Showing posts with label On Media. Show all posts
Showing posts with label On Media. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Featured : KOSMO 21st Jun2 2013



SAAT melangkah masuk ke Sekoci's Craft House di Taman Kencana Indah, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor hasil kraf memenuhi segenap ruang.
Jika ruang tamunya dipenuhi bunga felt pelbagai warna, raknya pula disusun kemas dengan kain felt dan bunga tangan.
"Tempat ini merupakan lokasi khas untuk saya melakukan aktiviti kraf yang ditempah pelanggan.
"Pada waktu cuti, saya akan berada di sini seharian bagi menyiapkan tempahan kraf tangan terutamanya bunga tangan selain aksesori yang lain," kata pemilik premis tersebut, Norliza Samingon, 34.
Ibu kepada Ridwana Rif'iah Rafiq, 9, dan Muhammad Rizqin Rafiq, 4, itu mengakui dia bukanlah seorang yang mahir menjahit. Menurut Norliza, minatnya terhadap seni kraf felt berputik pada empat tahun lalu ketika hamil anak kedua.
Pada masa itu, Norliza sibuk mencari buku bayi yang bagus dan berkualiti dikenali sebagai buku busuk.
Norliza mendapati buku-buku bayi di pasaran agak mahal iaitu sekitar RM80 hingga RM85 sebuah. Bahkan, dia tidak menafikan untuk mencari buku tempahan khas juga agak sukar namun dia tetap mahukan sesuatu yang istimewa untuk permata hatinya itu.
"Saya mencari-cari di internet mengenai produk terkini dalam pasaran dan kemudian terjumpa tutorial secara talian yang menunjukkan cara-cara menjahit buku bayi. Ia memberikan idea kepada saya," jelasnya.
Selepas bersalin dan melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan untuk bayi, Norliza membawa muka surat buku yang belum siap untuk dijahit. Sementara menunggu giliran, Norliza mengisi masa dengan menghabiskan jahitan tersebut.
Tanpa disangka-sangka, 'aktiviti'nya itu mendapat perhatian daripada ibu bapa lain, lalu dia mula mendapat tempahan
Memandangkan tidak mempunyai mesin jahit dan melakukannya secara sendirian, Norliza tidak mampu memenuhi permintaan yang banyak.
Kewujudan buku bayi tersebut yang semakin meluas di pasaran membuatkan jurutera rangkaian ini mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza.
Sejak itu, Norliza semakin ligat membuat aksesori kanak-kanak seperti klip rambut, cekak rambut, rantai kunci, signage dan terkini ialah jambangan bunga tangan.
KAIN felt pelbagai warna yang digunakan untuk menghasilkan barangan kraf.


Fenomena felt
Pada bulan Mac 2011, dia mula berjinak-jinak menghasilkan bunga tangan felt. Namun, rezeki kurang menyebelahi kerana produk tersebut gagal dijual selama enam bulan.
"Kemudian, saya buat sesi fotografi bersama teman-teman di Taman Tasik Shah Alam, ambil gambar sendiri dan ketika itu ramai yang melihat apa yang kami lakukan," ceritanya mengimbas detik awal bertatih dalam bidang kraf felt.
Sungguhpun dia menjual bunga tangan felt pada harga yang lebih rendah daripada harga kos iaitu RM50, tiada sesiapa pun yang mahu membelinya.
Rasa kecewa yang terbuku di hatinya terubat selepas seorang pelanggan yang juga blogger memuat naik foto bunga tangan ciptaannya.
Kini di Malaysia, bunga tangan sudah menjadi satu fenomena. Masing-masing mahukan bunga tangan sendiri dan tidak mahu menyewa daripada butik pengantin.
"Bunga tangan ini mula mendapat perhatian ramai sekitar pertengahan tahun 2011.
"Saya sendiri mendapat inspirasi dan idea-idea menghasilkan bunga tangan ini dari luar negara," katanya yang melakukan promosi pengenalan bunga tangan di bazar-bazar, blog dan laman sosial Facebook.
Mereka yang mahukan bunga tangan felt Norliza perlu menempahnya sebulan lebih awal. Dibantu oleh tiga orang pembantu yang terdiri dalam kalangan suri rumah, Norliza mampu membuat 20 set bunga tangan dalam tempoh sebulan.
Dijual pada harga antara RM80 hingga RM180 sejambak, Norliza biasanya akan berbincang dengan pelanggan khususnya bakal pengantin bagi menghasilkan bunga tangan mengikut bajet.
Tempahan dari luar negara
"Tempahan tidak bertumpu di dalam negara sahaja kerana saya turut menerima tempahan dari negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Eropah.
"Namun, atas masalah kos penghantaran yang tinggi, pelanggan dari Indonesia dan Eropah membatalkan tempahan kerana harga penghantaran lebih tinggi daripada nilai barangan," ujarnya yang mendapatkan material dari China dan Thailand.
Bermula dengan modal sebanyak RM250, kini Norliza menghabiskan antara RM1,500 hingga RM2,000 membeli kain felt untuk stok selama dua bulan.
Walaupun membuat banyak aksesori lain menggunakan felt, 80 peratus daripada tempahan yang diterima adalah bunga tangan untuk perkahwinan, pertunangan dan sambutan ulang tahun.
MINAT terhadap seni kraf felt membuatkan Norliza belajar menjahit.


Selain memenuhi tempahan pelanggan, Norliza mengadakan kelas kraf jika ada permintaan.
"Kelas kraf yang diadakan bukan untuk orang dewasa sahaja, malah bagi kanak-kanak.
"Kelas kraf kanak-kanak terbuka kepada mereka yang berumur dari lima hingga 12 tahun. Kelas dewasa pula untuk mereka yang berusia 15 tahun ke atas," katanya yang pernah mendapat pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.
Norliza juga menerima tempahan membuat signage yang dijual antara RM15 hingga RM40 berdasarkan bilangan huruf yang digunakan.
Tidak mahu selesa dengan produk yang sedia ada, kini Norliza berjinak-jinak menghasilkan bantal cincin yang digunakan untuk meletakkan cincin pertunangan atau cincin pernikahan. Pada masa yang sama dia juga merancang membuat bantal hadiah.
"Nampak senang untuk buat kraf felt ini tetapi cabarannya terletak pada pencarian idea dan kita perlu sentiasa kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang baharu.
"Saya tidak akan pernah puas dengan apa yang saya lakukan dan bercadang untuk tampil dengan buku Do It Yourself (DIY) sendiri untuk kanak-kanak dan dewasa yang kini masih dalam proses untuk dihasilkan," ujar Norliza sambil memberitahu, anak lelakinya sudah pandai menjahit kraf daripada felt.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2bA4BgNiK 
Hakcipta terpelihara 







Monday, April 15, 2013

Featured : Kosmo 15th April 2013

Alhamdulilah... jatuh bangun saya bersama Sekoci... bukan sesuatu yang mudah... panjang likunya panjang langkahnya.... saya bukan berjaya... ini hanya setitik rezeki yang Allah berikan... kecil tetapi bermakna untuk saya dan keluarga..


Thursday, April 11, 2013

Bersama RTM 1 - IKS

Assalamualaikum..

Program : IKS(Industri Kecil Sederhana) RTM Tv1

Rancangan ini akan ke udara setiap hari Sabtu pada jam 12.30 tengah hari di TV1. IKS merupakan sebuah mini dokumentari yang memaparkan tentang usahawan dan produk yang dihasilkan.

Jutaan terima kasih kepada Cik Noor Hafizah Mohd Mazni, selaku Penerbit Rancangan daripada bahagian IKS(Industri Kecil Sederhana) RTM.

InsyaAllah slot SekociNorlie akan bersiaran pada:
Tarikh: 13hb April 2013
Hari : Sabtu
Waktu : 12.30 tgh
TV1 (RTM)

Sejujurnya Norlie agak malu untuk keudara, rasa belum layak untuk dikatakan saya berjaya... Masih lagi mencari-cari arah dan masih lagi menjalankan perniagaan ini secara sambilan... Ramai berkata mengagumi saya, ramai juga adik-adik di kolej dan univeriti menjadikan perniaggan ini sebagai contoh dalam tugasan... Oh perjalanan saya masih jauh... bagi Norlie, kejayaan Norlie jika saya mampu menjalankan perniagaan ini 100%... Sekarang belum lagi masih belum bersedia... Tetapi 200% commitment sememangnya tercurah pada Sekoci... 

Alhamdulillah walau tidak mendapat keuntungan ribuan ringgit.. tetapi kepuasan pelanggan kadangkala sesuatu yang lebih berharga... Jika dibandingkan kejayaan saya, saya hanya topok kecil dikalangan pengusaha lain.... 

Moga apa yang dikongsi dapat dimanfaatkan... 

Assalam...

Selamat berkarya :)
Norlie 

Lagi gambar di balik tabir klik SINI 







Friday, March 1, 2013

Sekoci on Safiyya TV9 :)

Insha Allah.. Sekoci will be feature in Saffiyah Tv9 this Sunday 3rd March 2013 between 11am-12pm talk about felt craft and my handmade bouquet :)


Let's watch &  support Sekoci yahh 

Behind the scene... more picture click HERE 




    post signature

Monday, February 25, 2013

Recap : Sekoci on MHI, TV3

Alhamdulillah, Semuanya berjalan lancar... Terima kasih kepada Ezzat dan semua kru MHI.. Kali ini kami berbicara tentang jahitan dan kanak-kanak.. 

Ya anak-anak comel yang menemani saya membuktikan kebenarannya... Terus terang saya sedikit gementar... takut-takut jika anak-anak ini kekok di hadapan tv ... oh rupanya semuanya teruja... bahkan si ibu sebok mengambil gambar...hahaha berlebih-lebih ibunya ya... :) 

Terima kasih buat Pn Rozie (ibu kepada Ikmal) Pn Suraya (ibu kepada Iman) dan Pn Liza (ibu kepada Tasha and Ariff)... frankly malam sebelum kami bersiaran saya tunjukkan pada Ikmal apa akan dia lakukan ya hanya sekali...kemudian dia teruja untuk mencubanya berkali-kali... Tasha, Iman dan Ariff saya ajar beberapa minit sebelum kami keudara (itupun sewaktu di bilik menuggu...) hebatkan anak-anak ini...

 To parents out there... trust yr kids.. mereka boleh!

Untuk bacaan tentang kanak-kanak dan seni jahitan, anda boleh ke ENTRY Ekpresi Menerusi Imaginasi 

Sebahagian gambar yang sempat kami rakamkam... more picture click HERE
 
seriously nervous :P
We in action, from left me, Ikmal, Ridwana, Tasha, Iman, Liza and Ariff
Closed up on how Ikmal sew the flower and beading
Ariff with his Bunga Ceria
it
Wrap up... 
Ridwana, me and Nadia :)
Jumpa lagi di lain masa InsyaAllah 

post signature

Friday, February 22, 2013

Sekoci bersiaran di MHI TV3 | Ahad | 24 Feb 2013 | 8am

Assalamualaikum... InsyaAllah saya akan bersiaran di MHI TV3  membincangkan tentang kanak-kanak dan kraftangan jahitan..

Ahad, 24 February 2013,
Jam 8pagi..

bersama-sama saya ditemani anak-anak Liza Othman dari LizOthman Kidswear ..



  post signature

Wednesday, May 11, 2011

Sekoci on By'U Magz! - May 2011

A little sightning on my another NEW av magz, By'U on this May. Love this edition :)

 Thank You!
 Next to Karangkraf one page advert =D
 All the yummy felt from Sekoci Norlie in a page!
 The big title on the page!
The Cover!


and this little sightning is just makes my day...:)
* Credit photo by MsFid and Ms. Akma from By'U Magz...thank you sooo much...
Happy Crafting Day....


post signature

Featured! - NUR (Karangkraft) Feb 2011

Hari Kejadian - FEB 2011 (Backdated posting..hehhehe)


7th Feb 2011..


Dear Blog,


Mmmm today is hot sunny day...after go to craft shop (kedai bunga nonya kemut tu la mana lagik..) buy some of craft things... this article make my day senyum-senyum kambing... :P

Mmm i so lucky the article is in special edition... "EDISI Istimewa NUR ke 100"..special edition of NUR!! , Wardina, Najlah, Dina, Amrina and Jasrina in their cover...

Thanks to Pn. Mashitah for our interview (sesat2 barat cari rumah di panas terik matahari)...kepada mak pak abg kakak, kwn2 craft n tak craft yg banyak membantu... sop sop...(sambil konon pegang trofi kat carpet merah...) 

Wahhh!! Skemaa!!

*Qulity picture so-so... esok suk pro ambik...haku harem ambik gambau..

i think it's just for the quarter of the page article, but i got 4 full page about me and my craft, oh gosh...thanks so much Puan Mashitah.....
special edition!
Craft corner (Ruang kreatif)






Behind the scene... diwaktu panas terik....dihidangi kuih cara Kak Ita belakang rumah... + tergetar2 jari menjahit...really make my day :)




 some of the stuf
 My sweet home 
 where i store my harta..
 my worse workstation...like **(&*(%&^$



 Bye...bye...se ya again...
 The shotting session
Puan Mashitan and the photographer from Karangkraft :) ... Thanks alots and see you again ...

byeee..
post signature