Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Wednesday, June 14, 2017

Apam Pisang Tanpa Telur


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk beramal di bulan Ramadhan. Kali ni nak tayang apam feveret mama tun. Suka betul mama tun buat apam ni sejak kawan dia bagi resepi.

Tun tengok resepi tu, gugel sket, rupa2nya resepi kak amie. hihi.. tun paling suka texture dia. ada kenyal2 sket :)

Rupa tak comey sgt sebab anak teruna amba nak masukkan dalam acuan.. hehe.. memang bila masuk dapur dia laa yg paling laju "alish wat.. alish wat".. bila kita nak cepat tu, nak marah jugak rasanya. Tapi layankan aje la. nanti bila dah besar sure rindu time camni.

Apam Pisang Tanpa Telur
Resepi: kak Amie
Sumber: Tun telani

Bahan-bahan:
1 cawan pisang yang masak ranum
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan jika suka

Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Letak separuh acuan, nanti dia naik.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Jika acuan lompang/kecil kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Bulan puasa tiap-tiap hari makan kuih manis. Jangan lupa lepas berbuka ambil lecithin/omega/herblax untuk buang lemak-lemak berlebihan 



Set ni nampak kecil tapi power tau!

Lecithin :
  • Bantu menghalang penyerapan lemak dari makanan yang kita makan. Juga bantu pecahkan lemak di dalam tubuh. Bonus: lecithin bantu penyerapan vitamin larut lemak ke dlm badan :)
Omega Guard:
  • kurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ sekitar pinggang (no more spare-tires!). Hasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan tingkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
Herblax:
  • kombinasi tumbuhan herba yang membantu tingkatkan proses pencernaan. membantu untuk bersihkan perut dan usus, dan buang toksin dari badan. Bantu atasi masalah sembelit secara lembut.

Kalau ada kawan2 yang nak try set kurus ni, roger tun ye! tq :)

eh.. lupa bg nombor tepon 019-9321450 wasap je, insyaAllah fast reply.


Wednesday, April 20, 2016

Apam Mentega lagii dan lagii ^^


Assalamualaikummm :)

Fuhh... 1st n3 in april.. saboo je laa.. dulu tiap2 hari mngadap blog.. siap kdg2 sehari 2-3 entry.. skrg xtau laa ke mana mood ber-blog pergi.. sekali sekala angin R tiup sepoi2 bahasa utk mengapdate.. huhu...

Sayang blog ni.. sbb blog ni jumpa ramai kawan2 baru.. jumpa akak2 GMM semua. dari alam maya  ke fb, ke laga2 pipi, siap kirim2 brg bagai.. seronok sgt zaman semua aktif berblogging.. sayu pulak rasa.. ceewahh... feeling pulak petang nih.. kih kih...


nway.. ulang lagi n3 apam mentega nih.. salah satu apam feveret tun, apam penyelamat bila xtau lgsg nk masak kuih apa utk hidang ke tetamu atau bw ke usrah. sbb insyaAllah bahan2 dia selalu ada je kat dapur.. 


first tun makan kat umah kak liza, blogger first yg tun jumpa masa tun ke kuching.. back in 2011.. wahh... lamaaa tu. cepat betul masa berlalu. sejak makan apam ni kat umah kak liza (dan dgn xmalu nyer tapau wat balik.. kih kih).. tun dh puluh2 kali kot buat apam ni.. haha.. tp xde la tiap2 kali upload kat blog kan. naik menyampah readers nnti.. hihi..
 

resepi ulang tayang utk menghidupkan blog. ahaks ^^

Apam Mentega
Resepi: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  • Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  • Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  • Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  • Perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  • Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  • Selamat Mencuba.......

Friday, July 26, 2013

16 Ramadhan 1434H: Apam Mentega.. senang dan x jemu dimakan


Assalamualaikumm... :)

Salam nuzul al-Qur'an... arini ada yg bercuti ye.. Sarawak x ambil cuti pun, 1st ramadhan pun x cuti. maybe sbb nk cover cuti hari Gawai 2 hari jd xleh cuti dh time ramadhan.. nuzul al-Qur'an ni, yg tun baca lah.. walaupun Malaysia sambut 17 Ramadhan, tp ada few pendapat tentang tarikh yg sebenar ye.. ramai juga yg berpendapat penurunan al-Qur'an ini adalah pada 24 ramadhan. Wallahua'lam, semua itu dibawah pengetahuan Allah. yg penting, sama2 kita berusaha mengikuti manual hidup yg agung ini. kalau sekecil2 benda yg kita guna pun ada manual, manual kehidupan manusia adalah al-Qur'an :)


tak berapa gelap pulak warna dia.. sekejap sgt masak gula

ok la.. kuih simple2 yg dh byk kali tun buat. tun suka mkn apam mentega nih.. dan suka buat sbb satu adunan dapat banyakkk.. siyes! kalau tun buat half adunan, dpt lebih 40bijik kuih dlm acuan lompang. hihi... sesuai la utk org2 yg busy tahap semput mcm tun nih.. hihi.. puasa2 ni makin bizi pulak.. apam mentega ni tun buat utk bawa ke uni semalam.. ada tadarus dgn students kt uni masa lunch hour. jd packing2 apam mentega ni utk diagihkan kt budak2 tu.

Apam Mentega
Resepi: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega

(B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  • Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  • Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  • Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  • Perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  • Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Tuesday, March 5, 2013

Apam Polkadot yg dh jadi corak2 lain.. hihi


Assalamualaikummmm :D

hihihi.. sape2 yg fren ngan tun sure perasan yg apam ni dh berzaman tun buat.. muahhaha.... tiba2 duk tenung2 gambar ni, rasa mcm x post lg kt blog. saje2 letak n3 sbb xnak blog bersawang..

Owh.. iklan GA dulu.. buat pertama kali tun buat GA.. sila2 join ye.. buka 2minggu sampai 17 Mac ye.. KLIK SINI. tq pada yg sporting dan berbaik hati dh letak n3 GA tun.. 


tun after lebih setahun duk tenun2 apam polkadot ni, baruuu laa dpt aura kerajinan nk membuat.. tun mmg spesis keras tangan x sgt malas nk wat kuih2 yg perlu perhatian lebih ni.. kalau blh campak2, semua pon nk campak2 je. hihi.... bila dh dpt kerjinan tu, tun stat dgn guna resepi apam feveret tun, apam marmar.. sah2 la kembang sejembak kan. hoho... 2nd time guna resepi yg di-claim sgt lembut dan kekal gebu.. tp bila tun buat, x menepati cita rasa.. :( huhu...

so, kali ke 4 kot, tun try resepi kak hana nih. ramai yg guna resepi ni.. alhamdulillah, byk2 resepi, yg ni paling puas hati ^^  tun buat 1/3 resepi je.. hihi

RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : kak.lilydvalley
olahan idea : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum - kurangkan sedikit jd 250g
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan sedikit 200g
  • 170 gm susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.
ni gaya pemalas nk mengedot.. lepas dh letak semua adunan dlm papercup (sudukan je), letak pewarna dlm belen adunan.. pastu guna chopstik je lakar2 atas apam.. hoho


Monday, February 20, 2012

Apam Marmar yg dh jd puteri ayu ;p


Assalamualaikum...

kembali lg after 2hari berehat2. how's weekend? tun biasa la, sabtu hari utk ber-groceries, ahad hari utk ber-usrah. kdg2 time weekend juga masa utk mkn kt luar. tp jarang2 la, sbb tun ni jenis yg cerewet makan, bila mkn kt kedai mula laa ada je yg x puas hati. lagi2 makanan kt luar tu biasa byk letak ajinomoto, kalau mcm tun yg membesar tanpa ajinomoto nih, mmg bila terkena tok aji byk2 tu buleh jd pening. msk sendiri lg bagus kan, terjamin kebersihan dan ke-halal-an dia /XD

ok laa.. back to the kuih. apam marmar kegemaran tun. mmg suka mkn apam ni. dh lama buat. masa duk bz2 n x apdate blog aritu. bz2 pun bila terasa nk mkn kuih, kene gi godek2 jugak kt dapur kn. hihi.. mmg senang buat apam ni, lagi2 bila ada stand-mixer. campak semua bahan, pastu biar mixer tu pukul smp kembang. sambil2 tu buleh la basuh pinggan-mangkuk yg penuh dlm sinki tu, kemas2 rak barang2 dapur yg duk sepah tu. lepas 2-3 minit, nmpk adunan dh putih gebu, blh kaler2 n kukus. senang kan :) sbb tun suka rasa masin kelapa tu lawan dgn manis apam, tun wat ala2 puteri ayu. tp lupa pulak nk letak tepung sket dlm kelapa tu, jd dia x terbentuk elok. xpe la, sedap jugak.


Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan puteri ayu

  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. 

Tuesday, January 10, 2012

Steamed Pumpkin Muffins



Assalamualaikum~~

morningg!!! pagi ni cuaca sejukk je.. tapi x hujan, cuma nmpk mendung. bila sejuk2 ni mula la rasa mcm nk tido, tp berusaha utk tidak menidurkan diri. steamed pumpkin muffins ni tun buat 2 hari lepas dah. nama nyer mapin, tp bila kukus rasa dia mcm apam. saje2 defrostkan pumpkin yg tun dh puree, pastu xtau nk buat ape. rasa mcm dh lama x mengukus, tun pun gugel 'pumpkin + steamed', dan keluar la resepi wendy nih. resepi ni dh lama tun usha2, awal tahun lepas lagi wendy buat, tp time tu xde stok labu.

patutnya muffin ni mekar ye. tp sbb tun maleh nk alas ngan paper cup, dia malu nk senyum. hihi.. rasa lemak2 manis, sedap! tp hasben tun ckp kalau ada filling lagi sedap. maleh la tun nk tambah2 gula dan lemak dlm badan, so wat plain je. kalau nk wat filling kene wat jem labu kot. hehe..

wat kecik2 dpt banyak jugak
Steamed Pumpkin Muffins
Adapted from Aunty Yochana
Source: wendy 
Yields12 steamed muffins (I used egg tart pans)

125gm steamed pumpkin flesh
1 egg
120gm sugar
100gm evaporated milk or coconut milk (tun letak 50 g milk, 50g santan)
30gm corn oil

180gm cake flour
20gm rice flour
1.5tsp baking powder

1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.

Monday, October 24, 2011

Apam Mentega yg tak jemu di makan..


Assalamualaikummm~~~

kembali ke dapur maya selepas berehat sepanjang weekend.. biasa laa, bila weekend mmg ada byk agenda. apam ni me wat utk bekal ke usrah semalam.. (finally! buat jugak akhirnya.. haha.. resepi dh nearly 2 tahun rasanya.. kui kui...). memang sedap, kalau kecik2 tu, sebijik2 sebijik masuk mulut.. haha.. jadi, beware, kalau x ramai tukang makan, sila wat separuh atau suku adunan untuk menyelamatkan ukuran pinggang dan berat anda.. hahaha.. me wat separuh adunan. tu pun dpt banyak..

me pun xtau la kenapa susah betul me nk buat apam nih.. duk tangguh2 je. sampai laa masa makan kat umah kak lieza (refer SINI).. fuhh.. memang xleh berenti makan. haha.. nasib baik time tu kak lieza bg tapau.. kalau x, xlena tido agaknye teringat kat apam mentega.. kui kui..




Jom tengok resepi.. resepi dr kak Sofea. kak pia juga dh share kr myresepi. ramai dh cuba.. kalau berjaya nnti tun hantar laporan ye.. (sejak 2 menjak dia susah nk send laporan kat myr, tunggu loading dgn lamanya pastu error :/ )


Apam Mentega
Sumber: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......

Monday, October 17, 2011

Apam Marmar yg sedap sangat!



Assalamualaikumm~~~

ni resepi apam yg paling paling2 tun suka.. ha, brp byk paling tu, mmg sedap betul la ni bagi tu.n. rasa dia moist dan lemak2.. sangat sedap!! ni tun wat utk jamuan kt opis my laling (zaman bila ntah.. haha.. gambo dh nk berkulat dlm folder nih haa). ye la, tuan umah x berapa nk msk dapur 2-3hari ni kan, nasib baik la ada sikit menu2 dlm folder yg x tayang lagi.

nway, ni mmg apam feveret. tun wat berulang2 kali.sbb senang sgt nk buat. masa bulan puasa buat utk bg kt umah bos my laling, pastu buat lagi utk bg kat akak yg tolong hntr ke airport, pastu buat utk program daurah. tiap2 kali pun mesti org ckp sedap.. yg tukang buat ni pun, sambil duk potong dan susun2 atas pinggan tu, sambil2 suap dlm mulut. xsedar diri lemak2 duk terkumpul. huhu... kalau tgk yg CMG buat, guna loyang yg ada lubang kt tengah tu, tun xde, so guna yg segiempat tu, maybe sbb tu dia merekah kot. x kisah laa, kdg2 ada org suka dia merekah, jd mcm apam mekar kan. hihi.. 

byk kali buat, ni baru nk share resepi.. resepi ni dr indonesia, tp xtau la sumber asal dia dr majalah je apa ke.. tq CMG yg share kt myresepi.

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna loyang 7x7"


  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
Cara2:

  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Wednesday, June 15, 2011

Apam Pisang Tanpa Telur dan Minyak

wat
Assalamualaikummmm~~~~~~~~~~~

hahaha.. tgh2 malam baru nk mengapdate.. me buat2 bz sepanjang hari.. hihi... pastu mlm bila nk up-date my laling ajak gi bandar lak.. weee~~~ jarang dpt peluang gi shopping weekdays nih. so me dgn excited nyer meng-iron baju. gi kejap je pon, beli brg yg urgent.

ni apam ptg td. me duk terasa mcm nk mkn apam, tp virus M menular dgn jayanyer.. semua resepi yg me tgk rasa mcm susah je.. huhu.. teruk sungguh.. padahal bkn susah ape nyer, cuma majority kene timbang2.. maleh betul nk timbang2 nih.. pastu tgh duk malas2 tu, tertengok laa kak izah duk tayang apam ni. haaa, semua guna cawan ngan sudu.. bagus2.. x sampai 10 minit me dh masuk dapur mengerjakan apam nih.. n xsampai setengah jam after me baca kak izah nyer post, me dh menguyah apam di depan lappy.. hahahahha... best, kan? ;p tp x terasa bersalah makan apam nii, sbb low kalori.. hihi...

ok laa.. xnk mengarut panjang2. me copy kt sini resepi dia..


Apam Pisang Tanpa Telur dan Minyak
Sumber: kak Fida@myr
Sumber: Kak Mas, Kak Izah

Bahan :

  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula) - Mas kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan gula halus tu <- tun letak 1 c gula perang
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
  • 4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat <- tun letak 1/2c susu
  • 1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh ) <- tun x letak
Cara membuatnya :
  1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
  3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.
makan dgn kelapa parut byk2 lagi best ^^

Monday, May 23, 2011

Apam Pisang Coklat

Assalamualaikum ^^

Semalam x sempat nk meletak n3. pagi me gi dengar kuliah kat Kidurong, ada perbentangan hadith 40. walaupun dh byk kali dgr hadith niat ni, tp bagus jugak refresh2 memori =) pastu ada halaqah. gembira jumpa kawan2 baru.. weee~~ me dh ada kawan kt Bintulu ni.. hepi! hepi! ^^ tq my laling yg contact2 kawan2 dia utk cari kawan2 kt me.. hihi.. semua cikgu2 yg di posting ke sini. me sorg je bukan cikgu.. haha.. nasib baik penah jd teacher setahun pas grad, blh gak sembang kencang. kui kui..

pastu lunch gi mkn kt luar. me mmg x berapa suka mkn kt luar nih. tp dh lewat sgt, so mkn je la kt luar.. me order ayam paprik. me selalu order nasi goreng ayam paprik kalau xde makanan yg me berkenan kt kedai tu, sbb me tahu paprik sgt senang wat wat. just tambah2 sos ngan serai+daun limau purut. so chances utk x sedap tu kurang laa.. tp bila sampai makanan, sgt disappointed! daun limau purut xde, serai pun xde. dan sgt x sedap =( tertekan betol... siap sebu perut lg bila mkn. me bila perut rasa semacam mmg xleh wat keje dah.. blk umah tu tido je. nway, moral dia, makan laa dirumah. masak sendiri lg best. betol x?

nway, ni me wat utk gi halaqah semalam.. pas solat subuh godek2 apam ni.. me usha semua resepi apam kak anna, berkenan kat yg ni.. hihi.. nasib baik ada pisang lg dlm fridge. me mmg biasa beli setandan, pastu yg x hbs guna me frozen kan. so tahan lama, n tak perlu marathon resepi pisang sbb nk habiskn pisang.. =)

tp kan, tgk laa apam me nih.. me dgn harapan yg menggunung tinggi mengharap dia kembang mekar. bukak api plg besar masa kukus.. dh siap tengok2 sumbing lak senyum dia.. *kuciwa* huhu.. naik kembang dgn hebatnya, tp sebelah je. tu yg jd senget2 tuh. haha.. tp kan, walaupun rupanya sedikit cacat, tp sedap.. me sgt suka ^^ kuar2 dr kukusan terus makan 2bijik! haha..

apam with lopsided smile.. huhu

me salin resepi dia kt sini, ye =)

Apam Pisang Coklat
Sumber: kak Anna Qawina, kak Ros JM
-menghasilkan 10 biji apam (acuan apam saiz biasa)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
  • 3 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya

1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder. -> tun ayak tepung, baking soda, baking powder, dan serbuk koko

2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.

3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


tengok tuu.. semua pakat kembang sebelah2 je..

Tuesday, May 17, 2011

Apam Pelangi


Assalamualaikum ^^

wahh.. terasa lama x update blog. my laling bw kamera gi opis, amik gmbr defect kt bangunan rasanya. me try amik gmbr ngan hp, semua nmpk teruk.. kui kui... nk kata hp cap ayam pun x jugak. maybe sbb dh lama kot hp ni, kamera dia dh x elok. hp SE me ni dh kat nk 3tahun umur dia. skrg semua duk nk pakai blueberry laa blackberry laa.. me nyer blueberry dlm peti ais.. hihi.. asal blh pakai tepon ngan msg, kn =) x baik membazir, byk lg mende blh beli.. baik beli mapin tray ke, microwave ke, breadmaker ke. ye x?? ni kata-kata org yg gila masak shj ye..

nway, td me wat apam ^^ baru je kerat2 nih.. comey x? comey x?? sila kata comey ye.. me sgt berbangga kejadian apam ni yg byk layer.. kui kui... tau2 je laa kan, tangan keras cam kayu, kalau blh nk tuang je semua dlm tu pastu kacau2.. hihi...

apam ni me wat sbb nk kasi kt pakcik2 jaga kt sini. sbb kawasan ni dikelilingi hutan belantara kan, pastu pulak x ramai org. mlm2 ada 9 org pak guard ronda2 smp pagi. masa letrik xde mlm aritu, selang 2-3 minit dieorg ronda2 depan umah ni. bagus x pak guard kt sini? time kasih ye pakcik2 semua.. walaupun ada yg xde rupa pakcik.. huhu..muda2 pak guard kt sini.. n sbb pak guard muda, my laling la yg gi kasi kuih kt dieorg ye, me tukang buat je.

sedap mkn apam ni, sambil minum air teh ngan tgk tv. hihi.. resepi me google td, me cari apam yg guna baking powder. kuar apam ni kt umah kak anim =).. kak anim pulak amik dr umah kak hana.. pastu me dh xtau dh link dia yg mana, huhu.. kak hana tulis resepi dia mcm resepi apam indon kt myr, tp me tgk sukatan dia xsama.. wallahua'lam..

Apam Pelangi
Sumber: kak anim, kak hana

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - Hana dan akak cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

sebelum dan selepas

Cara-cara :

  • Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yangg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis (atas loyang dh dh disapu minyak/margerin) sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

me x sapu minyak/glis, so dia agak melekat kt loyang.. huhu...


Monday, April 25, 2011

Apam Gula Melaka



Assalamualaikum ^^

n3 apam lagiiii... gara2 terliur nengok apam kak izah pagi td.. duk berkira2 nk wat talam sagu jugak, last2 berjaya mengawal nafsu, wat sejenis kuih je utk berbuka td.. hihi.. mmg x rugi cuba.. sedap sgt!! walaupun masa perap tu adunan xnaik smp 3 kaliganda (2kali ganda pun x, naik sikit je..sbb arini mendung kot..) tp tetap lembut.

ok lah, xnk ckp byk2 sbb nk gi BW. jarang dpt online 2 kali sehari nih. sementara line tenet sihat, baik gi jalan2 luaskan pandangan.. jln2 msk blog org laa maknanyer.. hihi..

resepi terliur kt dapur kak izah, tp me cnp terus dr cheiza@myr, tq ye =)

Bahan-bahan ( satu family )
  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara
  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Apam Gandum


Assalamualaikum!!!!!!

pagi2 dh ngadap lappy... erk, dh nk tengahari ek? nmpk ngat bgn lambat.. eh, xde laa lmbt sgt, dh siap nyapu ngan basuh kain dh ni... suke nyer jd housewife nihh.. sila abaikan journal2 yg bersepah disekaliling dan thesis yg xsiap lagi. nway, arini bkn sengaja nk bgn lambat, mlm td dh tdo awal dh sbb nk bgn sahur, ni kes xabih ganti pose lagi nih, haha.. pastu tgh2 duk best tido, tiba2 black-out.. ko 1 lbh dh time tu, terbangun sbb tepon bunyi, kwn me yg duk blok sblh tepon sbb takut dia duk sorg2. gelap gelita sbb satu adtec ni black-out. nmpk pakguard duk pusing2 naik moto 2-3 org.. ye laa, dh gelap2 nih takut gak ada apa2 kan.. dh laa ni kawasan hutan belantara. bila dh terjaga tu, susah laa nk tdo, dgn panas sbb kipas xjalan.. lama jugak xde letrik smlm, bila dh ada letrik baru laa blh tido. bgn sahur pun dh ko 440, kt sini subuh ko 5.06 arini. nasib baik me dh siap msk awal2 mlm td, so sempat laa sahur. pas subuh samb tido.. hehehe. jgn amalkan selalu ye, nnti rezeki mahal.. org tua2 yg ckp.. maknanya nnti rezeki susah nk dpt..

nway, smlm sempat BW 2-3 tmpt je, smp umah kak mas n kak ros tenet dh wat hal xleh nk hntr komen. sabo...sabo... nnti my laling ckp nk pasang streamyx.. yayyy!! sementara nunggu psg tu, kene laa byk2 bersabar dgn tenet yg putus2 nih.. kak haSue, ape lagi..jom streamyx! nnti sure xdok dh problem xnmpk gmbr yg tun letak.. hihi..

pg ni nk tayang apam gandum ^^ wat few days ago dh nih.. so dh abih ye kawan2. len kali wat lg. resepi yg sgt senang dan xperlu kos yg byk. kompom bhn ada kt dapur t
u =).. mmg nostalgia btol rasa dia.. masa kecik2 dulu selalu mkn kt kg nih.. org yg jual wat dlm loyang besar, pastu potong2. me wat dlm acuan kecik2 pastu letak kaler biar chomey ^^


resepi dr kak fida@myr.. tq akak. ada cara2 bergmbr kt sana.

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam
Cara2
  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
ps: me guna kelapa parut kering, campur sikit santan, garam dan air panas. masak jap atas non-stick pan.

ni tgh duk jemur tgh panas..

ok laa.. nk gi BW.. muge2 tenet ni bertahan lama sket arini.