Memaparkan catatan dengan label Susu Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu Ibu. Papar semua catatan

Ahhhh...Leganyer....

7.7.11

Agak-agak ape yang adam tengah buat tu......sorry yerk ibu ambik gambar adam terbalik...hehehe...bikin peninglah.....



tengoklah aksi adam sewaktu menghisap susu....tak kisah ibu ambik gambar dia...yang penting dapat lepaskan gian....hehehe


dah siap dah.....biasanyer sekarang nie klu adam dah siap hisap susu dia akan berkata 'Ahhh...' legalah tu....pastu ibu suruh tutup baju..jangan dibiarkan macam tu aje....pandai....

Genap Sudah Usiamu.....

20.6.11

Selamat Ulang Tahun yang Ke 2 untuk Muhammad Firas aka Adam....ini bermakna sudah 2 tahun dah ibu susukan Adam ngan susu ibu....dan ibu akan teruskan susukan Adam sehingga mana yang Adam mahu....

Perkembangan Adam setelah genap usia Adam 2 tahun iaitu hari ini....

1. Tabiat menggigit masih lagi....
2. Belum pandai sangat bercakap.....cuma sepatah2 ayat.....itupun ambik suku kata hujung aje...contohnyer klu sedap...Adam akan sebut 'dap'
3. Pantang abang atau kakak usik Adam akan marah n pukul balik...
4. Pantang gie kedai mesti nak carik 'ball'....
5. Segala barang yang Adam pegang tak bleh diambik atau dirampas...Adam akan mengamuk...
6. Klu nak susu ....ibu tak hiraukan habis kain2 ibu ditarik....sambil berguling2...
7. Klu nampak abang n kakak gie kedai ngan ayah...Adam nak ikut jugak...klu tak bagi mengamuk...
8. Dah pandai bukak baju n seluar sendiri bila disuruh mandi.....
9.Makanpun dah tak mahu ibu suapkan...klu makan meehon mesti sampai macam nak tercekik sebab adam akan sumbat semuanyer kat dalam mulut...
10. Yang nie memang ibu tak tahan ...walau macam mana adam minum air bergelen2...mesti nak carik jugak SUSU IBU....pandai anak ibu.....muahhhhh....


Semoga Adam terus ceria...sihat...dan membesar sebagai johan dan menjadik anak yang soleh...amin

ibu hadiahkan sebijik kek untuk Adam.....

Keranamu Susu Ibu...

26.5.11

Kekadang ibu rasa umpama dipandang sinis oleh sesetengah ibu lain bila dapat tahu kita nie Fully Breast Feeding...apetah lagi nak berikan sokongan moral malahan macam diorang menyokong FM....

kekadang bila ibu diajukan ngan soalan...
"anak akak dah berapa bulan.."  
ibu menjawab  "dah setahun lebih dah..." 
ngan terkejut  "masih susukan badan lagi ker kak....tak cuba bagi susu tepung ker...kan dah besar..."  
ibu menjawab balik "masih lagi...lagipun belum cukup 2 tahun...biarlah dia nak susu badan selagi akak mampu n dia nak akan bagi....akak akan bagi sekurang-kurang 2 tahun..." 
" kan dah bleh ceraikan susu....lagipun dah besar...n bla...bla...."

terpulanglah kepada masing-masing.... walaupun susu ibu dah tak semeriah dulu tapi selagi ade kudrat ibu..ibu akan bagi untuk adam...ibu tahu adelah BERDOSA klu ibu tak berikan hak adam kepadanyer ...kerana ngan adanyer ADAMLAH maka adenyer susu ibu....klu ADAM tak ade susu ibu pun turut tak ade...

cuma ibu suka klu ibu-ibu lain bertanyakan tentang BF n teruja untuk susukan anak secara ekslusif ibu akan kongsikan pengalaman n memberikan ape yang ibu tahu....

ibu perasan waktu Adam menyusu waktulah kita ade masa ngan anak walaupun sekadar 5-10 minit...barulah sempat kita membelek anak kita....tengok telinga dia...dah ade tahik telinga...tengok kuku dia...dah panjang dah rupanyer....belai rambut dia dah panjang jugak...tengok mata dia ade perasaan kasih n sayang...kesian anak ibu....oh dah  besar dah anak ibu....dah tak muat dah dalam pangku ibu....adekah perasaan yang sama berlaku bila kita beri anak2 kita FM.....

p/s yang penting tepuk dada tanya selera....

Lebih Lama Dalam Kandungan dan Lebih Lama Disusukan, Lebih Besar Akalnya ;-)

21.4.11

Perkembangan otak bayi dipengaruhi oleh jangkamasa dia di dalam kandungan ibunya dan jangkamasa dia menyusu susu ibu.

 Lebih lama seseorang bayi di dalam kandungan dan lebih lama dia menyusu susu ibu, maka semakin besarlah otaknya. Kesimpulan ini dibuat hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti Durham ke atas 128 spesis mamalia, termasuk manusia.


Penemuan ini menguatkan lagi saranan Islam dan juga WHO tentang tempoh dua tahun penyusuan susu ibu.

Perbandingan turut dibuat antara manusia yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan dan menyusukan selama dua tahun yang mempunyai 1,300cc otak, dengan rusa yang bunting selama 7 bulan dan menyusukan anaknya maksima 6 bulan sahaja yang mempunyai 220cc otak.

sumber:ratuhati.com

BF....Superman dan Anak Kambing Style

5.4.11

Tentunya ibu-ibu yang BF mesti menghadapi pengalaman n kenangan yang lebih kurang sama...Alhamdulillah ibu masih lagi BF kan adam hingga kini..... daripada anak sulung...kedua n ketiga nie...ibu rasa style diorang nie menyusu sama aje...bila semakin besar n semakin banyak akalnyer style sewaktu BF semakin pelbagai...

ade yang style superman....
mana tak macam superman bila menyusu macam nak terbang....atas badan ibu...yang penting mulut tu dapat menyusu.....


ade jugak style macam anak kambing (itu nabil yang cakap)..hehehe....
mana taknyer bila ibu duduk kat kerusi aje...tetiba aje adam datang selak baju terus hisap susu sambil berdiri plak tu......

ada kalanyer kerjanyer asyik menukar2 breast aje kerja nyer....

yang terbaru nie adamnyer style bila menyusu...tangan yang satu lagi tak reti nak duduk diam...menjalar dalam baju ibu....lepas tu siap menggetel nipple ibu...habis digentel...dipicit plak...adussssssss sakit......bila ibu marah...dia merajuk nangis...tendang2 tak nak menyusu....ape nak buat supaya jangan bagi adam memicit nipple ibu...sakit woo.....

Sungguh Gembira Bila Berkongsi Bersama BF

29.3.11

Betul ker ayat aku tu....entam ajelah labu....tapi memang aku rasa gembira bila ade ibu baru yang mempunyai perasaan yang sama ngan aku untuk BF.... selagi mampu aku akan membantu rakan sekerja kat opis aku nie...segala ilmu yang aku tahu tentang BF akan aku curahkan...syabas untuk Rafizah kerana mengambil keputusan yang bijak untuk BF kan baby dia sehingga sekurang2nyer dua tahun....cuma kekadang aku selalu bagitau kat dia...mental kita kena kuat kerana tak semua orang faham ngan apa yang kita nak...almaklumlah pandangan sinis rakan yang tak menyokong BF nie kita kena tahan...segala dugaan n ujian pasti kena tempuh...kena positive...n klu bleh ignore ajelah kepada mereka yang selalu menyokong FM...cewahhhhh.....
Rafizah Rafie
inilah rafizah...

adik akupun BF setakat nie...alhamdulillah Fawwaz dah ok dah cuma dia tak mahu hisap menggunakan nipple ibu dia...padahal nipple ibunyer yang tenggelam tu dah pun keluar terpaksalah adik aku berkorban menggunakan puting silicon tu untuk disarungkan kepada nipple dia...dah lah tu....orang kata baby lelaki kuat menyusu...kebetulan fawwaz memang kuat menyusu....lagipun susu ibu kan cepat hadam...berbanding FM....

aku cuma nak menzahirkan rasa kegembiraan aku kerana aku lebih suka klu lebih ramai lagi ibu2 yang BF.....perjalanan aku ade 3 bulan lagi...Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku...Amin

Sayang Kamu Cinta Kamu...Terima Kasih

4.3.11

Sungguh terharu atas sokongan dan nasihat rakan blogger entri ini  terima kasih aku ucapkan kepada korang.....SAYANG KORANG .....

Antara komen semangat daripada RAKAN BLOGGER yang aku SAYANGI...



Sabarlah Wahai Hati...

2.3.11

Bila susu merundum...memang aku akan tension...apa lagi yang tak kena....bila tengok stok semakin berkurangan...lagilah aku sedih...namun kini aku perlu kuat n terus berusaha....mungkin usaha aku tak sehebat orang lain....

aku perlu percaya bahawa Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - \[Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - \[Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. 

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - \[Surah Al-Israk:30]

Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat. \[Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?

Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?

Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah;

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - \[At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi;

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - \[Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - \[Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".

p/s Aku sering lupa tentang betapa nikmat yang terlalu banyak Allah berikan...

suami minum susu isteri

28.9.10

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:

“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)




هَذَا إِرْشَادٌ مِنْ اللَّه تَعَالَى لِلْوَالِدَاتِ أَنْ يُرْضِعْنَ أَوْلَادهنَّ كَمَال الرَّضَاعَة وَهِيَ سَنَتَانِ فَلَا اِعْتِبَار بِالرَّضَاعَةِ بَعْد ذَلِكَ وَلِهَذَا


Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:



قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم



Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”

Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.



قَالَ التِّرْمِذِيّ : ” بَاب مَا جَاءَ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا فِي الصِّغَر دُون الْحَوْلَيْنِ” حَدَّثَنَا قُتَيْبَة حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَة عَنْ هِشَام بْن عُرْوَة عَنْ فَاطِمَة بِنْت الْمُنْذِر عَنْ أُمّ سَلَمَة قَالَتْ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يُحَرِّمُ مِنْ الرَّضَاعِ إِلَّا مَا فَتَقَ الْأَمْعَاءَ فِي الثَّدْيِ وَكَانَ قَبْل الْفِطَامِ ” هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح وَالْعَمَل عَلَى هَذَا عِنْد أَكْثَر أَهْل الْعِلْم مِنْ أَصْحَاب رَسُول اللَّه – صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَغَيْرهمْ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ وَمَا كَانَ بَعْد الْحَوْلَيْنِ الْكَامِلَيْنِ فَإِنَّهُ لَا يُحَرِّم شَيْئًا.

(تَفَرَّدَ التِّرْمِذِيّ بِرِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيث وَرِجَاله عَلَى شَرْط الصَّحِيحَيْنِ)





Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)


 kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman 

Kad Penghargaan Untuk Ibu Menyusu

2.8.10

aku ambik Kad Penghargaan Ibu Menyusu nie daripada Momma Mia n sebenarnya kad ini datangnyer daripada Dunia Susu Ibu untuk semua Ibu yang Menyusukan anaknyer...terima kasih....




Tolong, Puting Saya Luka!

30.3.10

"Kenapa puting saya luka nie...macam mana nie...sakit nie...nak buat macam mana nie..." mungkin itu persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita bila kita mengalaminya...

Aku nak kongsi sedikit info yang aku rasa memang amat berguna untuk aku...ibu..bakal ibu dan sesiapa saja...info nie aku perolehi daripada Mommy Lyna dari http://sususihat.com terima kasih Mommy Lyna..

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Tapi jangan ambil mudah.
Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya. Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

Apa nak kena buat kalau puting luka ni?
Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan. Kalau anda tinggal berdekatan dengan LC yang glamer, Pn Kamariah atau Pn Rita (mereka kolumnis dalam majalah Pa&Ma) anda boleh dapatkan khidmat mereka. Mintak mereka periksa kedudukan bayi anda.

Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:
1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.
2. Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!
3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba "Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!
4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.

5. Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.

gambar: google




Cara Susu Formula Mencederakan Lapisan Usus Bayi Anda

21.3.10

aku nak berkongsi info yang berguna untuk ibu2  atau bakal ibu..ayahpun bleh jugak...hehehe

Tahu tak sebenarnya usus bayi di bawah umur sebulan ni macam jaring. Ia menyerap apa saja yang melaluinya termasuklah segala kuman dan bacteria; baik ke jahat semua pun dia sapu. Yang bahayanya, ia mudah bocor! Hanya satu cara saja untuk 'menampal' jaring-jaring itu & mengelakkan kebocoran.

 
Susu Ibu!
Susu ibu mengandungi "sIgA" yang boleh melapisi usus bayi baru lahir ni sampailah ususnya matang. Kemudian ia menyediakan "pH" atau tahap keasidan yang optimum dalam usus untuk pembiakan bakteria baik spt "Lactobacillus bifidus" yg dapat hidup dengan aman tanpa gangguan bakteria jahat.
Mesti anda pernah dengar nama "Bifidus" dalam satu iklan susu formula kan? Itu kita tak tahu bagaimana dia formulasikan bifidus tu, tapi dengan susu ibu, bifidus yang asli dan tulen sahaja diterima!

 
Yang bertugas menghalang penjajahan bakteria jahat tu pula namanya "Oligosakarida" dalam susu ibu. Mesti anda pernah dengar juga nama Oligo.. Oligo ni kan. Jika anda memberinya formula, maka hilanglah lapisan perlindungan dalam ususnya. Tentunya kita tak mahu beri yang second best kepada anak kesayangan kita kan?

PSI aku yang semakin menurun...

18.2.10

Semenjak dua menjak nie akunyer PSI semakin menurun kuantitinyer...aku pun tak tahu kenapa...adekah kerana aku stress atau entahlah...atau mungkin akutak cukup rehat..atau kerana Firas dah mula makan so PSI aku kurang....kekadang aku terpaksa keluarkan stok PSI aku yang memang tak berapa banyaklah stoknyer... untuk cukupkan bekalan untuk Firas ke nurseri...apalah aku nak buat...memang aku akui...sekarang nie aku tak cukup rest n then dengan penyakit kemalasan aku yang memang mencanak2 nie...tak boleh dibiarkan macam nie...nanti tak ade stok untuk Firas...cian diakan...
tengoklah stok PSI aku yang asyik kena ambik aje untuk top up Firas nyer bekalan yang tak mencukupi...

empat bekas aje yang aku dapat...nie mana cukup nie...


lagipun aku dah lama tak minum susu....dekat 2 minggu lebih dah tak ambik sebarang produk tenusu...malas nak gie beli...nasib baik my asben cayang bucuk belikan sekotak...agaknyer dia memahami masalah aku kot...



bukan anak aku aje kena makan badam...akupun kena makan skli...klu badam+susu+kurma+oat pas tu blender...sejukkan dalam peti ais...yummy...sodap....tapi malasnyer nak buat...come on lah zaidah...wake up...jangan nak malas ajelah........

Sentiasa Mencarik Tempat

27.1.10

Aku sentiasa mencari tempat yang sesuai untuk aku buat BF pada waktu kerja..kekadang aku tumpang kat tingkat 4 (opis lama) kekadang kat bilik lecture n kekadang kat opis aku (klu tak ade orang)... tu agaknyer sejak akhir-akhir nie susu aku semakin merundum aje jumlah nyer...aku berdoa agar susu aku banyak umpama air hujan yang turun mencurah-curah...insya Allah

bilik yang selalu aku tumpang untuk solat n buat BF

panasnyer...nak balik opis...

klu tak ade sape2 kan...bleh lah buat BF kat sini aje...

Tumpah Lagi

21.1.10

Aku rase sedih sangat…sebab EBM aku tumpah masa aku buat perahan kat opis..(balik dari Program Amanat CEO)...adalah dalam 3-4oz gitu yang tumpah…banyak tu…bleh untuk sekali Firas minum…mungkin yang tumpah tu bukan rezeki Firas agaknyer…sedihhhhhhhhhhhhhhh sangat….






tengok nie aje yang tinggal...





sedihker muka aku nie..atau aku tak ade perasaan lah plak

Susu oh Susu

3.12.09

Susuku semenjak ke belakangan ini merundum btul jumlahnyer...walaupun still boleh bekalkan 6 botol/hari untuk Firas kat nurseri tapi still skit jugak...sebab aku terpaksa top-up daripada stok susu yang ade kalau tak buat macam tu mesti tak cukup...may be mase raya bebaru nie aku kurang memerah sebab tu kuantitinyer jadik skit...tak sempat nak memerah dan adalah skit penyakit 'M' masa cuti raye tulah may be salah satu penyebabnyer...so macam mana nak buat yerk....bleh tak bagi cadangan nak buat mcm mana yerk...?





keluarkan aje daripada peti sejuk terus aku masukkan dalam beg plastik nie n terus bawak gie nurseri...nasib baik nurseri ngan umah aku tak jauh tak sampaipun 2 minit dah sampai dah nurseri so taklah susah nak bawak susu untuk Firas kan...



Penyusuan Susu Ibu

3.11.09



Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan

Untuk bayi :

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.

  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.

  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.

  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.


Untuk ibu, penyusuan susu ibu :

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan :

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal

  • Sebelum kelahiran

  • Semasa kelahiran

  • Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran

  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan

  • Sentuhan kulit

Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

  • Permulaan awal

Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

    Selepas melahirkan

  • Menyusu mengikut kehendak.

Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)

* Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda



 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL