Travel

Showing posts with label AMBRYNAA BABYPHOTO. Show all posts
Showing posts with label AMBRYNAA BABYPHOTO. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Photobook: Darwisy

Kali ni nak update pasal photobook Baby Darwisy. Lama dah dapat photobook ni, tapi tak ter update-update dalam blog ni.

Size photobook ni, 8" x 8", segi empat tepat. Atau orang panggil juga size "coffee table book". Tak tau la kenapa panggil cenggitu. Sebab buku size ni seswai letak kat coffee table kut :).















Wednesday, December 26, 2012

Photobook : Ayraa

Lama betul nak keluar photobook Ayraa ni. Bila dah siap edit, terus upload ke iphotobook.com. Tapi 2-3 hari uploading tak lepas-lepas. Hadoiiii... Memang tensen jugak la menunggunya.

Tapi service dari iphotobook.com sangat bagus. Bila order dah sampai, tapi album gambarnya tak sampai-sampai. Staff iphotobook call dan advise macam mana nak re-order. So, cuba dan cuba lagi.

Akhirnya sampai jugak album kepada iphotobook.com. Siap 2 kali sampai pulak. Huhuhu..
Dan akhirnya sampai dah photobook Ayraa ke tangan Mamanya :).

Untuk Ayraa, photobook bersize A4 potrait. Dari segi quality, nampak macam kurang sikit berbanding photobook Ali. Ada gambar yang tak sharp. Adakah memang gambar yang diambil tidak sharp atau masalah dari kedai? Kena study nih.

Sunday, November 04, 2012

'Ali Photobook

Akhirnya, sampai juga photobook yang ditunggu-tunggu. Yeaaayy!!

Mama order photobook ni dari iphotobook.com. Semuanya secara online. Mula-mula install software dari iphotobook. Dari software tu pilih jenis photobook. Untuk 'Ali, Mama pilih Lanscape Hardcover 40 pages. Create album dan Susun gambar ikut kreativiti, dah siap klik order. Kat sini kena buat online payment. Bila dah bayar, baru upload album.

Upload gambar ni memakan masa, ikut internet yang kita pakai kut. Mama masih guna streamyx yg paling slow tu.. So, memang slow gila lah nak upload. Dari malam sampai pagi esoknya!! Ekekekke

Bila dah berjaya upload, akan dapat email dari iphotobook.com. Lebih kurang 5-6 hari, album pun sampai.

*sekarang tengah nak upload next photobook. TAPI charger laptop tertinggal kat Klang plaaaakkkkk!! Stressss....

Friday, October 26, 2012

Maternity Photoshoot : Trial


 Mama ada dapat request untuk ambil gambar ibu mengandung. Mama tak confident lagi untuk ambil gambar ibu mengandung ni...tapi sebab ada yang request, Mama buat photoshoot trial dengan kawan-kawan Mama-mama yang memang tengah pregnant.
Jom tengok hasilnya...
 ***
Mama Hada : Pregnant 8 months




 
 
Mama Izan : Pregnant 4 months


 
Macam mana ..OK tak?
Mama memang rasa tak puas hati. Kekangan masa dan lokasi menyebabkan tak banyak aksi yang dapat Mama try. Terkilan Mama sebab tak ambil gambar berdua...hmmm..cuba lgi next time!

Wednesday, October 10, 2012

Baby Photoshoot : Darwisy : 44 Days

Darwisy Hazim
Berumur 44 hari, hari ni last day Mamanya berpantang. Tak sabor Mamanya nak pekena Nasi Briani...ekekke
Untuk photoshoot baby Darwish, Mama harapkan dapat ambik gambar baby tidur sambil tongkat dagu..Tapi bukan rezeki Mama hari ni, susah juga nak posingkan baby nih :) Baby Darwish akan terjaga kalau dialihkan badannya.
Kesian baby Darwish nak tido kena kacau.

Sebab photoshoot ni di rumah Untie Azzah, dapat la Mama ambil gambar bersama Papa & abang-abangnya yang hensem-hensem itu.
Mama harap, untuk next photoshoot lebih banyak aksi dan gaya dapat Mama rakam kan ;)

Jom tengok gambar baby Darwisy!





Sunday, October 07, 2012

Baby Photoshoot : Ayraa : 2 Months

Hari ini buat pertama kalinya mengambil gambar baby orang lain secara serius. Selalunya amik gambar baby sendiri je kan. Tak boleh la amik pakai belasah jer, kena ambil gambar yang berkualiti mengikut masa yang Mama tentukan. Maksimum 2 jam. Hari ni dah la pertama kali, ambil gambar 2 orang baby plak tuh...Huhuhu
 
Seawal 9.30 pagi (awal ke?) Mama & Untie Nozie bertolak ke rumah Untie Azzah di Rawang. Lebih kurang pukul 10.00 kami sampai.
Sampai je Mama terus set-up 'studio' untuk sessi photoshoot hari ni. Prop tak banyak lagi, Mama cuma ada headband utk baby girl, 3 helai blanket (hijau, biru & merah) & baby cocoon. Mama dah plan nak beli beberapa prop lain untuk photoshoot seterusnya. InsyaAllah.
 
Entry kali ini Mama nak cerita pasal baby Ayraa.
 
Nur Ayraa Ayesha : 2 Bulan
 
Baby Ayraa pandai posing! tengok jer camera dengan mata bulatnya...seronok Mama ambil gambar baby Ayraa ni. Baju yang Untie Nozie pakaikan pun match plak dengan headband yang Mama bawa. Almaklum la baby girl kan..mesti lah pink!!
 
Sepanjang photoshoot memang tak dengar pun baby Ayraa menangis..memang takde pun gambar menangis..nak tunggu tidur pun macam lambatnya nak tidur. Huhuhu
Pagi sebelum photoshoot, Ayraa telah mencakar mukanya..tu yang ada calar kat tepi mata tu. Takper, ada calar pun comel!
 
Jom layan gambar :)
 







Daisypath Anniversary tickers