Showing posts with label konsertz. Show all posts
Showing posts with label konsertz. Show all posts

Tuesday 8 September 2015

Scorpions - World Wide Live Vinyl (1985) Japan Pressings

Dah lama tak tampal LP,album live Scorpions yang ini pun dah masuk 30 tahun..




Secara peribadi.hanya 2 album live Scorpions yang aku suka,album 'World Wide Live' ini dan juga 'Tokyo Tapes' (yang Tokyo Tapes belum dapat yang versi vinyl) kerana pada aku kedua2 album ini soundnya memang betul2 sound live dan antara rakaman live yang terbaik sebelum era digital.album live ini di terbitkan sempena tour album 'Love At First Sting'


belakang.trademark diorang masa zaman muda2 dulu.


Yang aku punya ni versi cetakan jepun,memang agak menarik jugalah packagingnya.walaupun rekod yang aku dapat ini hanya piring hitam terpakai,tapi kondisi rekodnya masih lagi cantik dan tiada cacat cela..layan gambar je lah eh.


line up 'Love At First Sting' tour



gatefold



Lagu2 dalam album ini juga antara lagu2 kegemaran yang selalu aku dengar masa zaman bebudak dulu antaranya 'Holiday' 'Bad Boys Running Wild' 'Coming Home' 'Blackout' dan juga 'Still Loving You' (kalau lagu jiwang ni Scorpions ni pun taktau pegi lah dengar cd Feminin) heheh..Album ini juga ada di keluarkan dalam format VHS tape tapi cuma ada 11 lagu je.sebab zaman tu teknologi dvd dan blu ray pun belum wujud lagi macam sekarang.











Ada lagi..


yang ni semua tulis jepun,aku pun tak paham apa yang di ceritakan




gambar kocek dalam.aksi2 semasa konsert







double lp



setlist


Dah taktau nak cerita apa pasal album ni..hehe..rasanya ramai peminat Scorpions yang tau pasal album ni kan?.cuma lagu2 nya yang betul2 meninggalkan kenangan masa aku budak2 dulu.untuk versi cd jenguk kat blog Berteromber kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2015/08/world-wide-live.html

Monday 23 January 2012

Metallica : Black Album Live

Dah banyak kali rasa nya aku beli kaset 5 kali,cd 3 kali..semua nya lesap tah ke mana.bila rilis je album ni pada tahun 1991,ada setengah peminat Metallica yang tak suka dengan album ni pasal dah tak heavy macam album sebelumnya iaitu ..And Justice For All.kerana black album ni jugak la Metallica telah berjaya memecahkan benteng mainstream.,dan dunia mula mengenali apa itu muzik heavy metal...kejayaan komersil Metallica ni jugak mula di cemuh oleh geng heavy metal yang lain yang dok kutuk Metallica yang mengatakan Metallica dah "sell out"..hehe..
                                                     black album versi piring hitam

Album ni jugak yang pertama kali nya memenangi anugerah Grammy pada tahun 1992.dan selepas itu Metallica terus sukses.dengan tour yang panjang selama 3 tahun tanpa henti.aku pasti ada sesetengah orang yang tak berapa minat metal tapi minat dengan Metallica..ramai kawan2 aku yang tak berapa metal,tapi ada beli album ni..lagu2 seperti "Enter Sandman" (lagu wajib kalau kat rumah orang kawin) "Sad But True" , "The Unforgiven" dan "Nothing Else Matters" (lagu ballad Metallica dengan orkestra) adalah lagu2 yang menjadi kesukaan mat2 dan minah metal suatu ketika dulu.
Pada bulan May nanti,Metallica akan mengadakan 1 konsert kat Itali.apa yang best pasal konsert kat italy ni? kerana Metallica akan hanya memainkan lagu2 dari black album..kira lagu full album tu lah..untung la orang italy dapat dengar lagu2 dari black album live dan full dari album tersebut.ini sempena ulang tahun yang ke 20 album tersebut sejak di lancarkan pada tahun 91 dulu..
                                                           poster live italy may 2012

Kesemua 12 lagu dalam black album akan di main kan secara live nanti di italy..dan artis jemputan ialah Gojira band dari Perancis yang sebelum ni penah jadi opening act untuk Metallica jugak.
Senarai lagu Black Album :
Enter Sandman
Sad But True
Holier Than Thou
The Unforgiven
Wherever i May Roam
Dont Tread On Me
Through The Never
Nothing Else Matters
Of Wolf And Man
The God That Failed
My Friend Of Misery
The Struggle Within


Bila la Metallica nak bikin konsert kat sini eh?asek dengan kabar angin jek..


"Exit light
  Enter night
  Take my hand..off to never never land.."