Monday, 13 January 2025

Melawat Haziq @ Asrama

Sambung cerita balik kampung... 


Hari Isnin kami bawa 8/11 orang cucu Tok Ayah ke sekolah Haziq. H dah tak boleh PB atau outing sebab sekolah nak anak² SPM ni fokus kepada kelas² ulangkaji yang sekolah adakan. 

Countdown SPM.
Now dah half way dah depa SPM. Tinggal ±2 minggu lagi utk berjuang πŸ’ͺ🏻

Semua serbu Abang H :) 

Ajak H lepak sini. Dia puasa jadi Makngah tak bawa makanan. Tapi ibunya dan Tok Umi kirim laksa dan koktail untuk berbuka nanti. Walid bagi duit beli nasi koboi, cukuplah tu :D 

H Batch '07, Abang Batch '08 tapi dua² ambil SPM tahun yang sama. Abang hujung tahun nanti, Insha Allah. H pula dah masuk medan perang hingga awal Feb nanti. Semoga berjaya di dunia dan akhirat kedua²nya. 



18 comments:

  1. all the best utk anak2 kita semua..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin 🀲🏻
      Mudah-mudahan semuanya berjaya hendaknya 🀲🏻

      Delete
  2. semoga yang baik- baik unuk anak- anak semua..semoga kejayaan milik semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin 🀲🏻
      Mudah-mudahan semuanya berjaya dgn cemerlang kan...

      Delete
  3. Tahun depan ni SPM akan diselaraskan semula pada hujung tahun, kan. Semoga dipermudahkan urusan abang dan utk H, good luck & all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK.
      2026 nanti sekolah start bulan 1 semula.
      Aamiin & tq atas doanya 🌹

      Delete
  4. semoga abg H dapat menjawab dengan baik...
    dan semoga abang bersemangat dan bersedia untuk SPM hujung tahun nanti...semoga yang baik2 je utk anak2 kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin 🀲🏻
      Ye, semua yg baik² utk semua hendaknya 🀲🏻

      Delete
  5. Teruskan perjuangan. Tak lama dah nak habis SPM. Moga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  6. Semoga dua-duanya dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  7. Abang H mesti baya anak buah Cuya, sebab dia pon tengah ambil SPM. Moga dipermudahkan menjawab exam dengan tenang dan cemerlang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.
      Good luck utk anak buah Cuya juga 🀲🏻

      Delete
  8. Seronoklah Abang Haziq, cousins datang lawat.
    Mesti bertambah semangat.
    Semoga Haziq terus cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersengih dia Kak haha...
      Aamiin 🀲🏻

      Delete
  9. Seronok Abang Haziq ada yang datang melawat ye...

    ReplyDelete
  10. Moga dipermudah semuanya untuk SPM.

    ReplyDelete
  11. Eh anak kita SPM ujung tahun ni ke? Ammi tak tgk pun lagi exam plan.

    ReplyDelete