Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2013

Premier toilet at Cenang Mall




Pantai Cenang Langkawi sudah banyak berubah sejak kali terakhir aku ke sini setahun yang lepas. Sekarang sudah terbina Cenang Mall, pusat membeli belah 2 tingkat yang menempatkan beberapa kedai souvenir dan cafe2 best di situ seperti the Loaf, StarBucks Coffee dan McDonald.

Public Toilet di dalam Cenang Mall ini ada 2 buah. 1 buah di tingkat bawah adalah toilet biasa, yang mana ketika saat2 aku begitu memerlukannya, toilet itu ditutup atas sebab tiada air. Ketika aku di sana, Langkawi telah dilanda banjir dan hampir kesemua hotel di sana bekalan airnya ada masalah. 

Pilihan lain yang ada adalah Premier toilet di tingkat 2 Cenang Mall yang bayaran masuknya RM1. Bila dah terdesak, pengunjung yang ada memang tiada pilihan la untuk guna juga Premier toilet yang disediakan.

Cuma yang aku pelik, ada pula bekalan air di tingkat 2 Cenang Mall ini kan. Tingkat 1 atau bawah takde la pula. Satu lagi, disebabkan ianya adalah premier toilet dan aku bayar mahal untuk masuk, makanya expectation aku memang tinggi la dengan keadaan dalaman toilet tersebut. 

Namun, agak hampa sebab takda bau wangi pun. Aku tak kisah interior dia macammana pun, tapi kalau tak wangi, aku memang kisah. Aku harap kalau lah management team Cenang Mall ini terbaca entry ini, silalah dapatkan "air refreshner Serai" untuk menambah aroma yang segar di dalam toilet premier anda yea. Memang tiada bau hancing di dalam toilet anda namun bila dah dibayar mahal untuk masuk, orang akan mahukan lebih dari itu. 

Tandas itu WAJIB bersih, kemas dan wangi. Perfect atmosphere for RM1 toilet fee entrance.
 

Jumaat, 5 Julai 2013

BLACK OUT (AGAIN??)



Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini
~Zurinah Hassan~ 

Khamis, 9 Disember 2010

Ada Apa di Langkawi: Ombak Besar @ Cenang.

Cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tercinta tahun ini adalah di Langkawi. Berada di sana selama 3 hari 2 malam, mengambil kesempatan cuti Maal Hijrah ari tue. Of course memang x cukup 3 hari kalo nak pusing Langkawi dan pegi semua tempat. Apa yang kami buat kali ini adalah menginap di Pantai Cenang, bersiar-siar ke kabel car, padang mat sirat(beras terbakar), kompleks mahsuri dan perkara wajib-shopping di Kuah Town. ngeh ngeh

Entri kali ini nak tunjuk ombak besar semasa kami bermandi manda di Cenang. Memang bergulung lagi besar ombak dia. Amat tidak sesuai untuk bebudak mandi. Tengok aje bole.

From Langkawi with love..
ok, here we go>> the big wave
Sedang menunggu untuk digulung..
sakit tau..
ini dia 'pipe' yang ditunggu-tunggu!

Nice morning@cenang :)