Memaparkan catatan dengan label tips suami isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips suami isteri. Papar semua catatan

Strategi dan SOP Balik Ke Rumah Mertua

7.4.11

Rupanyer bukan mudah nak menawan hati mak mertua....klu tengok citer2 sekarang....biasanyer menantu pompuanlah menghadapi masalah nak ngam ngan mertua...macam ibu..tak ade MIL ataupun FIL...sebab masa ibu kawin ngan ayah...MIL n FIL dah lama meninggal...yang ade ipar duai ajelah...hehehe...so kepada rakan2 yang ada mertua tu bersyukurlah ....ibu nak kongsikan skit cara-cara atau strategik terbaik punya untuk balik ke rumah mertua....


Objektif: Setelah selesai selama beraya di rumah mertua, saat nak meninggalkan mereka, mak dan ayah mertua sangat gembira di atas kehadiran beraya di rumah mereka.


KPI (Key Performance Indicator): Mak dan Ayah mertua mengalirkan air mata kegembiraan dan sayu ditinggalkan. Semua adik beradik ipar di rumah melambai-lambai berpeluk cium sebelum berpisah.


Standard Operating Procedures selama berada di rumah mertua:

Suami:
  1. Bersedia untuk menolong apa saja keperluan (ringan tulang) jika diperlukan sama ada oleh isteri, anak-anak, mertua atau adik beradiknya.
  2. Bersedia untuk ke kedai membeli barang keperluan.
  3. Mendahulukan membeli barang keperluan daripada adik beradiknya yg lain.
  4. Sentiasa bertanyakan keadaan isteri dan anak-anaknya (setiap 2 jam).
  5. Yang terawal bangun dan mengejutkan anak-anak utk solat subuh berjamaah di masjid terdekat.
  6. Sentiasa kemas dan menjaga imej seorang suami dan pemimpin walaupun itu rumahnya sendiri.
  7. Pada hari kedua, bawa anak isteri keluar shopping atau lepak-lepak utk "break the monotonous". Masa inilah review bersama pencapaian masing-masing setakat ini.


Isteri:

  1. Susun semua bagasi (barang dan pakaian suami, isteri dan anak-anak) dibawa di satu tempat (bilik) yg sediakan agar mudah diambil dan tiada yg tertinggal nanti.
  2. Terus ke dapur utk semak mana-mana barang keperluan yang perlu di "top up" sambil memerhatikan kedudukan simpanan segala rempah ratus dan peralatan di dapur. dan serah pada suami utk membelinya dgn segera. Sebelum adik beradik yg lain membelinya dan apa lagi jgn biarkan ayah atau maknya sendiri yg membeli.
  3. Susun strategi sentiasa berada di dapur membantu mertua. Pastikan keperluan anak-anak di selesaikan sebelum sesi dapur bermula.
  4. Jika anak perempuan boleh diharapkan, pastikan mereka juga berada di dapur membantu opahnya. Jika ada anak perempuan lagi, tugaskan yg kedua ini membasuh apa saja pinggan yg singgah ke sinkii.
  5. Semasa menghidang makanan, pastikan semua dah dapat habuan masing-masing, barulah capai pinggan utk dirinya.
  6. Jika ada perkara yang tidak suka, kasi signal kepada suami ukt masuk ke dalam bilik berbincang secara "private". Cuba selesai dgn bermatlamatkan "hiburkan kedua mertua".


Anak-anak yg sudah memahami:

  1. Ikut dan patuh arahan dan S.O.P. balik kampung.
  2. Kalau ada perkara yg tidak puas hati, mengadu kepada ayah dahulu. Boleh mengadu dikhalayak.
  3. Jika nak mengadu kepada mak, buat di dalam bilik secara "private".
  4. Sentiasa berpakaian kemas sesuai dgn suasana dan masa. (pagi lain, ptg lain dan malam pakai baju tidur). Jika utk bergambar - cepat-cepat tukar pakaian raya yg cantik dan sedondong.
  5. Sentiasa bersalaman jika ada tetamu bertandang semasa raya.
  6. Kalau tengok TV, duduk bersama Mak atau Ayah di jarak jauh. Bukan berlangut di depan TV bersama-sama dgn sepupu-sepupu. (jaga imej)
  7. Kalau org kasi duit raya, ucap terima kasih dan terus berikan kepada Mak. Jangan tayang beg duit raya ke hulu ke hilir tunjuk pada org.


Semua:

  1. Sebaik sahaja meninggalkan rumah atuk/opah, terus doakan Allah SWT memberi pahala atas kerjasama menghiburkan Mak, ayah dan adik beradik di kampung.
  2. Jika KPI berjaya (mak menangis) raikan bersama makan minumlah di RR dgn keampunan dan kesyukuran pada Illahi atas keizinanNYa jua.

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL