Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label F A M I L Y. Show all posts
Showing posts with label F A M I L Y. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Cerita Genting Highlands



semalam jalan2 bawak mak abah, adik2 ke genting.!
nothing special. cuma saja bawak family naik cable car.
dan aku memang takkan naik. gayat weh..!
nak pulak bila aku tengok cable car tu macam tak stabil.
kalau bab2 cuti ni aku tak pandai la gebang banyak sangat.
aku rasa ada le dah 2,3 tempat aku pergi tapi tak post pon kat blog.
nak pulak bila pergi berdua je dengan En. Boo Boo, jangan harap dia nak
posing ngadap camera. nak pulak kalau depan orang ramai. .

 banyak gambar amek semalam tapi semua jenis tak berkualiti sebab Anje yang amek gambo. lagipon aku malas nak edit2 gambo ni.
jadi la tunjuk sekeping dua. kira kenangan jugak la.
tapi serius, memang aku tak minat ke sini.
dari dulu lagi aku tak berkenan kalau nak ke genting, nothing!
plus orang ramai gila yang amat. padahal kami pergi weekday.
mungkin sebab cuti sekolah kot, itu yang boleh ramai sangat.
tapi kalau dibagi pilihan untuk ke sini, memang tak minat.
baik aku pergi CH, boleh makan2 dan relax2.
ini pendapat aku la ea. jangan la korang
kutuk aku pulak lepas ni. terus unfollow ke, unfriend ke.
Hihi




ini mak aku. ini sebelom naik cable car @ skyway tu.
aku ada rasa tak puas hati dengan Anje ni. sebab En. Boo Boo jugak la.
baca betol2 ea soalan antara En. Boo Boo yang menyakitkan hati tu.
". antara perut Angah dengan mama, sapa lagi besar.?"
". . mama. ."
". .Perut mama dengan perut Along. ?"
". . Along.! ! "
". .Ye betolll.. hahahahahahahahha!. ."
". wooooiiiii.. @*&#%!!. ."
 kurang ajar kan soalan tu. bengang aku taw.!


baju tu yang mengembang terlebey. bukan salah aku.
even sekarang Angah tengah preggy 35weeks tapi perut dia boleh la.
gambo ni sebab terlindung dengan baju aku. time nak amek gambo, ada angin.
melayang2 la baju tu. . ke aku pon preggy gak ?. :))
 


 

Thursday, April 26, 2012

Dinner or breakfast ?



 kalau dah dasar pemalas tu. jangan la berani cakap apa2.
makan jela apa yang terhidang atas meja.
tapi tak boleh selalu la kan.
kang ada jugak yang start kereta, lepak kat mamak !
 kalau jadi macam tu, aku jugak yang makan hati Hehe
sekarang ni mood malas datang balik.
tapi aku layan sikit2 aje. . kalau layan sangat boleh jadi
aku makin tambah kilo !

ini dinner dan breakfast pada hari yang sama.
maklom la mak nak datang kan. so perlu abeskan stok yang ada dalam fridge.
nanti membebel pulak orang tua tu.
selalunya mak akan cakap,
".. aik, bulan lepas datang camni, bulan ni pon camni jugak ke. ?
atau,
".. apa benda ni along ooi, sampai keras kejong benda ni dok dalam peti ais !"
berpeloh wei nak jawab. tapi kadang2 aku sengih kan aje.
Jumaat malam mak nak datang lagi.
jadi harus la aku bersiap sedia.



 


Tuesday, April 17, 2012

Pulut Kacau Delima



pulut kacau atau wajik. tapi belah Utara cakap pulut kacau la.
sebab panggil camtu adalah kerana kena kacau selalu.
kandungan gula yang banyak buat dia jadi cepat hangit.
sebab tu kalau biar tak kacau, kang dia hangit dan berkerak.
jadi tak sedap la kan. .
aku tak minat sangat pulut kacau ni.
tapi sekarang ni rasa macam sedap pula.
susah juga nak cari yang sedap.
mak aku paling power buat pulut kacau delima ni.
haa. . pulut kacau warna pink kat atas tu orang panggil delima.
sebab warna delima kan camtu. pinky sikit.
dan resepinya pon guna gula putih dan gula batu.
tujuan letak gula batu supaya lebih berkilat. itu petua mak la kan.
sekarang ni aku teringin pulak makan, camne..?
 yang kat atas tu berhias cantik sebab letak dalam dulang hantaran
Angah bertunang tahun lepas.
2minggu lepas dah makan. mak mertua buatkan.
tapi warna hitam. orang panggil pulut kacau gula merah.
yang tu aku makan jugak tapi bukan my favourite forever la kan.
apepon, still teringin nak makan pulut kacau delima ni jugak !
nak call mak suruh buat, malu. . .
nanti mak cakap aku mengidam pulak. aissh.
macam haritu, mak kirimkan jeruk Penang kat Angah suruh bagi kat aku.
mak, Along tak mengidam la. .
dah memang jenis anak mak camni, 
suka makan benda yang susah nak cari. .


 


Monday, March 5, 2012

Niat terpesong !



 Sabtu lepas aku saja berjalan ke Jalan TAR. 
teman adik aku, ayang nak beli buku.
maklom la kupon buku 1Malaysia tu tak abes guna lagi. harus la nak abeskan.
tapi bila dah sampai. . baucer buku ke mana, buku ke mana.
niat nak cari benda lain. dah jadi ke lain.
masuk kedai Ribbon la. jalan dari Sogo sampai Masjid Jamek.
parking nya kat Pertama. berjalan sakan sungguh.
sampaikan angah yang dah boyot 5bulan tu pon jalan sampai bengkak kaki.
orang macam biasa. ramai tapi tak seramai kalau musim cuti sekolah
atau nak sambut perayaan.
barang ada yang murah. tapi kain2 pasang kat Kamdar dan Nagoya
belom cukup sale sepenuhnya.
Jakel tak sempat masuk pon. sebab angah dah penat. !
insyaALLAH, kalau ada rezeki. . dapat je tunggakan gaji nanti.
nak ke sana lagi. . nak cari baju raya. 
En. Boo Boo tak ikot so tak boleh la nak beli.
nanti dia tak puas hati. . kena beli yang sama2 berkenan la kan.
untuk mak dah beli tapi mak mertua belom lagi.
tema raya tahun ni biru. . jangan tiru eh. :)



 


Friday, February 3, 2012

Dia bukan OKU ! !



 ada kerja. tapi mood dah sampai Pangkor. Heh. ayat buat orang benci.
 malasnya nak menatap kerja atas meja ni. nak pulak di penghujung minggu.
adeh la. rasa tak sabar nak balik ni.
gambar Anje ni aku saja buat background desktop.
tapi ada yang jugak soalan yang sakitkan hati demi melihat gambar ni.

Dia : Sapa ni.. ?
Aku  : Adik.. yang bongsu. !
Dia : Dia memang camni ke .? mmm ada masalah. ?
Aku : masalah.????
Dia : adik ni OKU kan..?!
Aku : wooi . .dia saja la buat camtu.. ! amek gambo main2. itupon salah ke.?
Dia : isyh. . nanti juling betol2 baru taw. !
Aku : haah . ? ?

adik aku normal la. kalau tak normal pon, layak ke kamu hina dia. ?
anugerah ALLAH jugak ni. harap hati aku terbuka untuk maafkan kamu . .
ingat, yang sihat pon boleh sakit !
 ada banyak kisah Anje kat dalam blog ni. antaranya.

 


Friday, January 27, 2012

Pokok Beras Daun Lalang











 Nak kata pekan sangat, idak le sangat ! cuma budak ni je tak pernah 
tengok padi. dulu masa ikot rombongan pengantin belah En. Boo Boo,
Anje baru umur 4tahun. dia cakap padi tu lalang.
dia terkejut sangat sebab
rumah mak abang ipar dia banyak lalang !


dia dah datang 2,3 kali ke rumah kampong En. Boo Boo.
tapi baru2 ni je berpeluang nak turun padang tengok padi dalam erti kata
yang sebenar. selamat dia faham.
cuma yang nak tergelak sangat tu, bila dia nampak biawak kat permukaan
parit depan rumah tu. di katanya biawak tu buaya.
ish.. tak pekan sangat la umah kita tu dik oii..




 


Saturday, January 7, 2012

GENDANG GENDUT TALI KECAPI KENYANG PERUT SUKA HATI


Harini Chik dah mula kerja, kat Jusco Rawang. semoga semuanya 
berjalan lancar. masa mula2 kerja ni, biarlah kita 
bersusah2 dahulu, bukan apa.. sekadar cari pengalaman kan..
bukan nak kerja tetap lagipon, dari kerja yang susah ni la,
kita akan bersemangat untuk sambung belajar di masa depan.
sebab banyak bezanya orang yang ada pelajaran dengan 
yang hanya cukup2 makan. jadi, mulakan dari bawah,
supaya kita lebih sedar diri. okey..?


 dan pagi ni jugak.. aku buatkan sarapan burger untuk Chik.
okey la tu kan. Chik pon kenyang perut suka hati pergi kerja.
En. Boo Boo pon sama, tinggallah aku sorang2.
basuh baju, kemas rumah sikit2. treadmill pon dah lama tak panjat.
malu kat Chik. Hehehe. ni dia dah start kerja, boleh la mula balik senaman.
petang ni En. Boo Boo balik. ingat nak pergi tengok Chik kat Jusco.
saja bagi semangat kat dia sempena hari pertama bekerja ni.
selamat bekerja Chik.. :)




 


Thursday, January 5, 2012

Suntikan Typhoid




semalam aku bawak Chik pergi Klinik Kesihatan Rawang.
bertujuan untuk amek sejenis suntikan untuk elak taun dan keracunan makanan.
rupanya sebelom amek suntikan tu, kena isi form dulu.
dan form tu perlu di ambil di Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Wednesday, December 28, 2011

~ KISAH SETAHUN TUJUH BULAN KAMI ~




 im back. setelah banyak kehabisan duit dan tenaga. baru la masuk opis.
tu pon sebab cuti dah abes. terpaksa la tabahkan diri. mmm ..pasrahnya aku.
masuk opis pagi ni, sign in blog. pandang pada daisypath tu. owhh..
dah genap 1tahun 7bulan. cepatnya masa berlalu.
dalam tempoh ni aku still 'zero' + 'nothing' ..! useless ke aku ni.? tak kot.
sebab En. Boo Boo takde cakap apepon. kiranya aku perfect la pada mata dia.
perfect la sangat kan. itu yang dok manja tak abes2. semua benda aku nak, kena dapatkan.
tapi kadang2 aku ni banyak angin monsun yang boleh datang tak kira waktu. disitu la aku boleh nampak kesabaran yang tinggi dalam jiwa raga En. Boo Boo. i love u abang..

..mmm.. dan pada usia perkahwinan yang setahun jagung ni, aku nak announce sesuatu.
percaya lah yang aku akan dukung anak saudara dulu sebelom aku dukung anak sendiri.
bukan sorang tapi 2orang. thanks Allah. aku pon tak percaya benda ni.
Angah dah preggy 11weeks. aku tak terkejut pon sebab aku dah ada instict tentang ni.
ada aku pernah ceritakan <DI SINI> .. so bila dia bagitaw, aku terima dengan syukur.
cuma Angah kena take care lebih dengan baby tu. sebab Angah ni degil, 
still g jogging lagi and buat locum sampai lewat malam. dont do that dear.
jaga anugerah tu sebaiknya. jangan nak main hentam je. nanti anak tu perangai tak senonoh cam Angah jugak. Hehe.

 my coming soon anak saudara adalah dari belah En. Boo Boo.
adik perempuan En. Boo Boo merangkap adik ipar aku. Norizan.
baby dia sekarang ni dah 8weeks. genap setahun dia kawen. dah terima rezeki dari Allah.
dan dia pon dah start pandai bagi petua kat aku. minum susu kambing + kurma.
..mmm. no thanks. biar lah tahun depan jadi penentu. aku taknak dah fikir pasal anak ni.
aku nak sihatkan diri aku dulu. takde la fit macam Amy Mastura tu pon.
cukup kalau my monthly cycling kembali normal and can lose weight between 20 to 30kg.
sebab aku nak baby aku sihat and normal. dan yang penting taknak 'kehilangan' lagi.
so semuanya bergantung pada diri aku. kalau aku malas, aku kecundang..





 


Monday, December 5, 2011

Musim durian datang lagi



Assalamualaikum..

woohoo..! lama gila tak blogging. keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. parah.
itu yang menyepi je tu. sekarang ni pon. perasaan malas tu masih ada.
semuanya gara2 durian.


memang le sedap bila makan. bila makan pulak jenis yang tak ingat.
lepas sebiji, sebiji lagi. karang tengok yang sini gebu bukan main.
yang sana pulak isi kuning. yang sinun lemak manis.

lastly, yang merana diri sendiri. baru padan muka.
dari minggu lepas sampai la ke semalam. aroma durian tu tak lekang dari hidung.
semalam mak datang. bawak durian lagi.
balik kampung ari Sabtu kelmarin pon wak balik durian dari kampung En. Boo Boo.

dah bersepah dapur rumah dengan durian. ngalahkan orang ada dusun durian
belakang rumah. tapi rasa sedap je bila masuk rumah ada bau durian.
hilang segala wangian Glade and Ambi pure.

 gambar yang Anje makan durian tu. minggu lepas punya gambar.
tapi kan Mr. Violet ada masalah, itu yang tertangguh cerita tu.
alhamdulillah la takde apa2. semuanya selamat.
cuak jugak la masa nak explain kat En. Boo Boo. selamat tak kena marah.

 gambar durian penuh dapur. lupa pulak nak amek.
maklum la family datang ramai2. sembang la apa. lupa abes semua.
semalam aku jamu family dengan laksa penang + bubur durian.
nak buat roti jala pon dah tak sempat sebab dah sakit lutut2 punya masak.

bubur durian dengan roti putih jela jawabnya. syukur la.
itu yang mampu dan alhamdulillah. laksa 2kilo abes tak berbaki.
dan malam ni mak dah pergi umah angah pulak. mungkin stay sana seminggu sebab suami angah kursus di Langkawi. satu family datang temankan angah. bahagia hidup.







 


Monday, November 21, 2011

Mummy beranak empat..



sempena tarikh 20.11.2011. ada jugak la aktiviti aku.
walau tak sehebat orang lain. tapi memang meriah.
meriah dengan anak-anak walaupon hakikatnya belom beranak.!

 seawal pagi aku n En. Boo Boo nak kena pergi amek anak-anak Maksu kat Rawang.
sebab diorang ada concert & graduation day.
buat di golf club templer park Rawang.
faham-faham jela tadika swasta ni. tempat setimpal dengan bayaran.

Raid, Rita, me, Raif dan Rifa

nampak. sampai senget mulut aku punya menjaga anak seramai 4orang.
semuanya halus, halus lagi. yang sulong 6tahun.
yang kecik 2tahun. selang setahun la katakan. Hehe.

berpeluh jugak ye nak handle budak2 ni ea. nak pulak yang hyperaktif cam Raif.
selamat ada En. Boo Boo. boleh aku duduk2.
 yang boleh aku join ni sebab Maksu baru bersalin. gegurl lagi. nama Rida.

kesian pulak kan diorang ni. dah bayar untuk semua.
kalau tak pergi tak bes pulak kan. itu yang aku sanggup tunggu tu.
biar la diorang hepi sikit sempena cuti sekolah ni kan.


 banyak jugak gambo yang aku amek. tapi malas nak upload.
bagi sekeping ni dah la. sebab harini aku banyak kerja.
so tak sempat nak edit segala.

niat aku sebenarnya nak cerita pasal kisah aku tiba-tiba jadi 
mummy beranak empat. dalam masa tak sampai sehari.
itu pon pas balik. tidur tak hingga. camna nak bela anak sendiri ni..? Hehe.





 


Friday, November 18, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KE 51




 Harini beday abah. yang ke 51. rupanya dah nak pencen abah ye.
dulu g sekolah abah hantar, balik sekolah abah ambil.
sekarang ni dah kawen.
g kerja, balik kerja En. Boo Boo pulak hantar n ambil.

selamat hari lahir abah.
semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki. dipanjangkan umur.
nanti kalau abah rasa nak beli kereta baru. wish tu bagi pada Along ye. Hihi.
 along sayang abah.









 


Thursday, October 20, 2011

Cucu Sulong Dari Anak Kedua




 Aku rasa itu yang akan terjadi dalam family aku. seriusly aku dapat rasa.
pada aku, Angah yang akan get preggy and baby first.
dan dia merangkap adik aku yang akan beri cucu sulong pada mak abah.

Yang boleh aku cakap camni sebab Angah memang fit dari segi jasmani n mental.
dah nama pon askar kan. so paham2 la camna kekuatan askar ni.
lagipon Angah takde masalah macam aku ni.
so welcome cucu sulong mak abah. maybe tahun depan la paling cepat.

nak harap aku memang tak nampak jalan lagi la setakat ni.
tunggu kena training dengan 'PEKASAM' dulu kot baru boleh buat semua tu.
tapi aku suka. at least boleh tengok camna mak dera Angah time berpantang!
 Haha.






 


Wednesday, October 12, 2011

Perbezaan dengan Azwan Ali




 ini adik lelaki tunggal aku. Irfan a.k.a Chik kami panggil dia.
gambo ni amek masa kenduri Angah haritu. masa bila amek aku tak taw.
dan sapa yang amek pon aku tak taw.
yang aku taw. memang guna camera aku.

 nampak macam sapa.?
budak opis aku mula tengok gambo ni semua terkejut.
diorang cakap Azwan Ali datang terjah kenduri Angah. gila ko.!
ingat kampung Jelapang tu femes amos kew.?


 kalau korang belek2. ada sama ke.?
ish. mintak simpang kalau adik laki aku tu spesis camni.
tak padan dengan time kecik2 asyik kena libas je dengan mak aku.
rekod dia setakat ni pernah kena libas dengan reket badminton sampai berbirat.
tak pernah ada lagi dalam keturunan taw.!




 


Friday, September 30, 2011

Angah nikah hari nie...




nak cakap banyak tak boleh. rasa sebak le pulak.
angah nak nikah petang ni lepas asar.. harap semuanya elok dan berjalan lancar.
aku sedey le jugak sebab aku ni walaupon suka gaduh dengan dia tapi dia tetap adik aku yang selalu aku rindu time dia duduk asrama dulu.









 


Saturday, September 24, 2011

Walimatulurus Angah




sempena kenduri Angah minggu depan. aku kat rumah ni masih bersenang lenang.
tapi mak kat kampong dah bersilat kalah Guru Silat Gayong Malaysia.
Abah pon dah tidor tak pejam mata. tangan pon dah naik atas kepala.
kalau mak sibuk buat segala jenis maruku, kueh segala tapi abah pulak sebab kira duit yang makin susut. hehe.

insyaALLAH.. takde aral minggu depan hari Rabu malam aku pulak balik kampong. menolong apa yang patut. Angah katanya dah start cuti 26hb.
jom ushar sebab2 abah aku dah start tido letak tangan atas kepala.

28 September 2011
siang hari dah start merewang untuk mesyuarat Pekida. angin ape ntah abah kenduri kali ni nak buat ala Pekida. kami adik beradik malas campur. layan kan je. tapi mak cakap malam mesyuarat Pekida tu saja memang nak masak 40kg daging sebab ramai.! info dari Ayahanda kawasan tu jugak. 
kalau tak ramai yang datang. kasi dia bawak balik lauk2 tu.

29 september 2011
siang kompom sibuk nak basuh pinggan dan keje merewang lagi sebab malamnya ada kenduri doa selamat dan tahlil. saja buat kenduri sikit sempena malam Jumaat tu. lagipon esoknya Angah nak nikah kan. so buat le kenduri sikit agar semuanya berjalan lancar. insyaALLAH.

30 September 2011
InsyaALLAH kalau takde aral, Angah mungkin nikah lepas Asar cam aku aritu.
so ade lagi kenduri lepas nikah tu. dan malamnya pulak ada majlis berinai dan bersanding kecil-kecilan.
malam tu kompom semua ahli keluarga, saudara mara dah ramai.

1 Oktober 2011
kenduri Angah. jemput la datang ye. dari 11pagi hingga 6petang.
harap2 semuanya berjalan lancar tanpa ada cacat cela. insyaALLAH.
kalau taknak hujan, Angah kena campak baju dia atas bumbung. petua orang tua2.
malam mungkin ada BBQ untuk saudara mara dan jiran tetangga.


itu jela perancangan yang aku sempat tanya kat mak. 4hari 4malam buat open house ni.
adeh la. mau tak pusing abah aku. hehe
pada yang sudi datang. jemput la ke rumah ye. makan free tanpa henti.






Thursday, September 8, 2011

Buah hati Mak Lang






sudah genap setahun usia budak kecik ni.
tapi still tak boleh berjalan. asyik berpaut pada kerusi n meja je pandai.
kalau suruh tolak kerusi komputer Acu memang laju sangat.

mmm sekarang ni dah menunggu hari untuk dapat adik pulak.
belom boleh berjalan. dah nak beradik pulak.
mungkin penantian selama 4tahun memadai untuk mama n abah kamu.

takpe la. rezeki yang dulu tertangguh lama. kini sudah dibayar balik.
sesungguhnya ALLAH itu Maha mengetahui setiap rezeki hambaNYA.
mungkin lepas ni rezeki Mak Lang pulak kan..  :)






 


Friday, July 22, 2011

duhai bonda..duhai ayahanda






dalam kepala ni ingat nak balik kampong ja.
sangat2 nak balik kampong..!
semua kerja rumah aku taknak wat dah. sebab badan dah lemau.
dah lama tak kena angin kampong.!
 aduhai...












 


mak mentua + abah mentua




sekarang ni idea takdak. camera pon dah malas nak charge.
dok bertapok dalam beg. penat usung ke sana ke mari. haih.
sejak akhir2 ni asyik malas ja. takde idea pon nak tulis blog.
idea nak masak kat umah pon takdak.!

lastly. goreng ikan, sambal belacan, sayor lemak @ sayor air.
itu jela. yang kat atas tu. ikan haruan n ikan puyu dari mak mentua.
dah siap cuci, tinggal masuk kuali je. minggu lepas mak aku datang, mak mentua kirim jela untuk anak menantu. bachang ada, cabai burung ada, limau n asam keping pon bagi jugak.


 semua yang mak mentua kirim adalah dari keliling umah jugak.
ikan haruan n ikan puyu tu abah tangkap kat bendang depan umah.
asam keping mak buat sendiri. sebab abah ade tanam pokok asam kat kebun.

besnya dok kampong kan. semua ada. cuma rajin dengan malas ja.
kalau macam aku ni. jap rajin jap malas. alamatnya tak berasap le dapor.
pakat2 laki bini gigit jari jela.. hihi
















 


Wednesday, July 6, 2011

Nilai 3



Hari Sabtu 02/07/11. kira lambat update la ni. hentam sajala..
tak banyak gambo sebab sibuk nak shopping sakan. camera tak lekat kat tangan.
kalau datang Nilai semata-mata amek gambo. kompom la tak kusyuk nak shopping kan.

pegi Nilai 3 sebab nak beli barang untuk kenduri angah bulan 10 ni.
beli bunga telor n cenderahati. melayang jugak le beriban2. kalau tak beriban. bukan nak wat kenduri namanya. betoi tak..?

aku memang rambang mata kat sana. semua benda nampak cantik.
ada promosi baju raya taw. uissh.. selamat la dah beli baju raya. kalau tak memang perabeh duit kat sini jela.
En. Boo Boo cakap kena jimat. nanti raya takleh balik kampong katanya!
kejam sungguh.


kain lace sepasang RM 96.00. sape nak bagi nokkss. kain pon tak le keras kejong!
ngam2 jatuh kat badan. memang cun habeh kalau pakai.
selamat takde royal Blue. kalau tak memang aku taram amek teroih..

kain2 pasang memang tengah murah sekarang ni.
carpet pon murah jugak. kalau la ada En. Boo Boo. memang aku dah syok memilih n angkut wak balik.
En. Boo Boo ada. dia ikot jugak tapi dok kat kereta jela dengan Abah.
kami adik beradik + mak memang tak ingat dah kat tukang jaga kereta ni. hehe


aku beli ape ye..? ade la sikit. tudung raya beli jugak. cadar yang murah2. tapi berbaloi2.
dan topi ala2 Maher Zain untuk En. Boo Boo.


Hensem kan pakai topi camni..? hehe kalau En. Boo Boo pakai jadi camni gak.
tapi warna kulit ja berbeza. hehe
**sape nak puji laki sendiri kalau bukan bini nye woi..!!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...