Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label jasminHanisa. Show all posts
Showing posts with label jasminHanisa. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Rezeki dari Allah :)





Alhamdulillah. diberi kelapangan untuk menaip lagi. 
lama sungguh tak menulis, merapu kat sini.
rasa jiwa tu kembali muda bile datang 'sini'.. 
bukan muda dari segi umur je taw. muda dari segi pengetahuan pon boleh.
:)) :))
aku sekarang dah masuk semester 4 kat UTM Space. nak kata cepat pon iye, nak kata lambat pon iye.
tapi aku tak sangka la aku boleh melangkah sejauh ni tanpa ada paper yang repeat, syukur!
harap untuk semester yang seterusnya aku tak perlu repeat etc. aminn



aku rasa ni gambar aku yang latest. nak jugak mentioned. hurmm :p
penuhkan kiri kanan depan belakang dengan anak2. supaya tak nampak segala lelebih.
motif sangatttt tercapai!
aku letak gambar ni di FB dengan caption 
Anak-anak..
Bukan sorang tapi.............4!
Alhamdulillah.

Ramai tanya mana lagi sorang, siap ada yang personal pm and wasap.
kawan yang tak pernah like status/gambar aku yang sebelum ni pon ada yang like.
mengandung dah ke? tahniah!
mungkin 'orang istimewa' macam kami suami isteri ni memang sentiasa jadi tumpuan kot.
takpon kawan2 ambil berat. syukur la kalau begitu. bahagia ada kawan2 sebegitu.
hampir tahun kelima, aku tak pertikaikan pon ujian Allah tu.
Hak kami ada cuma lambat dan cepat ja. Im ok!
tak rasa terlebih dan terkurang setakat ni. Alhamdulillah.
semuanya perfect! 

takda anak tapi suami still sayang tau.
tak mengandung still dilayan bak puteri.
tak morning sickness pon still dapat hadiah.
jadi kat mana lagi yang kurang? Allah tu kan dah atur sebaik baiknya.
Yang paling paling faham, membantu, mengalah, pembakar semngat cuma suami.
aku nak dia sampai bila bila...aminn

Berbalik pada gambar tu,aku melawat kawan aku masa sem break 2minggu lepas.
Presint 18 Putrajaya je pon. Anak dia dah 3orang. Baby lagi kan, taknak la bagi tatapan umum sangat.
baju Mickey Mouse biru tu, Jasmin anak buah aku. makanya jadi la berempat!
aku bukan salah kira pon. tapi aku tak explain pon kat FB tu, malas. . .
doakan jela yang baik baik untuk kami berdua.
 kurang tak semestinya tak bahagia dan lebih tak semestinya gembira. :)
hak kita semua Allah dah bagi sama rata. :))










Wednesday, May 22, 2013

Pendidikan awal si comel :)

 
 
dah besar. dah boleh berjalan. dah pandai agah kita balik.
orang tua2 cakap. dari anak sekecil Jasmin ni la kita nak kena bentuk.
bentuk segala benda dari segi tingkah laku, pergaulan dengan orang luar, cara bercakap.
nows Jasmin dah 10bulan. gigi sebatang pon belum ada. bila sengih, gelak etc, gusi je Nampak.
tapi still syooomeell la kan.
 
bercakap tentang cara mengajar anak ni, aku tak le pandai tapi sebab aku anak sulung so
boleh Nampak cara mak abah ajar adik2 dulu. bab yang paling ketara sekali aku Nampak dan cukup mak titik beratkan adalah ketika sembahyang.
mak abah cukup pantang kalau adik2 kacau ketika tengah sembahyang.
maksudnya adik2 walaupon kecik lagi dan tak faham tapi akan di biar duduk di tepi dan tugas aku sebagai kakak adalah memastikan adik tengok je tanpa mengacau.
kalau aku leka dan adik terlepas, lepas tu aku yang kena marah. tapi jarang la kot jadi macam tu.
 
walaupon cuma budak2 tapi kadang2 mereka akan faham kalau kita terangkan. budak2 paling dekat dengan aku sekarang pastilah Jasmin kan. . setakat ni belum pernah lagi kalau kami sembahyang dan dia mengacau. kacau kat sini maksudnya macam tarik telekung, duduk atas riba, golek2 atas sejadah.
setakat ni belum lagi la dia buat perangai macam tu. paling kronik pon, cuma berdiri kat tepi dan sengih pada kita macam kat atas tu. okey time ni, kita pon rasa nak sengih sekali bila tengok budak kecil sengih2 camtu. dah la takde gigi. kelakar sangat!
 
lucu tu memang la lucu tapi selalunya bila dah abes sembahyang, kami akan tangkap dia dan cakap. kenapa kacau aunty long sembahyang.? kenapa kacau paklong.? walaupon kita cakap biasa2 je tapi selalu kita bagitaw dan terangkan. insyaAllah budak2 akan faham. lagipon tak manis la kan kalau kita bawa anak kita ke rumah saudara ke, masjid dan sebagainya, anak kita buat perangai. menjerit2, bising ketika orang lain tengah sembahyang. nanti orang cakap tak pandai jaga anak pulak kan. . . so cara terbaik adalah kita didik anak dari rumah. tak perlu nak pukul2 budak tu bila dah besar nanti. jangan sebab sayang anak, kita biar dan pandang remeh setiap perangai mereka. aku takde pengalaman lagi dengan anak sendiri, setakat Jasmin yang aku jumpa seminggu sekali tu jela segala2nya. . semoga Jasmin jadi anak yang baik dan mendengar kata ye.
love. . aunty long :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, September 25, 2012

Coffee by Austin Chase


Malam minggu takde kerja.. Pergi cari ice blended kat Intermark!
Area Ampang..dekat dengan rumah Angah.
Sebab bawak baby  Jasmin kan. Susah la nak g KLCC.
Tempat yang sah2 ramai orang.
Pergi Great Eastern Mall pon Jasmin dah jerit bagai nak gila..!!
Tambah la kalau menapak kat KLCC..
silap2 Aunty Long dia yang tak selera nak makan..
Mmm.. Bukan ada apapon kat Intermark tu. Bosan.!
Tempat orang kaya2 kot..
Kita yang tak kaya ni.. Tengok jela..
Pergi tu pon sebab dapat voucher dari Austin Chase.
Kalau tidak.. Memang tak jejak la Austin Chase ni kan.
Heee..
Eh.. Tengok la gambar Jasmin dengan Aunty Long dia tu.
Spoil taw Jasmin ni. Bukan nak tengok camera..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 12, 2012

membesar...


Cepat je Jasmin Aunty Long ni cecah usia 2bulan..
Makin cerdik makin bulat!
Dah pandai senyum2.. Sembang2.. Gelak2..
Yang paling syok bila pandai tengok camera bila orang amek gambar dia.
Rasa jatuh hati tergolek2 bila tengok mata bulat budak kecik ni.
Sebenarnya tak sabar nak tunggu Jasmin datang umah Sabtu ni..
Bak kata En. Boo Boo..
"..menumpang kasih anak sedara!.."
Yola. Dah itu je ada.
Nak tumpang kasih pakwe angkat, nan hado!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, August 18, 2012

JEMPUTAN UNTUK SEMUA

 

ESOK DAH NAK RAYA KITA YE.
SELAMAT HARI RAYA. 
MAAF KALAU ADA KETELANJURAN KATA.

Untuk hari raya ke empat, aku ingin menjemput rakan rakan sekalian
bertandang ke rumah aku di kampung halaman nun.
kalau ada yang kebetulan lalu atau ke rumah sanak saudara.
semua boleh hadir. seikhlas hati aku menjemput.
untuk memeriahkan majlis Aqiqah baby Jasmin dan rumah terbuka sekaligus.
semoga dengan kegembiraan yang dikongsi bersama ni dapat mengeratkan
silaturrahim sesama kita.
majlis besar besaran sempena kelahiran cucu sulung ni.
jadi kalau nak tengok apa kelainannya, sila la datang ke rumah ye.
Jom kemas rumah. esok dah raya. yahoo.! :)


Wednesday, July 18, 2012

Salam Ramadhan 1433H



selamat berpuasa semua. . rasa bersemangat nak berpuasa tahun ni.
mungkin sebab eksited nak beraya dengan anak buah baru kot.
boleh ke baby Jasmine ni pakai baju kurung.?  macam ada saiz je kan. .
Hehehe.
untuk Ramadhan kali ni, kita sama2 berdoa untuk dimurahkan rezeki ye.
Rezeki untuk dikurniakan zuriat penyambung generasi.
marilah kita berusaha geng TTC sekalian.
*untuk bakar semangat sendiri jugak ni*

dan tahun ni agenda puasa aku berlainan sikit. ubah ikut kesesuaian la kan.
sebabnya, biarlah aku pendam dulu, malu nak cakap.
tapi misi utama, nak pakai baju kurung moden tu dengan selesa.
gila kot pakai baju kurung moden kain duyung dengan perut tersembul.
Hahaha. memang kompom Premium Beautiful yang dah berzaman 
dalam almari tu akan kembali berjasa. pandai2 la aku usahakan nanti.
sebenarnya baju raya tahun ni terkecik la.
isyh. . macam mana la boleh jadi camtu, kain murah kot, dah la warna cerah.
memang tak sesuai la kan kalau ketat.!
okey semua. selamat beramal di bulan yang mulia ni.
untuk Ramadhan yang pertama, aku akan sambut di kampung halaman.
lebih riang ria la dari tahun lepas kan.


Tuesday, July 10, 2012

Jasmin Hanisa


. . bunga yang bertakwa.
insyaALLAH. mudah mudahan begitu la hendaknya.
sekarang ni asyik nak cerita pasal anak buah je.
cewi betol la aku ni. Hahaha.
nak buat camna, dah takde anak sendiri lagi kan.
setakat ni, inilah racun dan penawar aunty Long.
aahh. . kelass aunty Long. Hihi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...