Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label - wishlist. Show all posts
Showing posts with label - wishlist. Show all posts

Friday, February 25, 2011

- Tengah berangan

Tengah berangan nak beli breadmaker kat bawah ni...


tapi dah a few kedai Cosway kat kawasan kediaman kami tak ada stok... hu hu hu. Mengikut kata tuan kedai, breadmaker ni memang antara yang terlaris lately..

Antara yang jadi idaman sebelum ini: 

Cuisinart: boleh buat macam-macam roti..more than 30 readymade program

Breadman :  besar sangat


Kenwood: cantik n comel tapi reganya dekat RM 1k

Tapi ketiga-tiganya direject sebab harganya boleh tahan dan bila dipikirkan secara rasionalnya.. most of the time Chik Na hanya nak guna breadmaker tu untuk menguli doh je... so hanya jenama Empress dari Cosway je yang berpatutan dengan penggunaannya nanti :-). Harganya jauh lebih murah dari ketiga-tiga breadmaker di atas. kalau jadi ahli lagilah murah...lagipun tak besar sangat..sesuai dengan dapur Chik Na yg kecik molek tu :-)


Wednesday, June 2, 2010

- Bulan May bulan hadiah

Bulan Mei tahun ni merupakan bulan yg penuh kegembiraan buat Chik Na...syukur alhamdulillah atas nikmat dan ganjaran yg diberi Allah swt. Kegembiraan Chik Na bermula dengan sambutan ulang tahun kelahiran Chik Na, kemudian 2 daripada wishlist Chik Na telah ditunaikan oleh suami tersayang dan siap dipasang pada bulan Mei nih. Terima kasih banyak-banyak buat cik abg tersayang.. nanti Na bagi wishlish baru plak ;-)

Wishlist Chik Na yang telah  En. Zaidi tunaikan...buat pagar baru dan system autogate... rumah dah abis bayar baru la tercapai impian nak buat autogate ni. Now ni Faiz dan Sufia dah tak bergaduh lagi pasal sape nak kena buka or tutup gate ;-). Gate dan system autogate berserta alarm ni brand Unigate which Chik Na tempah kat Delux. Puas hati sangat dengan hasil kerja depa.

Masa kami tempah gate ni ade pameran homedeco sedang berlangsung kat PWTC, so sempena pameran tu pelanggan yg tempah Unigate dapat hadiah percuma Induction cooker dan rebate RM 500 jika pagar lama diberi kepada mereka walaupun kami hanya menempah gate tu kat outlet mereka di IOI Mall.

Induction cooker Chik Na dapat masa pekerja delux datang install unigate... tengah dok pikir, kalau Chik Na jual at separuh rega, ade tak org nak beli .. sebabnya Chik Na memang dah ada dan guna Induction cooker yg can gini kat rumah.


Wishlist no. 2 pulak, pergola kat laman rumah. Pergola ni pun Chik Na tempah ngan Delux  juga. Tapi yg ni Chik Na tempah masa HOMEDEX kat KLCC Convention Center ari tuh. N3 pasal homedex kat sinin.

dan set periuk stainless steel 10 pcs ni Chik Na dapat masa org delux datang install pergola tu. Sebelum tu kat Homedec masa tempah pergola tu Chik Na dapat voucher Jusco sebyk RM 160...jugak tengah pikir nak let go set periuk ni... sbb still ade lg satu set periuk yg Chik Na beli kat London belum diguna lagi.


Dan hadiah yg paling memberi kejutan adalah apabila Chik Na diumumkan sebagai salah seorang pemenang contest Homedec pada 22 Mei lalu. Seumur hidup Chik Na tak pernah menang apa-apa contest.. memang mengujakan ... hampir mengalir airmata Chik Na masa tu... fyi, 10 pemenang contest tu memang tak tau hadiah apa yg depa akan dapat until lah nama they all dipanggil sebagai pemenang. Nasib baik la Chik Na menghadirkan diri kat San Francisco Steakhouse KLCC tu sbb pada mulanya Chik Na ingat maybe Chik Na terkena scam je. Syukur sangat-sangat...

Wishlist seterusnya..nak buat mini garden kat laman rumah Chik Na yg cinonet tu plak... bila la agaknya ianya akan menjadi kenyataan.

ps: now ni tak sabar tunggu en. zaidi balik  nanti ...bukannya apa, tunggu hadiah harilahir backdated plak heh heh heh ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates