Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label - Syria. Show all posts
Showing posts with label - Syria. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

pengalaman berjalan-jalan di Aleppo, Syria

Assalamualaikum,

Lama ta update blog kesayangan ni... bukan setakat dah bersawang lagi tapi dah jadi rumah terbiar.

Tadi semasa tgk berita kat TV Al-Hijrah.. ternampak kempen solidariti untuk rakyat Syria  di Aleppo. TV Al-Hijrah mengajak umat islam berpuasa esok hari untuk menyatakan rasa sedih kita kepada rakyat Syria di Aleppo.

Aleppo bandar akhir dikuasai penentang Presiden Syria dibom dalam ops yang sudah memasuki hari ketiga. Dunia menatap ratusan foto dan visual kematian yang berterusan.

Sedih mengenangkan yang kami pernah melawat Aleppo yang dikenali sebagai Haleb di kalangan student Malaysia. Kami pernah ke Allepo pada Dec 2010 semasa suami Chik Na bertugas dengan sebuah telco di Damsyik aka Damascus. Banyak tempat bersejarah islam di sana seperti Kubu Salahuddin Al-Ayubi , Masjid Besar Umayyad dimana di dalamnya ada makan Nabi Zakaria yang mungkin telah hancur dibom oleh tentera Bashar Assad. Sedih setiap kali tengok di televisyen mengenai bandar Aleppo yang musnah. Aleppo adalah salah satu bandar tertua di dunia yang masih di diami oleh manusia.

Masih ingat lagi perjalan ke Aleppo yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Damascus. Kami bertolak lebih kurang jam 5 pagi dengan menaiki van yang di sewa bersama pemandu ditemani dengan 2 orang student malaysia sebagai guide kami di Aleppo.

Kami melawat Aleppo tu masa minggu ke 4 berada di Syria. Cuaca agak sejuk ketika itu sebab musin sejuk ditambah pula pada hari tersebut hujan turun renyai renyai.


Salah satu pintu masuk ke Souq Medina

Soug Madina..macam-macam barangan yang dijual dari barangan dapur dan segala barangan keperluan harian , perhiasan, cenderamata , pakaian dan macam macam lagi

Di bahagian jubah jubah untuk lelaki..teman ustaz yg jadi guide we all beli jubah imam..buatan sangat halus dan berkualiti. Kebanyakkan ustaz-ustaz muda dari malaysia suka membeli jubah-jubah buatan aleppo atau juga dikenali dengan Halab.

Souq Madina dah wujud beratus tahun dahulu

Kubu Salahuddin Al-Ayubi a.k.a Aleppo Citadel... pasti dah hancur lebur dibom sekarang ni

Kami tak masuk dalam kubu ni sebab hari hujan, lagipun En Zaidi dah pernah masuk di dalam kubu ni .. Chik Na dah pernah tengak gambar di sekitar kubu ni... kalau ada masa nanti Chik Na share ye..

bersama 2 orang ustaz muda yang menemani kami ke Aleppo

2010...anak anak Chik Na masih kecik lagi..sejak besar ni dah susah nak ambik gambar kami berempat... miss time depa kecik kecik ni


Sekitar Kubu Salahuddin Al-Ayubi... kami mengejar masa nak singgah di bandar Holm pula on the way balik ke Damascus. Musim sejuk jam 5.30 petang dah malam.

Masih ingat lagi Chik Na membeli kain lapik meja yang di tenun dan sejadah nipis tenun utk souveniur kepada adik beradik. Chik Na suka guna sejadah yang dibeli di aleppo ni utk dibawa travel sebab ianya nipis, senang nak selit dlm bagasi



sebahagian kubu Salahuddin Al-Ayubi

Masjid Besar Umayyad di Aleppo...kami sempat singgah solat jamak zohor dan asar di masjid ni yang kebetulan boleh di access melalui salah satu lorong di dalam Souq Madina


Makm Nabi Zakaria a.s yang berada di dalam Masjid Besar Umayyad di aleppo

lorong lorong di Aleppo

bandar Aleppo Dec 2010

deretan kedai di sekitar bandar Aleppo

Satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melawat bandar Aleppo sebelum berlaku peperangan 5 tahun lalu. Selama 5 minggu kami di negara Syria sepanjang cuti sekolah Dec 2010... banyak tempat yang dijelajahi..Chik Na suka dok di Syria.. Kami juga merasa suasana turunnya salji di Damascus buat pertama kalinya.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi rakyat Aleppo. Ya allah lindungilah hambamu di Aleppo

Thursday, October 18, 2012

- Masjid Umayyad, Aleppo, Syria

Assalamu3alaikum...wth,

Sekejap tadi Chik Na rasa sungguh terkilan apabila membaca newspaper semalam (chik na ni mmg selalu baca paper lewat 1 hari sebabnya adinda Arri bawa balik after balik kerja setiap hari, so masa yg agak lapang utk baca paper after anak-anak p sekolah keesokkan harinya atau pada sebelah malam sblm tido...he he he) pasal Masjid Umayyad di Aleppo hangus terbakar. Rasa sedih dan terharu bila terkenangkan bangunan masjid yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO musnah dijilat api....tambahan pula kami sekeluarga pernah singgah untuk bersolat di Masjid Agung Umayyad semasa percutian kami ke Syria pada cuti akhir tahun sekolah 2010.

hancur luluh melihat bangunan sejarah islam musnah dijilat api - source from reuter

sayang... masjid yg musnah akibat pertelingkahan antara kerajaan dan pembangkang

Gambar dibawah, adalah gambar yang kami capture semasa melawat Aleppo pada 11 Dec 2010.

 Masjid Agung Umayyad, Aleppo

Masjid Umayyad di Aleppo terletak berhampiran dengan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Souk Al-Madina.  Dibina pada kurun ke 8 oleh kerajaan Umayyah iaitu semasa pemerintahan Khalifah Al-Walid. Walau bagaimanapun masjid yg ada sekarang ini adalah yang dibina kembali pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pada kurun ke-13.  Hanya menaranya sahaja yang kekal dari tahun 1090.


 Suka rekabentuk lampunya

 tempat mengambil wuduk untuk kaum muslimah

 Menara Masjid Umayyad








 lampu chandelier yang cantik


Terdapat makam Nabi Zakaria a.s di dlm bangunan Masjid Umayyad di Aleppo

 para pengunjung memberi salam ke atas Nabi Zakaria a.s sambil berdoa


ha ha ha... ari ni jadi terlebih rajin plak..sampai 2 entry Chik Na publish..

Sunday, March 13, 2011

- Cuti- cuti Damascus, Syria :Part 5, Umayyad Mosque

Sambungan cerita bercuti di Damascus.... After ke Muzium National Damascus kami ke Souk Al-Hamideye. Tapi disebabkan hari minggu most of the souk tutup, ada la satu dua kedai yang buka. Sebenarnya kami bukan nak ke souk tapi nak ke "The Great Mosque of Damascus" atau lebih dikenali dengan Masjid Umayyad, nak singgah solat. For info, kebanyakkan jamek atau masjid atau surau di Syria ni akan ditutup setengah jam after waktu solat cuma Masjid Umayyad di Damascus dan di Aleppo yang dibuka sepanjang masa sehingga habis waktu sembahyang isyak. So, sesiapa yang nak ke Damascus atau Syria perlu ingat sebaik kedengaran azan, cepat-cepat lah menunaikan solat walaupun nak solat jamak. 

Masjid Umayyad adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di dunia. Masjid ini telah mula diubahsuai pada zaman pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malek dan siap sepenuhnya pada zaman pemerintahan khalifah Sulaiman bin Abd Al-Malek.
Masjid Umayyad di Damascus .. cantikkan gambar di waktu senja


Pada hari minggu Masjid Umayyad di Damascus dipenuhi orang ramai yang akan datang melepak bersama ahli keluarga di datarannya.


The dome of treasury


Keindahan architechure dinding mozak
Terdapat makam kepala Nabi Yahya a.s yang dipancung oleh yahudi di dalam dewan sembahyang Masjid Umayyad
coridor sepanjang tempat wuduk

Dewan sembahyang, dalam masjid
For info dewan sembahyang untuk perempuan tiada ruang tertutup, disediakan di bahagian belakang dewan sembahyang secara terbuka. Tiap kali Chik Na solat di jamek or masjid di Damascus semua orang akan melihat Chik Na dengan pelik sebab Chik Na menggunakan telekung sembahyang sedangkan mereka hanya menggunakan tudung dan jubah harian mereka serta berstoking sahaja. Try gak nak solat pakai jubah di khalayak ramai cam tu tapi rasa tak selesa  sbb tak biasa :). Tu yang Chik Na seronok bila travel di negara orang, dapat mengenali budaya dan cara hidup bangsa lain.

Masjid Umayyad  di waktu malam ... menenangkan....
p/s: Tengah siap-siap nak balik kampung Kedah, so doakan kami selamat di perjalanan yer !!! Happy holiday kepada sesiapa yang berholiday sempena cuti sekolah ni.

Wednesday, March 9, 2011

- Cuti- cuti Damascus Part 4: National Museum of Damascus

1st weekend kami di Damascus kami ke Muzium Negara di Damascus. Musuem ni terletak di Jami'a street berhampiran Hotel Dedeman . Harga tiket masuk ke muzium ni adalah SYP 150, bersamaan MYR 10 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Masa lawatan di musim panas bermula 9 am-6pm manakala di musim sejuk dari 9am- 4pm.

Di perkarangan muzium
Muzium ni terdiri dari artifak batu batu dari runtuhan kerajaan zaman dahulu kala yang terbahagi kepada 5 seksyen. Terdapat pelbagai artifak  dibawa dari serata tempat di Syria termasuk artifak  alphabet pertama di dunia. Anak-anak Chik Na kata muzium ni muzium batu bata :). Sebenarnya seronok melawat muzium ni kerana terdapat pelbagai informasi mengenai peristiwa dari zaman ke zaman.

perkarangan muzium
Pintu masuk, which was the gateway to Qasr al-Heer al-Gharbi, sebuah istana lama di zaman era pemerintahan Umayyad di Palmyra, Syria
Di halaman sisi kanan muzium.. terdapat pelbagai artifak batu batan dari zaman dahulu kala
Di halaman depan muzium
Di hadapan pintu masuk muzium

View bandar Damascus berhampiran muzium
Kami menghabiskan hampir 2.30 jam di muzium ini :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates