Showing posts with label Ad-deen. Show all posts
Showing posts with label Ad-deen. Show all posts

Monday, 19 June 2023

Ahlan Ya Zulhijjah


Selamat datang bulan Zulhijjah, bulan istimewa buat seluruh umat. Jika kita biasa meraikan Ramadhan, apa kata kita rebut juga peluang membesarkan 10 Hari Terawal Zulhijjah ini dengan melaksanakan pelbagai ibadah seperti berpuasa Sunat, khususnya pada hari Tarwiyyah (8 Zulhijjah) dan hari Arafah (9 Zulhijjah). Sejak dewasa ni baru Ummi perasan, sebelum tibanya Aidil Adha pun kita berpuasa (puasa Sunat), jadi hari raya tu lagi bermakna rasanya. Feeling macam raya puasa juga... 

Antara amalan² lain yang boleh kita lakukan...

Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua dak? Sama-sama kita ambil peluang untuk menambah amal ibadah ان شاء الله

[Photos: Credit Sources]

SRAI dan sekolah² KAFA bawah JAIS cuti sempena 1 Zulhijjah. Ummi masak sikmak lagi :) Kali ni guna santan kotak, dan titiskan sikit minyak masak. Katanya nanti nasi tak berketul. Alhamdulillah menjadi petua ni. 



Wednesday, 4 January 2023

MC, Harta & Sedekah

Page 3, 2023

Hari pertama kerja di tahun 2023 someone got an MC :D Penangan terlebih makan pedas, he got diarrhea. Sorry B, I didn't mean to hurt you 😜

Dulu masa mula kawin Walid memang tak pandai makan pedas, cepat sakit perut. But slowly he gets used to spicy food, thanks to me :p But sometimes his stomach can't take it. Thus, perut akan sakit.

Cerita pasal makan & makanan ni, sebelum tidur Ummi belek-belek Majalah Anis. Terjumpa satu hadis tentang harta. Elok juga Ummi share di sini, untuk tatapan kita semua.

Makan, pakai dan sedekah jariah itu saja yang jadi milik kita. 

Teringat perbualan dengan Tok Umi tempohari...

Tok Umi: Kakngah tau dak apa yang orang dah mati nak buat kalau dia boleh hidup balik? 

Tak sempat nak jawab, Tok Umi sambung... 

Sedekah 

(Memang dalam Al Quran ada sebut, Ummi lupa ayat /surahnya). 

Sambung TU lagi; sekarang ni Umi dok meniaga sebab Umi nak sedekah banyak -banyak...

Patutlah di usia emas begini TU masih rajin mencari rezeki. Walaupun ada duit pencen, duit anak4 bagi tapi tetap berusaha cari pendapatan lebih. Mudah-mudahan segala usaha dan amal baiknya diterima oleh Allah SWT dan menjadi teladan yang baik untuk anak cucu Tok Umi. 






Thursday, 29 September 2022

7 SUNNAH NABI SETIAP HARI


Perkongsian dari group WA, moga ada kebaikan untuk kita...

Hendaknya kita selalu menjaga 7 (tujuh) sunnah Nabi setiap hari seperti berikut; 

Pertama
Solat Tahajjud; kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat Tahajjud-nya.

Kedua
Bacalah Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya kita membaca Al-Qur’an dengan penuh pemahaman.

Ketiga
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan Muadzin tetapi panggilan Allah yang memanggil orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat
Jaga solat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima
Jagalah sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam
Jagalah wudhuk karena Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.        

Jumuah mubarakah 💚

Tuesday, 15 March 2022

Jom!


Jom, pusingan terakhir puasa hari putih sebelum Ramadhan 🤗


Wednesday, 4 August 2021

Bengkel ~ Kami Cinta Baitullah

Sabtu lepas Angah dan Kakak Ummi daftarkan untuk program ni. Sesekali dedahkan depa dengan bengkel sebegini agar tidaklah bosan sangat mengadap PdPR. 
Bagus bengkel ni sebab ada praktikal kerja haji. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan, bergilir-gilir buat tawaf, saei, melontar jamrah dan tahallul. 

Angah Kumpulan Abu Bakar, Kakak Kumpulan Sayyidina Khadijah. Setiap group bergilir2 masuk ke setiap checkpoints

Kakak ready nak ber-saei. Ustazah monitor dari skrin je. 

Ada juga praktikal pakai ihram. Sebab malam sebelum program baru tahu kena sediakan ihram, Tak sempatlah nak keluarkan kain ihram Walid. Sudahnya, guna 2 helai tuala sebagai mock ihram. Tuala tu arwah Tok punya ☺️

Batu-batu untuk melontar pula guna surat khabar yang digumpal-gumpal. Lupa pula nak kutip batu di luar rumah.

Alhamdulillah satu pengalaman juga untuk anak-anak. Dalam keterbatasan, dapat juga belajar. Moga suatu hari nanti ada rezeki depa ke tanah suci 🤲

Kakak menang tempat ke-3 kuiz semasa penutup bengkel. Alhamdulillah. Dapat komik, sekali hadap je terus khatam :D 

Terima kasih Nazim Gombak atas usaha yang sangat bermanfaat. 

💚 الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات 



Thursday, 18 April 2019

Tips Jadi Ahli Sedekah


Menarik pula tips yang di kongsi oleh Ust Hamizul Abdul Hamid (pegawai Lembaga Zakat Selangor) dalam majalah Anis keluaran Feb, 2013. Yes, Ummi masih simpan koleksi majalah Anis dari keluaran pertama sekitar tahun 2002. Majalah ni Ummi akan baca semula dari masa ke semasa. Salah satu sebab Ummi suka baca Anis kerana isi kandungannya sentiasa relevan dan boleh di jadikan rujukan. 


Contohnya tips yang dikongsikan oleh Ust Hamizul ni. Tips jadi ahli sedekah:

  • Niatkan dalam hati setiap pagi ketika bangun dari tidur; 'saya mahu bersedekah'. 

  • Lakukan sedekah walaupun hanya bermula dengan jumlah yang kecil. Mungkin RM1 kecil bagi kita terapi besar ertinya bagi yang menerima. Contohnya anak-anak sekolah yang kehabisan belanja di akhir sesi persekolahan. Kadang tu dahaga, teringin nak beli air tapi takde duit. Moga dengan sedekah kita mampu menghilangkan dahaga mereka sementara ibubapa datang jemput.
  • Letakkan tabung sedekah di rumah ~ setiap hari masukkan RM1 dsbnya. Genap sebulan/setahun, kira dan sedekahkan kepada yang memerlukan.

  • Sentiasa sediakan wang kecil dalam saku baju/seluar. Jika singgah di masjid/surau boleh disedekahkan dalam tabung yang disediakan. Begitu juga wang baki, masukkan syiling atau ringgit kecil ke dalam tabung yang disediakan di kaunter

  • Melazimi mendengar dan membaca sejarah dan kisah ahli sedekah zaman silam untuk mengambil iktibar, menambah motivasi juga meneladani amalan sedekah mereka. 

  • Istiqomah dalam bersedekah 

  • Berazam untuk memberi lebih lagi pada tahun berikutnya. 

Jom kita praktiskan 🤗