Showing posts with label Pekan. Show all posts
Showing posts with label Pekan. Show all posts

Monday, 26 December 2022

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

Selain kesuntukan masa, cuaca juga tak mengizinkan kami keluar bersiar-siar di Bandar DiRaja Pahang ni. 

Semasa berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar ni pun hujan. Tapi, sebab dah sampai ke sini, wajiblah ambil gambar anak4 untuk kenangan. 

Tak pasti sama ada muzium ni dibuka untuk lawatan atau tidak. Kami sekadar singgah bergambar di luar muzium yang tak kurang menarik dengan arca kuda, meriam, rangka kapal terbang dsbnya. 

Bersebelahan dengan muzium pula ialah Muzium Masjid Sultan Abdullah. 

Memandangkan rintik hujan makin kasar, Ummi hanya snap gambar dari dalam kereta saja. Bersebelahannya pula ada masjid dan Makam DiRaja Pahang serta sekolah perempuan yang Ummi terlupa pulak namanya :( 

Setakat ni saja dapat bersiar-siar di Pekan ni. Anak4 kecoh nak balik mandi pool di hotel. 


Sunday, 25 December 2022

Ancasa Royale, Pekan

Hotel yang cantik ni letaknya di tebing Sungai Pahang yang masyhur itu :) 

Di seberang sungai sana letaknya pusat bandar Pekan. Masjid, sekolah, hospital semua di seberang sana. 

Lobi yang sangat luas...

Bilik kami...

Alhamdulillah, sekali lagi dapat bilik besar macam Swiss-Belhotel Kuantan. Harga RM266.40 (include taxes, w/out breakfast). 

Suka coffee bar dia. Simple tapi nampak kemas. 

Sebenarnya Ummi tengah ushar fridge or freezer like this one. Dah jumpa dekat kedai Yu Heng hari tu freezer bertingkat macam ni. Tapi yang besarlah. Harga RM1200. Kena menabung dululah ☺️

Bilik kami pool view. Dok tepi tingkap ni boleh nampak pool dan Sg Pahang juga. 

Banyak cermin, menjadikan bilik ni kelihatan lebih besar. 

Bilik ayaq pun besaq kemain... 

Jom tengok pool pulak ..

Ada playground, ruang berbasikal, gelanggang bola tampar. Nak buat event pun sesuai sebab kawasan tepi pool ni sangat luas. Buat wedding kat sini mesti superb. 

Betul-betul sebelah Sg Pahang. Tapi ada longkang dan tembok yang memisahkan sungai dan kawasan hotel. Kalau nak berbasikal pun boleh sewa dengan hotel. Cuma, kami tak dapat buat aktiviti ni sebab hujan hari tu. 

Ada jeti untuk menikmati keindahan dan ambil angin di tepi sungai. Ralit duduk sini.

Alhamdulillah syukur dapat penuhi hajat di hati untuk staycation di sini. Mudah-mudahan Allah bagi kelapangan lagi untuk penuhi bucket list travel kami 🤲

Ancasa Royale Pekan 
2670, Jalan Pekan-Kuantan
Kampung Peramu Jaya Tiga
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur 




Saturday, 24 December 2022

Murtabak Mengkasar @ Pekan, Pahang

Ada 2 menu yang dicadangkan oleh kawan Walid yang berasal dari Pekan, Bandar DiRaja Pahang untuk kami cuba. Salah satu darinya ialah Murtabak Mengkasar

Dalam renyai hujan, kami ke sini untuk merasa sendiri keenakan yang diperkatakan. 

Kami order murtabak daging 1 (RM10) dan murtabak ayam special 1 (RM12). 

Benar bagai dikata, Murtabak Mengkasar ni memang sedap! Ikutkan tak berapa nak cukup 2 keping tu tapi sebab dah lewat petang, cukuplah tu. Kejap lagi nak kena dinner pulak. 

Lokasinya berhampiran Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Tengku Ampuan Afzan dan SHAH Pekan (SMS Sultan Ahmad Shah). Memang nampak dari tepi jalan. Kedai beroperasi dari jam 3.30 ptg - 9 mlm. 

Sesiapa datang ke Pekan, singgah-singgahlah sini ye. Rugi kalau tak cuba. Terutama yang datang dari jauh macam kami ni. Bukan senang dan selalu nak datang ke Pekan ni. Singgah tau! 

Friday, 23 December 2022

Semalam di Pekan

Dari Kuantan kami meneruskan perjalanan ke Bandar DiRaja Pahang, iaitu Pekan.
 
Dah lama Pekan ni dalam bucket list travel kami. Alang-alang dah sampai ke Kuantan, teruslah ke Pekan. 

Dari Kuantan ke Pekan sekitar 45 minit je... Alhamdulillah cuaca pun panas elok that day


Berhenti solat Jumaat di Masjid Kg Lamir.

Bersebelahannya ada kedai makan. Dalam kedai tu ada tempat buat kuih kapit. Teruja Ummi pun, first time tengok sarang kuih kapit ni...

Setiap sarang tu ada api masing-masing nampaknya. Jenuh jugak tu nak check @ kalih adunan tu kan... Sayang juga, takde proses penghasilan masa ni. Jika tidak, boleh kami tengok proses penghasilan kuih kapit ni. Ikut tulisan pada pintu kedai, sini pusat IKS untuk kampung ni. Mungkin bukan waktu operasinya masa ni. Tapi, dapat juga beli kuih kapit yang dah siap.  

Dari sini, merayau sekejap ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Semakin mendekati bandarnya, nampaklah kilang DRB, Deftech dsbnya milik DRB Hicom. Turut kelihatan Universiti DRB Hicom (DRB Hicom University of Automative Malaysia).

Sebelum checked in kami meronda dulu di bandar Pekan. 

Masjid Daerah Pekan. 

Cantik-cantik senibina bangunan istana, masjid dan muzium di sini. Cuma, masa terlalu singkat untuk kami terokai bandar Pekan ni. Sebelah petang pula hujan jadi sekadar mampu bersiar-siar dengan berkereta sajalah. 

Tapi, nampak durian boleh pulak turun dari kereta 😁

Durian IOI. 

Esok pagi, dengan penuh semangat kami mencari Pekan Sari (Pekan Sehari) di tepi sungai seperti yang tertera pada carian di Internet. Puas berpusing masih tak jumpa :( Kata Makcik Nasi Lemak, Pekan Sari berhampiran hospital, takde di tepi sungai:D 

Pagi tu pun hujan. Bila reda sikit anak4 ajak mandi kolam. Layankan aje lah...


Ikutkan tak puas pun berkunjung ke sini, tapi itu saja masa yang ada. Lepas check out, kembara diteruskan lagi. 

# Berbanyak terima kasih kepada semua yang blogwalking ke sini. Maaf, belum sempat balas kunjungan dan balas komen :D Maklum sajalah cuti sekolah ni banyak agenda & aktiviti. Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua 💐