Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

NEW URL www.sekocinorlie.com

Assalamualaikum,
Proud to announce today 13.1.13.. I have registered my domain :) 


www.sekocinorlie.com


Alhamdulillah. Thank you Allah for the nikmat given.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
[Riwayat Ibn an-Najjar]

Sunday, March 18, 2012

Perginya Dian Natrah

Innalillahiwainnahirajiun ... Dian Natrah telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat 9.15pm...


Quato from wall Diana


"
Al fatihah untuk anakku Arwah Dian Natrah telah pergi pd 915pm (16th March 2012) di hari Jumaat yg mulia sama seperti hari kelahiran di hari Jumaat.."

Arwah telah selamat disemadikan di Kampung Bapanya.. Idan - Kuala Kangsar Perak..

Al-Fatihah...



post signature

Wednesday, March 14, 2012

Dian Natrah...

Assalamualiakum….

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Entri kali ini sedikit berlainan…2nd March 2012, hari Norlie menerima email dari seorang ibu bernama Diana…sangat-sangat menginginkkan HB yang Norlie buat untuk dijadikan props photoshoot anak beliau  Dian Natrah…

Dian pada kali pertama pembedahan...sekarang Dia telah melalui 7 kali pembedahan..
Kimoterapi tidak lagi dilakukan, tubuh Dian terlalu kecil itu melalui semua itu lagi..
Hari ini Dian ditempatkan di  Wad KK3 Onkology Institut Pediatrik HKL.
Phtoto by Diana, edited by Zam

Sebenarnya Norlie terlepas pandang the email and just read in glance…I did not read further cause I’m  using mobile on that day…what I know she want the HB for photo shoot, than ….balik rumah around  8pm read through again the email…MasyaAllah!! I just realize that I did not read the important things.
She want to use is on the next day which is in Saturday (3rd March 2012)…. Here her email

Assalam.sya Diana.sya da lama minat craf akak.tp xsempat nk tempah dr akak.sbb da 6bulan ni duk wad je.anak sye brain cancer stge 4.so skrg kt uma igt sok nk amic pic outdoor semntara dia kuat lg then nk amikla pic yg cantik2 n sye berkenan gle ngn bunga tgn akak yg button tu igt leh sambil2 utk bgambo…………..”

Emailnya ringkas, nampak seperti tidak ada apa2 yang berlaku, tetapi saya rasa saya tahu apa yang Diana rasakan di sudut hatinya..

Kemudian Norlie cepat2 cari profile FB Diana, Ya Allah! so cute Dian Natrah…Norlie hilang kata-kata…the words “sementara dia kuat” sangat-sangat meruntun hati ….dan malam itu satu hadiah istimewa dari saya untuk Dian Natrah…moga dia cepat sempuh, dipermudahkan urusan…Norlie tak dapat sumbangkan sesuatu yang besar....harap bunga kecil hasil tangan Auntie Norlie buat Ibu Dian happy ya?

Doa saya dan rakan-rakan moga Dian kembali seperti sediakala, tidak perlu lagi segala tiup yang menyakitkan itu… jika Dian pandai berkata-kata apa ya yang Dian katakan..?
 
Sewaktu menulis entry ini merah mata menahan sebak, perasaan bercampur baur, jemari juga sedikit menggeletar terasa sejuk....Norlie tak tahan merenung  lama wajah comel Dian…memang kami tidak pernah berjumpa…tetapi Norlie rasa cukup dekat dengan dengan Dian..mungkin naluri ibu…Rindu pada anak-anak di taska...rindu Ridwana rindu Rizqin…mampukah aku menjadi sekuat Diana..sekuat rakan-rakan yang mempunya masalah yang sama (walau berbeza sedikit ujiannya…) 

Big Hug pada Kak Olie dan Norhidawati untuk anak istimewa mereka, pada KC yang cukup tabah sebagai ibu (kiss for Mia)…Big hug pada Intan Nur Azila sewaktu melalui hari sukar Hadif begitu juga pada Siti Ruzaimah melalui saat cemas Aisyah, hug pada Nazura sewaktu kehilangan bidadari kecilnyanya sebelum dilahirkan kedunia..Teringat juga arwah kakak ipar yang menghadapi canser sewaktu mengadungkan sepupu Ridwana, pergi sewaktu Nurin berumur 11 bulan (pada waktu itu Norlie berulang-alik di hospital Klang menemankan arwah...betapa kuatnya dia melalui saat-saat menunggu kelahiran dan bertekat untuk meneruskan kandungannya...) Oh...kuatnya mereka....




 Dian 1 Year Old
Phtoto by Diana, edited by Zam 
 Dian - new born
 Phtoto by Diana, edited by Zam

Norlie tertarik dengan satu komen yang ditujukan kepada Diana di dalam FBnya daripada Rashdah Sukiman, bagi saya nasihat ini bukan untuk Diana sahaja but to all of us.....

"Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! "


Quote Diana pada Wall FBnya benar-benar menyentuh naluri keibuan Norlie...


... nasihat dari seseorg yg arif, bahawa doa kite adalah yg terbaik buat pesakit...mendoakan agar dia pulih sediakala sedangkan keadaannye sgt uzur dan nazak..adalah sgt tidak berbaloi kerana yg terbaik adalah mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa2nya, memudahkan segala urusannya, dan kita redhakan segala yg telah Allah takdirkan yg terbaik buatnye... 

"Dian...mak halal kan semua susu ini selama mana Dian perlukan... " pesan mak saya agar saya ucapkan setiapkali lps bf..walaupon sayu nk buat cmtu tapi saya perlu kuat!

---Diana nd



 Phtoto by Diana, edited by Zam

post signature

Friday, October 22, 2010

Ayu....

Eh you know her? She is nobody..but i admire all her works...she is creative...baik hati and soooo soooo polite... if cakap sejuk jek hati.... totally different with me.... this picture taken during the Ramadan if im not mistaken.... just drop to her home... and buat spot check...kekekeekk... yup she is sewing some of the pouch...cute pouch for somebody...

laa... u dont know her kee?... Ayuuu  ...Ayu la.. :P yup the owner of Sweetlilcraftcollections. Psttt dia cantikkan..heheeh in person lagik cantik tau.... (ayu nk 20sen....)

 She is sorting something for me... i paksa dia bagi all of her ribbon...kekekeekke
 Mesin jahit canggih yang buat aku telan ayar liuqqq leleh..lelehh....
 in the box....still in the making...
 her material and book collection...i curik 2!! 
 some cotton fabric from oversea...ntah i tak ingat mana  country...
Diapers bag yang belum siap.... huhu menong lagu mana dia buat ...kalau aku jadi apa tak tau la...

* yup i know im not good in writing....ahhh belasah jek laaa..

post signature

Monday, July 26, 2010

Bila Acik Sekoci Terlebih Pandai...nak jadi Interior designer :P

Terlebih pandai? hahah konon...bila sebok dari crafter nak jadi interior designer!! tapi pasang gunting kain pun terkial-kial..guanooolaaa....

Ni nak cerita...orang suka menyebok lakatakan...sebok la nak jugak kemas2 kat kedai orang..(sambil berangan nak ada kedai sindrik macam ni gakkk...konon...aminnnnnnnnn...)...

huhu clear jugak camera hp hang ek kak haza...



ada gaya tak? kekonon...aku nak gak pasang sindrik...kena letak jugak sentuhan Sekoci nih...sentuhan sangkut langsir fitting room..hahahah

Ni tuan tanah kedaung yang tengah belek barang ...ha pilih pilih....


Haaa SELAMAT DATANG KE SURI

No 68a Jalan Diplomatik
Presint 15
62050 Putrajaya

Kalau sesat, bleh telefon ummi haza: 013-6042348

Jange le mare..Sekoci kena la interframe dulu..hehehe





Bila makcik sebok bergaya ala tokey dia kedai orang..hahah berangan x peee


Ni baby baru SURI ...Zuhayr Nuqman 
and Zahra.... mmm ucuk sam la bau baby...

sejuk jek tengok 2 baby ni...ishhh ishh wangiii bau bbay.... dedua ni Haza susukan ..FULL FB...100% huhu kagum mak kagum!! respek!!... 2 sekali..ala2 twinss gitu...

post signature

Monday, June 21, 2010

TALK & WALK - ACG's Meeting - Part 1

I have great time with ACG Member and my lovely daughter Ridwana.. She is so existed with this venture.. Jungle is new word for her…she keep asking like radio buruk nenek yang habis bateri tu…what is jungle..what is tracking..so many what is until I’m getting pressure..

I decided to go by public transport..this is good for Ridwana..I think.. ;)..along the way..we play paper..scissors..stone… hahah everybody looking at us…Ada aku kesah…hahaa..

Then I’m like tourist guide..showed to her what is that..what is this….naik penat mulut aku..

I don’t know if people think I’m Ridwana’s sisters..huwarhahha…is it? Rasanyalah…lagi2 bila Ridawana called my name MAMA!!! Semua macam pelik jek..

Before the walk we do some artwork…Kak Aby with her nice flower from recycle bottle..Felicia with her lovely paint and me? with Jane sandwich yang sedap gila…makan..makan and makan…

Huhuuu best gila...(pstt haku pun 1st time jugak dey..nama jek dok KL lama…KL Tower tak penrnah jejak pun..Tapi Gunung Jerai kat Kedah tu dah…wink!!!)


Thanks to Jane from ACG for this invitation, thanks to En. Zul from KL Tower Nature Walk Team.

I should bring Ridwana awal2 lagi.. lot think Ridwana learn about jungle…..

Here some picture taken during that day..me..Nirwana, Felicia and Jane…borak-borak sampai penat ;)



And below is some picture taken during "Art Sembang"..

bertukar-tukar ;)

At the Tower's lobby.
 

More picture HERE

post signature