Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Tip Memilih Tuala Wanita yang Sesuai

7.7.10




Period merupakan satu perkara yang semula jadi untuk semua wanita. Ia tak sepatutnya menghalang kamu daripada memakai pakaian yang kamu mahu atau melakukan perkara yang kamu dah biasa buat. Beberapa perkara mudah boleh membantu kamu menjalani rutin ketika period.
Bacalah tip-tip berikut:
Sanitary
Sanitary Pads
Tuala wanita merupakan tuala wanita kapas, dengan jalur atau pelekat dibawahnya agar ia boleh dipakai dengan melekatkannya pada seluar dalam kamu. Ia berbeza mengikut ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam kamu daripada kebocoran di sisi. Yang lain mungkin lebih panjang untuk memberikan lebih perlindungan di belakang.

Memilih tuala wanita yang betul
Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period kamu. Pilih tuala wanita yang padan dengan kamu.

Ketebalan. Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang menyelesakan kamu.

sanitary
Sayap atau tanpa sayap. Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam kamu. Semasa hari aliran banyak ataupun kamu ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.
Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah kamu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid kamu, dan jenis aktiviti yang akan kamu lakukan.

Bahan lapisan pelindung. Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada kamu!

Sanitary
Liners
Liner merupakan produk yang direka untuk membuatkan kamu rasa bersih, segar dan lebih kering bila-bila masa tak kira siang atau malam. Liner lebih nipis dan biasanya lebih kecil saiznya berbanding tuala wanita biasa. Liner memang bagus sebagai perlindungan sokongan sekiranya kamu period dan sedang memakai tampon. Ia juga sesuai untuk menyerap kebasahan dan menghalang seluar dalam kamu daripada kotoran akibat lelehan vagina biasa, peluh, titis-titis kebocoran air kencing dan aliran haid yang tak dijangka.

Sanitary
Liners
Tampon diperbuat daripada kapas sama seperti tuala wanita. Kapas ini digumpalkan bersama sehinggalah ia menjadi tiub nipis. Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam vagina kamu semasa aliran haid banyak atau sederhana. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali pertama. Jadi, ikuti arahan yang disediakan pada pek dan lama-kelamaan, kamu akan menjadi mahir.




Belai Anggota Kelamin

1.7.10

KEPRIHATINAN terhadap anggota kelamin perkara biasa di kalangan lelaki. Pengalaman lelaki yang kerap membelai dan merangsang anggota kelamin mendapati anggota itu aktif apabila ia kerap digunakan.


Pengalaman juga mendapati, apabila anggota kelamin disalah guna seperti merangsangnya secara kekerasan dan peralatan yang memberi tekanan seperti mengguna alat vakum, boleh menyebabkan anggota kelamin cedera dan hilang fungsinya. Memandangkan anggota kelamin sensitif kepada sentuhan dan mudah terangsang apabila dibelai dengan urutan lembut atau urutan erotik, pendekatan urutan untuk merangsang anggota kelamin menjadi kaedah untuk memantapkannya.

Satu ketika, air liur digunakan untuk menyegarkan anggota kelamin. Imam Al-Nawawi pernah mengesyorkan anggota kelamin lelaki perlu dibelai jika lama tidak bersama kerana ia boleh menjadi kecut dan tidak berguna. Beliau mengesyorkan air liur selain membelainya dengan minyak. Jadi tidak hairan apabila urutan menjadi pendekatan utama untuk memulihkan anggota kelamin lelaki yang tidak bermaya. Cuba bayangkan sekiranya anda menggunakan minyak urutan dari herba yang terbukti keberkesanannya, pasti alat kelamin lebih bertenaga dan manja dengan urutan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai minyak urut, boleh layari web www.walafiat.net





Apabila cara urutan itu menjadi berat atau ‘ganas’ dengan tambahan unsur menarik dan memuntal, anggota kelamin lelaki terdedah kepada kecederaan yang boleh memudaratkan lagi fungsinya. Jadi, pendekatan itu untuk menyegarkan anggota kelamin lelaki tidak lagi diterima. Ini kerana anggota kelamin lelaki sejenis organ yang lembut dan banyak saluran darah.





Sebenarnya anggota kelamin lelaki itu organ vaskular! Ia sepatutnya tidak boleh diurut secara kasar, mungkin boleh dibelai secara lembut dan dengan minyak sesuai seperti Minyak WildX serta tidak merosakkan kulit dan struktur dalamannya. Jadi bahan keras seperti gambir Sarawak yang boleh memijarkan kulit dan meradangkan urat saraf dan minyak lintah yang boleh mengakibatkan alahan kulit bukan bahan sesuai untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin lelaki.





Jika lelaki itu tidak aktif lagi dan untuk mengekalkan fungsi dan kesegaran anggota kelaminnya, mustahak untuk anggota itu dibelai. Lebih baik daripada itu ialah apabila ia digunakannya (bersetubuh) selalu kerana itu fungsi sebenarnya. Mengenai fungsi anggota sebagai organ reproduksi, dalam keadaan tegang, ia dapat disalurkan ke faraj perempuan untuk menyalurkan air mani, selain untuk keseronokan dan kepuasan batin.





Anggota kelamin lelaki mudah menegang apabila lelaki itu terangsang. Ereksi pagi perkara biasa dan selalu berlaku ketika bangun daripada tidur yang nyenyak waktu malam. Jadi perubahan ereksi yang berlaku kepada anda tu petanda yang anda mempunyai fungsi anggota kelamin yang sihat.




Oleh itu, penting untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan dan kesejahteraan badan. Jika badan sihat, anggota kelamin juga sihat. Amalkan senaman berkala, makan makanan seimbang termasuk pengambilan zat tambahan yang sesuai, jaga berat badan ke tahap sesuai, elak merokok, dadah dan minuman keras.


LELAKI MULA BOTAK DI USIA 30...

16.3.10

Aku jumpa artikel nie dari Majalah Harmoni keluaran Januari 2010. Aku tertarik ngan tajuknya ‘LELAKI MULA BOTAK DI USIA 30’ so betul ker…klu macam tu dah awal 40an..mesti rambut untuk kaum lelaki dah mulai berkurangan..kan… tapi kekadang tu, bila kita tengok lelaki botak nie ade jugak yang ansome…hehehe..comel pun ade sebab kepala bleh jadik cermin…aku mintak maaf klu ade yang terasa…sorryyyyy..

Ok artikelnyer bunyik macam nie…

KEGUGURAN rambut terjadi secara rawak pada bahagian rambut tertentu atau botak keseluruhan. Kepala kita secara puratanya mempunyai 100,000 helai rambut dan dianggarkan 100 helai rambut gugur sehari. Setiap rambut hanya bertahan selama empat setengah taun dan sepanjang masa itu ia tumbuh setengah inci setahun. Selalunya pada tahun kelima ia mula gugur dan rambut baru tumbuh menggantikan yang baru dalam masa enam bulan. Botak genetic pula disebabkan kegagalan menghasilkan rambut batru dan bukannya disebabkan keguguran rambut. Botak lazimnya bukan disebabkan oleh penyakit tetapi ia berkaitan dengan umur, keturunan dan tahap hormone lelaki, testeron. Botak keturunan atau pattern baldness lebih banyak terjadi di kalangan lelaki berbanding perempuan. Dianggarkan 25 peratus lelaki mula botak ketika berusia 30an dan dua pertiga daripadanya botal atau botak berpaten pada usia 60.


Sumber: Harmoni

Orang2 tua kata, klu ade baby kecik…bila dia menyembur..rambut ibunyer gugur..so skrang nie..bukan lelaki aje yang gugur rambut tapi pompuan pun gugur rambut jugak…especially klu rambut panjang…banyak yang gugur…mcm artikel tu kata klu satu hari 100 helai rambut…memang banyak …lama2 memang tak mustahil bleh jadik botak…

Ada Apa dengan Kucing..

11.3.10

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.


Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.


Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.


Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.


Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.


Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.


Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.


Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.



Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.



Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.



Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.



Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.



Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.



Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:



* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan

* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak

* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan

* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.



Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.



============




HIV Tak Sengaja...

7.3.10

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui  jarum penyuntik yang telah digunakan penagih



1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.


3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling..... ......... ......... ......... ....... mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.


5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.

Papan Kekunci Komputer Sarang Bakteria

26.2.10

TAHUKAH anda bahawa papan kekunci komputer lebih kotor daripada tandas? Kajian yang dilakukan di beberapa buah pejabat di United Kingdom menunjukkan bawa papan kekunci menjadi sarang bakteria seperti E. Coli dan staph yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ahli mikrobiologi British, James Francis yang mengetuai kajian itu mendapati kuman-kuman tersebut boleh mengganggu usus dan hidung individu yang menggunakannya. Akibatnya, individu akan mengalami keracunan makanan dan selsema.
Membabitkan 33 papan kekunci komputer, penelitian itu menemui empat papan kekunci yang berpotensi mengganggu kesihatan. Malah satu daripada papan kekunci tersebut mencatat bahaya sehingga lima kali ganda kerana bakteria yang dimilikinya melebihi bakteria yang menempel pada sebuah tandas duduk. Amalan bertukar-tukar papan kekunci komputer di kalangan staf pejabat dapat menyebarkan penyakit di kalangan mereka.
sumber: Harmoni
Oleh itu, kita fikirkan sendiri sama ada keyboard kita nie bebas daripada sebarang bakteria....gunakanlah dettol...

Makanan Rangsangan Mood Seks

23.2.10

Aku ade terbaca info tentang makanan yang boleh merangsang mood SEKS daripada Majalah Pa&Ma so aku rase tak salah kalau kita berkongsi ilmu yang kita bacakan untuk semua orang...
Sejak Sekian lama, sesetengah jenis makanan termasuk buahan dan sayuran boleh membantu anda meningkatkan mood sebelum bersama dengan pasangan masing-masing

1. Bawang putih mengandungi kandungan aktif iaitu allicin yang merangsang pengaliran darah ke organ seks.




2. Buah Delima turut dikenali sebagai epal cinta merupakan pembangkit syahwat yang membangkitkan keinginan seks.



3. Asparagus adalah perangsang nafsu yang kaya dengan vitamin E (vitamin seks terbaik).

4. Tiram kaya dengan zink di mana ia penting untuk penghasilan hormon kelakian. Ia merangsang hormon seks dengan menghasilkan dua jenis asid amini.


5. Oat adalah bijirin yang merangsang tenaga dan berahi seks.


6. Halia merangsang perederan dan meningkatkan aliran darah ke bahagian organ seks penting.

7. Saderi membantu meningkatkan ghairah kepada wanita. Ia turut mengandungi hormon lelaki iaitu androsterone yang meningkatkan ciri-ciri maskulin.
Sumber: Majalah Pa&Ma

Pembunuh No Satu Rakyat Malaysia

20.2.10

Aku nak baut n3 nie tak sempat2...so aku tulis jugak kat blog aku....setiap ari jumaat mcm biasa kat opis ade program Membudayakan Al-Quran...so dua ari lepas selepas ngaji ade ceramah tentang penyakit pembunuh no. satu rakyat Malaysia iaitu KANSER....takut jugak aku dengar...



Pada wanita pembunuh no. satu adalah Kanser Payu Dara dan pembunuh no. dua adalah Kanser Rahim...takut maaaa... mengikut statistik tahun 2007 iaitu seramai 450 ribu orang wanita adalah penghidap Kanser Payu Dara dan nisbahnyer adalah 1:15 adalah pengidap kanser payu dara.....yang aku masih ingat lagi penceramah tu kata antara puncanyer terjadiknyer kanser nie...adalah faktor pemakanan, penggunaan mikrowave, stress n punca keturunan...



Kanser usus merupakan pembunuh no. satu kepada kaum lelaki...by the way...orang perempuan terutamanyer yang banyak menghidapi barah kerana menggunakan pad yang dibuat daripada pulpa kayu dan kertas yang terbuang...benda2 tu merupakan penyumbang terbesar kepada penyakit nie kerana racun yang digunakan diserap masuk ke dalam badan melalui saluran darah....so option yang tebaik adelah menggunakan pad yang diperbuat daripada kapas dan sintetik...penceramah tu nak perkenalkan barang dia yang terdiri daripada pad n pantyliner...


Penceramah




aku beli jugak...penceramah itu beritahu pantyliner tu boleh menyembuhkan penyakit magrain, bisul, batuk, selsema dan mcm2 lah... nak promote lah tu....aku pun cuba beli satu pantyliner tu....memang berangin....cool aje.....cuma kat sini kita kena jaga pemakanan kita dan jangan stress yer....sebelum terkena baik kita mengelak...sebab semua orang memang ade sel kanser cuma depends sama ada sel tu aktif atau tidak...cepat atau lambat...berdoalah semoga dijauhkan....


MATA

18.11.09

Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi

- Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam

- Mata rasa kering, gatal dan panas serta bewarna merah

- Bermasalah untuk focus

- Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek

Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti ini perlulan segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.

Makanan khas untuk mata

- Tomato

- Telur

- Kekacang

- Air yang banyak

- Bijirin

- Ikan

- Hati

- Labu

- Lobak merah

- Bayam

- Brokoli

H1N1 dan Penyusuan

27.10.09

Jika menyusukan bayi, anda hendaklah meneruskannya walaupun anda dijangkiti atau disyaki akan dijangkiti dengan H1N1. Ini kerana susu ibu mengandungi antibody yang boleh membantu bayi anda dijangkiti termasuk virus selsema.

Anda tidak perlu berhenti daripada menyusukan bayi jikalau terdapat gejala-gejala seperti influenza. Malah anda juga boleh menyusukan bayi jika anda sedang rawat. Lakukan penyusuan awal dan kerap dan hadkan susu formula.

Apapun, anda perlulah berhati-hati agar tidak bersin atau batuk di hadapan bayi dan anda hendaklah memakai topeng apabila menyusu atau berhampiran bayi. Basuhlah tangan lebih kerap dengan air dan sabun terutamanya selepas dan sebelum penyusuan.

Jika anda terlalu lemah untuk menyusukan bayi, anda perlu memerahkan susu dan memberi kepada seseorang yang boleh menyusukan bayi anda. Ini kerana anda masih boleh menghasilkan susu selepas sembuh.

Hari ini H1N1 berada di sekeliling kita dan kita hendaklah memainkan peranan untuk memastikan bahawa kita melindungi antara satu sama lain daripada jangkitan terutamanya mereka yang sangat lemah seperti kanak-kanak, wanita mengandung, golongan tua dan orang yang mempunyai penyakit kronik.

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL