Showing posts with label pau. Show all posts
Showing posts with label pau. Show all posts

Monday, January 1, 2018

PAU LEMBUT GEBUS GEBAS



Assalamualaikummmm...

Happy New Yearrrr.. tahun ni tun berazam nak cuba update blog.. haha.. semoga mampu.

Pau buat lama dah nii.. 3 minggu lepas. Update kat FB je.. ni baru nk kopipes..

Memang sangat lebut dan gebus. Doh pun senang nak bentuk. Kukus pagi, simpan tupperware, petang masih lembut dan gebus.

Tun buat inti kacang merah dan kosong. Yang plain tu letak warna sikit dan pintal2. Hasha makan yang plain.
 
Uli Breadmaker je
 PAU LEMBUT GEBUS GEBAS
Sumber: kak yatie
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk garam
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis (sepeket Mauripan)
  • 1 sb gula
  • 2 sb susu pekat manis
  • 1 biji telur

Cara-cara:

Masukkan yis dan sedikit tepung dalam air. Tunggu hingga berbuih. Ini nak pastikan yis tu hidup, supaya tak membazir nanti.
Satukan semua bahan. Uli hingga licin dan tak melekat di tangan.
(Tun guna BM setting doh 14minit, uli 2kali)
Biarkan hingga doh kembang dalam 5-10 minit. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Uli kejap.
Ambil sedikit doh, letak inti kegemaran.
Biarkan naik 2 kali ganda.
Sebelum kukus, pastikan air kukusan dah mendidih. Kukus pau selama 7-10 minit.

bulat-bulatkan inti duluu

isi dlm pau

susun atas alas cupcake

kembang blh kukus


🔽🔽🔽

Untuk frozenkan pau, dh kukus. sejukkan dulu. Pastu susun atas dulang. Frozenkan sampai keras sebelum masukkan dalam plastik. InsyaAllah tak melekat.

Kukus pau frozen dalam 5 minit. Selamat mencuba tauu 😊


dah keras baru masuk plastik







Tuesday, September 24, 2013

Rose Pau


Assalamualaikummm /XD

Alhamdulillah.. berjaya juga update blog arini. dh akhir bulan 9, baru beberapa n3 yg berjaya di tulis. mmg perlu pergi seminar pengurusan masa rasanya nih.. huhu... meja penuh ngan kerja2 students yg perlu di mark. alhamdulillah, minggu ni dh stat study week, jd bila xde kuliah ni, blh la buat operasi 'bersihkan' meja dr kerja2 yg berkaitan yg student nih.. insyaAllah blh fokus kt my phd research. doakan tun rajin dan dpt byk idea ye :)

weekend aritu pergi tido umah mel@melinblossom. seronok sgt! 1st time yu, tido umah geng blogger. mmg dunia tanpa sempadan skrg kan. terasa rendah diri pulak tgk umah mel yg besar, umah kita kecik je.. huhu.. jeles tang byk tanah dan mcm2 pokok ada kt keliling umah tu. agak2 Sime Darby perlu researcher x ye? nnti habis phd nk mintak keje ngan sime darby lah, blh duk umah besar ngan ada org gaji. hihi... :P tq mel for the hospitality. mcm2 mel masak, len kali tun dtg bawa perot lg ye.. hihi... sbb dua2 tuan blog spesis yg x tayang muka kt blog, jd xde la nk letak gambo yg di ambil kan.. 


ok laa. panjang benor n3.. into pau x buat lagi nih... org len dh berzaman tayang pau cantik nih.. tun baru nk buat.. tu pon sbb kawan tun kasi video org wat 'roti bunga' kt FB.  jd berusaha untuk merajinkan diri buat.. sbb tun dh selesa dgn resepi pau lembut tu, jd tun guna resepi tu je untuk buat pau nih.. resepi kat SINI dan SINI . cuma tun letak sikit red colouring kasi cantik..

yg ni terkeluar pulak inti dia.. tp mcm lawa la pulak jd nyer.. hihi
untuk cara2 buat bunga tu, blh refer video 'Roti Bunga' kat facebook nih, or dr page Wendy dan kak Ita :D


Saturday, January 26, 2013

Pau Lembut



Assalamualaikumm~~~

selamat berhujung minggu semua :) arini my laling ke miri, so duk umah sorang2 dgn bosannya. xtau lg nk wat ape sepanjang hari. kalu mmg xde apa nk buat, terpaksa study je la. owh well.. at least dpt siapkan few lecture notes pun jadi la dr xwat ape2 kan.. kesian pulak kt diri sendiri selalu kebosanan. huhu..

tun masih xdpt mencari solution utk problem xleh komen kat EMBEDED komen. gugel2 mmg ada yg kene problem yg sama, tp semua org pun xtau solution dia. hopefully lama2 nnti ok la.


lembut dan gebu!


nway, pau ni dh buat minggu lepas ye. lama x buat pau, sampai encik laling  kasi hint nk mkn pau. so mnguli la dgn jayanya. satu adunan ni dpt 10 bijik je kalu besar, kalu wat kecik2 sket dpt dlm 15 bijik. buat 1st time tu, habis dgn cepatnya. hehe.. so esoknya wat lg 2 adunan, wat kecik2 blh simpan dlm freezer separuh. senang bila malas2 nk wat kuih, kukuskan je semula :)

setakat n, ni la resepi feveret tun. mmg senang dan lembut dan gebus dan tahan gebu walaupun sejuk. as long as yis tu hidup betul la. penah wat sekali yis mati, haha.. so check dulu yis tu hidup ke tak ye. campur air tepung sket, gula sket, tinggal few minutes, kalau buih2 tu, blh proceed wat pau. kalau x, sila tukar yis supaya pau xjadi makanan encik tong :p

Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)- tun guna gandum je
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.- tun hidupkan dulu yis dgn separuh air sedikit tepung dan sedikit gula
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

Thursday, May 10, 2012

Pau Lembut



Assalamualaikumm~~~

morningg!!!! :D mengepau lagi.. arini malas sket, so x menyapu umah lg dh duk ngadap lappy.. insyaAllah pasni gi mengemas umah. arini kene kuar ke bandar sbb nk gi pos office hntr borang yg supervisor tun mintak isi.

pau ni tun wat hari apa ye. isnin kot.. pau lembut resepi kak ton lagi.. mmg dh jadi resepi feveret nih.. percaya tak, tun kukus pagi isnin, ptg tu lembut lagi walapupun tun x panaskan.. pastu tun saje2 simpan sebijik dlm bekas, mkn bekfes esok tu.. lembut dan gebu walaupun sejuk2! kagum tun.. siap berbangga2 dgn my laling betapa sedapnya pau yg tun buat. hahhaha.... kali ni inti kacang je, tp pau ni rasa2nya kalau buat kosong xde inti pun tun blh makan dgn laju. erk... rasa2nya mcm tgh diet.. jgn risau.. diet jugak ni, bekfes pau sebijik je. yg penting x minum air manis.. minum teh O tanpa gula skrg ni tau, kagum x? :P


Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: kak anymz, kak liza, kak hana
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

Tuesday, May 1, 2012

Pau Jane



Assalamualaikum...

pau ni buat last week jugak.. hihi.. sempena menyambut kepulangan my laling jugak.. hihi.. marathon memasak dgn hebatnya. skrg ni stop dulu kuih-muih ni sbb tgh diet. ada lg 3 bijik tgh frozen dlm peti tu, nnti dh kurus sket baru blh defrost. haha.. xtau la zaman bila tu. blh wat experiment berapa lama tahan homemade pau dlm peti ;P

pau ni sedap jugak, cuma x selembut pau lembut dan pau kastad yg tun buat sebelum ni. maybe kene lebihkan yis dan kurangkan baking powder, sbb texture dia byk dipengaruhi baking powder. tun letak inti sardin, sebab my laling cintakan inti sardin, pastu tun buat yg xde inti, tp letak coklat rice utk diri sendiri sbb tun mmg xleh nak telan inti sardin tu. pau tun kedut2 sket.. hehe.. terlebih kukus kot.
inti sardin
letak choc rice

PAU

Resepi: Jane Chew
Terjemahan : kak ika 
Sumber: kak Q

Bahan A
  • 300g Tepung Hong Kong - guna tepung gandum
  • 150g Susu - Q dan tun letak 1 sb susu tepung + guna 150g air
  • 50g Gula caster - letak 1 sb je
  • 1 1/2 Tbs Shortening -2 sb olive oil
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam
 Bahan B
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air - xde double acting, letak baking powder biasa, xcampur air

Bahan2 Inti - letak inti sardin
  • 480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.


Cara2:
  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam). 
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. - tun campur semua bahan dlm BM
    Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g. 
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

Wednesday, April 18, 2012

Pau Kastad


Assalamualaikumm~~~

:D akhirnya berjaya jugak tun tayang pau diraja nih. pg semalam nmpk kak madihaa tayang, terus berkenan di hati. maklum laa skrg ni musim gila menge-pau pulak.. b4 this bertubi2 meroti. lepas tu tamak pulak tu, nmpk mcm sikit je kalau buat satu adunan, so buat 2 adunan terus. hehe.. pau yg buat sblm ni pun still ada dlm peti tu. pasni kompom x muat dh fridge tu, penuh dgn kuih yg di frozenkan. haha..

tun buat ni ptg semalam.. ingatkan tun laa org 1st yg mencuba.. tup2 tgh tun duk proofing pau tun, tgk2 kak sheila dh siap makan n tayang pau kastad dia.. mmg tabik spring! pantas betul.. hasben tun kurang suka kalau inti kelapa, so tun buat inti kastad.. godek2 campur kastad+susu+vanilla+gula n sedikit marjerin. sesuka hati je resepinyer.. lupa nk sukat betul2. ada jugak yg inti kacang merah, lebihan inti pau sblm ni. pastu dh habis inti, tun wat pau kosong je. sedap makan sambil cicah teh O panas ^^

yg ni pau kosong ^^
resepi yg best ni kak madihaa tercipta dgn x sengaja. kaler kuning dia sgt cantik. xde la terasa sgt tepung kastad dia. cuma sgt berguna utk habiskan tepung kastad yg x luak2 sejak beli utk wat biskut raya thn lepas. haha... mari ramai2 buat pau kastad ni sblm tepung kastad expired! :P

kurang cantik sbb inti pun sama kaler.. tp sgt lembut! 

tq kak madiha n rahel for the recipe.. buat ptg smlm, ni tgh duk mengunyah, still lembut lg walaupun x dipanaskan..

Pau Kastard
Sumber : Pau Pulut Hitam - Rahel (dr majalah Sedap)
Olahan: kak Madihaa


Bahan:
  • 230g tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum aje) - tun pun guna tepung gandum
  • 50g tepung kastard
  • 2 sudu teh yis segera (mauripan)
  • 15g susu tepung
  • 50g gula kastor
  • 1 putih telur
  • 115ml air
  • 20g shortening
Cara2:
1.Campur tepung pau, tepung kastard, yis, susu tepong dan gula kastor. Gaul rata.
Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan adunan. Timbang masing-masing 30g (tun buat 40g). Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit & letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong bulat.
3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.4. Kukus selama 8 minit

Monday, April 16, 2012

Pau Lembut

gambo xde seni langsung.. huhu

Assalamualaikumm~~

tadi nmpk Q unnie tayang pau dia.. so tun pun x nak kalah.. nk tayang jugak laa pau yg tun buat semalam. hihi.. xde laa.. x baik dengki2 ni tau.. kebetulan semalam tun pun mengepau jugak. my laling ni tiba2 cakap nk makan pau inti sardin. tun mmg lemah sikit bab2 sardin ni. tun kurang gemo. kecuali laa kalau sekali sekala makan sambal sardin tu. sambal sardin tun pulak mmg lada n halia tu mmg lebih utk kaver rasa sardin. kalau inti2 yg ketara rasa sardin ni, mmg xlalu la. demi enchik laling ku terchenta, tun pun kejutkan laa BM yg baru nk berehat lepas menguli roti bertubi2 last week tu. sian dia.. jgn mogok sudah la ye wahai bibik ku sayang :D

tun godek2 dapur kak anym, dgn harapan nk cari resepi pau yg kawan kak anym tu. ntah apa nama dia.. tp x jumpa pulak yg tu. jumpa resepi pau lembut nih. bila tgk kat myresepi mmh dh ramai yg cuba, nmpk masing2 pun mengakui kelembutan pau nih. tun pun ape lagi.. terus menimbang2 tepung segala bagai dlm BM. lepas 3 jam.. tadaaa!!!!!!! pau yg lembut dan gebu.. mostly inti sardin, few inti kacang merah. mmg ada je inti kacang merah duk frozen dlm peti. biasa tun buat byk2 n frozenkan dlm bekas kecik2.


Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: kak anymz, kak liza, kak hana

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

Wednesday, November 30, 2011

Pau 3S



Assalamualaikumm~~

hari ni hari last dlm bulan november, esok dh masuk bulan terakhir 2011.. cepat betul masa berlalu.. dah dekat setahun rupa2nya tun menetap di bumi kenyalang ni. apa yg tun buat, tun pun x sure.. perlu selalu muhasabah supaya x sia2kan usia yg dipinjamkan Allah..

nway, pau ni buat utk minum petang semalam.. mula2 tgk kt dapur kak maz, pastu kak Q naik jet agaknyer skodeng resepi, pantas je dh buat.. hehe... ingat nk buat isnin aritu, tp berjaya buat inti je. pastu disibukkan dgn urusan dunia. huhu.. senang, sedap dan simple -> 3S.. mmg sangat simple resepi nih. bahan2 kompom ada kat dapur. nk buat pun kejap je. tun godek2 guna mixer, pastu proffkan jap, bulat2 isi inti, tunggu 10minit pastu kukus..  TAPIIII... ada tapi tu, pastikan letak air separuh dulu, pastu baru tambah air sikit2, sbb tun letak sedebuk semua air tu, pastu adunan tu terlembik dan melekat ditangan dgn hebatnya.. sbb tu la jd bentuk dinasor, sbb adunan dh terlembik jd sgt leceh nk bulatkan kecik2, tun wat beso2 terus.. hoho...

** update: kak maz dh betulkan sukatan air.. bukan 120, tp 110ml =) so kalau ikut sukatan ni iA x lembik dah.

pucat lesi inti. hehe.. tun x suka mkn manis, gula sikit je dlm inti
tun dapat 7 biji beso2.. 6 biji habis sekali hadap ngan enchik H (patut laa makin bam bam ;p) sebijik lg share ngan my laling mlm tu. sejuk2 pun still lembut. tq for the resepi, next time nk guna sukatan yg kak Q bagi kt bawah tu pulak..

PAU 3S
sumber: kak zana, kak Q

Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil) - tun wat saiz dinasor dpt 7 biji ;p
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.  -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit2 supaya x terlembik ye..

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.  - tun guna mixer mata cangkuk

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.

(nota dr kak Q: saya buat dua adunan dapat dlm 12 biji saiz sedang...tepung saya guna  500gm...lepas tu air dlm 270ml kot rasanya....doh saya..dia lembut....bila kita tumbuk2 lepas dia naik tu..doh cam melekat2 skit..jadiknya..saya lumur tgn dgn minyak skit bila nak bentuk kan pau tu...supaya senang nak bentuk kan dia....)