Sepanjang berada di Redang aku menginap di Redang Kalong Resort. Ini adalah kali kedua aku memilih untuk duduk di sana.
Kenapa?
Kalau kita sebut Redang, mesti kita akan terbayang kemeriahan yang ada di sepanjang Pasir Panjang Redang. The Disco beach. Di situ memang berderet resort menyediakan penginapan dan aktiviti sebegitu. Aku pernah duduk di Laguna Redang pada tahun 2007 yang terletak di Pasir Panjang itu. Well, memang happening especially bila malam menjelma.
Walaubagaimanapun, tahun lepas aku telah memilih untuk duduk di resort yang terletak jauh dari kemeriahan long beach, agak sedikit terpencil iaitu Redang Kalong (Cer tengok map di atas).
Dan hasilnya aku sangat suka dengan kesunyian dan kedamaian yang ada di sana. Peace and tranquil. Sebab itu, aku memilih untuk duduk lagi di sana tahun ini.
I have fallen in love with the scenery, the laidback environment, the tranquilty and what not. Semua yang aku mahu ada di sana. Tidak bising dan tidak ramai orang. Suasana malam pun sunyi...
Di antara aktiviti lain yang boleh dibuat selain dari scuba diving dan snorkelling, adalah menyanyi sampai lebam di bilik karaokenya, beach volleyball, carom (i love it), ping pong, saidina, uno, dan banyak lagi. Macam-macam jenis game ada disediakan untuk mengisi masa malam di sana. And semuanya adalah free. Wifi ada disediakan cuma kena bayar rm20 selama berada di sana. Sekali bayor jea, ok la kan.
Bagi sesiapa yang rasa macam nak menikmati kemeriahan malam redang di Long Beach, boleh jea berjalan kaki dalam 10-15 minit ke sana dari Redang Kalong. Kot la kan bagi sesiapa yang suka nite life.. Ada laluan short cut ke sana.
Bagi sesiapa yang rasa macam nak menikmati kemeriahan malam redang di Long Beach, boleh jea berjalan kaki dalam 10-15 minit ke sana dari Redang Kalong. Kot la kan bagi sesiapa yang suka nite life.. Ada laluan short cut ke sana.
Alright then, aku memang fully recommend korang untuk try duduk di sini jika berniat untuk ke redang. Owner dan staffs dia memang TERBAEK. Sangat ramah dan friendly. Dan yang paling penting, resortnya sangat bersih.
with resort owner+dive instructor, AB Lee |