak Ter Thai Seafood & Western 
Lot 2779-5 Gerai Jalan Gombak
 Batu 8 Kampung Sungai Chinchin
Gombak 
53100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 3 ptg - 11.30 mlm