Pagi sebelum bertolak balik ke SG, kami ajak family Jitra bersarapan di Restoran Tok Keramat yang popular di Jitra ni.
Paling murah di Malaysia tu tak pasti, tapi murah tu ye... Kami semua 17 org, total harga makanan minuman RM176. ±RM10/person.
Salah satu kedai ni jadi tumpuan sebab banyak pilihan makanan. Anytime orang datang, makanan dah tersedia, dgn pelbagai pilihan. Restoran pun besar, parkir juga luas. Sesuai sangat nak datang dengan keluarga besar atau big group.
Order juga set Daging Harimau Menangis 3 set (RM10/set kalau tak silap). Apa yang special daging ni ye? Ummi makan rasa biasa je, tapi lembutlah dagingnya. Itu yang special-nya kot ☺️
Restoran Tok Keramat
Jalan Ilmu
06000 Jitra
Kedah
Waktu Operasi: 7.00 pg - 3.30 ptg setiap hari
paling murah di msia gitu tagline dia..kalau kt klate daging harimau mmg padu2 dgn sos cicah merah + hijau
ReplyDeleteTagline tak nak kalah hihi 😁
DeleteDHM ni mmg terkenal belah² Kelate kan... Dgn belah² Thailand sana
Murah jugak ni, boleh datang selalu.
ReplyDeleteAah SK. Selalu juga kitorang datang pun :D
Deletebelah-belah utara ni harga makanan masih agak murah kan PH, masakan pun sedap-sedap kebanyakannya, Alhamdulillah
ReplyDeleteBetul Kak Ana.
DeleteNak² kita yg dok Lembah Klang ni bila balik kampung tu semua rasa murah. Sebab kat sini mahal² belaka :(
ok dh tu ratenya, kat KL pun ada jugak rate gitu tp tgk tmpt, kdg2 RM15 perpax utk bf pun...kdg2 RM20 pun yer jugak esp kalau cafe2 hipster/proper restaurant
ReplyDeleteBetul tu MZ. Cuma bila pegi group besar macam ni rasa murahnya haha
DeleteUntuk 17 orang makan murah dh tu kan PH...daging harimau menangis tu nampak sedap...
ReplyDeleteDaging tu sedap SA, lembut dan juicy
Deleteakak org sg ?
ReplyDeleteSG= Sri Gombak
DeleteBukan Singapore ye Lady ☺️
Harga di utara masih dlm range murah. Org utara memang awal makannya, jam 10 pagi lauk pauk tengahari dah tersusun. Kita baru fikir nak cari sarapan, terus makan tengahari.
ReplyDeleteBetul². Nasi sedia² hehe...
DeleteMakan kat Kedah dan belah Utara memang agak murah. Sedap nampak semuanya.
ReplyDeleteLagi satu para peniaga suka bagi lebih², suka betul saya Kak :D
DeleteMemang murah itu harga setiap seorang RM10.
ReplyDeleteKan...
DeletePernah makan daging harimau menangis ni sedap juga rasanya. Wahhh kalau banyak pilihan camni best....
ReplyDeleteLembut je dagingnya kan...
Deleteammi belum pernah rasa daging harimau menangis tu
ReplyDeleteNanti try la Ammi. Lembut dagingnya
DeleteKat Kedah style gitu rasanya... awal dah keluar lauk pauk.
ReplyDeletePernah gi resto kat area Kulim, jam 1.00 sampai... tray banyak kosong.
Betul. Kami suka makan nasi pagi² pun 😁
DeleteKenapa disebut harimau menangis 😅😅?
ReplyDeleteTp memang murah sangaaaat harganyaaa. 😍😍😍. 17 orang tak sampai 200 ringgit.
Entahlah Fanny hihi ..
Delete