Showing posts with label Motley Crue. Show all posts
Showing posts with label Motley Crue. Show all posts

Wednesday 20 April 2016

Motley Crue - Dr.Feelgood 20th Anniversary Expanded Edition (1989 / 2009)

Antara album glam rock/metal paling laris jualannya dalam sejarah rock dunia..





Secara ringkasnya,terbitnya album Dr.Feelgood ini yang di katakan penghujung era emas glam rock,dan album ini juga menepati piawaian terma 'sex,drug and rock & roll' dengan imej bad boy ahli band Motley Crue,gossip liar dengan artis2 wanita terkenal di Amerika,dan juga perbalahan dengan Guns N' Roses kerana mereka mendakwa GnR meniru imej Motley Crue.dan kerana produksi album ini jugalah menarik minat Lars Ulrich (Metallica) untuk menggunakan khidmat Bob Rock sebagai penerbit untuk album Metallica 'Black'.














Nilai Nostalgik album ini ialah aku di kenalkan oleh rakan sekelas aku.(1989 aku baru tingkatan 1)dengar riff intro lagu Dr.Feelgood yang agak heavy,di tambah pula dengan review dari wartawan hiburan URTV Nas Ahmad dengan pujian tinggi melangit,terus aku beli bila terjumpa cd expand edition ni.




cerita pasal album ni dari editor Rolling Stones.kalau nak baca,save dulu lepas tu zoomkan



Seperti kata David Wild editor majalah Rolling Stones,setiap lagu dalam album ini menepati terma salah satunya terma sex iaitu lagu 'Slice Of Your Pie','Sticky Sweet' dan 'She Goes Down'.terma dadah (drugs) lagu 'Dr.Feelgood' dan 'Kickstart My Heart' dan rock & roll ialah lagu 'Dont Go Away Mad' dan lagu 'Same Ol' Situation' dan tak lupa juga lagu slow rock yang agak popular juga dari album ini iaitu 'Without You'.track tambahan dalam expanded edition ini kesemua lagu2 yang pernah di jadikan single tapi dalam versi live.












Walaupun album ini dah berusia lebih 20 tahun dan Motley Crue pun dah di bubarkan pada akhir Disember 2015 yang lalu,sekali sekala kalau nak dengar muzik glam rock 80an,aku akan pasang cd Dr.Feelgood ini.kerja produksi dari Bob Rock memang bagus.soundnya dari gitar hinggalah ke vokal Vince Neil memang best.

RIP Motley Crue
Vince Niel,Mick Mars,Nikki Sixx,Tommy Lee.