Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KuRSuS. Show all posts
Showing posts with label KuRSuS. Show all posts

Friday, May 6, 2011

// i n d u k s i @ c h e r a t i n g //





Dah lama g induksi. tapi baru sekarang nak upload gambo ye.
 bukan ape. ikot tahap kerajinan la kan. kalu dah tahap tu menurun.
alamatnye wassalam le jawabnye. aku ni tak tentu sangat tahapnye.
main ikot mane sempat.

ade banyak gambo tapi tangan terasa berat gelang emas beso nak menaip.!
so aku titipkan le mane yang patot. saje untuk renungan 
di masa depan. dalam 5-10 tahun lagi.
kang kalu dah tua2 sangat. takut lupa password blog plak. hihi :)

 kalu ikotkan kat aku ni tak banyak sangat gambonye.
almaklom le aku ni jenis kaki menumpang camera orang aje. hehe.
mane yang ade. tengok jela. pade yang takde. aku minta maaf.

ber'induksi' selama 13 hari. dari 7-19 April 2011.
di Suria Cherating Resort, Kuantan.
sape yang penah g @ memang orang sane. taw le kot tempatnye camne. :)

dah le. taknak celoteh lelame. layan kan jela. tak banyak tapi bisa mengimbau kenangan.
sebelom tu aku nak bagitaw. memang penuh gambo aku je menepek.
dah nama pon blog aku...!! hahaha


sapa cun..?? yang pegang bendera jawapannya.. :)








batak..!!




 aku edit lebih kurang jela ye. sebab tengah gegeh tahan kencim. hihi jangan marah noo..!!
ni gambo group aku. kumpulan KHANCIL.
" kecil..kecil.. tapi mantopp..! "




 apa yang kita buat selepas ni. biar le penuh ber'integriti' ye. bukan 'integrasi'.
- salam 1 induksi -





 


Thursday, May 5, 2011

" TOKEY MADU "





 sejak balik dari induksi.
aku rasa aku makin terkenal dengan gaya nama di atas..!!

T O K E Y   M A D U

gila kan. ni sume gara2 slot PENGUCAPAN AWAM..!!
sape yang penah g induksi taw le slot ni. macam2 tajuk ade. ikot kretiviti la.
dah nama pon tajuk bebas. so suka hati aku la nak wat tajuk apa pon.
aku punya la gigih search kat intenet tajuk yang sesuai.

aku ingat tajuk aku tu okey la kan. memang okey pon.
siap diberi pengiktirafan lagi. malas nak poyo kan diri so taknak citer.
haha. abaikan isu tu ye.

memang tajuk yang aku bawa tu beri kesan yang mendalam pada aku..
dan jugak kawan2 induksi sekalian. haiishh. memang berbaloi la jenama MADU tu terpahat kat aku..!!
dengan tagline
"SUAMI POWER.. ISTERI MANTOP.."

haa.. amek. lastly padan muka aku.
tak pasal2 jadi siulan budak2 induksi sume. naseb badan le kan.
dan yang pasti. aku rasa aku ni dah macam Pooh Bear.



dengan saiz aku yang agak rare. memang kena la kot bear tu dengan aku.
tapi aku tak pasti sampai bila benda ni akan jadi siulan.
mungkin kah akan dilupakan @ berterusan selamanya.
harap korang lupe la eh..! malu kan aku jela..

sebab kalu sebut nama aku mesti akan ada kesinambungan Tokey Madu
di belakangnya. issh. tak paham betoi la aku. dah abes induksi pon maseh diperkatakan.
btw..lantak korang la. asalkan korang tak lupa aku dah le ye. hehe.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 walaupon pada awalnya aku tak suka nak g induksi.
tapi bila dah disana.. aku rasa okey.
rupenye induksi ni tak le teruk sangat seperti yang aku pikirkan.
semoga persahabatan yang terjalin akan berkekalan.






 


Wednesday, April 6, 2011

Blog aku berehat lama.. Jangan lupakan aku ye..!!




Assalamualaikum.

Entri pemula untuk arini. mungkin gak yang terakhir.
Esok aku nak berangkat dah. naik bus 11.30pagi kat Dewan Mahfuz, KKR.
arini aku ingat nak half day. saje nak balik awal. nak re-check balik senarai barang keperluan.

selama 2minggu aku akan bertapa kat Suria Cherating Resort. lama kan.
jangan lupa aku ye kawan2. ingat aku setiap kali blogwalking kat sini.
aku abes induksi 19hb tapi aku amek cuti tambahan pastu.

maknanya kawan2 sume akan jumpa aku lagi pada 25hb.
hari gaji tu. hihi. wah boleh shopping. pade kawan2 yang dok area Bangsar ni.
meh le datang jumpe aku kat Midvalley. kang aku blanje cekodet singgit. hihi.

rindu2 la kat aku eh. sepanjang aku takde ni. jangan le ngata kat aku ke hape.
kalu nak komen. pls drops yang cute2 je. jangan melucah cam Rex tu.
 pada jiran sebelah kerusi, Saza. ko jangan bako plak kerusi meja aku ni.
kang merempat plak aku balik kang.

hurm... aku g induksi bukan sorang2 taw. aku g dengan Shah, Rex, Nik n Suzie.
Suzie baru je dapat taw 2hari lepas. walaupon ade kawan2 dari sini.
tapi aku tetap akan cari kawan2 baru. kang senang nak berjimba kalu sesat mane2.
tu pentingnye kawan ramai. kan.. kan.. kan..

semalam aku de amek gambo beg Akademi Fantasia + barang2 yang aku wak.
En. Boo Boo cakap dah macam nak dok sebulan.
kalah student AF yang tersingkir. hehe. tapi maaf ye. aku tertinggal camera dalam kete.
" i'm sorryyy... "

 okey la. semoga sume orang sihat2 belaka. jangan nakal2. buat keje yang berpekdah sikit ye.
nanti balik. aku citer pasal kisah2 aku sepanjang kursus 'menguruskan' badan.
wahh..!! kurus ke.. ?? ala tengok jela nanti k.. kalu tak kurus pon. wat le nampak cam kurus.
 
 
 

** eee.. tak sabo nak tunggu 19hb.. nak je cepat abes induksi.. hoho
even mula pon blom. ! =)








 


Monday, April 4, 2011

Pagi Yang Suam-suam Kuku




assalamualaikum
pagi ni aku malas sangat. even aku dah cuti ari Jumaat aritu. tp aku still malas.
mood yang tak keruan.
pakai baju pink tapi henbeg merah pastu kasut itam.

stat malam Jumaat. family dari kampong datang.
aku masak n wat kek kat adik sempena beday adik on 31 March.
tapi cian adik. adik kene kayap yang teruk kat muke.

so adik tak dapat makan kek yang ade telor tu.
ari Sabtu pagi pas sarapan. kami sume bertolak ke Rembau.
nak amek ayang. pastu mak n abah nak g kenduri anak angkat diorang kat Linggi.

mase on d way balik, abah singgah umah makcu kat Port Klang.
stay sampai lewat petang pastu balik umah kami.
balik tu aku malas sangat nak masak sebab sume dah penat.
aku suh En. Boo Boo beli roti canai je.

Ari Ahad. sembang 1 family. bincang pasal  keje kawen angah.
dalam kol11 gerak g umah ucu kat Rawang. sembang2.
balik n anta ayang kat komuter. terus balik umah.

masak lebih kurang. makan.
mak abah balik. dalam 5.30 camtu.
aku kemas umah. En. Boo Boo dok depan tv bace paper tanpa rase bersalah.

malam tadi aku tak iron baju pon. tgk tv pastu bulp awal. sangat awal.
takde nak tgk citer ape2 pon. rase tak larat sangat.
tapi kali ni time mak balik. aku rase sedih. mungkin sebab aku nak kene g induksi kot.

pagi ni. pakai je ape yang ade dalam almari. sungguh malas.
mood memang takde. gambo pon takde. sejak aku nak kene g induksi.
aku rase idop aku dah tak keruan. haih.







 


Wednesday, March 30, 2011

aku akan pergi......




7-19 April 2011


blog aku akan senyap .. sepi ..
takde khabar berita. takde menu yang wat korang meleleh air lior.
takde kisah aku n En. Boo Boo.

aku akan pergi bertapa kat

SURIA CHERATING RESORT, KUANTAN.

tapi sayang... tanpa En. Boo Boo.

gundahnya hati aku. bile aku sendiri yang pegang surat induksi yang aku amek dari atas.
maknanya sudah ada itam putih yang mengesahkan pemergian aku..
sakitnya aku rasa. sayu hati aku mengenangkan En. Boo Boo.


rindukah En. Boo Boo pada aku ..??

laparkah die tanpa masakan dari air tangan aku ..??

sepikah die bile balik kerja tanpa dengar suara aku ..??

 sejukkah die tanpa aku disebelah sebagai bantal pelok ...??


sesungguhnya aku akan rindu En. Boo Boo.






**tetibe aku sedey...camne nanti kalu aku rindu die..lame sangat 13 hari tu...
 T_____T




 


Monday, March 28, 2011

sah...memang sah..!!





SAH ... LAGI SAHIH ..!!

AKU KENA G INDUKSI ..

SELAMA 13 HARI.

SUNGGUH BUAT AKU TAK KERUAN .. !!!




 MAKNANYA TIADA ::

1)  EN. BOO BOO

2) TIDO YANG LENA

3) KESELESAAN

4) BLOGGING




pssst ... jiwa parah la aku camni..

 


Padah koje dengan "gomen"...adehh



aisshh.. aku dah susah hati. senak perot. lemas dada dah ni.
aku tak kompom lagi benda ni. tapi aku cuak gak la.
sapa tak cuak nak tinggal laki oooii.. 2minggu plak tu. nak kena g..

"I.N.D.U.K.S.I"

berchenta beb. lame tu. aku cume dengar khabar angin je ni.
dari ari Jumaat lagi aku dengar dah. pening kpala dah aku ni.
nak tinggal umah. tinggal En. Boo Boo. huhu serabut2.
kalu ikot date. dari 7 April - 19 April.
minggu depan je pon tapi surat tak sampai lagi. ngong betol la.

pagi ni datang opis. dah tambah citer lain yang wat aku makin serabut.
nak kene sedia baju putih segala. aku ingat g BTN @ Biro Tata Negara 
je yang kene pakai baju + shirt putih.
induksi pon kene gak. kalu tak pakai. die potong markah. lol.

aku paling susah ati part baju ni la. nak kena g wat. saiz aku dah maha pelik.
nak cari kat mana la ni tshirt putih ni. adehh. satu keje plak dah nak merayau cari.
baju kurung putih pon nak gak.. nak kene tempah plak. tapi tu takpe.
sepupu aku tukang jahit. dekat je umah die.
baju T ni yang aku susah nak cari ni. warna putih plak tu.
paling aku tak gemar. wat le itam ke. merah ke. boleh thn le gak.
ni putih. cittt.. tak rock langsong..!!

alahaiii .. bile banyak pikir. mule la aku lapar. makan jap.









 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...