Showing posts with label Pantera. Show all posts
Showing posts with label Pantera. Show all posts

Thursday 19 November 2015

Pantera - History Of Hostility Vinyl (2015)





History Of Hostility adalah album kompilasi Pantera yang ke berapa aku sendiri pun tak pasti,sebab aku tak berapa follow sangat Pantera ni,pernah ada album 'Cowboys From Hell' versi kaset,secara peribadi,album 'Cowboys From Hell' pada aku adalah album paling terbaik dari Pantera sebab album itu lah antara album heavy metal terbaik sepanjang zaman,dan album itu juga lah yang mengangkat mendiang Dimebag Darrel antara hero gitar era 90an.vokal Phil Anselmo dalam album tu pun belum growl lagi (selepas album 'Cowboys From Hell' vokal dan stail muzik Pantera lebih berat yang di kenali sebagai Groove Metal) dan pada Disember nanti,Pantera akan meriliskan boxset kesemua album mereka dalam bentuk piring hitam dan cd,(5 album heavy metal diorang je,album zaman glam diorang memang takda) dengar ceritanya piring hitam yang berwarna warni sesiapa yang minat Pantera simpan je la duit siap2 kalau nak beli.









History Of Hostility ini menghimpunkan kesemua lagu Pantera yang pernah popular sejak dari album 'Cowboys From Hell'. dia orang ni memang nak lupakan sejarah masa zaman glam dia orang sebab tu lagu dalam kompilasi ini di ambil pada zaman mereka ubah imej dari glam ke heavy metal..heheh.kesemua lagu dalam album ini memang pernah la aku dengar macam 'Cemetary Gates' (lagu ni Dream Theater pernah nyanyikan tribute untuk DD ketika tour Gigantour yang di anjurkan oleh abang Mus Megadeth)'Cowboys From Hell' 'Walk' 'Im Broken' dan '5 Minutes Alone'.







Sehingga lah entri ni di buat,memang aku takda satu pun album Pantera kecuali rekod kompilasi ni,tapi memang ok lah sebab semua lagu2 nya memang best,boleh dengar perubahan vokal Phil ni dari zaman heavy metal 90an sehingga kepada vokal beliau yang growl ala2 Max Cavalera.

Pada sesiapa yang teringin nak dengar Pantera boleh mula dengan album kompilasi ini.